Sunday, May 14, 2006

mengingati

Pagi itu, semasa mahu kerumah Mak Yang Mee. Semasa berjalan dalam gelap, saya tersepak sesuatu. Pelik kerana semalam semasa bermain-main di kawasan itu, tidak pula saya terperasan ada tunggul baru atau ada pohon kayu yang terjatuh.

Saya dekati dan alangkah terkejutnya saya kerana sesuatu itu adalah seekor babi!

Kampung saya sebuah kampung Melayu kecil yang di kelilingi oleh kampung Cina. Di kiri dan kanan di penuhi dengan kebun sayur dan di sebelah paling hujung ada sekeluarga Cina yang memelihara beberapa ekor babi sebagai hasil sampingan.

Interagerasi nasional kami hanya setakat dengan keluarga Ah Boong dan Keling Panjang. Sampai sekarang saya tidak tahu apa nama sebenar Keling Panjang kerana itulah gelaran kami kepadanya. Dia tidak mempunyai anak yang bercampur-gaul dengan kami. Tidak seperti keluarga Ah Boong. Ah Boong dan adik perempuannya masuk Islam.

Keling Panjang tauke kedai gunting di bandar kami. Tempat saya bergunting sehingga sekolah menengah. Kemudian dari itu saya berhenti memotong rambut.

Akibat dari akrabnya hubungan Keling Panjang dengan masyarakat Melayu, dia mengambil seorang budak muda yang datang dari Melaka sebagai pekerjanya. Ini cerita anak dagang di rantau. Abang Mat Nor datang dari Melaka untuk mengadu nasib di bandar kami dan ketika bertemu Keling Panjang dan menceritakan kisahnya, dia diambil sebagai pembantu kedai gunting Keling Panjang.

Dari berumur 6 tahun saya menjadi pelanggan tetap kedai gunting Keling Panjang dan saya cuma akan mahu di gunting oleh Abang Mat Nor.

kedai Keling Panjang masih ada sehingga kini walau sudah disewakan sebelah kepada kedai jahit jika tidak silap saya. Cuma saya rasa kedai itu bukan lagi miliknya.

Abang Mat Nor sekarang ini mempunyai kedai gunting sendiri. Semasa saya balik tempoh hari dan bertemu dia, dia menceritakan yang isterinya menderita sakit kanser. Saya mendoakan isterinya segera sembuh.

Keluarga Cina yang lain jarang ada hubungan dengan kami. Cuma sekadar melambai tangan atau menganggukkan kepala apabila berselisih di jalan besar untuk menunggu bas ke bandar.

bersambung.

29 comments:

Anonymous said...

tersepak babi?!

ha ha ha

~tef

zizie ali said...

jones:
lepas sekolah menengah kau berhenti gunting rambut. ada dua kemungkinan:
1. kau biarkan rambut kau panjang sepanjang-panjangnya.
2. kau memang dah tak ada rambut unt digunting. ha ha ha.

abdullahjones said...

zizie, kemungkinan kedua. hahaha.

bunga rampai said...

Salam. Lagi satu kisah bersambung ... entah berapa episod ;)

Mak yang mee meroyan said...

semalam tak ada apa2 pagi ni ko tersepak babi?
ha tu lah ertinya hari ini tak sama ngan hari semalam
cabaran akan sentiasa datang mengundang
kalau ko tak tahan ko yang akan jalan.

Lain kali kalau nak lalu tepi umah mak yang bawalah lampu suluh biar terang tak pun pekik je nanti mak yang bukakan lampu....he..he..

BooK said...

jones:
tiada rambut?

tuan tanah said...

aiseh...
bersambung pulak?
apa jadi dengan babi yang kamu sepak secara tak sengaja itu?

Pegawai Khalwat said...

He... he.... he...

Babi dihalalkan oleh integrasi kaum. Dok gitu Mr. AJ?

He.... he.....

NBB said...

kasut dah samak?

gitartong said...

assalammualaikum, ni jones eh??

dugongsenyum said...

Lepas tu tolong tak anak babi melintas jalan?

semut said...

assalamualaikum..juga dari aku.haha

Sayuti said...

"babi sungguh!" kata babi dalam hati setelah disepak oleh encik abdullah jones.

"apa? kau kata aku babi? pembaca sekelian, babi itu kata aku babi. mari kita maki dia beramai2!" tempik encik abdullah jones setelah secara ghaib terdengar bisikan hati makhluk yang dia tersepak pada pagi itu.

p/s: sekadar sambungan cerita yang tergantung pada perenggan kedua.

hehe

Anonymous said...

tengok sini weh ...
http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Bozo_the_Clown.jpg


1. kau biarkan rambut kau panjang sepanjang-panjangnya.
2. kau memang dah tak ada rambut unt digunting. ha ha ha.


~~~~ kemungkinan kedua-duanya ... botak tengah kiri kanan panjang tutup telinga... harap harap AJ tak pakai make-up tebal hidung merah ...nanti jadi bozo the clown~~~~~~

Yang benar

Samsul

esis said...

teka-teki.

boleh tak kita pegang babi?




aku: BOLEH!!!

kunci hilang said...

masa kecil dulu, kamu tidak takutkah kepada keling panjang?

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

hahahah sayuti nyer sambongan lawak. hehehe

Kesian khinzir tuh. Tgh tido agaknya tetiba Jones tertendang.

Naimisa said...

sejauh mana PIN akan berjaya? itu di kampung-kampung. Kalau di Taman Perumahan pun begitu juga. Di universiti pun begitu. Entah apalah PIN yang sedang dilancarkan sekarang ni? Mungkin PIN itu hanya nampak dan tampak kesannya dlm CITRAWARNA shj kut?

Ku Keng said...

Macam mana ni? Mula-mula di Kampung Kecil. Tiba-tiba Keling Panjang di bandar pula.

Harap-harap Samy Velu tak membaca blog ini. Tidak kalu, mesti dia maanyak marah. Itu perkataan keling tadak bole pakai.

sinaganaga said...

Jones,
Tok Rimau akan beritahu, "sebelum tulis cerpen kena buat penyelidikan dahulu". Dan. Sufian Abas akan beritahu, "ini fiksyen!" Dan. Sinaganaga akan kata, "tak ada rambut macam logo gula-gula Hacks ke bang?" Ha ha.

Ermmmmm, handsome jugak tu! Ermmmm...

mafia malaya said...

jones, panjang mana keling tu sampai ko panggil dia keling panjang?

shazy said...

AJ

Nasib baik tersepak je bukan termakan....

dr in the house said...

AJ,

Di mana kedai Keling Panjang ni? Terengganu ke?

Anonymous said...

Wah , wah AJ. Saya masuk blog kamu dari promosi di blog http://gravesdigger.blogdrive.com

Saya slalu lawat blog itu di malaya tapi kat syok juga.

Anonymous said...

Good design!
[url=http://ovigehic.com/uuvo/qljd.html]My homepage[/url] | [url=http://ynekmlmc.com/psfn/nbig.html]Cool site[/url]

Anonymous said...

Great work!
My homepage | Please visit

Anonymous said...

Well done!
http://ovigehic.com/uuvo/qljd.html | http://auhhwfwj.com/iqfe/cepa.html

Anonymous said...

Enjoyed a lot! video editing schools

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Gay anime blowjob zyban Lcd monitor for gaming upskirt opt in email marketing Motorla v60i tracfone ringtones Global automotive analysis http://www.part-time-jobs-philadelphia.info car cd changer installation Disc golf chico ca buy meridia Long term effects of valtrex Order paxil cr Cialis+online+bestellen Ways to cheat slot machines car alarm systems 2w acyclovir Chester history roman internet marketing Ritz carlton lake vegas funny t shirt