Wednesday, April 29, 2009

restoran rahmat





jika ini adalah masa depan malaya,kerajaan memang berhak untuk bimbang.

Sunday, April 26, 2009

sungai kasa

Katakan,kamu ini seorang bapa. Maka wajip bagi kamu untuk memberikan yang terbaik kepada anak atau anak-anak kamu.Makanan terbaik.Minuman terbaik.Pakaian termolek yang termampu oleh kamu juga atap tempat berlindung dari panas dan hujan.

Wajip juga bagi kamu untuk menghalang mereka dari terjerumus kekancah terlarang.

Maka yang demikian,sekiranya setelah melakukan segala yang terbaik dan menghalang kesegala kejahatan dari menimpa,anak kamu itu masih ingkar,walaupun nampak seperti gagal,kamu berhak untuk menepuk bahu sendiri dan berharap agar yang maha kuasa memaafkan kamu.

Namun semua itu tidak memberikan apa-apa makna sekiranya kamu membenarkan anak kamu itu membuat filim bodoh dan kamu namakan filim itu sebagai SIA,Jangan Jalan Dalam Gelap.

Kerana dengan itu,maka kamu akan terus-menerus,keturunan demi keturunan diingati sebagai kaum yang dilahirkan bangang.

Bengong.




ps: rahmat tak mandi sudah ada blog. www.sampahseni.blogspot.com. pergi baca.

Wednesday, April 22, 2009

Gadis Pintar * Gadis Baru

Oleh:Razaisyam
http://www.iamstradust.blogspot.com/

Gadis pintar yang pernah aku kenali. Cukup bijak pada autonomi manusia. Aku kagum dengannya kerana memiliki otak yang cukup saintifik dengan pelbagai rumusan kulkulus dan fakta kedoktoran yang dia punya.

Setiap kali tutur kata tentang bidang kesihatan yang diucapkan kepadaku, cukup menarik.

Dia tampak mengoda bila bercerita.

Menjadi nilai tambah yang ada padanya adalah cita rasa tentang seni. Darilah coretan pada kanvas, penulisan, muzik dan filem. Dia cukup genius.

Darjeeling limited.

Smashing Pumpkins.

Feist.

Aclockworkorange.

Khottal.

*

Kata-katamu juga hebat!. Aku turut membaca tulisanmu dalam buku. Semuanya pasal aku. Cukup lurus dan tepat mengena diriku – oh sangat manis.

Cuma salsa aku tidak suka pada mu sayang.

*
Kemudian satu katastrofi datang.

Kita berjaya rentangi.

Datang lagi.

Kita berjaya lagi.

Datang.

Berjaya.

Datang dan berjaya.

Kali ke lima katastrofi itu datang pada hujung bulan Februari. Walaupun angin monsun barat daya bukan masanya lagi.

Kita gagal.

Aku mahu kembali. Lalu aku merayu beberapa kali.

Susah tanpamu sayang. Siapa yang mahu menjadi cikgu Bahasa Inggerisku?. Siapa yang mahu menjadi pengkritik bijak karyaku?. Siapa yang mahu membelikan aku segelas mc flurry oreo?. Siapa yang mahu yahoo messenger berjuta kali disconnected dengan aku lagi?. Siapa mahu sampulkan segala port folio aku?.

Dan kau tetap pergi.

Tapi aku tetap kata:

Jangan sayang. Tolong jangan.

*

Bila mana kau pulang dari satu percutian untuk melegakan fikiran. Aku ingat ia satu khabar gembira buat aku.

Kita hanya bergelora tidak sampai lagi sebulan.

Kau kata hati kau sudah diambil lain. Malah lagi hancur bila kau pergi ke sana bersama dengan kekasih baru. Bila masa kau bermesra dengan lelaki itu?. Kita masih baru dalam ributan . Cepatnya masa itu. Atau kau jalang dibelakangku?.

Pecah hati seperti asid yang melebih had dalam limpa aku ketika kita keluar bersama dulu.

Aku sukar untuk bernafas.

Kemudian aku segera lari.

Lari dari sini ke satu tempat yang boleh memberikan aku satu hiburan. Aku tidak berhibur juga walaupun penuh dengan material yang mampu memberikan hiburan buat hati luka ini.

Hanya perhatikan manusia. Dan berjumpa dengan pelbagai ragam yang membawa hati luka ke sana. Sebenarnya - kalau kau mahu tahu, disana seribu juta manusia luka sedang berkeliaran. Aku salah seorang dari seribu juta itu.

Aku berkongsi rasa kecewa pada ramai manusia disana.

Sedar.

Selama ini aku tidak pernah berikan terbaik buatmu. Aku tidak pula tunjukkan rasa sayang dari sudut material.

Memang aku tidak pernah belikan apa-apa. Tidak pernah memberikan layan seperti permaisuri untukmu.

Tapi.

Jika aku tidak tunjukkan sekalipun. Aku tetap setia walau kita jauh. Itu hadiah yang terbesar yang aku pernah berikan kepada mana-mana perempuan.

Tak apalah. Semua sudah berakhir. Kau sudah berpunya yang baru dan bahagia. Aku tidak pula mahu cemburu. Tapi aku seronok bila dengar cerita bahagiamu. Setidaknya aku tahu kau tidak terseksa lagi.

*
Saat aku hilang pedoman dan kewarasan diri.

Datang pula seorang yang tidak pernah sama dengan aku. Jika kau pintar, dia adalah naïf. Tapi dia memiliki sifat bijak pada levelnya yang tersendiri. Perempuan yang baru aku kenali, pintar dengan emosinya.

Baru aku sedar. Aku dan gadis pintar masing-masing bijak. Cuma memiliki emosi yang bodoh.

Gadis baru banyak mengajar aku untuk menyelesaikan resolusi tanpa wujud perasaan emosi.

Kau pun tahu bukan aku selalu mencarut bila membawa kereta di jalan yang sesak. Dan kau biarkan aku terus marah-marah.

Tak sama dengan gadis baru, dia tahu bagaimana untuk mengawal kemarahan aku. Kerana itulah juga aku patah padanya.

Dan terima kasih kepada gadis pintar yang telah mengajar aku bagaimana rasa kecewa bila dihancurkan.

*
Bila seorang pernah kecewa, dia tahu bagaimana untuk menjadi semakin setia dan menghargai apa yang dimiliki.

*
Aku mula belajar bagaimana untuk melayan gadis baru. Hasil daripada pengalaman bersama gadis pintar.

Dia adalah puteri aku, bukan lagi teman diskusi semata-mata seperti aku dan gadis pintar.

*
Gadis baru manis dalam senyumnya. Tenang wajahnya dalam apa jua situasi.

Aku mula jatuh cinta lagi!.

Sunday, April 19, 2009

jalan dato bahaman

tujuh catatan pendek yang tidak perlukan pikiran.

1.Setelah menonton dua filim tulisan Tok Rimau dan still filim terbaru beliau,saya dapati Tok Rimau menuju jalan bahaya menjadi Z. Lokman kedua. Atau jika kamu suka,boleh sahaja kamu katakan yang Tok Rimau adalah penganti kepada Z.Lokman.

2.Di Bangladesh lama dahulu, saya belajar menghargai. Semua yang saya pelajari dulu,amat berguna untuk saya hari ini. Kamu juga perlu ke Bangladesh.

3. Terima kasih ubilepih yang mensyorkan supaya saya menonton filim pendek chicken ala-carte di cultureunpluged.com.Tok Rimau patut melihat filim-filim disana.

4. Memandu ulang-alik Kuantan-Kuala lumpur-Kuantan-Kuala Lumpur banyak kali dalam seminggu melalui Lebuhraya Pantai Timur mendatangkan kebencian yang banyak kepada kerajaan Malaya. Jalan raya bergelombang dan tidak pernah mahu siap.

5.Haram wang hak saya dibelanjakan untuk pilihanraya kecil dan besar.

6. Nota minda-jika berpeluang bertemu menteri perdana,nasihatkan beliau agar tidak menjerit-jerit ketika berucap. Pembesar suara sangat baik dan saya tidak pekak.

7.-aku menangis macang budok kecik jones,kata Abang Mat menceritakan detik anak perempuannya lari dari rumah. Nanar dia mencari. Keesokkan harinya,anak itu pulang sendiri. Jika kamu kenal Abang Mat,kamu tidak akan percaya dia menangis. Misainya tebal. Tubuhnya sasa. Air mukanya kaki tarik kereta. Jika kamu tidak pernah melihat tubuhnya tanpa baju,kamu akan syak dia bertatu.Abang Mat kerani pejabat kebajikan.

Wednesday, April 15, 2009

jalan mat kilau

Sila ke blog mat gunx untuk membaca wawancara dia dan saya. http://gunx.blogspot.com/

Tuesday, April 14, 2009

Puteri

Oleh: Ubilepih
Dari: ceritawayang.blogspot.com

Tuan!
Saya ingin menjual isteri saya.Ada antara tuan2 yang mahu membeli?
Saya bersungguh,bukan berolok-olok.Ini benar2 menjadi hasrat
hati saya yang tulus.

Sudah tidak waras,tidak beretika serta hilang susila…huh..?
Ha..ha.ha..saya tidak peduli apa yang tuan2 fikirkan tentang diri
saya.Cuma dengarkan apa yang hendak saya perkatakan ini…
dengarkan baik2.Saya ini orang berharta,kaya raya lagi berkuasa.
setakat calar balar moral itu amat enteng untuk saya balut dengan apa
yang saya ada.Resamnya dunia ini emas ringgit penentu mulia.

Kalau sudah kaya raya apa jadahnya nak mejual bini…ha..ha..ha.
Tuan,saya ini di samping berkuasa saya juga orang berniaga.
Apa2 pun tata cara hidup saya selalu berlandaskan kepada hukum2
orang berdagang,megambil kira untung dan rugi.Terus terang tuan
sebenarnya isteri saya ini saya beli dari suaminya yang pertama.
Tidak tega digelar perampas maka harganya saya lunas…agak
mahal juga tapi saya sudah tidak ingat berapa..ianya berlaku sudah
lama,ditahun 80an dahulu.

Tabik2 cakap saya ini orangnya suka bersetubuh.Minat sungguh saya.
Yang haram bagi saya cuma salur saya keluar dulu dan juga hak milik
darah daging saya.Yang lainya membujur lalu melintang patah.Asal
meliurkan selera saya semua saya balun.Bila2 masa saja tak tolak punya.
Apa cara sekalipun saya akan usaha mendapatkan idaman saya.

Dulu isteri saya ini merupakan wanita yang amat megiurkan hawa birahi
saya.Ketika itu teteknya masih segar persis bukusan nasi lemak berharga
seringgit,jambannya pun masih bulat montok.Mana lah saya boleh tahan
di tambah pula hilai manjanya selalu menaik tegakkan tongkat sundal
saya nan sebatang.Oleh demikian dia pun saya beli.Emmm tuan2 jagan
khuatir apa yang tegang pada dia masih utuh lagi,walau sebahgiannya
di salut plastik…tak kisah lah tu kan.

Dia wanita begelora,sering kali saya tewas dengan dia.Kekadang
saya berniat untuk menjentik cupingnya bila saya marah tika waktu
dia membuat ragam.Namun bila mata keli beliau merenung tajam,
cupingnya tak upaya saya jentik sebaliknya ulas putingnya pula
saya gentel.Lembik sunggguh saya.Itulah acap kali berlaku.

Rentak kerenahnya sering saya layan tak pernah saya sanggah bantah.
Sekali tu dia berhajatkan patung mainan dari benua Hindustan.patung
mainan buatan tanggan mirip Sahrukhan.Alasannya dia mahu memeluk
boneka itu,tika sepi bila saya bepergian.Tanpa banyak soal hajat dia saya
tunai.Dengan harapan dapat melena gelora dia.Sayang gelora cemburu
buta beliau tak pernah mampu saya redakan.

Lantaran api cemburunya ulah beliau kali ini sangat2 meradangkan hati saya.
Kesalanahan dia menghancur beraikan boneka kesayangan saya memang
tidak boleh saya maafkan.China Doll itu saya beli dari dataran Tibet
hasil kerja halus orang mogolid.Mahal bukan kepalang harga nya mececah
jutaan ringgit.Cebisan-cebisan China Doll kesayangan saya di tebar serakan
di jalanan dengan tujuan menconteng aib di muka saya,kununnya nak megajar
saya supaya tidak menyundal lagi.

Kebodohan isteri saya itu kini membuatkan
saya mengambil keputusan untuk menjual beliau.Harga boleh di runding,agak2
balik modal saya sahaja, bukan nak bekira sangat. Jikalau tuan golongan orang2
yang gemarkan aksi2 persetubuhan yang beranika,saya jamin tak rugi tuan
membeli dia,meskipun dia dah dikira barang 3rd hand,namun permainan nya
masih mantap.bersesuaian dengan nama beliau Puteri Imelda Ballkiss.

Ada yang berhajat,sila hubungi saya.Oh ya sebelum terlupa,tawaran ini juga
saya buka kepada isteri2 yang ingin hidup bermadu.Ada berani kah?

Friday, April 10, 2009

alor akar tiga

.....could not have given his wife a better present..
“My wife’s laksa will taste extra sedap (delicious) now.”

Mula-mula dia hadiahkan kemenangan dalam pemilihan partai kepada isteri. Kemudian katanya laksa isteri lebih sedap setelah dilantik menteri kereta kebal.

Jika diimbau kejadian yang sudah-sudah, tidakkah kamu semua merasa bimbang apabila mereka meletakkan isteri diatas?

ishhhh..lucah benar bunyi ayat terakhir itu.

Wednesday, April 08, 2009

Jurnal lelaki tewas

Oleh: Razaisyam
http://iamstradust.blogspot.com

Hari ni 14 Januari 2008 (tarikh sudah betul), dan banyak kerja yang perlu aku bereskan, sama ada hal ehwal pembelajaran dan keseronokan. Semua menjadi satu. Dan akhirnya ia membuatkan aku semakin ketidaktentuan.
"Mungkin ini juga adalah satu skrip", kata kawan aku disebelah.
"Tengkorak lu!".

Entah kenapa, aku hari ini bangun terlalu awal. Jam lima pagi, biasa kalau terjaga sekali pun aku pasti mampu untuk tidur semula seperti kitaran waktu tidur asal. Kerana terjaga pagi, aku tak boleh melelapkan mata. Hanyut memerhatikan kipas berputar.

Rasa lambat sangat nak jam 7 ni, aku mahu ke kuliah pula. Tak lama kedengaran seorang sedang mandi di tandas. Gila awal orang “rumah gila Gombak” bangun rupanya.
Kebiasaannya semua pergi kerja, baru aku membuka mata. Kali ini mata sudah terbuka. Bunyi kelam kabut, kadang-kadang terdengar "mana sterika, mana sterika". Pekerja pejabat memang membosankan. 

Semua sudah selesai. Suasana kembali menyepi. Aku kemudian bangun dari atas katil dan memasang tivi dan juga radio klasik F.M.
Mandi dipagi hari memang tidak menyelesakan. Jam 7.30 pagi. Ia adalah masa yang sesuai untuk aku bertolak ke kuliah. Biasanya dari Gombak ke Universiti Malaya(UM) agak jauh dan terpaksa menempuhi traffic jam yang pelbagai hala. Ya, seperti aku kata jalan memang sesak seperti hari-hari biasa.
Aku start enjin kereta. Duduk sambil menghisap rokok. Kemudian aku pasang cd Sex Pistol, God Save The Queen membuatkan aku rindu tentang memori silam. Barulah aku mula mengerakkan kereta. Bersemangat hari ini sambil mendengar lagu punk rock pagi-pagi. Membuatkan aku segar.

Kemudian!. Traffic jam. Anarchy in the UK membuatkan aku tidak selesa. Bingit kepala disekeliling kenderaan tak tentu hala. Muka Sid Vicious membuatkan aku tidak tenang. Lantas aku mengambil cd JJ72 dan semua kembali perlahan seperti JJ72.
Jam 9 pagi. Tepat aku sampai di UM. Baru sahaja aku keluar dari kereta ada seorang kawan aku menyapa. 

"kuliah cancel la, entah mana pergi orang tua tu"
Babi! (dalam keadaan yang paling tak sengaja). Kalau aku tahu awal-awal mesti aku tengah bermimpi indah-indah lagi ni. So aku amik kesempatan di atas masa yang terluang untuk pergi ke cafe. Mungkin ada teman-teman yang boleh diajak lepak bersama. Sampai sahaja di cafe tak ada seorang pun yang aku boleh duduk semeja. Semua awek-awek comel. Malu la pula nak duduk. 

Aku memang membenci keadaan semacam ini. Macam mana boleh tak ada orang nak lepak ni. Biasanya ada sahaja ahli cafe kat sana. Tetiba aku disapa oleh satu couple yang sedang hangat bercinta. Mereka ajak aku duduk bersama.
"pasni kita nak buat pe sayang?" suara si gadis bertanya kepada kekasih hatinya
"abis kelas kita pergi midvalley mahu?
"boleh juga"
"semalam nape tak call i sayang"
"my credit running out la dear"
"i miss u a lot"
"i pun"
dan bla bla bla bla.

Aku menjadi tunggul di situ menyaksikan percintaan tahap dewa dewi. Tak malu kah mereka berkelakuan romantis sedemikian depan aku?. Meluat aku tengok, atau ini mungkin perasaan yang cemburu.
Jam 11 pagi. Aku harus menghadirkan diri ke kelas wajib universiti. Lagi pun aku sudah bosan mendengar perkataan hiperbola daripada “mamat taicho” tadi. Berbicara tentang kekayaan depan girlfriendnya. Mungkin akan menjadikan perempuan itu lebih setia. 

Lantak la. Aku perlu masuk kuliah. Cepat-cepat  drive ke satu bangunan yang terletak atas bukit. Sampai sahaja di parkir, aku terlanggar satu bonggol besar. Kemek kereta!.

Aku keluar dari kereta dan tergaru-garu kepala yang tak seberapa gatal. Malang betol hari ini. Tiba-tiba seorang kenalan aku berbaju sendat berseluar yankee datang.

"apasal?" tanya si lelaki ini.
"gua langgar benda ni la bos" aku jawab sambil memegang muka.
"rilek la dude, baru hippies skit kereta hang"
"ha ah ek, bagus gak idea bos tu. Pasni gua buat logo flower power kat kereta gua. Lagi hippies kan?" aku jawab sambil menghentak kepala lelaki bangang itu.
Aku masuk terus masuk ke dewan kuliah. Nasib baik kuliah belum bermula, lecturer pun belum masuk. Aku masih mamai dan mengantuk mula datang secara mendadak. 
"Assamualaikum, apa kabar semua?" sahut si lecturer yang sudah tua tapi masih belum botak.
"Waalaikumusalam" jawab semua pelajar termasuk aku.
"Today, i nak discuss about pop culture. Before we pergi jauh to the pop culture, you must understand what the culture, and how it be a phemonenan in the society or sub of society. So in this case, it emphasis for the field study bla bla bla bla..."

Kemudian aku mula hanyut. Mata mula dipejamkan. Suara lecture itu semakin tidak kedengaran dan aku mula lena. Di dalam seramai 200 orang pelajar tak kan la lecturer akan nampak aku. Aku yakin, sebab aku sudah tidur dan bermimpi kini. 
"ok, i gonna stop this class. We meet up next week" suara orang tua tu kembali kedengaran.

Aku cepat-cepat bangun. Menengok di jam. Gila!. Dua jam aku tidur dalam kelas. Hebat betol lecturer ni. Tapi aku belum tulis attendant. Kena tulis kat depan la pula, sebab orang dah pass kat belakang aku aja yang tidur tak ingat dunia.
Dalam keadaan mamai aku bangun. Semua orang belum bergerak lagi. Hanya aku seorang yang sudah bangun. Dewan kuliah tu seperti auditorium, macam nak tengok wayang. So aku kat belakang ni terpaksa la menurun tangga. Dalam perjalanan menurun tangga tu, aku masih mamai dan tersepak kaki aku sendiri lalu terjatuh tergolek terlanjang sampai la kat bawah sekali. Semua orang terdiam. Keadaan sunyi. Kemudian aku terdengar tawa hilai di belakang. Suara lelaki yang tak berhati perut. Seluar aku dah koyak di lutut (pasti berdarah), tangan aku mengeluarkan darah. Semua gadis-gadis mengasihani aku. Bunyinya;
awwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Lecturer masih tergamak dengan aksi aku tadi. Bayangkan jika anda tergolek jatuh didepan 200 orang. Ini jatuh dari tangga beb. Tergolek sampai ke bawah. Malu bagai nak mampus!. Tapi aku bangun. Mengorekkan seluar koyak dan berkata: 
"adoi, jatuh la plak, nasib baik tak sakit"

Kemudian seorang gadis manis di depan aku tersenyum sinis. Tapi aku masih cool. Nasib baik dalam poket seluar aku tak de sikat rambut. Jika tak aku pasti akan keluarkan sikat dan menyikat rambut aku seperti adengan dalam iklan minyak rambut. Mesti bergaya habis. Tapi suara lelaki-lelaki kejam di belakang dewan kuliah masih kedengaran. Mereka sudah keluar. Masih kuat bunyi dekah ketawa mereka. Sungguh babi dan aku membabikan hari ni.

Lekas-lekas aku keluar dari dewan kuliah dan pergi ke cafe. Nasib baik ahli-ahli cafe sudah ada menunggu aku. Tapi aku hanya buat-buat tidak berlaku apa-apa. Kalau aku bagitau si jahanam itu semua. Lagi teruk aku kena. So bagi menghilangkan rasa bengang aku lepak sambil mengacau gadis-gadis comel di situ. Ada yang sudah meluat melihat wajah aku yang tetiba mengatal hari ini.
 
Dalam ramai aku tertarik pada seorang gadis berbadan gempal memakai kasut tertulis "adibas", kemudian aku menyapanya.
"kenapa ya kasut awak tu tulis adibas?. New brand shoes ek?" kemudian diikuti helaian ketawa ahli cafe. Muka perempuan tu merah padam. Kesian!.
Maaf aku tak sengaja, tapi mungkin depresi buat aku jadi macam ni. Aku minta maaf banyak-banyak pada perempuan tu. Aku tak sengaja memalukan kamu.
Jam 2 petang.

Malas la aku nak melayan ahli cafe lama-lama. Baik aku balik “rumah gila gombak” dan tidur.

Sampai sahaja di parkir kereta, kemudian aku menghidupkan enjin, balasan Tuhan sudah mengena. Enjin kereta tak boleh dihidupkan. Hari pula panas bersuhukan padang pasir. Basah kuyup aku bermandi penuh. 
Tetiba gadis berkasut "adibas" tadi muncul dan berkata:
"kereta rosak ke bang?. Meh saya tolakkan".
Pengajaran paling menyakitkan untuk hari ini. Perit lebih dipanggang. Memang gua terbakar dol!

Monday, April 06, 2009

kubang buaya dalam

Hari itu kami,Pa,Iji,Kodik,Seli,Mezoh dan saya,amat bosan. Tidak ada aktiviti. Mahu menebang kelapa Cikgu Konet bimbang ditembak lagi seperti minggu lalu.Lalu kami duduk berbual-bual di hadapan kedai runcit cina Joe.Cina Joe meninggal dunia dilanggar-lari beberapa tahun kemudian. Mayatnya hancur. Kami amat sedih.

Sambil berbual,tangan Pa mengusap sebiji kentang. Iji,adik Pa mengenyit mata kepada abangnya.Mereka amat rapat. Amat malang jika ada diantara kami yang bermain terup dengan dua beradik ini. Mereka kuat berpakat.

Seperti ada kuasa psikik,Pa faham maksud adiknya itu. Perlahan-lahan kentang berpindah tangan sebiji demi sebiji.

Kemudian mata Iji berpindah ke peti ais-krim. Pa faham.

Petang itu kami kenduri kentang rebus dan dicuci mulut dengan ais-krim. Hmmmm...patut-lah perut saya amat buncit sekarang ini.

Pa kini keluar masuk pusat serenti. Iji ada di Kuantan tapi setelah setahun disini saya masih belum berpeluang berjumpa beliau. Mezoh meninggal dunia akibat diracun angin. Bukan, bukan kena tuju-tuju tetapi tercium terlalu banyak racun rumpai ketika meracun ladang. Berhati-hatilah jika meracun ladang. Tutup mulut.Seli bertugas sebagai angota tentera udara. Lebih 30 tahun rasanya tidak bertemu dia.Kodik taukeh tong ikan. Dia menukar nama menjadi Ali Botak. Dia tidak botak dan dari mana datangnya ali itu tidak lah saya ketahui. Terakhir,yakni tahun lepas,saya mendengar dari Mok, dia terkena serangan jantung. Entah apa khabar dia sekarang.

ps: jika kami di pantai timur,selatan dan sabah dan serawak. sila beli the star esok. agaknya rajawali akan difokuskan.agaknya.dan untuk semasa,perlukan saya menukar nama kepada JIBJONES?

Thursday, April 02, 2009

tanjong mas

Suatu masa dahulu saya pernah berkerja. Saya tahu ianya membawa satu keaiban yang tidak terhingga kepada keturunan kami,sekurang-kurangnya ia menjadi sebahagian pengalaman yang mendewasakan saya. Ok-lah, saya mengaku saya masih tidak begitu dewasa dalam banyak hal,namun pengalaman berkerja menjadi sebahagian dari apa saya hari ini.Sementelah pula saya perlu menunjukkan contoh teladan kepada kamu semua yang tidak seberapa.

Semasa berkerja ini juga, saya amat ahli menengok wayang. Setiap selepas waktu pejabat,saya akan kepangung. Tidak kira apa yang ditayangkan,saya wajip kesana. Walau bagaimana pun, saya tidak mempunyai minat menonton apa juga gambar yang sama lebih dari sekali. Tanpa mengira bagaimana baiknya gambar itu.

Sehingga-lah satu hari dimana saya merasa tabiat menonton wayang gambar itu sebagai suatu yang membebankan dan saya mencari helah untuk menipu diri sendiri supaya tidak menonton wayang.

Lalu saya mengamil keputusan untuk memakai songkok. Ya, songkok sama seperti yang dipindahmilik sebagai hak peribadi mereka yang kuat berpartai itu. Nah! seperti yang kamu semua sangkakan, tentu sekali saya kelihatan amat segak.

Dengan memakai songkok setiap masa, saya berharap saya akan malu untuk kepanggung dan ianya berjaya. Saya berhenti kepanggung bertahun-tahun lamanya.Dan yang majisnya saya tidak merasa rugi tidak menonton wayang gambar.

Suatu hari yang tenang, saya menaiki bas dan duduk ditepi tingkap. Ya anak-anak, suatu masa dahulu bas bertingkap bukan bercermin seperti hari ini. (rindu juga untuk menolak tingkap kayu keatas untuk menutupnya)Dan disuatu jalan lurus,pemandu memecut deras. Angin yang datang membawa bersama songkok dari kepala saya. Saya cuma duduk diam sambil penumpang sekeliling memandang tersenyum.

Maka tamat-lah zaman bersongkok saya.Dan saya kekal tidak kepanggung hinggalah akhir-akhir ini.Dem!

Hari ini kadang-kadang saya bertopi untuk menutup botak dan juga untuk kelihatan amat sastera.

Ini hanyalah cerita saya mengimbau suatu masa. Orang yang seusia saya memang begitu. Sering teringat dan merindui suatu masa yang telah lalu. Kamu juga nanti akan begitu.


ps-siapa di Tasek Kenyer,Terengganu, sila angkat tangan.

Wednesday, April 01, 2009

ketapang

Sebenarnya saya tidak perlu menulis tentang dia. Namun seperti ada sesuatu yang mahukan saya berbuat demikian. Mungkin boleh jadi barangkali agaknya-lah, dia memelihara hantu dan hantunya-lah yang menggesa saya menulis mengenai dia. Dan jika kamu nampak,samada kamu kenal atau tidak, kamu wajip setuju dengan saya yang dia ada kemungkinan memelihara hantu.

-siapa dia? tanya saya kepada si Samsul Zakaria melalui sistem pesanan ringkas talipon. -budak tak mandi,jawab pesanan ringkas si Samsul Zakaria.Saya lupa mengapa saya bertanya tentang dia kepada Samsul Zakaria, namun itu-lah pertayaan pertama saya mengenai beliau.

Lalu dimalam penyiaran filim-filim pendek anjuran Sindikit Sol-jah tempoh hari, saya berjanji untuk bertemu Meor,penyanyi yang katanya Bob Dylan Malaya yang pada saya lebih kepada Mawi dunia indi,saya menyarankan agar Meor membawa bersama buku tulisan dia.

Setelah membaca tulisan dia, saya merasa sangat mulia! Kerana carutannya jauh lebih hebat dari saya.

Lupa pula bagaimana saya dan dia boleh berjanji untuk bertemu di hari pembukaan pameran lukisannya. Mungkin Syed,suami si Hanim,kurator YKP, boleh ingat dan direngkaskan cerita,bertemulah saya dan dia sambil ditemani si Syed.

-aduh! kata dia mengeliat apabila saya menepuk belakangnya dengan tangan kiri sambil tangan kanan kami berjabat. Ini pertemuan pertama kami.Hairan juga saya, dengan sapaan selembut bayu senja takala laut bergelora dari jejaka paling romantis di asia tenggara boleh mengakibatkan kesakitan yang melampau pada dia.

Sekonyang-konyang wajah arwah datuk saya datang melayang tersenyum seolah-olah berkata-hari ini ilmu tangan berapi yang tok ajarkan padamu telah sampai ke puncaknya,hati-hatilah kamu menggunakannya dan utamakan pengunaannya untuk keamanan umat manusia sejagat.

-dia baru buat tatu,kata Syed mematikan impian keamanan dunia sejagat.

-kamu dah mandi? soalan pertama saya kepada dia. Dia tersenyum dan saya lihat dihadapan saya seorang lelaki yang sebenarnya sangat pemalu. Saya dengki kerana saya sepatutnya lebih pemalu dari dia kerana saya kacak, dia tidak.Sumpah!

Kami ke warung berhampiran. Sambil minum sambil berbual.Lama.Banyak yang diceritakan. Dua kali kami membuat pesanan minuman.Sehingga larut,kami pun berpisah.


Mudah untuk kita menuduh bermacam kepada semua orang tanpa mahu selidik. Kita mudah membuat andaian. Kita di Malaya belum dewasa untuk menerima manusia sebagai manusia. Yang dimata pada kita adalah yang dihati. Malang sungguh.

Walaupun berkali beliau mengaku 'poser', saya percaya beliau adalah sebenar.Lupakan rambut bersalut tahi lembunya. Lupakan semua cacah yang ada ditubuhnya.Dan harum kasturi semulajadi yang keluar dari celah kelenjarnya. Jika kamu hampiri dan cuba selami, kamu akan dapati dia adalah seorang manusia yang berfikir dan inilah yang jarang ada pada kamu.

Rahmat Haron,aku cinta kamu.

p/s..mat,pi mandi. bil air dan sabun aku bayar.
(sila beli buku beliau)

-si Meor sedang mengumpul dana untuk menerbit album musik terbarunya. kamu berpeluang untuk terlibat dalam sejarah. album ini dinamakan 'dari rakyat untuk rakyat'. wang yang biasanya kamu gunakan untuk perkara tidak senonoh itu bolehlah kamu salurkan kepada projek ini. lagi pun, sindikit sol-jah tidak ada buku baru,jadi wang yang biasa kamu simpan untuk membeli buku-buku mereka bolehlah disalurkan kepada projek si Meor.keterangan lanjut boleh diperolehi dari blog Meor.