Wednesday, April 01, 2009

ketapang

Sebenarnya saya tidak perlu menulis tentang dia. Namun seperti ada sesuatu yang mahukan saya berbuat demikian. Mungkin boleh jadi barangkali agaknya-lah, dia memelihara hantu dan hantunya-lah yang menggesa saya menulis mengenai dia. Dan jika kamu nampak,samada kamu kenal atau tidak, kamu wajip setuju dengan saya yang dia ada kemungkinan memelihara hantu.

-siapa dia? tanya saya kepada si Samsul Zakaria melalui sistem pesanan ringkas talipon. -budak tak mandi,jawab pesanan ringkas si Samsul Zakaria.Saya lupa mengapa saya bertanya tentang dia kepada Samsul Zakaria, namun itu-lah pertayaan pertama saya mengenai beliau.

Lalu dimalam penyiaran filim-filim pendek anjuran Sindikit Sol-jah tempoh hari, saya berjanji untuk bertemu Meor,penyanyi yang katanya Bob Dylan Malaya yang pada saya lebih kepada Mawi dunia indi,saya menyarankan agar Meor membawa bersama buku tulisan dia.

Setelah membaca tulisan dia, saya merasa sangat mulia! Kerana carutannya jauh lebih hebat dari saya.

Lupa pula bagaimana saya dan dia boleh berjanji untuk bertemu di hari pembukaan pameran lukisannya. Mungkin Syed,suami si Hanim,kurator YKP, boleh ingat dan direngkaskan cerita,bertemulah saya dan dia sambil ditemani si Syed.

-aduh! kata dia mengeliat apabila saya menepuk belakangnya dengan tangan kiri sambil tangan kanan kami berjabat. Ini pertemuan pertama kami.Hairan juga saya, dengan sapaan selembut bayu senja takala laut bergelora dari jejaka paling romantis di asia tenggara boleh mengakibatkan kesakitan yang melampau pada dia.

Sekonyang-konyang wajah arwah datuk saya datang melayang tersenyum seolah-olah berkata-hari ini ilmu tangan berapi yang tok ajarkan padamu telah sampai ke puncaknya,hati-hatilah kamu menggunakannya dan utamakan pengunaannya untuk keamanan umat manusia sejagat.

-dia baru buat tatu,kata Syed mematikan impian keamanan dunia sejagat.

-kamu dah mandi? soalan pertama saya kepada dia. Dia tersenyum dan saya lihat dihadapan saya seorang lelaki yang sebenarnya sangat pemalu. Saya dengki kerana saya sepatutnya lebih pemalu dari dia kerana saya kacak, dia tidak.Sumpah!

Kami ke warung berhampiran. Sambil minum sambil berbual.Lama.Banyak yang diceritakan. Dua kali kami membuat pesanan minuman.Sehingga larut,kami pun berpisah.


Mudah untuk kita menuduh bermacam kepada semua orang tanpa mahu selidik. Kita mudah membuat andaian. Kita di Malaya belum dewasa untuk menerima manusia sebagai manusia. Yang dimata pada kita adalah yang dihati. Malang sungguh.

Walaupun berkali beliau mengaku 'poser', saya percaya beliau adalah sebenar.Lupakan rambut bersalut tahi lembunya. Lupakan semua cacah yang ada ditubuhnya.Dan harum kasturi semulajadi yang keluar dari celah kelenjarnya. Jika kamu hampiri dan cuba selami, kamu akan dapati dia adalah seorang manusia yang berfikir dan inilah yang jarang ada pada kamu.

Rahmat Haron,aku cinta kamu.

p/s..mat,pi mandi. bil air dan sabun aku bayar.
(sila beli buku beliau)

-si Meor sedang mengumpul dana untuk menerbit album musik terbarunya. kamu berpeluang untuk terlibat dalam sejarah. album ini dinamakan 'dari rakyat untuk rakyat'. wang yang biasanya kamu gunakan untuk perkara tidak senonoh itu bolehlah kamu salurkan kepada projek ini. lagi pun, sindikit sol-jah tidak ada buku baru,jadi wang yang biasa kamu simpan untuk membeli buku-buku mereka bolehlah disalurkan kepada projek si Meor.keterangan lanjut boleh diperolehi dari blog Meor.

14 comments:

Shaira Amira said...

Rahmat Haron keluar buku barukah?

rahmat haron said...

responku;

bahaya ni...rabak jobo mendongarnya...berdarah jantung dicucuk dollah jones ni...tapi kena akui yg dia ni memang insan yang bijak berfikir.

ha..ha..

tidak berfikir dalam kebodohan, mendungu dibebal bangang itulah kebijaksanaan sebenar - "wisdom of the idiot"

dan aku belum mampu untuk sampai ke tahap itu, terlalu tinggi lawak kelucuannya.terlalu dalam faham ilmunya untuk sampai ke titik tidak berfikir atau kehilangan fikiran atau melangkaui fikiran kepada pengalaman transendental itu. kata orang, belum cukup, tak lepas lagi.

kerana dengan cuba-cuba berfikir aku kelihatan atau dinampakkan seolah-olah tahu yang sebenarnya aku tidak tahu.

tak ada yang benar dari aku melainkan penipuan, ketidakjujuran, pembohongan dan kepura-puraan.

aku suka untuk menjadi sempadan yang buruk, tembok-tembok menghalang dengan pagar tentera, kawat polis, kastam imigresen, visa dan pasport.

dan aku bukan contoh tauladan - mungkin cerminan atau hanya garis untuk ke depan atau tinggal di dalam lingkaran sempadan.

terima kasih abdullah jones, lebih mudah menerima kutukan keji hina caci maki daripada puji-pujiaan-terlalu lawak humornya.

abdullahjones said...

bila masa saya kata kamu contoh teladan yang baik mat? hahaha.

meorpestajiwa said...

mawi dunia indi?ha ha...ha ha ha...macamana kamu boleh fikir sampai kesitu jones?hahahaha....mawi tu kan ke legend,gua indi haprak je...kasi sama anak muda yg lebih indi la..gua sudah outdated..ha ha

guru besar haneem kaydeen said...

rahmat tetap rahmat :)

Airmas sz said...

Man aku tak cakap kamu tak mandi, aku cakap kamu kurang mandi.. penipu betul jones ni... dan aku sangat kecewa bila ada orang kata dia kacak, sebab anak aku komen kawan abah tu pakai topi sebab botak ker? saya jawab tak dia pakai topi sebab nak nampak kacak

ubi said...

Topi tu alat melindungi akal bijak dia dari terik mentari jahil kut..ha..ha..betul ke bro?

the artist and i said...

dah agak dah. hehe

Pyanhabib said...

mat, dolah tak kasi lu terjun sungai kat bukit gantang, takut indek pencemaran meningkat.
(-mat, gua berkata yang benar.
-dolah, mampos lu!)

lanterajiwa said...

HEPI BESDAY bro... =)

Anonymous said...

Aku ingat aku je yang jarang mandi.

orangjahat said...

oh..
adakah dengan perkara tersebut, saya boleh membiakkan duit haram hasil penulisan buku2 mahathir supaya mereka sumbatkkan dalam periuk nasik poser2 lahanat?
oh maaf, agak kasar.
bangsat!

alentarseo said...

Great post.Thank you for posting this article.Keep posting.
tattoo workshops and seminars in chennai

Peter Parker said...

you shared an amazing post!

kolkata tattoo parlour ()