Sunday, April 19, 2009

jalan dato bahaman

tujuh catatan pendek yang tidak perlukan pikiran.

1.Setelah menonton dua filim tulisan Tok Rimau dan still filim terbaru beliau,saya dapati Tok Rimau menuju jalan bahaya menjadi Z. Lokman kedua. Atau jika kamu suka,boleh sahaja kamu katakan yang Tok Rimau adalah penganti kepada Z.Lokman.

2.Di Bangladesh lama dahulu, saya belajar menghargai. Semua yang saya pelajari dulu,amat berguna untuk saya hari ini. Kamu juga perlu ke Bangladesh.

3. Terima kasih ubilepih yang mensyorkan supaya saya menonton filim pendek chicken ala-carte di cultureunpluged.com.Tok Rimau patut melihat filim-filim disana.

4. Memandu ulang-alik Kuantan-Kuala lumpur-Kuantan-Kuala Lumpur banyak kali dalam seminggu melalui Lebuhraya Pantai Timur mendatangkan kebencian yang banyak kepada kerajaan Malaya. Jalan raya bergelombang dan tidak pernah mahu siap.

5.Haram wang hak saya dibelanjakan untuk pilihanraya kecil dan besar.

6. Nota minda-jika berpeluang bertemu menteri perdana,nasihatkan beliau agar tidak menjerit-jerit ketika berucap. Pembesar suara sangat baik dan saya tidak pekak.

7.-aku menangis macang budok kecik jones,kata Abang Mat menceritakan detik anak perempuannya lari dari rumah. Nanar dia mencari. Keesokkan harinya,anak itu pulang sendiri. Jika kamu kenal Abang Mat,kamu tidak akan percaya dia menangis. Misainya tebal. Tubuhnya sasa. Air mukanya kaki tarik kereta. Jika kamu tidak pernah melihat tubuhnya tanpa baju,kamu akan syak dia bertatu.Abang Mat kerani pejabat kebajikan.

12 comments:

Tok Rimau said...

Z Lokman pun Z Lokman la. Hantam saja la.

AMMOSHAM said...

kirim salam kat abang mat...

jawa peranakan said...

wow!! kesimpulannya = ABANG MAT SEKSI..

Unsunghero said...

AJ...saya pernah ke India. di sana saya belajar menghargai, amat berguna setelah kembali ke Malaysia. Jadi tuan juga harus ke India untuk menambah pengetahuan berguna.

Anonymous said...

unsunghero,sudah.;)





jones

ubi said...

Terimakasih kembali AJ.Menaiki Bas ulang alik dari ulu lepih kuala lumpur juga mendatang kan kebencian yg banyak kepada kerajaan malaya dan syrikat bas...ha..ha..bila nak mengeteh kita????

meandbaby said...

Salam,

Saya baru dapat message jemputan utk menulis di blog tuan...malu saya..saya menulis hanyalah utk meluahkan apa yg terasa utk saya share..nway..my email add suriizuati@hotmail.com

Mak Su said...

no 6, iya ler... kita boleh dengar ler.

Pa'chik said...

selalu orang cakap terjerit-jerit ni dari jenis yang telinga tak berapa nak dengar...

nyaknye ke abang mak... sabo je lah...

zizie ali said...

errata: no. 6

...perbesar suara sangat berkualiti dan saya tidak cacat pendengaran.

zizie ali said...

errata:
pembesar

norza said...

AJ,

Bravo!! I just wanna inform u that I came. Haha...