Bila tengok budak-budak baru menikah, kadang-kadang saya kesian. Mereka fikir setelah tamat mengaji, menikah, dapat anak, beli motokar dan beli rumah, mereka fikir hidup mereka telah lengkap dan secara otomatis akan menjadi amat bahagia. Tidak ada apa lagi yang harus mereka fikir kecuali menunggu masa untuk mati dan masuk sorga tanpa hisab.
Jarang yang berfikir lebih dari itu.
Mereka lupa akan statistik perceraian yang amat tinggi. Tentang kemungkinan akan bangkrap dek kerana kad hutang. Tentang jatuh cinta sekali lagi. Para isteri mungkin mempunyai peratusan yang amat rendah untuk jatuh hati kepada selain sang suami kerana kita semua tahu yang kepada kebanyakkan perempuan, suami mereka adalah jantan yang paling sempurna tidak kira jika tubuhnya berbintik atau berbelang. Ini adalah ketentuan dari Tuhan untuk melindungi lelaki. Jika ada pun perempuan yang ingkar dengan ketentuan ini, jumlah mereka adalah kecil.
Berlainan dengan lelaki. Tidak menjadi sesuatu yang ajaib jika lelaki jatuh cinta pada gadis (atau tidak) selain isterinya hatta pada hari pernikahan. Lelaki yang menafikan perkara ini adalah lelaki yang boleh di curigai.
Walau bagaimana pun, ketaatan para perempuan biasanya akan di batasi oleh keupayaan kewangan sang suami. Isteri yang paling sempurna di dunia hari ini biasanya tidak ada upaya untuk kekal bersama suami yang tidak mampu menyediakan bekalan kewangan yang cukup.
Bukan sedikit perempuan yang menyatakan punca perceraian mereka adalah kerana suami tidak mampu untuk 'menunaikan' tanggungjawab. Dan mereka juga sanggup di ceraikan jika sang suami sanggup 'menunaikan' tanggungjawab. Kata kunci setiap perceraian adalah 'tunai'.
Apabila suami mahu mengambil satu lagi isteri, awalnya yang terfikir adalah pandangan masyarakat. Malu apabila di madu. Kemudian, kononya mereka kasihan. Katanya suami mereka berpendapatan sedikit dan mereka berkorban demi kebahagian suami. Takut suami tidak mampu. Peda'ah.
Jarang yang perempuan yang memikirkan anak-anak apabila berlaku masalah akan bercerai. Kepentingan diri mereka menjadi kepentingan yang paling atas.
Biarkan sahaja jika suami kamu mahu bernikah berapa yang dia suka. Mampu tidak mampu bukan masalah kamu. Masalah dia. Nanti di depan Tuhan biarkan dia yang menjawabnya. Masalah biasanya berlarutan apabila kamu rajin mengambil 'kerja' Tuhan.
Kamu mungkin memikirkan saya memihak kepada lelaki. Namun jika kamu mahu berfikir lebih jauh, saya rasa kamu semua akan setuju.
Untuk anak-anak yang akan atau baru menikah, saya katakan: 'Hidup tidak bermula di hari pernikahan kamu. Persiapannya bermula di hari kamu mula berperasaan bukan-bukan apabila melihat jenis yang berlawanan dengan kamu.'
ps: OK airmas, saya dah tulis. Suruh isteri kamu baca. Saya yakin dia akan tandatangan borong itu.