Thursday, August 10, 2006

kurung

Satu kampung tahu yang Azmi, anak Mok Cik Yoh seorang penagih dadah. Dia tidak mencuri (Azmi, bukan Mok Cik Yoh) dan jika mahukan wang membeli dadah, dia akan meminta pada ibunya.

Adalah bertegang-tegang leher sedikit dengan ibunya, tetapi Azmi tidak lah sampai mahu memukul atau berkasar. Dia juga tidak pernah memberitahu ibunya yang dia mahukan wang itu untuk membeli dadah. Berbagai alasan yang di berikan dan Mok Cik Yoh percaya.

Mok Cik Yoh saya rasa adalah menantu Mok Yang Mee yang saya ceritakan dulu. Itu cuma andaian saya kerana dia memanggil Mok Yang Mee 'Mok'. Saya yakin Mok Yang Mee bukan 'mok' dia.

Yang paling sedihnya adalah Mok Cik Yoh amat tidak percaya jika ada orang datang kepadanya dan memberitahu yang anaknya seorang penagih dadah. Mati-mati dia akan mempertahankan anaknya. Walau 2-3 kali dia terpaksa berhutang untuk membayar wang jaminan apabila anaknya itu di tangkap, dia tetap percaya yang anaknya tidak bersalah.

Saya berpendapat yang Mok Cik Yoh tahu anaknya seorang penagih tetapi demi kasih dia cuba menafikannya. Dia semahu-mahunya tidak ingin percaya yang anaknya tergamak berkelakuan begitu.

Begitulah kasih seorang ibu. Seorang bapa juga begitu. Bahkan kadang-kadang bapa mertua juga begitu. Lebih-lebih lagi seorang bapa mertua!

ps: Minta tolong hadiahkan al-Fatehah untuk Azmi, Mok Cik Yoh dan Mok Yang Mee. Keluarga Mok Cik Yoh adalah kalangan termiskin di kampung saya.

Juga al-Fatehah untuk rakan se-esastera kami, Saudara Romy Mohamad @ invisible yang meninggal dunia pada 09/07/06 yang lalu.

" di depannya masjid, di belakangnya mini market ", 786, kamu adalah kawan komen paling cerdik untuk entri yang sudah. Tepuk bahu kamu sendiri, atau jika mahu, suruh saja budak mata kuyu itu melakukannya.

19 comments:

dugongsenyum said...

Pak Besaq? HAHAHAHAHAHA

ok ok... insaf insaf... Al-Fatehah.

Anonymous said...

Pengedah dadah sekarang ni senang je nak lepaskan diri, jawab je teraniaya, cakap orang kirim(pesan suruh bawak benda hamjadah tu)dan tau tau la pulak itu dadah. Habis cerita.
Tapi kan pada aku la....Itu pengedar la namanya...

3 orang Mamak Bendahara siap tokyan duit rakyat sebanyak 500k duit benua pulau nak jamin. Ah duit rakyat tak kesahlah kalau duit sendiri tu mau juga sasau memikirkannya...Janji nama malaya bersih di mata donia.MAKMUR Sungguh Malaya.

Jannah said...

tapi dadah sudah jadi sebahagian hidup muda mudi. kalau ada gathering pasti ada seko bawak bahagian. Pastu ramai ramai tangkap lentok.

dah nama progress beb.

nak maju macam dalam filem mat saleh dok hisap pot tu.

dapat dari mana semua ini?

Ku Keng said...

Pok Azmi gi duana?

Dan ya sudah saya hadiahkan al Fatihah untuk Almarhum Romy. Semoga Allah SWT melapangkan kuburnya dan menghiasinya dengan cahaya. Serta diperingankan ehwalnya dibarzakh.

Ku Keng said...

Pok Azmi gi duana?

Dan ya sudah saya hadiahkan al Fatihah untuk Almarhum Romy. Semoga Allah SWT melapangkan kuburnya dan menghiasinya dengan cahaya. Serta diperingankan ehwalnya dibarzakh.

Anonymous said...

Nostalgik..

Mat Jan kata kan kan..di Malaya orang bodoh pun buleh jadik Menteri.

Refer entry rumah ghazali.

dan semenjak dua menjak ni sejak menteri kabinet nak pantau blog, imbauan ini sirna kembali.

cuma, korang kaitkan kebodohan menteri tu dengan hal bersangkut paut dengan masaelah dadah di malaya..

adibah abdullah said...

salam.

kerana sayang, kita tidak mahu mengakui bahawa orang yang tersayang melakukan kesilapan. kerana kesilapan itu akan mencacatkan kesempurnaan sehingga kita terasa sukar untuk sayang.

atau mungkin kita tidak mahu mengaku orang itu kehilangan kesayangannya kepada kita kalau kita mengesahkan kesilapannya.

mungkin sayang yang sebenar adalah yang menerima kesilapan, memaafkan dan memberi galakan untuk membaiki kesilapan itu.

seperti sayang tun kepada pak lah.

bukan seperti sayang tuah kepada sultan.

bukan seperti sayang 'orang parti XXX' kepada 'tun' (mengikut kata akhbar, saya tak tahu.)

Rie said...

al-fatihah. kasih ibubapa begitulah.

Anonymous said...

Selalu kamu ungkit keburukan Mok Yang Mee. Mungkin roh Mok Yang Mee tak tenteram pada awalnya kemudian tersenyum setelah mendapat sedekah al-Fatehah.

Bravo Jones!

Literature Sushi said...

Azmi tu tahu kah bahawa dadah itu bahaya kepada diri dan masyarakat? Kalau tak tahu, memang boleh sangat diibaratkan sebagai beruk sarkis... (dia kata, bukan saya kata...) ;)

zizie ali said...

antara kata kunci unt hayati entri ini ialah:bapa mertua, budak mata kuyu.
antara klausa yg perlu diberi perhatian ialah: "..tidak ingin percaya yang anaknya tergamak berkelakuan begitu.."
jones nampaknya semakin berhati-hati. tidak lagi semborono.

Airmas sz said...

Jones , ... Kamu sangat berbahaya kepada orang yang bawa serbuk spray ...

Sayuti said...

metafora sangat jelas. tergelak.

p/s: mesti Tok Mudim mahu encik jadi menantu dia. pasti dia akan sayang benar dengan encik.

Obefiend Weiland said...

saudara saya seorang penagih gam. sekarang sudah separauh biol kerana saraf telah rosak. bila disuruh makcik saya hantar ke pusat serenti menangis ibunya. dikatanya tak sampai hati hantar anak ke pusat serenti

bagi saya Mok cik Yoh bodoh.sama bodoh macam makcik saya tu. kesian atau nak tutup malu. begitulah bangsa melayu. kerana nak tutup malu sanggup kover kover line lagi. hahaha. malu tak bertempat.

tuan tanah said...

Al-Fatihah buat Azmi, Mok Cik Yoh, Mok Yang Mee dan Saudara Romy Mohamad.

Kemat said...

BELIA BENCI DADAH

Lan Rambai said...

kalau aku ini penagih dadah.. pasti mak aku juga seperti Mok Cik Yoh itu.

Anonymous said...

takziah juga kepada keluarga yang disebut

Anonymous said...

Keep up the good work »