Bila tengok budak-budak baru menikah, kadang-kadang saya kesian. Mereka fikir setelah tamat mengaji, menikah, dapat anak, beli motokar dan beli rumah, mereka fikir hidup mereka telah lengkap dan secara otomatis akan menjadi amat bahagia. Tidak ada apa lagi yang harus mereka fikir kecuali menunggu masa untuk mati dan masuk sorga tanpa hisab.
Jarang yang berfikir lebih dari itu.
Mereka lupa akan statistik perceraian yang amat tinggi. Tentang kemungkinan akan bangkrap dek kerana kad hutang. Tentang jatuh cinta sekali lagi. Para isteri mungkin mempunyai peratusan yang amat rendah untuk jatuh hati kepada selain sang suami kerana kita semua tahu yang kepada kebanyakkan perempuan, suami mereka adalah jantan yang paling sempurna tidak kira jika tubuhnya berbintik atau berbelang. Ini adalah ketentuan dari Tuhan untuk melindungi lelaki. Jika ada pun perempuan yang ingkar dengan ketentuan ini, jumlah mereka adalah kecil.
Berlainan dengan lelaki. Tidak menjadi sesuatu yang ajaib jika lelaki jatuh cinta pada gadis (atau tidak) selain isterinya hatta pada hari pernikahan. Lelaki yang menafikan perkara ini adalah lelaki yang boleh di curigai.
Walau bagaimana pun, ketaatan para perempuan biasanya akan di batasi oleh keupayaan kewangan sang suami. Isteri yang paling sempurna di dunia hari ini biasanya tidak ada upaya untuk kekal bersama suami yang tidak mampu menyediakan bekalan kewangan yang cukup.
Bukan sedikit perempuan yang menyatakan punca perceraian mereka adalah kerana suami tidak mampu untuk 'menunaikan' tanggungjawab. Dan mereka juga sanggup di ceraikan jika sang suami sanggup 'menunaikan' tanggungjawab. Kata kunci setiap perceraian adalah 'tunai'.
Apabila suami mahu mengambil satu lagi isteri, awalnya yang terfikir adalah pandangan masyarakat. Malu apabila di madu. Kemudian, kononya mereka kasihan. Katanya suami mereka berpendapatan sedikit dan mereka berkorban demi kebahagian suami. Takut suami tidak mampu. Peda'ah.
Jarang yang perempuan yang memikirkan anak-anak apabila berlaku masalah akan bercerai. Kepentingan diri mereka menjadi kepentingan yang paling atas.
Biarkan sahaja jika suami kamu mahu bernikah berapa yang dia suka. Mampu tidak mampu bukan masalah kamu. Masalah dia. Nanti di depan Tuhan biarkan dia yang menjawabnya. Masalah biasanya berlarutan apabila kamu rajin mengambil 'kerja' Tuhan.
Kamu mungkin memikirkan saya memihak kepada lelaki. Namun jika kamu mahu berfikir lebih jauh, saya rasa kamu semua akan setuju.
Untuk anak-anak yang akan atau baru menikah, saya katakan: 'Hidup tidak bermula di hari pernikahan kamu. Persiapannya bermula di hari kamu mula berperasaan bukan-bukan apabila melihat jenis yang berlawanan dengan kamu.'
ps: OK airmas, saya dah tulis. Suruh isteri kamu baca. Saya yakin dia akan tandatangan borong itu.
Sunday, August 13, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
51 comments:
tandatangan borong bang? borong empat sekali ker? hehahahahah .. ko dah jadi musuh J'O aku tu
Kala kau memakai weeding ring..kala itu bermula suffering..
tempat ketiga adalah pingat gangsa dan dapat naik podium gak ;-)
dulu saya tidak paham mengapa ada lelaki yang boleh jatuh cinta dengan perempuan lain sedangkan dia sebenarnya suami orang.
sekarang,saya telah paham dan itu menjadikan saya berfikir lebih jauh.Ya,saya mmg bersetuju dengan kamu.
Malah,saya bersedia untuk di madukan ataupun menjadi madu orang lain sekiranya itu takdir yg Allah tentukan buat saya.
ya,pengalaman byk mengajar.
terima kasih utk entry ini.
~Nur~
credit saya kepada semua ibu2 esp. ibu tunggal yg ditinggal suami begitu sahaja tapi masih tabah membesarkan anak2 supaya menjadi insan berguna. kaum hawa mmg ada kekuatan itu. saya percaya.
Tuan,
Sumpah. I hanya ingin mencari seorang isteri yang dapat membimbing anak-anak I dalam jalan agama dan peradaban Melayu, serta menyanyi lagu-lagu Melayu asli.
Sumpah.
AJ, tak takut kena banned dengan entri kali ini? Saya baca banyak blog para isteri yg tak rela dimadu (kecuali saya) ;)
Makan sisa orang! Kebulur!
Orang lelaki tabiat macam lalat langau- mana ada daging busuk kat situ dia menepek. Ceh!
marah betul orang atas saya nie. :)
Jika tak menyentuh orang kamu cepat mampuskah?
Alasan biasa..ikut sunnah Nabi!...kalau yang lain pun ikut sunnah Nabi tak pe la..Itu yang paling tak tahan!!
Sam
Oit2, kau dah penduakan CD lagu aku nak tu? Kau masih simpan alamat surat-menyurat aku kan?
MAzon bilang sama aku, lelaki kalau mahu bernikah lagi itu kerana dia bernafsu besar, suka seks yg luar biasa sedikit sifatnya. Wak Y pula bilang, lelaki itu bernasib malang kerana isteri pertama tidak bagus, masaknya rebus rebus aje, rambut selalu kusut, ketiak pun adakalanya hangit. Kak Jay pula bilang, lelaki itu mata keranjang, mahu rakan tidur dengan aksi yg berbeda beda. Gaffar pula kata, lelaki itu bijak, punya dalih seribu dan asyik menari nari dgn kata kata. Hajah Rumie pula kata, akan ada lorong ke syurga buatnya. Timah Kordi pula bilang lelaki gatal. Hussien pula kata, lelaki tongkat Ali.
orang kata, jones. macam2, benarnya entah!.
ketika Projek Janakuasa elektrik Kapar dilaksanakan, seorang IOW consultant(orang ini berbangsa India dan ia sudah pencen dari perkhidmatan JKR) menyatakan begini:
Apabila kejadian suatu kejadian kecurian berlaku, orang yang mengsyaki siapakah pencuri dan menuduh-nuduh lebih banyak berbuat dosa dari pencuri yang tidak bertanggungjawab itu sendiri.
hahahaha tok jones
ramainye langau...
hahaha menjadikan kamu lebih POPULAR.
GEMAr
saya gemar entri ini. buat saya senyum sinis. mungkin ade kena mengena dengan kes 21 OGOS kelak. mungkin saya saje yang terasa tapi entri ini seakan satu ulasan keatas topik hangat di bumi malaya.. haha
saya seorang lelaki yang hatinya cepat berubah. there i ngaku. jangan si jannah baca sudah! HAHAHAHA
Assalamualaikum
hmmm..hmm.
betul tu
awak tu dah menikah ka?
salam ukhuwwah dari saya.
salam.
saya masih belajar, dan akan sambung belajar. ada terfikir untuk kahwin tetapi tidak ada calon. yang saya berkenan telah mereject saya.
sebagai seorang yang high-demand, bila orang yang menepati demand pula tidak menganggap saya memenuhi demandnye, saye berada dalam situasi yang agak kureng best.
bab kahwin banyak2 ini saya rasa saya boleh menerima. tetapi saya yakin saya akan berasa sakit.
lebih-lebih lagi kalau perempuan itu tidak mempunyai akhlak yang mulia seperti saya. bila orang yang saya sukai - belum pun menjadi tunang atau suami - digesel-gesel oleh perempuan sedemikian pun saya sudah 'naik minyak', apatah lagi kalau orang itu adalah suami saya sendiri.
kalau perempuan itu baik, dan lebih baik daripada saya, saya mempunyai sebab yang lebih banyak untuk berasa sedih dan takut.
poligami itu halal. saya boleh menerima. tetapi saya yakin saya akan berasa sakit.
Jones,
saya baru nak tulis sebuah cerpen tentang poligami berdasarkan pengalaman kakak seorang kenalan saya.
kamu dah tulis dulu pulak tentang isu ini.
nanti-nantilah saya tulis cerpen itu, nanti orang kata saya mengikut entri kamu pula.
Ishhh alim taik kucing sungguh!
Bermadu itu manis bagi yang tahu menikmati madu sesuai pada tempat dan keadaanya.... percayalah! Tak cuba tak tahu, ada yang ingin mencuba???
Hanya ada seorang saja perempuan gila, dan semua orang kenal siapa dia. :)
Ya! Satu terlalu ramai, seribu tak pernah cukup.
selamat ulangtahun perkahwinan utk airmas.
wah, ramai juga yg emosional. bila hati merajai akal... hem... macam2 boleh jadi.
N3 pasal nikah kawin ye AJ!
sbg prm...diakui mmg ada kebenaranya.
jgn cepat tersengih dgn apa yg saya tulis kerana lelaki mmg suka berkahwin lebih dr yg mrk 'mampu' walau di kerat kaki sekali pun.
haha. emosi sungguh komen di atas.
encik abdullahjones,
sekarang musim mengawan. semua orang sibuk bercerita tentang kahwin. dan poligami.
saya, baru semalam berbincang tentang ini dengan isteri. dia bagi keizinan.
ah, sukanya. sukanya.
Yut,
Izin untuk yang mana?
sesetengah wanita bukan sahaja tidak layak di madu, malah tidak layak dinikahi pun.
perghhh.. pedas ayat aku ni.
Ha ha!
sudahla...
salam
wow
banyaknye orang bergaduh
laman pak AJ jadi gelanggang tinju!
saya berharap pak AJ akan mengupdate pada kadar tiap-tiap hari kerana rindu memuncak apabila tidak membaca posting yang baru setiap kali membuka lamannya.
mungkin apabila orang sibuk membaca posting2 yang sentiasa diperbaharui mereka akan kurang masa untuk bertinju.
:-) meow~
tuan keng,
izin untuk poligami. tapi, kena adil. masalahnya, definisi adil saya dengan dia tak sama. huhu
walau bagaimanapon, saya belum mampu lagi tuan.
p/s: terlepas pulak komen2 tinju. huhu.
Very cool design! Useful information. Go on! » »
Post a Comment