Semasa membetulkan susunatur blog ini seperti yang di cadangkan oleh rem (entri dari bulan ke bulan, bukan hari ke hari), baru saya terperasan yang bulan ini adalah ulang tahun pertama blog ini.
Selamat ulang tahun blog abdullahjones.
Oleh kerana itu, saya akan ulangletak kembali entri pertama saya di sini dengan komen-komen pertamanya sekali. Siapa agaknya sitidakbernama yang menjadi orang pertama meletakkan komen diblog ini dan adakah dia masih membaca tulisan saya? MBA dan Moluska rasanya masih lagi. Terima kasih MBA. Terima kasih Moluska Tatami.
Semoga semua tulisan saya selama setahun yang lalu menjadi amalan baik.
Terima kasih semua kerana rajin membaca tulisan saya.Terima kasih banyak-banyak.
Friday, June 17, 2005
ahhh.
Masa berbual dengan kawan tadi saya dapat tahu yang setiap tulisan ie sajak, puisi atau yang seangkatan dengannya yang disiarkan di majalah atau akhbar dibayar diantara duapuluh hingga seratus ringgit. Ini amat memeranjatkan . Sangka saya setiap tulisan ie sajak, puisi dan yang seangkatan dengannya dibayar melebihi harga yang disebutkan.
Jadi untuk apa para penulis sajak dan puisi memerah fikiran hanya untuk disiarkan dan dibayar dengan satu penghinaan? Jika untuk merubah suasana sekeliling saya rasa ianya satu kerja sia-sia. Berapa ramaikah pembaca sajak dan puisi yang merasa insaf setelah membaca sajak puisi yang islamik? Berapa ramai pula ahli politik yang menukar cara berfikir setelah dikritik melalui sajak puisi? Jawapannya saya rasa tidak ada langsung.
Jadi untuk apa mereka menulis? jawapannya adalah untuk nama. Sama seperti ahli politik yang kaya raya memilih untuk bernikah dengan segala macam selibriti. Bezanya cuma penulis adalah manusia miskin yang bodoh.
Saya juga berpendapat para penulis (sajak dan puisi ) adalah manusia yang syok sendiri yang terlolong-lolong dipentas deklamasi.
Saya sukakan Salleh Ben Joned yang hanya menumpukan perhatian kepada menghasilkan tulisan kemudian dibukukan. Ini ada cara yang lebih berkesan dari berkumpul sesama ahli sastera sambil memuja memuji tulisan sesama kita.
Satu pertanyaan, mengapa hanya ahli politik lelaki yang sibuk mencari selibriti? Apakah ahli politik perempuan tidak terliur untuk meniduri para selibriti ? Lelaki atau perempuan.
posted by abdullahjones at 11:26 PM 6 comments
komen:
Anonymous said...
jika di malaya, di tunas cipta misalnya, cerpen akan dibayar RM200. Jadi mjlh2 DBP yg lain juga lebih kurang itulah.
mungkin ada yang bayar hanya sehingga RM100, malah, yang tak bayar pun ada.
3:44 AM
abdullahjones said...
Berapa pula bayaran yang diberikan kepada penulis kolum di majalah-majalah?
9:03 PM
Anonymous said...
rakan saya pernah tulis artikel dlm tunas cipta sbg reaksi kpd artikel kolumnis tetap. artikelnya pendek saja, tidak sampai semuka dan dpt bayaran sekitar RM200-RM250. umumnya, kalau kita hantar karya ke mjlh terbitan DBP, mmg bayarannya agak ok. suratkhabar saya tak tahu, sbb x pernah hantar. tapi ada kes x dpt bayaran, mngkin editor lupa atau posmen accident tgh jalan.
12:08 PM
mba said...
wah..... pindah lagi, berapa kali mau pindah da...... Agak2nya cukup 7 kali pindah kot ;-).
8:51 AM
abdullahjones said...
mak saya kata kalau tujuh kali pindah bangkrap :)
6:03 PM
moluska tatami said...
tujuh kali pindah = papa
ie papa --> papa duit, ahlak, ilmu, personaliti.
4:01 AM
Sekarang, izikan saya menyendiri sebentar. Saya perlu menenangkan diri.
ouummmmmmm, guruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahya.
p/s: Diesastera.com sekarang ini ada satu laman baru yang di kendalikan oleh Nizam Rusli aka Gitartong. Laman Lagu Puisi. Jika kamu pencipta atau peminat lagu-lagu puisi, silalah kesana.Cipta lagu puisi dan letakkan di sana,mana tahu kamu mungkin akan memenangi apa-apa hadiah untuk lagu puisi kamu di acara penyampian hadiah esastera yang diadakan setiap tahun.
Friday, June 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
selamat hari ulang tahun blog yang pertama, jones.
terima kasih juga kerana menulis sesuatu yang menyebabkan saya terfikir-fikir, dan menginsafi diri sendiri.
:)
Obe Jones,
"Selamat Menyambut Ulang Tahun Yang Pertama" untuk blog anda. Semoga entri2 yg mendatang akan lebih bernas dan memberi kebaikan utk semua. Takde buat kenduri ala buffet ke?...sambil potong kek!;p
'Mengapa hanya ahli politik lelaki yg sibuk cari selebriti?'
Sebab dgn demikian beliau akan merasa lebih macho, membuat yg lain cemburu akan kelebihan beliau and money talks, wallahualam!
Untuk ahli politik perempuan, mungkin ada tapi tidak dihebohkan tapikan selebriti lelaki takde yg macam Olivier Martinez macamne nak terliur! Obe Jones, teringin ke, sbb skrg dah jadi selebriti jugak?
Semoga penulisan Jones pada hari-hari mendatang akan memberi pengajaran. Nak kasi duit hadiah, Jones dah kaya, nak mintak noreh getah Jones tak pandai..Menulislah! Saya tujukan bait lagu Ramli Sarip
'Aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan dan menyatakan kasih sayangku. Kita sama semuanya sama. Apa yang ada hanyalah kehidupan'
Jones, bukan ahli politik saja yang mencari selibriti, keduanya sama dahaga. Satu pehak dahaga belaian manja dan pihak yang satu dahaga duit.
Cuma satu, sementara mika tu tengah 'SIBUK', jika nampak PELUANG- REMBATLAH MANA YANG SEMPAT DAN DAPAT. Kalau mereka tak sibuk, semua peluang asyik-asyik dia membedal, sikit tak terlepas kepada orang lain,tak merasa rakyat marhaen..jadi ada hikmahnya ketentuan itu..haha(saya melihat secara positif dan timbalbalik) haha..
Happy Birthday Jones. Cor Blimey, one year has passed. Any champange?
SAMA-sama AJ.
Saya sentiasa nak jadi pengomen yang pertama di blog ini, tapi sentiasa tak dapat. Jadi pengomen 10 terataspun memadailah.
Selamat ulangtahun blog.
Selamat Hari Ulangtahun pertama sbg blogger.
saya pun teringat, dah lebih setahun rupanya saya menulis, tapi kenapa Aj sgt popular? (hahahah!!!! soalan seorang 'pendengki')
selamat hari ulangtahun semoga panjang umur dan murah rejeki
selamat ulang tahun pertama menulis blog. teruskan menulis. :)
kamu berzikir guruyahya encik abdullahjones? hahaha
Kerana Blog AJ, ruang blog saya tercipta.
Selamat Ulang Tahun Pertama Blog AJ.
Salam pak dollahjones :)
heh heh guruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahya heh heh.
Masa itu saya baru berumur 8 tahun. Tapi saya masih boleh ingat lagi bunyi chanting itu, "guruyahyaguruyahyaguruyahyaguruyahya".
Best, best blog ini, Tuan AJ. Walaupun kadang ada juga terkena ke batang hidung saya sendiri, semoga Tuan AJ dapat teruskan siniks Tuan sehingga berzaman-zaman. Aaa-miin.
salam ulangtahun.. :)
selamat panjang umur.
takde pulut kuning ? ekekeke
Jones,
"Gaya Seni Ciptaan Budi!" :)
Pasai apa ada komen yang kena delete tu? Ishh.. ishhh..
BTW, Jones.. setelah ko insaf bertaubat dan menukar susunatur arkib daripada bentuk 'harian' (yang meleret-leret) kepada bentuk 'bulanan' (yang pendek padat): maka akhirnya saya temui tulisanmu yang dicari-cari itu. Alaa.. yang cerita pasal para bloger 'tut-tut' itu. Sukanya hatiku dipertemukan kembali dengan entri itu. Macam jejak kasih pula. :)
jemputlah ke komuniti lagu puisi di esastera. selamat ulang tahun en jones!
Selamat Ulang Tahun Tuan AJ.
selamat ulang tahun pakcik AJ.semoga posting kembali ke line sinikal dan pedas seperti yang saya suka dulu. buat kepala tua saya ni berfikir lebih dalam dan cuba mencari isi tersurat lagi tersirat dalam setiap post.
lagu puisi
banyak saya tulis tetapi terlalu personal untuk dipaste apa lagi dikomen oleh orang.
tapi kini saya sedang menulis lirik lagu "Khasidah untik Ina dan Ani"
Pak Dolah,
Selamat ulang tahun
Semoga semua tulisan Pak Dolah selama setahun yang lalu menjadi amalan baik.
Semoga diberi balasan yang setimpal dengan amalan.
Oo..oo, betul ke jadi papa? saya dah pindah 7 kali dan rumah yang dibeli dan didiami sekarang ni adalah yang ke 7. Bukan sengaja pindah, tapi hidup saya susah, sampai sekarang pun masih susah lagi, takde simpanan langsung. Kalau macam tu, nampaknya saya kena pindah sekali lagilah so jadi 8 kali pindah. Pindah 8 kali tak papa kan?
What a great site
» » »
That's a great story. Waiting for more. Boulder boating accident attorneys lexus gs430 upgrades pc2100 ddr sdram craps research Hiking rocky mtn Volkswagen wiring diagram vacation cruises
Post a Comment