Peringatan untuk diri sendiri:
Jika dalam usia begini masih payah untuk kekal dalam sembahyang,adalah lebih baik menjadi beruk yang tahunya makan dan berbini kemudian mati.
Lagi peringatan untuk diri sendiri:
Beruk itu boleh saja di tukar menjadi apa sahaja jenis binatang yang tidak bersembahyang.
Peringatan tambahan untuk diri sendiri:
Jangan gantikan beruk dengan perkataan babi kerana pembaca-pembaca budiman tidak gemar bahasa yang kasar.
Doa:
Oh Tuhan, kekalkanlah aku didalam sembahyang.
Makluman untuk rem:
Saya sendiri puas mencari tulisan yang kamu maksudkan dan tidak berjumpa. Maafkan saya.
Wednesday, June 28, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
31 comments:
Terima kasih Jones!
Saya akan mengambil ikhtibar, InsyAllah.
Terima kasih!
Dari saya yang benar
Juriah/kim_labu
amin!
bagi kamu agama kamu,, bagi aku agama aku..
jgn pernah samakan manusia dgn beruk, ada juga org yg tak bersembahyang itu lebih mulia dr org yg sembahyang..
pernah dgr cerita ini..
iblis cuba menggoda satu jemaah yg sedang solat tp takut dgn seorang tua yg tidak solat tetapi tidur di dpn pintu masjid ketika itu..kerana walaupun tidak solat tetapi walau dlm tidur, zikir hatinya mengagungkan ALLAH tidak pernah berhenti..
solat yg 5 minit kita igt ALLAH tapi selepas 5 min itu klu kita lupa padaNYA samala macam tak solat juga..
Rukun islam lima perkara:
`Pertama mengucap dua kalimah syahadah
`Kedua sembahyang 5 waktu
`ketiga berpuasa di bulan ramadhan
`Keempat zakat
`kelima tunaikan haji jika mampu
insyaallah takkan meninggalkan tanggungjawab wajib ini sebagai manusia islam.
zikir penting jugak.. tapi sembahyang 5 waktu jika tidak tunaikan, apalah ertinya zikir itu. SIA-SIA
esis..
haha..kamu masih tidak faham maksud cerita tadi bukan..
tak mengapala..
seperti yg saya ckpkan tadi bagi kamu agama kamu bagiku agama ku..
mungkin satu hari nanti kamu akan fhm, zikrullah (mengingati ALLAH) itu lebih penting..
ada masanye solat tak dpt didirikan, pastikan ingatan terhadap ALLAH itu tidak putus..
tahniah atas 'entry' ini..
Sembahyang itu tiang agama, benda kalau betul dan memberi kebaikkan untuk kesejahteraan dunia akhirat tak payah argue. Kawan stuju ngan esis.
boleh la camtu... nak zikir je lah, tanak solat....
bila berfiqah tanpa tasawuf, fasiq.
bila bertasawuf tanpa fiqah, zindiq.
bila berfiqah sekali tasawuf, lengkaplah amalan kehidupan.
selain dari itu serahkan kepada NYA..
saya berckp bg yg mahu mengkaji..
islam itu halus..
islam kan berperingkat2..bermula dgn syariat trus smpai tasawuf..
saya minta maaf kalau ada yg salah faham..mungkin saya yg tidak pandai menerangkan..
solat tetap penting..jgn skali2 menidakkan perintah ALLAH...
Anonimaus,
Solat tu wajib. Kalau kau menidakkan ianya wajib, boleh jadi murtad! Katakanlah saja, kau malas untuk solat, itu masih tidak mengapa(!) kerana belum jatuh murtad.
Tapi kalau sudah menidakkan kewajipan solat, bukankah itu sudah mengingkari perintah Allah?
Zikir?
Kau ingat Dia, tapi kau tak buat apa yang Dia minta, nak buat apa?
Bukankah solat itu memagari insan daripada segala maksiat? Kalau ada yang solat, tapi akhlaknya masih seperti beruk, itu bukan salah solat. Tapi salah orang yang menunaikannya. Mungkin ada lompong sana sini.
Kau kajilah dulu apa yang kau sampaikan, jangan menyesatkan orang lain sudah.
Tidakkah berbeza orang yang berakal dengan orang yang tidak berakal? Atau orang yang beramal daripada mereka yang berilmu?
Aku kadang-kadang lupa solat... ;(
anonymous itu masih belum mumaiyiz rasanya. mungkin juga fahaman islam liberal, bak kata mufti negeri perak.
alhamdulillah encik abdullahjones, saya sentiasa kagum dengan kamu.
Obe Jones, terimakasih! :)
Sekali lagi saya ingatkan. tinggalkan nama dan kekallah dengan nama itu. Jika kamu terus-terusan meninggalkan komen tanpa nama atau menukar-nukar nama, saya akan padamkan komen-komen kamu itu.Ini adalah peringatan terakhir.
tima kasih AJ, insyallah...
terima kasih jones kerana mengingatkan.
barangkali dia lupa ini untuk peringatan kita semua...
jones yg baik walaupun sinis,terima kasih. ---- ayat bodek utk dptkan jersey liverpool yg baru.
Dah beberapa kali Ayah Pin mengingatkan semua. Kalu dok pahe, ilmu hakikak, hakikaknyo kenolah belajor dengo Ayah Pin. Ni dok bbaloh wak apo ko bendo?
La..ingatkan dah berambus ke liang lahad (((((((haha)))))
erm..aku takleh nak komen lelebih..tapi aku rasa anonymus itu spesis beruk yang sentiasa berzikir.
itulah orang kata,kalau kita berilmu dan disalahgunakan maka begitulah jadinya.menidakkan yang wajib.
alah..macam tarikat tu laa,sembahyang hanya pakai niat,makan?taknak guna niat pun.
samalah macam berzikir tapi tak sembahyang.cuba kamu makan nasik saja tanpa minum air.kamu buat samapi lima hari cukup lah..tahan ke idak?
kan anonimus kan?aku rasa kamu memang banyak membaca cerita-cerita hadith itu.tapi kamu hanya mengaitkan satu ceritanya saja.penyimpangannya?
syaitan itu takut untuk mengganggu orang yang tidur itu kerana jika dia mengganggu tidurnya, dia takut orang itu terjaga lalu terus mengambil air sembahyang dan bersembahyang bersama-sama dengan jenaah yang lain..dan secara logikalnya juga kita boleh memikirkan tentang itu kan?
Jones, terima kasih kerana berusaha cari, walaupun pencarian itu gagal. Tak apa, cubalah sembahyang hajat.. kut-kut dapat ilham di mana post itu bertapuk. Atau pun, cuba la tukar setting blog ini supaya archive itu dalam bentuk 'bulanan', dan bukan 'harian'!
OK. Tak boleh nak tulis panjang. Nanti tak sempat nak sembahyang, berwirid, berzikir panjang dan berdoa. Opppss!
Aku terpukul juga dengan komen seperti, "bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku.."
Hah?! Maksud kau apa?
Agama kamu apa? Agama aku apa? Kafir musyrik?
Islam bukan mendukung fahaman individualistik. Sebab itulah, solat berjemaah digalakkan; solat Jumaat, puasa, zakat, haji dan sebagainya diwajibkan. Semua tu kerana untuk memandu umatnya supaya dapat hidup bermasyarakat.
Apa ada dalam rukun Iman? Lengkapkah jika tanpa rukun Islam? Apa itu Ehsan? Semua tu penting mesti difahami baru cukup sifat Islamnya.
Konsep ketuhanan pun bukan hanya Rububiyyah, tapi juga Uluhiyyah. Amat-amatilah!
Sekadar berkongsi dan mengingati diri sendiri (juga!)
saudara AJ,
tahniah kerana entry yg hangat ini..
saudara anonymous,
tahniah kepada anda juga, kerana comment ada..ramai yg memberi respons..cuma sebagai manusia mmg tidak lari dr membuat kesalahan..
memberi comment tidak salah tp pastikan kamu fhm dulu apa yg ingin dismpaikan..
saya melihat comment kamu ada pro n contranya..perbaikila kelemahan yg ada seperti yg dinasihatkan teman2 lain..
pada teman2 lain..
kita sesama islam perlula merperbetulkan mana yg salah..gunakanla bahasa yg lemah berhemah..saya amat tidak bersetuju dgn semut yg menggelar anonymous dgn panggilan beruk..
islam tidak mengajar kita memburukkan orang lain kerana semua kejadian ALLAH tiada yg buruk..tunjukkan dimana kesilapan dia, tunjukkan juga jln penyelesaian kalau ada..semua dapat belajar bersama2..
Suraya,
Dalam Qur'an tidak hanya dipenuhi dengan cerita-cerita syurgawi (atau penuh dengan pujuk rayu supaya dapat memanggil orang untuk beriman). Malah terdapat juga kisah-kisah ancaman dan neraka.
Pro dan kontra, pandai-pandailah timbang sendiri. Yang pahit tak semesti racun, yang manis tak semesti ubat.
Cheers!
Jigomorisson,
Ya saya amat bersetuju dgn kamu..
Tapi sebagai umat Muhammad s.a.w. bknkah lebih elok kita mencontohi sifat baginda dahulu. Nabi juga menyeru ke jalan iman dgn lemah lembut dan penuh adab. Kekerasan dan ancaman perlu ada tp bila sudah smpai masanya..
Dalam hal ini, saya rasa tak salah kalau kita perbetulkan dulu dgn cara baik..anonymous sendiri meminta maaf jika ada yg tersalah fhm..bukankah itu menunjukkan yg dia terbuka utk ditegur dan ingin belajar??
saya cuma mengingatkan kepada semua dan juga sendiri sebenarnye, kita selalu ingin mengikut sunnah rasulullah tetapi dlm banyak hal kita selalunye lebih mengikut rasa hati yg amarah..kita lupa pada contoh agung yg Rasulullah tunjukkan..mengingatkan saya betapa diri kita sendiripun masih tidak sempurna..
"....ada juga org yg tak bersembahyang itu lebih mulia dr org yg sembahyang.." anonymous, 4:17 am.
ini adalah pernyataan orang mumaiyiz.
jika mahu berfikir, fikirlah kenapa saya cakap begitu.
suraya,
esis sudah menegur dengan jelas dan lembut, anonymous berkenaan telah menjawab dengan jawapan yang saya rasa agak takbur, sejurus selepas itu. juga jawapan anonymous selepas komen dari kim_labu dan inmaroon. maka dalam situasi ini, saya menyokong komen2 keras dari semut dan jigomorison. juga dari encik abdullahjones.
ingatlah, dalam kelembutan Rasulullah, ada ketegasan.
"tempat lembut kena lembut. tempat keras, kena keras." - Tuan Guru Nik Aziz.
p.s: jgn politikkan komen saya ini.
Kalau kebenaran yang kau cari, kebenaran jugalah yang kau jumpa. Tapi ia terlalu pahit untuk kau telan!
:)
Melayu suka berbantah-bantah. Eiii tak malu!
Jones,
Rumah kamu ada cerek mengata bontot kuali hitamkah?
:)
Dah sampai batu ronson! Eiii Melayu tak malu! Menang sorak kampung tergadai.hehehaha.Eiii Tak malu!
Post a Comment