Thursday, June 15, 2006

aku

Dibawah ini adalah petikan dari sebuah novel yang bakal memecahkan semua rekod jualan novel di Malaya. Sebuah novel yang akan menjadikan penulisnya jutawan berkali-kali dan penerbitnya makin merendah diri. Novel yang akan mengakibatkan bertukarnya selera pembaca.Dan yang akan membuatkan para penerbit menarik-narik rambut tanda menyesal kerana tidak 'menjumpai' penulisnya terlebih dahulu.

Novel ini juga akan menjadi alat mengajar wajip di semua institusi pembelajaran di Malaya. Dari yang di sekolah rendah sehinggalah yang di kolej dan universiti. (saya akan uruskan dengan kawan baik saya yang mempunyai kuasa untuk melakukannya setelah dia sedikit lega dari membela Dollah yang satu lagi)

Jangan ditanya bila novel ini akan diterbitkan kerana baik penulis mahupun penerbitnya sendiri tidak tahu bila tarikh lahirnya. Mungkin 3 bulan lagi atau mungkin juga 3 tahun lagi.Yang pastinya novel ini akan diterbitkan.Inshallah.

Nikmatilah.

"Perkenalkan, ini Mira, Mira Kasendra Daniela Binti Abdul Manap", kata Hasnul Hamidi Harun kepada Datuk Ma'amor.

Datuk Ma'amor memandang tepat ke dada Mira. Mira memandang tepat ke mata Datuk Ma'amor. Dadanya bergetar. Mata Datuk Ma'amor makin mengecil. Asmanya mula menyerang. Dia membuka laci mencari 'inhaler'nya.

Setelah nafasnya kembali normal, dia bangun dari kerusi dan menghulur tangan.

"Maaf Datuk, saya ada air sembahyang", kata Mira.

"Oh!" kata Datuk Ma'amor sedikit terkejut. Dan ketika itu juga dia membuat keputusan untuk membatalkan air sembahyang Mira. Jika tidak petang ini, dia akan berusaha untuk melakukannya selewat-lewatnya malam ini.

"Mujur kamu datang hari ini, kita amat sibuk sekarang, kamu mungkin terpaksa kerja lebih masa hari ini" kata Datuk Ma'amor,serius.

Eh! Silap. Itu novel lain. Kadang-kadang saya ada juga menulis novel panduan hidup remaja. Selain sebagai sumbangan kecil saya kepada negara, ianya juga sebagai alat untuk menambah lagi kekayaan saya. Maklomlah, saya manusia biasa dan sebagai manusia biasa saya perlu tamak.

Ini petikan sebenar novel yang hanya akan di jual kepada perempuan-perempuan yang cantik sahaja.

Nikmatilah.


Fire place dan kayu api


“Mana nak dapat kayu api bang?” Tanya Asiah kepada Termizi semasa melihat “fire place” di rumah baru mereka.

Tidak pernah dimimpikannya yang di rumahnya akan ada tempat sedemikian. Jika dulu semua itu hanya dilihat di tivi, kini di rumahnya sendiri ada. Tidak sabar-sabar rasanya dia untuk menyalakan “fire place” tersebut.

“Entah, abang pun tak tau, mungkin ada jual kat supermarket kot?” jawab Termizi ragu-ragu. Dia jarang berlagak pandai. Jika tidak tahu dia terus terang mengaku. “Kalau tak de, abang pi le tebang mana-mana pokok mati” tambah Termizi.

“Mana ada pokok mati sini bang, abang tak tengok ke jalan-jalan masa kita nak kesini, semua bangunan. Mana ada pokok-pokok.” Kata Asiah.

Termizi menganggukkan kepalanya setuju. “Ada lah tu, mesti ada tempatnya. Tak kan orang sini bakar kerusi meja buat pemanas.” Kata Termizi sedikit membentak. Dia mengantuk dan keletihan. Penerbangan tiga belas jam kelmarin mula memberi kesan.

Mereka mengambil keputusan untuk berehat.

Termizi berbaring, tetapi Asiah masih lagi kagum dengan rumah barunya.

“Tak kena bayar ke semua ni bang?” Tanya Asiah bila melihat rumah barunya penuh dengan peralatan. Semuanya ada. Sofa, mesin basuh, televisyen dan perkakas .

“Ada microwave bang!” Kata Asiah separuh menjerit.

Termizi yang hampir lena sedikit terkejut.

“Tak lah kot, si Azmil kata semua termasuk dalam sewa” Jawabnya sambil kembali memejamkan mata. Hassan dan Hasenah telah lama tidur. Sejak dari dalam kereta Azmil tadi. Mereka benar-benar keletihan. Kecuali Asiah yang masih cergas. Melilau matanya melihat keliling rumah barunya.

Hati kecilnya masih tidak percaya yang dia kini di Manchester, England. “Siapa sangka,” katanya didalam hati.

“Alah, ayang lupa nak ingatkan abang supaya beli biji selasih” tiba-tiba Termizi bersuara separuh sedar. Kesal sungguh dia. Sangat kesal.

Sekian.

Mulalah mengumpul wang kerana novel ini akan di jual dengan harga yang amat mahal. (Penulisnya mahu segera kaya-raya)

53 comments:

Anonymous said...

adakah akan digelar propok bengong jika membeli buku ini?

kingbinjai said...

esok dah kaya boleh la kau pinjam rm20 juta ya?

Anonymous said...

Streotype!

Lagi-lagi cerita Datuk dah nak mampus masih biang keladi dengan betina lapar duit- gaRIK (gatal+bu.) Ini suma propaganda untuk menghayalkan remaja tidak berpijak didunia nyata.

ontahsapo said...

apa tajuk novel ni..?

BooK said...

ha ha. novel yang bersepah tu boleh pakai ke?

Anonymous said...

yang jelas, ceritanya tidak menarik minat saya. boleh cuba lagi ya, saya yakin boleh di perbaiki!!

sinaganaga said...

Jones,
Kau mengarang buku panduan hidup remaja?
Muerekekekekekekee...

Ok ok, biar aku pergi telan ubat warna kuning tu dulu ya he he...

Lan Rambai said...

Kenapa Termizi sangat kesal terlupa beli biji selasih ya.. ermmmm

dugongsenyum said...

Mari aku cadangkan tajuk novel tu. Tajuk "Rindu Di Balas Hempedu".

Cover buku tu sure ada awek termenung tepi pantai atau berlatarbelakangkan laut/langit.

Hahahahahahah

Literature Sushi said...

Macam cerita pengalaman hidup sendiri je...

Pegawai Khalwat said...

Mr. AJ, kalau nak kaya jadilah tokey VCD/DVD pirate.

Kalau buat novel panduan hidup remaja yang picisan, tak kaya punya.

Pss... saya keliru, takut dipanggil peropok bengong jugak.

Anonymous said...

Nanti saya beli la. Bukan sebab cerita tapi sebab AJ tulis. Sekadar beri sokongan supaya AJ kaya raya.

tuan tanah said...

novel macam ni pun mahal ke jones?

p/s: kamu datang dublin ya? waaahhh..tak cakap!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikom

Kenapa Dato tuh nak membatalkan air semayang Mira? Nanti xleh la Mira tuh semayang kan? Amat keji Dato tuh.

Mira tuh xleh kena saspen sgt, kang lelah dea dtg.. habeslah inhaler tuh nanti Mr. Jones.

Anonymous said...

Azalan Hussain makan ubat penenang, penah masuk wad neurologi(sakit otak ke weh?)

Oit oit! Wad giler tanjung rambutan kosong satu katil untuk kamu!

Anonymous said...

Ermm..rakan sekerja diDawama terutama wan azham,kirim salam,katanya dia mengidap penyakit sawan babi keturunan.

Anonymous said...

Saudara AJ,

Saya sering menjenguk blog anda, kerana seronok membaca komen-komen anda berhubung dengan kehidupan. Anda memang bijak orangnya. Pun begitu... saya agak keliru.

Kalau orang lain menulis (apa-apa sahaja) anda akan kata penulisan mereka tak berkualiti, kerana penulisnya tak bijak macam anda. Seolah-olah anda rajin membaca penulisan orang-orang Malaysia. Kalau orang lain menulis babak-babak semsasi, anda kata ini tak elok untuk pembaca. Wah, saudara AJ, bukankah anda juga penulis, walaupun sekadar penulis blog...mungkin juga ada puisi2 anda yang sudah diterbitkan. Tapi....kalau anda mencarut dan keluarkan kata-kata lucah, tak kiralah di mana sahaja, itu tak apa, kan? Kerana anda orang bijak pandai...dengan itu ada hak untuk lakukan itu. Anda tetap akan ke syurga...anda dan geng2 anda!

Saya keliru saudara AJ, dengan pendirian dan kebijaksanaan anda. Sebenarnya kita menulis untuk apa dan siapa? Bukankah untuk orang membaca? Kalau kita hanya mampu menulis, sekadar untuk pembaca yang juga bijaksana seperti kita juga, jadi siapa pula yang mahu menulis untuk pembaca yang tidak bijak macam saudara? Apakah saudara ingat pembaca-pembaca di luar sana semuanya mampu untuk membaca karya orang-orang seperti saudara? Konon tulisan yang tinggi bahasa, dan tinggi falsafahnya? Kalau orang lain menulis, dikatakan penulisan picisan.... tak ada kualiti, tak ada falsafahnya... tak ada segala-galanya.

Saudara AJ,

Maaflah. Sebenarnya, inilah mentaliti orang-orang kita. Tak kira di mana sahaja mereka berada. Hatta di England, Ireland, sekalipun di Kutub Utara. Orang Melayu suka melatah. Selain daripada orang Eskimo, hanya bangsa Melayu yang suka buat begitu. Kalau orang lain buat, dikatakan nak cari untung, nak rosakkan otak orang, tapi kalau kita yang lakukan, itu tak mengapa. Sebab kita orang bijak pandai, dah tinggal lama di luar negara, jadi otak kita pun lainlah sikit, kan?

Perasan tak saudara AJ? Orang Melayu.... tak kiralah di England atau di Amerika sekalipun, mentalitinya sama saja. Suka mengumpat, suka berdengki, suka mencaci di belakang. Di depan....wah sikit punya mengampu!

Saudara AJ yang bijak pandai,

Pernahkah anda terfikir, apa jenis penulisan yang elok untuk golongan pembaca-pembaca yang tidak bijak pandai macam anda? Atau, anda lebih suka kalau mereka ini terus tak payah membaca? Duduk saja, lepak-lepak membuang masa, atau terkinja-kinja di depan TV melayan pertunjukan realiti, atau terus terkinja-kinja di pesta hiburan yang penuh bertaburan setiap hujung minggu.

Saudara AJ yang bijak,

Fikirlah buat sejenak. Bukan semua orang bijak macam saudara dan geng-geng saudara. Bukan semua orang mampu membaca bahan-bahan yang berfalsafah dan bahasa tinggi. Bukan semua orang mampu berfikir macam saudara dan geng-geng saudara! Janganlah kita hanya mampu ketawakan orang lain dan penulisan mereka. Memang betul ada novel-novel yang stereotaip bentuknya di pasaran, tapi bukan semuanya begitu! Apakah jadi dosa besar kalau menulis novel genre romantis itu? Ada novel genre begitu masih mampu meningatkan remaja agar tidak lupakan TUHANnya. Ada novel yang bincangkan hal kasih sayang dalam keluarga. Bukan semua tulisan dalam novel Melayu yang berbentuk picisan! Anda kena berjaga-jaga saudara AJ semasa membuat komen. Tidakkah anda tahu bahawa masalah besar di negara kita sekarang ini kerana orang muda kita, ramai yang sudah lupakan TUHANnya? Ramai yang sudah murtad! Apa yang saudara dan kuncu-kuncu saudara lakukan untuk membantu remaja kita daripada terus tersesat? Apakah saudara ingat dengan menulis bahan-bahan yang tinggi segala-galanya itu dapat menolong mereka ini? Tahukah saudara berapa kerat remaja kita yang mahu membaca bahan-bahan seperti itu? Mungkin terlalu kecil jumlahnya hinggakan tiada kesan. Kalau ada penulis yang mampu menulis bahan yang anda anggap rendah martabatnya, tapi mampu mengajak dan mengingatkan pembaca untuk terus berdamping dengan ALLAH SWT, apakah itu masih anda fikirkan sebagai satu penulisan yang menjijikkan?

Saya sungguh keliru saudara AJ, kerana ada penulisan daripada penulis-penulis kononnya menulis perkara-perkara 'Islami', tapi ada juga dialog-dialog lucah dalamnya. Itu... dianggap tak mengapa.

Misalnya "Apa rasanya makan betik muda?" Perbualan seorang kawan dengan kawan perempuannya yang baru berkahwin dengan lelaki yang muda daripadanya.

Bagi saya saudara AJ, orang bijak pandai juga 'bias' dalam membuat andaian dan memberi komen. Mungkin sudah menjadi lumrah hidup. Apa yang orang lain lakukan... semuanya tidak bijak, kerana dalam MALAYA ini, akulah orang yang bijak!

Orang lain pun pernah berhijrah ke tempat orang, dan ada yang sudah lama tinggal di tempat orang, malah dah puas menjelajah di merata tempat di dunia ini. Yang penting, bukan 'exposure' itu yang kita harus banggakan, tapi pendedahan pada pemikiran agar tidak sempit dan terkongkong dengan apa yang kita suka sahaja. Saudara AJ, anda bukan orang tua, pastinya belum nyanyuk lagi. Ambillah peluang yang ada untuk memahami orang lain, terutama mereka yang tidak berkemampuan untuk berfikir seperti anda. Majoriti penduduk kita bukan orang yang bijaksana, dan mereka inilah yang perlu kita tangani. Yang bijak pun mudah hanyut, apatah lagi yang tidak pandai.

Wallahualam!

Puteri.

Anonymous said...

Pak Lah,

yang BESAR DAN LEBAR kat atas ni bukan komen kawan weh! Nanti awok ingat kawan jenis lontar batu sembunyi tangan.

SAYA STUJU WALAUPUN TAK SEPENUHNYA DENGAN CARA DOLLAHJONES BERKARYA, TAK HIPOKRIT.

Anonymous said...

saya gemar membaca blog anda.

Rie said...

emmmmmmmm. aku terkesima dengan komen puteri.

Lan Rambai said...

En Dollah.. sorry off topic... siapa Wan Azham? Kenapa nama dia appear kat msjbox blog saya? http://lanrambai.blogspot.com/2006/06/aku-boss.html

BooK said...

dan ya! memang orang melayu suka melatah!

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Melatah nie mcm

"Eh pocot" bila jatuh tuh kan?

ker ada double entrendre nie.. eseimen confuse confuse.

thoyol said...

tak payah keliru-keliru..
baca, kalau suka teruskan membaca.
baca, kalau tak suka tekan alt+f4.

Obefiend Weiland said...

semakin kritikal nampaknya pembaca AJ ni. mungkin ini revolt terhadap karya AJ yang semkin banyak pembacanya

saya gemar membaca novel malah saya sedang menghabiskan novel pendek saya. nak baca? sila ke blog saya. baru saja updte part 14.. maaf. saya suka promosi webblog sendiri. nak cari makan la katakan

kepada PUTERI

saya bersetuju dengan sebahagian komen anda. tetapi say atak setuju yang seorang penulis harus memperbodohkan tahap inteleknya semata-mata nak memancing pembaca. jika teori anda diambil pakai maka penulis is Nigeria dan Angola contohnya hanya perlu menulis buku "mari belajar mambaca". yes.. kedua-dua negara ini tinggi kadar illiteracy-nya (buta huruf)

saya sunnguh jelek dengan novel melayu. majalah melayu lebih la saya jelek. mana tidaknya semua cerita cinta dengan nama antagonis dan protogonis yang tak wujud didunia. (a very well done stab by AJ in his blog by the way). kalau di majalah pula novel separa biru dan gambar separa biru diselang-selikan dengan collum ISLAM. cara berjimak dan tips seks dihimpun bersama ruangan belajar fardu ain. mmg wasatiah betul mereka ni. tapi let us not kid ourself. kalau baca majalah MANGGIS dan URTB mesti nak tengok dada besar dan kaki putih artis wanita. kalau benar nak baca soal islam belilah Al-Islam. teruk betul taktik.

lagi bagus majalah tiru-tiruan MASTIKA yang semakin memsampahi pasaran. gambar depan sebijik macam cover novel MILLS AND BOONS. ( sapa tak tahu pegi MPH carik)

maka point saya cik puteri.. menulislah dengan tahap otak kita. jgn jadi bodoh dan tuls ikut trend. kalau semua layu ikut arus sampai bila pun kita ni meLAYU.

kepada AJ

bila mau keluar novel. saya taknak kamu kaya. kamu mmg dah kaya cuma saya nak baca novel sinikal anda!

goodbye pak AJ dan Puteri

Obefiend Weiland said...

semakin kritikal nampaknya pembaca AJ ni. mungkin ini revolt terhadap karya AJ yang semkin banyak pembacanya

saya gemar membaca novel malah saya sedang menghabiskan novel pendek saya. nak baca? sila ke blog saya. baru saja updte part 14.. maaf. saya suka promosi webblog sendiri. nak cari makan la katakan

kepada PUTERI

saya bersetuju dengan sebahagian komen anda. tetapi say atak setuju yang seorang penulis harus memperbodohkan tahap inteleknya semata-mata nak memancing pembaca. jika teori anda diambil pakai maka penulis is Nigeria dan Angola contohnya hanya perlu menulis buku "mari belajar mambaca". yes.. kedua-dua negara ini tinggi kadar illiteracy-nya (buta huruf)

saya sunnguh jelek dengan novel melayu. majalah melayu lebih la saya jelek. mana tidaknya semua cerita cinta dengan nama antagonis dan protogonis yang tak wujud didunia. (a very well done stab by AJ in his blog by the way). kalau di majalah pula novel separa biru dan gambar separa biru diselang-selikan dengan collum ISLAM. cara berjimak dan tips seks dihimpun bersama ruangan belajar fardu ain. mmg wasatiah betul mereka ni. tapi let us not kid ourself. kalau baca majalah MANGGIS dan URTB mesti nak tengok dada besar dan kaki putih artis wanita. kalau benar nak baca soal islam belilah Al-Islam. teruk betul taktik.

lagi bagus majalah tiru-tiruan MASTIKA yang semakin memsampahi pasaran. gambar depan sebijik macam cover novel MILLS AND BOONS. ( sapa tak tahu pegi MPH carik)

maka point saya cik puteri.. menulislah dengan tahap otak kita. jgn jadi bodoh dan tuls ikut trend. kalau semua layu ikut arus sampai bila pun kita ni meLAYU.

kepada AJ

bila mau keluar novel. saya taknak kamu kaya. kamu mmg dah kaya cuma saya nak baca novel sinikal anda!

goodbye pak AJ dan Puteri

Anonymous said...

Tumpang lalu saudara AJ.

Saudara obefiend,

Beginilah, ya. Kalau anda tidak senang dengan novel Melayu, mudah sahaja, jangan membacanya! Baca sahaja novel-novel bahasa Inggeris atau novel-novel bahasa lain. Saya juga membaca buku dan novel dalam pelbagai bahasa, tapi saya tidak sanggup menghina novel atau buku Melayu, kerana apa jua perasaan saya terhadap orang dan bangsa Melayu, itu masih merupakan sebahagian daripada identiti saya. Janganlah buat"sweeping statement".... kerana bukan semua novel itu serupa. Kenapa orang tak berkata apa-apa semasa novel cinta bahasa Inggeris buat suatu ketika dahulu bersusun di kedai-kedai buku mewah atau di tepi-tepi jalan di Malaysia ini? Apakah tinggi sangat ke darjat bahasa Inggeris hinggakan apa sahaja yang dihasilkan, kita orang Melayu pun bangga menerima. Kita tak menghina, tidak juga rasa jijik dengan buku2 mereka.... Wah hebat sungguh jadi orang Melayu!

Saudara obefiend,

Kalau dah bangang sangat, takkanlah si penulis itu boleh jadi penulis dan bukunya dibeli pembaca? Siapa agaknya yang memperbodohkan tahap intelek semata-mata untuk pastikan bukunya laku? Mungkin orang yang betul-betul bodoh yang akan buat begitu!

Saudara obefiend,

Kalau tak tahu apa-apa, lebih baik jangan berkata apa-apa. Teruskan dengan menulis bahan-bahan bahasa Inggeris anda, dan teruslah mengagongkan karya-karya Inggeris! Tapi... tak perlu menghina-hina mereka yang mahu menulis dalam bahasa tok nenek mereka!

Puteri.

Anonymous said...

Jones,

saya mohon sesangat dengan rendah diri tolong siasat siapa gerangan si Puteri ni termasuk siasat IP penggunanya. Pembaca dan pengomen ingat saya yang menyamar guna nama Puteri untuk menyumpah seranah orang dengan tak memasal.

Dari gaya penulisannya itu terbukti- dia seorang penulis! Dia ada kepentingan atau agenda terselindung, maka sedemikian rupa gaya amukanya.

Jones,

benar saya ada keluar masuk dan lepak-lepak di sini tapi Puteri itu bukan saya, business saya tak berkenaan langsung dengan penulisan buku. Saya PEKEBUN GETAH KECIL-KECILAN Jones.

saya suka bersiar di laman berbahasa inggeris adakala saya cuba komen dalam bahasa inggeris(blog faisal tehrani) walaupun saya tak excellent bahasa tersebut.

APA SUSAH, TAK RETI BELAJAR, TAK TAU TANYA, BUKA KAMUS, malah saya sangat kagum dengan orang melayu yang pandai berbahasa inggeris(dan bahasa asing lain)juga sedikit sesal kalaulah dulu saya bersekolah aliran inggeris tentulah skop saya lebih luas! Ya sampai begitu kesesalan saya tak mahir menguasai bahasa inggeris! saya tumpang gembira jika anak bangsa saya(MELAYU) yang mahir bahasa asing dapat mencedok seberapa banyak KHAZANAH ILMU YANG TERMAKHTUB DALAM BAHASA ASING, YANG SUDAH BARANG TENTU MEMERLUKAN KEMAHIRAN PENGUASAAN BAHASA ASING ITU!

Pun begitu tidaklah pulak saya ni inglish oriented dan menggulung lidah bila menyebut 'r' seakan anak tekak pendek atau pealat.

Saudarek Puteri,

saya sangat kagum dengan kamu, kamu pandai- PANDAI MENYAMAR TAPI BACUL!

Apa niat kamu tak guna nama sebenar?Saya tau kamu ada blog!

ingatilah kata-kata indah dari saya - 'kalau tatabahasa kamu pun lingkup jangan nak ngajor orang'

Ikut suka hati oranglah dia nak tulis Inggeris ke, Jepun ke, Perancis ke..janganlah kerana kamu mempunyai agenda terselindung baru kamu bertempik menegakan bahasa.."Buruk sangat tabiatnya kun(koi) tak sangko" kata orang Janda Baik!

Kepada pembaca budiman yang menyangka saya menyamar jadi Puteri untuk menghamburkan kata-kata keji itu, Alhamdullillah, saya maafkan kekhilafan itu(temasuk Lanrambai)

Saya memohon maaf Jones!

Teruskanlah corak penulisan yang sedia ada, dah elok, setiap orang ada cara tersendiri, bagi saya cara kamu berkarya itu sudah bagus!
Obefient, adik2 dan yang veteran dari saya, jika mempunyai kemahiran berbahasa inggeris dan bahasa lain saya kagum dengan kamu semua! Saya percaya darah, jatidiri dan sifat2 mulia orang melayu yang ada pada kamu tidak susut barang satupun hatta kamu mengigau dalam bahasa inggeris.

Anonymous said...

Jones,

nak dikata kempunan tak penah merasa mempedaah sangat, tapi masih PUTERI lagik..haha..

to whom it may be concern,

Orang Murtad tu bukan pasal mereka guna bahasa inggeris, abis kalau mak dia omputih tapi dia masuk Islam bila dia cakap ngan mak dia kira murtad la yer?

Murtad ada berbagai cara dan sebab.

Yang pasti mereka yang murtad begitu lemah pedoman keagamaan! Mereka tu tak istiqomah, tak macam ikan, dudok dalam laut pun mereka tak jas, kena mati dulu baru boleh taruk garam jadi masin!

Woit Puteri, cuba kau fikir sebelum BERADU KEKUATAN malam ni, kalau kitab injil la ni bible tu dalam bahasa melayu..dan orang bangsa lain dakwa mereka guna sebab itu bahasa perantaraan mereka, kitab itu pula dibaca oleh anak-nak melayu sebab penyebarannya meluas dan kita tak boleh sekat. Apa perasaan ko bila lihat bebenda camtu? Jawablah.

kau jangan fikir lobang idung kau saja, benda ni bila dah jadik sok kau menonggeng ke langit menyesal pun tak guna..
jangan fikir sebab kau ada business dan demi menjaga kepentingan poket dan leher ko saja, cuba congak jauh sikit..buka tingkap dan lontarkan pandangan ke kaki langit, jangan kau conteng tingkap tu, dan melayan fikiran senteng ko tu.

kalau kau suka menulis di tingkap datang pondok buruk kawan, jangan kata di tingkap kat pintu jamban pun boleh kau nak menulis

ha obifient, kawan pun tak terliur membaca novel dan menonton filem melayu, ntah hape-hape.

Anonymous said...

Jones,

kan betul cakap kawan... dia tak dapat berkat semalam! lepas kena PANTAK(SCREW) KAN DAH SENYAP!

dan sebagai mengikuti nasihat orang kampung Ceringin janda Baik yang berpesan-'kalau membalun ular, balun betul2 tapi tanah jangan lemban ular biar mati! kalau takad pengsan ular tu alin(sapu) dengan ekornya dan segar semula, jadi...kawan nak tokok sikit, sikit jer..

Wahai Puteri PENCEN yang dah naiktaraf Permaisuri..
sungguh sayang nasihat dalam gurauan dari Jones itu bagai mencurah air ke daun keladi layaknya bagi kamu,sudahlah begitu ini menyerlahkan kelemahan kamu...satu nama besar yang berlindung disebalik nama kecil kerana takutkan nasihat dan teguran. Tidakkah kamu berasa malu dengan perlakuan lontar batu sembunyi tangan kamu? Tidakkah kamu rasa bersalah dan berdosa bila orang menyangka sayalah yang menghamburkan kata-kata keji itu? Oh kamu jenis maukan pujian saja ya? takut pembaca dan pengomen tak beli buku kamu? kamu buat tahi dan menyamar agar orang lain yang terima caci maki dan berburuk sangka kepada saya? Ceh! KEJI SUNGGUH TABIAT KAMU BANGSAT!

patutlah kamu menyertai kelab KelaPeS-Presidentnye giler kamu pulak mereng!

kamu ingat kamu kaya, kamu boleh buat dajal kepada saya? Orang lain bolehlah kamu tenyeh, sebab mereka segan pada kekayaan, nama kau yang gah,dan nak himpit kamu atas tujuan tertentu, dengan saya, kamu akan tahu langit tinggi rendah cubalah...kita tengok apa jadi!

Jones dan obefient kau berdua tengoklah tabiat melayu..nasihat ikhlas dianggap sebagai leteran dan kamu pulak disanggah.

Airmas sz said...

dengar khabar Jones merajuk betul ker?

Leyla Shuri said...

Hah?
AJ merajuk?
La....
Wahai Adika Jones yang hencem tak tergambar,
pulanglah, pulanglah ke pangkuan kami...

kingbinjai said...

ah takkan merajuk? aku menunggu lama untuk kau membalas kata kata kosong dia wahai jones.

apakah kau takut pada dia yang pengecut itu jones?

cik puteri,
jangan salahkan masyarakat melayu kalau lebih berminat pada novelis inggeris. kami hanya mengikut seruan kerajaan. kan kerajaan suruh kita melayu melupakan bahasa kebangsaan dan membanggakan bahasa asing? so nak marah kami buat apa? lagipun, cuba lihat novelis melayu punya konsep cerita : cinta, sedih, putus harapan, krisis rumahtangga, dugaan melampau lampu. pi mai pi mai tang tu juga.

variasi la sket. bukannya taknak sokong, habis kalo 1000 novel sume sama konsep apa kejadahnya!

buat la cite alien ke, kes bunuh ke, misteri nusantara ke, kisah perompak ke, kisah lumba kereta ke, kisah sains fiksyen ke, kisah kapalterbang kene rampas ke, kisah mamat it rompak bank ke, kisah perang ke, kisah robot robot ke, kisah pasal terperangkap di laut ke, kisah hulubalang dahulu ke, kisah tentang ahli korporat yang dirampas kuasanya ke, kisah tentang banduan dipenjara yang cuba melepaskan diri ke,kisah seorang juruteknik yang sakit jiwa ke, kisah pasal klon ke, arr cukup ke nie?

tak sume org suke baca cerita cinta dan sedih, kalo dah tak minat buat dalam bahasa apa pun dia takkan baca!!!!

Puan Ainon Mohd. said...

Astaghfirullah! Astaghfirullah!

Anonymous said...

Jones! Jones!

Ada kura-kura dalam perahu kamu...

mari kita tanya kura-kura itu!

Memerang atau biawak?
Orang ke.....awak!

Amanitium Cho said...

owh, semakin hangat komen-komen di dalam ini. dan encik AJ masih belum muncul~

FM said...

Err umm.. saya cuma keliru (errr tak sebenarnya, cuma menyedapkan ayat)

Adakah entri AJ kali ini ada menyatakan dia mengutuk novel melayu?

Secara sinis die mungkin (pada tafsiran saya) mengutuk novel melayu yang 'begitu'. Bukan semua. Seperti mana org mengutuk filem melayu yang 'begitu' jua. Ala.... yang banglo besar2, kete mewah2, niaga juta2, mengelab (clubbing), makan malam romantis di hotel berbintang-bintang. Tapi mereka tidak lupa tuhan. ya, TUHAN bukan ALLAH.. Tapi okay la, asalkan orang tahu tuhan tu wujud selepas dipetik serba-sedikit dalam cerpen/novel/drama/filem/hikayat/mitos tu. Walaupun Melayu yang camtu dalam cerita2 begitu kurang 5% daripada penduduk Malaya. Tapi, mungkin baik sebagai motivasi bagi mereka yang belum mampu jadi begitu.

Biasalah, bila kita mengatakan sesuatu yang majoritinya begitu, kita akan kelaskan sekumpulan. Novel melayu memang begitu. Kendatipun kita tahu bukan semua begitu. Boleh faham maksud saya? Tapi tidaklah elok diamalkan.

oh ya, satu pihak mengatakan, "Memang betul ada novel-novel yang stereotaip bentuknya di pasaran, tapi bukan semuanya begitu!"

Saya bayangkan die bermaksud, "janganlah kata semua novel melayu camtu." Hampeh la korang ni...!!! Macam yang saya maksudkan tadi. Eh, betul ke tafsiran saya ni?

Tapi... tapi... "Sebenarnya, inilah mentaliti orang-orang kita." Ahh.. dia lakukan dosa yang sama. Pada lebih ramai orang. Pada semua Melayu. Atau die maksudkan sesetengah? Takpe, saya faham~~~.

Yang saya tak paham (walaupun paham, sebab nak sedapkan ayat), kenapa ramai yang melatah? Macam entri2 sebelum ini juga. Sedangkan, tiada frasa dalam entri AJ yang mengatakan novel melayu hampeh!! Oh, anda tafsirkan begitu? Ermm.. maka tahulah saya kenapa Al-Quran hanya boleh ditafsir oleh yang ahli sahaja. Bukan oleh penulis blog yang reti hanya bahasa Melayu / Inggeris dan baca tafsir Ar-Rahman saja (itupun beberapa ayat / surah), lalu terus mengeluarkan pendapat bahawa Islam itu begini dan begitu. Oh baru saya tau~~~

Takpe, dalam blog AJ, tak salah pun. Sedangkan ayat Allah yang sungguh tinggi laras bahasanya boleh disalahtafsir, inikan pula ayat AJ yang tak bermutu ini. Ceh!!!

Nota kaki: Bagi yang tidak gemar novel melayu, eloklah kiranya meneliti di rak-rak buku keluaran Utusan dan DBP. Kebanyakan novel bermutu ada di sana. Kerangkeras dengan Kreatif, ermm.. baik belek2 dulu sebelum membeli (hahaha, taknak kene saman). Oh ya, novel Hadiah Sako juga menarik.

Sayuti said...

konon2 saya merajuk nak tulis komen dalam blog encik abdullahjones sejak minggu lepas. tapi, gatal tangan juga lepas melihat jumlah komen meningkat setiap hari.

"eeeee...bodohnya, orang cakap lain, dia ingat lain. eeee bodohnya, tak sekolah ke dulu? orang perempuan kalau tak sunat memang macam tu, bodoh" - encik abdullahjones, 3/4/2006

Anonymous said...

Terpulanglah kepada Jones, kura-kura yang buat 'dek' dah saya telentangkan dalan perahu tu(berkecapi kakitangan kura-kura tu nak merayap), petrol dan Batu Ronson pun dah sampai!

Anonymous said...

Jones,
saya berkesempatan meneliti secara tangkap muat buku novel remaja. Apa yang saya dapati ialah

1. Pengarang di Malaya membazir terlalu banyak perkataan tapi isinya kosong!Adakan ini cara terbaik untuk menebalkan buku dan menaikkan harga kerana helaian muka surat yang banyak itu?

Contoh:

Sandralissa Mirani Edora bt Kulop Pandak termenung di sofa baru dari Itali berwarna biru di ruang tamu. Rumah banglo tiga tingkat, di Country Heights Kajang,itu kelihatan megah tersergam di atas bukit menghala ke arah matahari terbit. Tunangnya Ikhwan hakimi Fadzil telah menghantar sms berkali-kali memintanya mengenakan gaun berwarna hijau pucuk pisang untuk majlis malam itu. Deruan injin turbo Mercedes sport mengganggu lamunannya, lantas mengalih pandangan dari renungan kosong di birai katil...bla bla..

Terlampau menitik beratkan benda-benda sampingan dan menerangkan keadaan dari jalan cerita itu sendiri!

2. Pengarang buku bukan pakar jiwa yang ada alat scan atau x-ray, pengarang boleh tau apa yang difikir setiap watak dalam novel karangan mereka..bukan saja dari perlakuan dan riak muka.

Saya bukan penulis, juga bukan pakar tapi jika itu hidangan para pengarang kepada pembaca, bolehlah saya katakan novel seperti itu layak dikelaskan sebagai 'NOVEL SYOK SENDIRI YANG KOSONG'

Roti Kacang Merah said...

HAHAHAHAHA!!!!

Bila aku baca komen-komen dalam ni, ibarat senario politik tanah air terkini, lah. Seronok tengok orang gaduh-gaduh ni, tapi lebih seronok bila tengok Tuan Lah macam Pak Lah... senyaaaaaaaaap, je. HAHAHAHAHAHA aku suka aku suka.

Ya, ya. Aku setuju. Kebanyakan novel Melayu dan ceritera Melayu dewasa ini so lah the stereotype. Kebanyakannya, tak semua. Karya-karya dahulu, hebat sehingga boleh dijadikan sebagai bahan belajar di kelas. Kaya dengan seni; kata-kata halus kemas tergarap.

Tapi la ni, yang penting, nama watak kena panjang-panjang ala kebaratan, perlu berharta melana, dsb.

Teringat aku akan karya Malaya Ranjau Sepanjang Jalan. Bagus sekali.

Anonymous said...

saya gelak komen roti kacang merah. haha!

Anonymous said...

Jones! Jones!

Kau ingat tak si Raja...ala Raja KAPUR..

Ha Puteri tu anak dialah. Puteri binti Raja KAPUR!

Sir Mute Key Chicks said...

ish..kang kalau aku menyampuk lelebih kang, blog aku pulak yang diserang.iskiskisk.

Anyway Mr. John, keep up the good work. I know you can do better than this. Leave all the blog's criminals behind. Just do what ever you wish to do. You rock bro

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan rumah dan tetamu semua termasuk puteri,

ada 3 perkara

1. ada pembaca komen blog rajin tulis ke email saya tanya Raja KAPUR TU adik beradik kumpulan Radja

Jawaban : Bukan!

2. Adik beradik dengan Rajah Brooke?

Jawaban : Ya! tapi ejaannya seperti > Raja Berok!


3. Puteri! kamu dari dulu sampai sekarang suka 'tikam belakang'? Tak baik tau! Berdosa. Lepas baca komen ni bertaubatlah ye!

cronoz said...

Assalamualaikum..

selama nih aku gemar baca blog jones, tapi kureng mengomen. Tapi kali ni aku tergerak nak komen pasai aku pun gemar membaca novel juga.
Nampaknya ada pembaca yang tersalah paham ngan post AJ, dia sinis tapi tak aku tak nampak pun dia generalize seme penulis novel camtuh. Senang citer, "saper yang makan cili terasa pedasnya."
Ya, aku gemar baca novel english, tapi pasai diaorg dapat offer sesuatu yang takder dalam novel melayu kita. kalu aku p kedai buku, selalunya aku jumpa citer cinta jer.. cam takder topik lain dah. Naik muak aku tengok.
Aku pun pernah baca dan memiliki "Jibam", "SAGA", "SAKA".. (aku cuma sebut beberapa jer).. bagi aku, tak banyak novel yang sekreatif tuh dah..

Anyway, just my 2 cents. :)

Anonymous said...

Jones, saya ni dah lama membaca blog ni. Tapi jarang mengomen. Ni pun bukan nak komen entri. Nak tanya sikit ja. Saya suka sangat dengan entri yang sdra cakap pasal 'bloggers berangan' (mak nyah) yang mendramatisasikan hidup diorang dalam blog. Memang ada banyak kita nampak dalam internet pun. Ntah apa-apa la 'drama' diorang tu.

Boleh saya dapat link permanent entri itu? Saya nak cari dalam arkib.. naik jenuh tak jumpa-jumpa. Saya pun dah tak ingat apa judulnya.. atau bila tarikh siarannya. But i guess some time this year. Awal tahun kut.

Salam.

Faizul bin Kamaruddin bin A. Manan bin KH Bendar said...

assalamualaikum,saya suka baca novel,tapi bukan novel cinta.saya baca novel thriller.selain tu saya suka baca novel pasal selain cinta la.kalau saya nak buat novel yang kreatif lain dari yang lain agaknya syarikat penerbitan yang mana sesuai saya hantar manuskrip.

Anonymous said...

Maaf ya. Tumpang tanya sikit. Adakah Sdra. Jones sedang koma di klinik?

adadia said...

Kayu Api di Manchester.

NANI SHAHABUDIN said...

komen2 korang ntah hapa hapa...

Anonymous said...

Best regards from NY!
lamictal Lamictal+weight+gain

Anonymous said...

What a great site service internet fax Cash casino free from online Free in ringtone samsung usa Boston multivision contact lens Ob payday loans Private train car tours Search engine pay per click ppc http://www.travel-mexico-8.info cialis online Retro tulip lawn chair