Saturday, April 29, 2006

dalam

Jika kamu rajin membaca cerita ceriti para menteri Malaya semasa remaja, kamu akan dapati kebanyakkan mereka adalah anak-anak nakal. Dan kebanyakkan mereka juga adalah dari keluarga susah kecuali sesetengah mereka yang memang di lahirkan dalam keluarga politik. (Entah mengapa mereka yang di lahirkan dari keluarga politik kebanyakkan adalah kaya raya. Mungkin itu sumpahan malang bagi mereka. Terpaksa menjadi kaya)

Kamu akan membaca bagaimana mereka di denda akibat kenakalan mereka. Bagaimana mereka terpaksa menjual atau lebih tepat menjaja perbagai barang dagang. Goreng pisang, getah sekerap dan seribu macam barangan yang di bawa ke hulu ke hilir mengharap simpati dengan berjalan kaki.

Walau nakal dan susah, mereka akhirnya berjaya. (Menjadi menteri adalah satu kejayaan yang amat besar selepas menjadi penyanyi atau pelakon. Hanya kejayaan menjadi penyanyi atau pelakon dan kemudiannya bernikah dengan menteri dapat melebihi kejayaan menjadi menteri)

Menteri-menteri yang TERLAHIR dari keluarga politik biasanya merasa amat malang di lahirkan begitu kerana mereka tidak dapat merasakan jerih payah mendaki dari bawah. Mereka sesal di lahirkan senang. Kerana itulah para menteri yang lahir dari keluarga politik biasanya amat rapat dengan golongan bawahan. (haha)

Jarang benar kita terbaca bagaimana para menteri semasa remajanya sangat berdisplin (seperti saya) dan merupakan pelajar cemerlang (juga seperti saya) yang tidak pernah di denda akibat kenakalan (tentunya seperti saya) lalu tanpa perlu membasuh punggung sesiapa menjadi ahli politik yang amat berjaya.

Bertuah benar kamu yang sentiasa di denda semasa di sekolah kerana kamu adalah golongan yang mempunyai peluang yang amat cerah untuk menjadi ahli politik. Tahniah.

Menteri-menteri kini tidak lagi nakal. Mereka kini menjadi amat jahat.


p/s: Saya tidak menulis kerana bercuti di Paris. Maklumlah, tidak seperti kamu, saya hanya akan bercuti di tempat-tempat ternama kerana saya mampu. Kamu semua hanya layak bercuti di Kem Lambai Tangan. Bukan lah Kem Lambai Tangan itu tidak bagus (jangan pula tuan punya Kem Lambai Tangan marahkan saya) cuma itulah tempat paling sesuai bagi golongan kurang mampu seperti kamu semua. Lagi pun saya tidak biasa mandi di tasek yang keruh airnya. Gatal.

Merci.

Thursday, April 20, 2006

berahi

Semalam saya mencari blog sinaganaga dan tidak berjumpa. Sangka saya blogspot mempunyai masalah.Kemudian amir mukriz memberitahu saya yang sinaganaga menutup blognya. Terkejut juga saya. Menutup blog di hari lahir.

Kemudian lagi, melalui blog Tok Rimau saya dapat membaca komen-komen di forum Geng Jurnal mengenai mengapa blog itu ditutup.

Lalu saya mengambil keputusan untuk berhenti menulis sementara di blog ini sehingga sinaganaga membuka kembali blognya sebagai sokongan kepada sinaganaga. Malang bagi kamu semua, sinaganaga membuka blognya hari ini.

Tamat sinaganaga.

Kamu di Malaya memang satu kumpulan manusia yang memang di takdirkan di lahirkan sebagai pelawak. Tidak henti-henti membuatkan saya tertawa.

Bayangkan, budak darjah enam memukul cikgu. Dengan kayu penyodok! hahaha.

p/s: ps amir mukriz terpaksa di padam dan ya, dia masih kacak. harap maklum.

Tuesday, April 18, 2006

adalah

Dullah yang lagi satu kata 'buang anggota yang cemar PDRM'.
Dullah yang ini tanya, 'nak buat PDRM baru ke bang?'

p/s:Kontrak buat tudung PDRM bagi pada saya bang. saya Islam.

Saturday, April 15, 2006

angin

kamu pernah ketawa melihat orang mati kerana sakit jantung? Saya pernah. Seperti hari ini, saya tertawa terbahak-bahak melihat orang Malaya mati kerana sakit jantung dek berita tarif letrik akan naik tanpa membebankan mereka.

Mujur orang Malaya yang mayatnya perlu di bakar tidak menggunakan letrik, hanya perlu kayu dan arang. Jika tidak saya pasti akan tertawa lebih kuat melihat mayat yang mati terkejut itu bangun dan mati sekali lagi melihatkan bil membakar mayat mereka.

Maafkan saya, saya perlu mentertawakan kamu semua. hahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahaha
hahahahahahahahahahahaha.

Terima kasih.

Saya jarang ketawa kecuali di sentuh oleh sesuatu yang amat lucu dan saya mendapati keperihatinan kerajaan kamu terhadap keluh-kesah kamu mengenai tarif letrik dan pembinaan jambatan amat di ambil berat amat melucukan.

p/s: Saya menulis ini dengan tivi terpasang,stereo terpasang, laptop yang lagi 2 terpasang, kendi letrik terpasang, dapur letrik terpasang, mesin basuh terpasang. Walau pun suhu di luar sedikit dingin, saya masih meng-on-kan penyaman udara.Pendek kata, semua peralatan yang memerlukan kuasa letrik di rumah ini terpasang. Perlu atau tidak. Kenapa? Kamu bertanya. Kerana saya boleh. Jawab saya. Oh! kerusi yang saya duduk ini pun sedang berombak-ombak mengurut belakang saya.

Thursday, April 13, 2006

jahat

Jika hari ini atau hujung minggu ini, atau bila sekali pun, kamu akan di datangi tetamu, raikan mereka dengan baik.

Jika kamu tahu tetamu itu siapa dan kamu juga tahu apa yang di sukainya, cubalah sediakan dengan sebaik mungkin.

Jika tetamu itu bukan mereka yang rapat dengan kamu, cuba-cubalah membuatkan dia merasa di hargai.

Sekian.

SATU LAGI PROJEK MASUK SORGA OLEH ABDULLAHJONES. (sila baca tulisan ini dengan warna biru dan putih bersama gambar penimbang di sebelah atas, kiri dan kanan)

Tuesday, April 11, 2006

yang

Jack lesen ujian memandu hari ini. Dengan suara antara dengar dan tidak dia memberitahu saya. Malu dan bangga.

Saya ucapkan tahniah sambil bertanya adakah ini kali pertama beliau mengambil ujian tersebut kerana adalah menjadi perkara biasa di sini untuk tidak lulus ujian memandu kali pertama.

Ya! jawabnya bangga kali kedua.

Amat payah untuk membayar (suap) untuk lulus ujian memandu disini. Saya pernah dua kali mendengar yang ada orang yang boleh menguruskan hal itu, tetapi khabar itu terus sehingga hari ini menjadi angin.

Mat Salleh memang begitu. Mereka amat gembira jika apa juga kejayaan mereka, walau sekecil mana sekali pun, di hargai. Dan saya berpendapat memang begitulah selayaknya. Kita harus memberi pujian di mana tempat yang betul.

Jack mula berkerja sebagai pelatih dengan gaji £3.50 sejam. Satu jumlah yang kecil jika di bandingkan dengan gaji minima. Beliau di bayar begitu bukan kerana beliau seorang pelatih tapi kerana beliau mula berkerja semasa berumur 17 tahun.Bodoh sungguh si Jack ini. Tidak seperti remaja Malaya. Biar mampus dari berkerja dengan gaji sedikit, kata mereka.

Tidak menghargai apa juga sumbangan manusia kini menjadi agenda utama partai pemerintah Malaya. Siapa juga yang berbuat apa juga jika tidak duduk di bawah sepanduk partai pemerintah, maka usaha mereka tidak akan di kenali.

Partai pemerintah lebih senang mereka sejarah baru kemerdekaan. Lihat saja apa yang berlaku kepada banyak tokh-tokoh yang sama berjuang untuk pembebasan negara.Semua di lupakan, semua di komuniskan.

Mereka lebih senang mengiktiraf beruk yang di sarungkan dengan Jalur Gemilang sebagai patriotik.Bahkan jika babi bisa melagukan tema merdeka tahun lalu juga akan di pingatkan.

Semasa di Malaya awal tahun lepas, di suatu tengah malam, saya menonton sebuah drama cina yang agak menarik. Adegan pertama yang saya lihat adalah babak dimana seorang rahib perempuan diselamatkan oleh seorang gangster. Oleh kerana saya ini seorang yang amat romantis, saya menyangkan ini adalah sebuah kisah percintaan. Cinta seorang lelaki kasar dan seorang rahib perempuan, alangkah romantisnya.

Dan malam-malam seterusnya saya akur mengikuti kisah-kisah percintaan mereka. Setelah beberapa lama mengikuti siri drama tersebut, tahulah saya yang drama itu sebenarnya menceritakan bagaimana kaum cina yang datang dari China 'membina' Temasik! Ini adalah cara mereka merubah sejarah. Saya amat marah! Bukan, bukan marah kerana mereka merubah sejarah Temasik, tetapi marah kerana drama itu sebenarnya di siarkan tenghari dan siaran tengah malam yang saya tunggu saban hari itu sebenarnya adalah siaran ulangan!

Kegilaan merubah sejarah mengikut kepentingan partai pemerintah kini telah sampai pada tahap meggilakan sehingga jika sejarah yang betul di cipta oleh ahli partai pemerintah tetapi tidak lagi menjadi citarasa minggu ini, juga akan di padamkan.

Hari ini partai pemerintah Malaya juga menjadi teramat bodoh. Siapa juga yang nampak cenderung kepada agama, baik dari segi pakaian, pemakanan, tulisan, pembacaan bahkan jika asyik memikirkan cara yang islamik untuk menjimak isteri sekali pun, secara otomatik mereka dicop sebagai ahli partai Agama dan harus di musuhi.

Yang terlebih malangnya adalah apabila ahli partai Agama sendiri meragui ke islaman semua manusia yang tidak mengisi borang keahlian kumpulan mereka.

Kemudian kamu pelik bagaimana setelah 400 ratus tahun menguasai Sepanyol, tidak tinggal sebuah kampung pun yang Islam disana.


p/s: ayam di luar dah berkokok. tapi mataku tak mengantuk. hoi naga. silaka lu! tak boleh keluar dari kepala la hoi!

Friday, April 07, 2006

membawa

From:
ujang To:
jonesabdullah
Subject:
Date:
Tue, 4 Apr 2006 11:05:30 +0800

Terima kasih kerana merasa malu melihat saya melukis di komplek2 dengan harga sepuluh ringgit-tetapi lebih memalukan lagi bagi saya untuk meminta2 di kaki lima atau mendapatkan rezeki secara tidak halal untuk menanggung 4 orang anak dan 3 darinya masih bersekolah.Tidak seperti tuan yang di beri Allah rezeki melimpah ruah.mudah2an rezeki tuan di berkati dan tuan di lindungi allah sentiasa.Doa saya juga mudah2an tuan sentiasa di lindungi dan tidak melalui ujian getir sebagaimana yang saya hadapi agar suatu hari nanti tiada pula hamba allah lain merasa malu dengan apa yang tuan perbuat untuk menyambung kehidupan.insyaallah.amin


Di atas adalah email penuh dari ujang kepada saya. Dan ya, saya silap faham tapi bayangkan kedengkian yang terbit dari diri kebanyakkan kamu apabila ujang menghantar email kepada saya kemudian sudi pula menerangkan maksud sebenar email tersebut ( lihat komen beliau pada tulisan bertajuk cinta).

Kebanyakkan kamu hanya bercita-cita untuk berkawan dengan beliau. Saya? Saya bukan sahaja berkawan bahkan bersilap faham dan kemudian berkarib-kariban!

Ya, dunia memang tidak adil untuk insan-insan yang lemah seperti kamu semua. Lebih-lebih lagi kepada para perempuan yang tidak menutup aurat dan lelaki yang malas ke masjid. ( Jannah juga terlibat walaupun dia telah mengambil keputusan untuk menutup aurat dalam jangkamasa terdekat ini. Syabbas nak!)

Kemudian cuba pula kamu bayangkan, abdullahjones menulis, ujang melukis dan buku itu di terbitkan oleh Pn. Ainon!

hahahahaha. Maafkan saya, saya sedang mencuba ketawa jutawan. Jang, kamu juga boleh mula berlatih ketawa begitu. Mari kita berlatih bersama-sama. Satu, dua, tiga, hahahahahahaha.

khabar

sajak hiba buat min

min,
aku kembali
ke rumah cinta kita.

ia masih di situ
teguh seperti dahulu,
cuma tiada kamu





.

Wednesday, April 05, 2006

cinta

Agak malang saya ini apabila menerima email dari ujang yang marah kerana pada pandangan beliau, saya menghina apabila menulis yang saya malu apabila melihat beliau melukis di kompleks beli-belah.

Genarasi yang membaca komik Gila-Gila semasa zaman kemuncaknya pasti akan tahu betapa ujang adalah inspirasi kepada kebanyakan pelukis komik. Beliau menjadi lagenda di zamannya.

Tulisan mengenai malu saya melihat beliau melukis di kompleks beli-belah bukanlah membawa maksud menghina beliau. Dan saya rasa kebanyakkan kamu yang membacanya faham maksud sebenar saya.

Saya dengan ini meminta maaf secara terbuka kepada ujang, saadon ishak dan tazidi yusof jika sekiranya tulisan mengenai betapa mereka sekarang ini menjadi pelukis jalanan membawa maksud menghina mereka.

sigh.

Bayangkan. Mendapat email dari ujang dan di marah.

Tuesday, April 04, 2006

itu

' eeeee...bodohnya, orang cakap lain, dia ingat lain. eeee bodohnya, tak sekolah ke dulu? orang perempuan kalau tak sunat memang macam tu, bodoh. '

Demikian tadi ucapan abdullahjones kepada pembaca-pembaca yang marah tidak tentu pasal. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau.