Wednesday, April 05, 2006

cinta

Agak malang saya ini apabila menerima email dari ujang yang marah kerana pada pandangan beliau, saya menghina apabila menulis yang saya malu apabila melihat beliau melukis di kompleks beli-belah.

Genarasi yang membaca komik Gila-Gila semasa zaman kemuncaknya pasti akan tahu betapa ujang adalah inspirasi kepada kebanyakan pelukis komik. Beliau menjadi lagenda di zamannya.

Tulisan mengenai malu saya melihat beliau melukis di kompleks beli-belah bukanlah membawa maksud menghina beliau. Dan saya rasa kebanyakkan kamu yang membacanya faham maksud sebenar saya.

Saya dengan ini meminta maaf secara terbuka kepada ujang, saadon ishak dan tazidi yusof jika sekiranya tulisan mengenai betapa mereka sekarang ini menjadi pelukis jalanan membawa maksud menghina mereka.

sigh.

Bayangkan. Mendapat email dari ujang dan di marah.

38 comments:

Unsunghero said...

...cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar...

aeyjay said...

biasalah en AJ kadang kala orang sering tersalah tafsir apa yang kita ingin sampaikan.lain yang kita maksudkan lain pula pemahaman mereka.

Anonymous said...

waahhh..ujang pon bace blog pak lah ????

hi ujangggg...*sambil melambai..lambai....*

Sayuti said...

entry 01/26/06 bertajuk 'bukan'. saya cari untuk baca semula.

padan muka kena marah dengan ujang.

haha

(gelak lagi!)

cronoz said...

huh? Ujang? maner? maner? *sambil men'scroll' komen kot2 kalu dia ada*

Petiais said...

haha ko lak kene marah AJ ..dunia ini sungguh ironik

blackpurple @ jowopinter said...

ujang? dari Gila2 ke Ujang ke Lubuk...... tetap dengan ke'ujang'annya...

marah ujang tanda sayang tu bang...hehehe

kunci hilang said...

ujang tidak marah.
Ujang sekadar mengucapkan terima kasih dan bertanya soalan. Soalannya, kenapa Abdullah Jones malu melihat ujang melukis di kompleks beli belah?

Saya juga ingin tahu jawapannya.
;)

dith said...

AJ,

Not a good 'season' for you, I see, :p

Anonymous said...

Kunci hilang, bagus juga soalan kamu. persoalannya, kenapa pak AJ malu?

Mengikut analisa saya ada beberapa sebab kenapa pak AJ malu.

Petama, mungkin pak AJ seorang yang pemalu (shy), i.e orang yang tidak pandai bercakap dengan audience.


pak AJ malu kerana dia malu (shy). bukan dia malu dalam ertikata malu (ashamed).

Saya seorang lawyer. Sebagai lawyer yang sentiasa tepat dalam penggunaan ayat, saya ingin menurunkan contoh ayat malu (ashamed) dan malu (shy) supaya senang kita semua faham konteks penulisan pak AJ. Contoh malu "ashame" seperti ini,

" ishhh, malu sungguh kak tipah tengok anak kak milah tu , bercium cium dengan anak pak kasim di tangga stesyen teksi semalam".

ayat malu "shy" dalam pula seperti ini:

"Saya malu lah nak pergi menjual barang-barang MLM ini pada kawan-kawan saya"

kesimpulannya, malu melihat kartunis Ujang menjual lukisan pada maksud pak AJ bermaksud pak AJ sendiri (shy) untuk berbuat demikian.

Pada Zura pula, orang yang malu (shy)pula terbahagi kepada dua, malu bertempat dan malu tidak bertempat. Mungkin juga pak AJ ini jenis orangnya malu tidak bertempat!



sekian,
Zura*

*Penulis adalah anak murid kelas vocal Pak AJ di tahun 80-an. Ingat lagi sessi berlatih nyanyi dengan Mona Fandey masa dah dekat-dekat Juara Lagu. Masa tu, pak AJ bersungguh benar ajar Mona Fandey agar Mona boleh menang. Mona Fandey tu orangnya baik, orang Kuala Perlis. Ayah saya panggil Mona Fandey tu Munah je. Dia kata, Munah tu baik orangnya, lembut. Tapi ayah saya sangat tidak berkenan dengan cara Munah berpakaian, sangat menjolok mata.

P/S: Ujang, Zura kagumi saudara kerana tabah jatuh bangun dalam arena seni lukis dan arena penulisan negara.

sinaganaga said...

Uwaaahhh Jones! Kau... guru vokal rupa2nya. Uwaaaahhhhh!
Do Re Mi Fa So La Ti Doooooooo...

Aku? Satu setengah octave tu boleh lagi rasanya. Ha ha. Kalau nak dua octave - kena letak batu bata atas perut lagi ler gamaknya. :)

zizie ali said...

jones:
kau letak ujang terlalu tinggi. bagimu, ujang tidak layak melukis di pusat membeli belah. seperti siti nurhaliza tidak layak nyanyi di majlis kenduri kahwin anak pak ngah senik yang tinggal di seberang takir.
ujang sepatutnya faham bahawa kau terlalu mengkaguminya.
bagaimanapun, tindakanmu memohon maaf adalah menunjukkan kau seorang yang mulia.
kaya, kacak, dan mulia. satu pakej yang lengkap!

Anonymous said...

Sejak kebelakangan ini En AJ asyik kena marah je. KESIAN.

Alia

Anonymous said...

Sekarang saya hanya mampu berdoa yang Pahbedah bukan "kipas susah mati" Ujang.

Alia

emm, kipas susah mati=diehard fan

Anonymous said...

saya nak tahu juga, di tempat yang bagaimanakah yang sepatutnya ujang berada pada pandangan en. jones? saya tidak tahu.

dith said...

Alia-

kipas susah mati=diehard fan

this is a good one! hehe

Unknown said...

Pak Dolah,

Tulisan anda lemak-lemak santan berlada,

Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala.

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Anonymous said...

Niat tidak menhalalkan cara!
Cik or Pn Zura,
Awak seorang yang terpelajar-lawyer. Mona telah Meninggal dunia. Wajarkah awak menyebut atau mengungkit namanya lagi? Adakah awak ada minta izin untuk menyebut namanya atau awak boleh berurusan dengan Allahyarham sekarang untuk meminta maaf.
-Pahbedah.

Sir Mute Key Chicks said...

Laa..si pahbedah ni..
tak abih-abih lagi ker?

sampai ke topik nih pon kamu nak menyerang orang lain??

dia cuma menceritakan kisah silam dia. biarlah dia.

AJ. aku juga suka dengan lukisan pakcik ujang itu. menjana pemikiran tentang dahulu kala.
haha.

p/s: nak gak tau camner nak belajar vokal nak ajar orang azan nih.

Petiais said...

oh pah bedah blog memblog hanyalah hobi dan utk suka suki bukan utk mencari musuh ..

rilek..emosi sgt apsal nih??

Anonymous said...

wahh..
sungguh bangga utk mendapat emel dr bro ujang..
saya baru berjumpa dengannya pada Pesta buku antarabangsa di pwtc yang lpas.. dia amsih seperti dulu.mungkin. itu first time berjumpe dgnnya face to face.. tp menurut seorang teman, dia maseh seperti dulu..saya membeli koleksi aku budak minnang dgn autograf nye skali.. sungguh bangga.. seperti kata AJ, dia adelah inspirasi kepada byk org termasuk saya.. karya aku budak minang adelah pemangkin utk saya melukis sehingga ke hari ini walaupon stroke saya jauh bezanya dgn dia.. tp penceritaannya cukup indah,feeling dsb.. sy agak juga agak sedeh bila dia sekadar melukis di tepi2 jalan.. apetah lagi jika tiada sambutan(harap saudara Aj melihat dia bersama sambutan hangat)

saya amat berharap ujang memahami maksud sebenar saudara dan kita semua..

cik puan daun said...

:) berani tulis berani la kene marah ye dak? takkan nak merajuk kotss.. tgh fofular nihh..

Sayuti said...

doktor, term tu dah lama lah!

i think you should read more so-called 'junks' and 'spam' on top of the medical journals and books.

p/s: maaf komen berbahasa inggeris.

jiGOMorrison said...

Jones,

Terima e-mail dari Ujang the living legend - tak ternilai!

Kena marah dengan Ujang sebab malu tengok dia melukis di pusat beli belah - percuma sahaja.

Pegawai Khalwat said...

Komen ke komplen?

Anonymous said...

again, pah bedah mencari glamer tersendiri di blog orang lain...

-neni-

adadia said...

padi tua jangan dilurut.

Kopi Suam said...

Ni peminat setia ujang...rindu nak baca semula kartun d=kat dlkm gila2...

Kaklong Syikin said...

hmm, itulah adat dunia.kita tak blh nak puaskan hati semua pihak. sedangkan hukum hakam ALlah pemilik sekian alam pun org blh pertikai, inikan pula pandangan kita sbg manusia/

Sayuti said...

makin menarik.

tuan tanah said...

wah... dapat email daripada Ujang? Walaupun dimarah tak mengapa, bukan semua orang dapat email daripada Ujang. kalau saya, saya printkan jadi kenangan. :)

Anonymous said...

Pah Bedah,

saya ada kakak, nama dia Zubaidah, panggil kak bedah.
nak lamar pah bedah jadi kak angkat leh?

-Zura-
Kalau Ujang sudi jadi abang angkat lagilah syoknya! Saya juga "kipas susah mati" Ujang. Walau saya hanya membaca Gila-gila edisi lama sepupu saya semasa saya melawat rumahnya di estate kelapa sawit di Gurun dan Temerloh. Those days, saya tak mampu nak beli buku/ majalah. Saya orang susah dulu. Masa kecil, mak saya susukan saya guna susu pekat aja (cairkan la, bukan kasik yang belum di cairkan), sebab tak cukup duit nak beli susu formula.

Zackyun said...

aku suka gila2,dulu baca ujang dalam gelap dengan touch light sbb mak marah asik baca tue aje mmjg..tp bila dah besar,aku bosan..lawaknya berulang aje cuma tukar watak nama je..peh..

ujang?bangga giller...mungkin lepas ni kamu akan dikartunkan..bayangkan...mesti kamu dilukis sebagai watak jahat atau watak baik yang bertopengkn kejahatan..hehe

Anonymous said...

kalau betul2 jumpa Sdr Ujang melukis di jalanan. Bolehlah tunjukkan dia hadith. Buka bab yg ada "... tunjukkan aku jalan ke pasar."

Hari ni hari Jumaat. Pak AJ, aku nak tazkirah pak, pak nak tazkirah!

- basri

Anonymous said...

Seronok baca komen. Tapi tak faham "..tunjukkan jalan ke pasar". Terpaksa google.

Anonymous said...

adakah the_derhaka_student itu kartunis ujang? atau cuma pura-pura sahaja? (rujuk komen di entry "bukan 01/26/06")

edrina said...

hahahahah padan muka

Jannah said...

Kalau tak silap sekarang masa bulan Desember Ujang ada jadi guest cartoonist under majalah G3 karangkraf.

So sekarang abang Ujang dimana pula?

And saya tak marah kat Pak AJ.

Saya sayang Pak AJ.

Teguran beliau akan ku ingat sampai ke mati.

Udah lah. Jangan gaduh2 lagi. Semua orang berjabat tangan! Tapi yang bukan muhrim tu sekadar senyum cukup :)

p/s Pak Jones, dari mana kamu dapat kabaran aku mahu pakai tudung dalam waktu terdekat ni? Aku sendiri tak mengeluarkan pernyataan ini dalam blogku.
You should check your sources before making an entry about me.
Tak marah, just curious.