Saturday, April 15, 2006

angin

kamu pernah ketawa melihat orang mati kerana sakit jantung? Saya pernah. Seperti hari ini, saya tertawa terbahak-bahak melihat orang Malaya mati kerana sakit jantung dek berita tarif letrik akan naik tanpa membebankan mereka.

Mujur orang Malaya yang mayatnya perlu di bakar tidak menggunakan letrik, hanya perlu kayu dan arang. Jika tidak saya pasti akan tertawa lebih kuat melihat mayat yang mati terkejut itu bangun dan mati sekali lagi melihatkan bil membakar mayat mereka.

Maafkan saya, saya perlu mentertawakan kamu semua. hahahahahahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahaha
hahahahahahahahahahahaha.

Terima kasih.

Saya jarang ketawa kecuali di sentuh oleh sesuatu yang amat lucu dan saya mendapati keperihatinan kerajaan kamu terhadap keluh-kesah kamu mengenai tarif letrik dan pembinaan jambatan amat di ambil berat amat melucukan.

p/s: Saya menulis ini dengan tivi terpasang,stereo terpasang, laptop yang lagi 2 terpasang, kendi letrik terpasang, dapur letrik terpasang, mesin basuh terpasang. Walau pun suhu di luar sedikit dingin, saya masih meng-on-kan penyaman udara.Pendek kata, semua peralatan yang memerlukan kuasa letrik di rumah ini terpasang. Perlu atau tidak. Kenapa? Kamu bertanya. Kerana saya boleh. Jawab saya. Oh! kerusi yang saya duduk ini pun sedang berombak-ombak mengurut belakang saya.

36 comments:

dr in the house said...

AJ,

Saya menunggu dengan 'eager' nya comments para tetamu anda mengenai tarif letrik ini, terutama Pahbedah, hehe

p.s. AJ kalau ya pon jangan ler membazir letrik di UK yg 'free' tu!

PahBedah said...

Business saya menggunakan sumber semulajadi, mesralam gitu. Jadi tak JAS! Kecuali saya bukak kilang memproses atau resort saya sudah mula beroperasi, atau saya buka rangkaian kiosk-kiosk atau bilik dinginbeku.

PahBedah said...

Seorang saudara saya meninggal dunia di Australia hubbynya bawa balik mayat dan dibakar di Bangi cemetery. Lebih jimat. Hubbynya sekarang berniaga di Afrika Selatan-buka stesen tv. Only 8k(lapan ribu ringgit malaysia) dan sewa tempat simpan pasu abu mayat cuma 3k setahun, itu bukan amaunt besar bagi mereka. Kalau dikebumikan, kos penguburan menjangkau 1.5 mil. (satu juta lima ratus ribu) Orang cina kata-sediakan duit kecil jika mahu dapat duit besar.

nisa said...

salam abdullah,

kamu ni namanya abdullah tetapi mengapa namanya... lebih indah? :).
membazir itu kawan syaitan
& seorang yg seronok & ketawa dgn kesedihan org lain, adakah itu baik?

Sayuti said...

hahaha

saya ketawa membaca entry anda encik AJ. sungguh keji! tapi kelakar.

hahaha

mati hidup balik dan mati semula.

hahaha

jangan lupa bayar cukai.

hahaha

Anonymous said...

Nisa, baca dgn matahati, bukan matakepala. Pahbedah, basic wages kat Aussie berapa eek dlm RM? Ada dekat-dekat sama tak gaji tukang sapu kat sana dgn lecturer IPTA kat Malaysia?

-tongkangkaram-

Mat Jan said...

jones, nanti lain kali letak tags [sarcastic]bla bla bla[/sarcastic] untuk membantu pembaca-pembaca betul bendul macam nisa.

abdullah yang satu lagi pun cakap pasal pembaziran:

Hindari Pembaziran - Abdullah

hahahahahahahahaaha! tengok siapa bercakap soal pembaziran! hahahahahaaha!

tuan tanah said...

hahahahaha..

saya juga ketawa membaca entry ini terutama bila membaca ayat terakhir kamu.

berlagak sungguh kamu ni!
hahahaha

zizie ali said...

jones:
syilaka lu!
hahahahaha

Faisal Tehrani said...

Salam cik dolah,
apa saja yang naik akan membuatkan orang Malaysia marah nanti?
adakah kita ini sejenis bangsa yang tak reti.
Mengapalah pulak mengeluh kat sini?
Wassalam!

reef said...

aj aj
kita bukan letrik jek bazir
masa pun banyak bazir
contoh baca blog kut
opss
itu membina
membaca blog aj yang buat semua orang fikir
blognya yang samar samar bayangan siapa yang kena...

PahBedah said...

Hormati pendapat AJ dan Nisa, sekarang kita pakai baju ukur badan sendiri, Sapa jutawan dia nak pasang suis letrik kat badan dia pun itu dia punya suka..kalau rasa kurang keupayaan kita, kalau malas berusaha mencari duit, ada satu pilihan tepat- tukar cara hidup, guna damar ke, ambil lilin lebah ke, panjatlah mana-mana tualang yang ada sarang lebah, madu dapat lilin pun dapat, ..ikut suka tepuk poket tanya kepala! Ah! Nakhoda selalu belayar malam, tak perlu lampu, berhati-hati jangan sampai terlangar batu kerang.


Mencari duit dengan duit, mencari rahsia dengan rahsia. Jangan tumbang kerana perkara kecil itu, hidup mesti diteruskan. Inilah yang dikatakan hidup yang optimis. Orang cina tidak ada istilah balik kampung jika jangkauan usahaniaga tidak berjaya. Mereka hanya ada 2 pilihan.

1. Berjaya
2. Mati

Apa yang kamu semua nak marah, kamu pengguna-memang suka kena sembelih, kamu tidak ada niat untuk jadi peniaga yang boleh mengaut keuntungan. Sedangkan agama kita menyuruh menjadi peniaga kamu buat tak peduli...jadi kamu mahu apa? Saranan Rasul pun kamu tak endah, inikan pula saranan pemimpin..

BooK said...

aku bukan apa
aku dengan gembiranya
buleh bergelak besar
tumpang gelak AJ
malah aku boleh gelak lagi kuat
aku pakai karen ke
tak pakai ke
pakai heater ke
air cond ke
takde efek pade kewangan aku
ahahahahahahahahahahahahahahahahaha

semut said...

hahahahaahahhhhahahahahahahahahahahahahaha.letrik bulan nih kena dua ratus lebih.
hahahahahahahahhahahahahahahahaha

Ku Keng said...

Adakah ketawa yang panjang tu dijanakan oleh kuasa letrik juga atau mungkinkah kerusi yang bergelombang yang mengeluarkan bunyi ketawa tu? Ada berita yang mewar-warkan keuntungan berganda TEN dan ada satu lagi berita yang melaporkan keperluan TEN untuk meminjam berbillion lagi untuk melangsaikan hutang lama. Maaf saya tak ada ha untuk ketawa.

selendangbiru said...

hehehehehe, nisa belum terbiasa lagi kot dengan gaya penulisan AJ :)

pak lah juga gemar berkongsi makanan (rujuk berita bahulu sebiji kongsi 4) :)

apekehey la ngabihkan duit aku buat jambatan terbantot, dah tu naik rega sana sini situ siti

DewA LavaU said...

ko keji laa AJ.nanti aku upah indon rogol ko hahahahahahahahahhahahahahahahahahahahahhahahahahahahahahhaha satu juta lemon gelak ketawa

sinaganaga said...

Jones,
Kau memang keji ha ha.
Aku memang berharap AKB yang aku hantar akan membakar jari-jari suci kau! Ha ha. Dan Panduan Mengisi Borang Cukai Pendapat BE tu bukan dari LHDN, ia memang sisipan AKB. Mereka yang lain pun dapat juga. Ha ha.

Sayuti said...

insaf membaca ayat terakhir komen tuan keng.

nota: banyak ketawa mematikan hati.

obefiend said...

hmm. bakar pakai kayu. adekah benar. setahu saya sekirnya mayat dibakar id funeral home semua pakai gas. pasal badan manusia agak sukar untuk completely terbakar. benar! hitler yang dibakar mayatnya dengan 6 jerry can petrol pun masih tak jadi debu!

so anyway

tarif semua naik. kenapa nak marah. kang memang cost of living akan naik selari dengan status negara. dulu dunia ketiga maka harga pun third class. sekarang lagi 14 tahun ke 20-20. so harga harus seswai dengan "status" ( batuk kejap) negara

it is inevitable. orang malaya terlalu emosi kadang kala tidak berpikir. maaf. tapi itu nyata. kita ingin senang sahaja. minyak makin sikit. harga pun naik. bila minyak naik efek domino pun berlaku. apa kamu pikir TNB nak absorb semua? harap bulan jatuh ke riba AJ la baru jadi benda sebegitu

saya tertarik dengan AJ yang memnazir karan. di UK lagi mahal setahu saya... maybe di ammg kaya ria macam SAMERIN pememang MOORE JUTA RIA.. siapa tua pasti kenal lelaki SAMERIN ni..

oh oh

Sayuti said...

haha, samerin. dia pandai. dapat sejuta bukak kedai barangan eletrik.

eff,

kos bahan api untuk eletrik bukan tnb yang absorb, petronas yang absorb. aku pon baru tahu lepas menteri tenaga dan telekomunikasi komen di berita.

Pegawai Khalwat said...

Tula....
Orang suruh pakai tenaga nuklear tak mau. Komplen kata cemar alam la, apa la.

La tarif naik tau lak bising.

sinaganaga said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sinaganaga said...

Jones,
Kadang2, aku fikir, kau taklah sekeji mana pun... Ha ha.

Keji lagi mereka. Aku terpaksa bayar $$$ kepada bank, sedangkan rumah pangsa yang aku beli tu masih tak siap2.

Jadi, aku bayar untuk sesuatu yang tak ada? Ah, keji sungguh mereka.

Kalau begini, baik aku duduk di Uganda!

Anonymous said...

HA HA HA HA ha ha ha huk huk (batuk)
ha ha ha HA HA HA adeh.. ketawa takleh berenti. ni bukan hati je mati ni dengan orang2nya mati sekali.

p/s: Naga cakap di Jepun mangkok tandas pun ada heater.

- basri

Sayuti said...

naga, kerajaan pon bayar untuk sesuatu yang tak ada jugak.

nak tahu cara dapatkan $$$ dengan hanya tiga cara mudah?

1. buka notepad (atau apa2 word processor atau comment di blog)
2. tekan butang shift. tahan.
3. tekan butang 4 tiga kali.

yah, anda sudah dapat $$$

(idea: blog danial17)

Anonymous said...

Aku rumah-rumah pangsa sempit ni tak mainlah, laksana burung merpati bolehlah. Aku suka banglo, dengan konsep rumah dalam taman macam kat Country Heights Kajang atau kat Damansara Country Heights. Kalau nak dodok gak di bangunan tinggi sekurang-kurangnya kat Winsdor Tower di Sri Hartamas, Tong sampah kat Country Heights ada alamat skali dan lambang.

suriaghandi said...

Eh, Faisal Tehrani pun tinggal komen kat sini? Selama ini saya sangka Abdullah Jones dan Faisal Tehrani orang yang sama... heh.

bergen said...

They should have conducted tariff review every three years. I don't know how they are going to get around this issue. On one hand you've got TNB, already in trouble as they are financially. On the other, you have to face angry rakyat who won't understand why this revised rate.

We'll see what happen. I'm sure Malaysians don't want to see TNB go down bankcrupt. Neither do we want to pay more now that we've stretched the ringgit almost to the limit.

Tough situation.

blackpurple said...

tajuk ~ angin
isi ~ hahahahaha
penutup ~ kerusi urut Osim

hehehe

EdRyNA said...

naik tariff ke tak naik tariff ke saya tak kisah..petrol pun boleh naik 30sen. Setakat naik tariff elektrik apalah sngt...

Anonymous said...

Ha ha ha ha ... ketawalah lagi ... ahai ahai ahai ... ketawa lah lagi (ketawa dan gelek mcm Dato M. Daud Kilau

-zamani zaman-

Anonymous said...

edryna...
aiman tak kesah.

petiais said...

kejam

bisobonar said...

Pak Abdullah,

Ustad di kampung saya ni panas baran orangnya dia tak suka apa2 yang gomen bagi...jadi dia pakai generator. Satu hari tengah tengok cerita p.ramlee..injinnya mati diapun start berkali2 tapi tak idup..tau tak apa dia buat lepas tu? hahahahahahahahahahahahahahahaha


...dia kencingkan generator tu...
(bukan apa..dia takde duit nak masukkan letrik..nak jimat katanya..)

Saya nak tanya dia ust beli tv dgn generator ada duit lak..tak jadi takut kena kencing...

Anonymous said...

best regards, nice info High blood pressure water digital cameras Used salvage porsche parts Horse racing computer games eyeglasses Home theater yahama projectors free inexpensive shipping tenuate Princess cruise lines alaska employment Paypersale affiliate programs Insurance for business fidelity antivirus refrigerators ge diet pill Running bulls spain Simvastatine zocor What is personal mortgage insurance