Thursday, April 13, 2006

jahat

Jika hari ini atau hujung minggu ini, atau bila sekali pun, kamu akan di datangi tetamu, raikan mereka dengan baik.

Jika kamu tahu tetamu itu siapa dan kamu juga tahu apa yang di sukainya, cubalah sediakan dengan sebaik mungkin.

Jika tetamu itu bukan mereka yang rapat dengan kamu, cuba-cubalah membuatkan dia merasa di hargai.

Sekian.

SATU LAGI PROJEK MASUK SORGA OLEH ABDULLAHJONES. (sila baca tulisan ini dengan warna biru dan putih bersama gambar penimbang di sebelah atas, kiri dan kanan)

39 comments:

loppiess said...

kalau tetamu itu opah kami, kami akan buat cekodok bilis campur daun kucai dan patah patahkan sedikit cili padi.

ohh opah, doakan aku masuk sorga.

abdullahjones said...

insomia lope?

Anonymous said...

budak-budak zaman sekarang, tetamu datang rumah, dorang lari masuk dalam bilik.

kalau anak dara takpalah, kalau anak bujang?

c-Tea

gitarkapok said...

saya tidak pernah menghalau tetamu melainkan tetamu yang tidak diundang seperti jurujual.. syoh!
ps:bacalah tulisan ini dengan warna warni..

Pegawai Khalwat said...

Projek masuk sorga ni bukak tender tak Mr. AJ?

Berapa nak bayar satu dokumen?

Nak bagi hadiah bolehkan?

Laa... orang kata hadiah, bukan rasuah! Ambik la!

Sayuti said...

ish, komen pegawai khalwat buat saya sedikit terasa la pulak.

tetamu, datangnya membawa rahmat, pulangnya menghilangkan dosa. maka hormatilah tetamu.

PahBedah said...

AJ,
Kalau kamu mau BERDIRI DI ATAS KAKI SENDIRI(MAU KERJA SENDIRI DAN MENIKMATI HASIL MAHSUL USAHA SENDIRI) ruang dan peluang sentiasa ada, tak semestinya ada lambang, BIKHTIARLAH. Ikhtiar di tangan manusia, ketentuan TUHAN YANG KUASA. Rezeki itu Tuhan yang memberi. Yakinlah. Orang kafir pun boleh dapat rezeki, inikan kita yang ada kelebihan iaitu disamping usaha gigih kita bermohon tepat kepadaNYA.

Anonymous said...

mengaku atau tidak..sekarang kita sudah mengharap makhluk utk mencari sesuap nasik di bumi malaya...tapi aku percaya pada rezekiNya..

PahBedah said...

Melihat dari luaran dan membuat kesimpulan mengenainya tidaklah tepat. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Umpama membaca buku "Cerita Saya-Lim Goh Tong' tidaklah mendatangkan rasa sengal-sengal kepada tubuh badan kita.

Percanggahan pendapat tidak mendatangkan apa-apa. Tetapi gerak usaha yang dilakukan itulah yang penting.

Kita selalu memlihat kejayaan yang dikecapi tanpa melihat keperitan yang mengiringi, acapkali orang merahsiakan getir dan susah payah yang dialami. Banyak sebab mereka merahsiakanya. Antaranya: jika dipamirkan pun ianya bukan menerbitkan simpati dan bantuan yang diharapkan, tapi cemuhan.(biarpun mereka tidak mengharap ringgit atau tiupan semangat).Dan yang paling pasti mereka itu jenis orang yang GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG! Jika galangan kecil itu diperbesarkan pun ia akan membantutkan usaha selanjutnya. Kenangnan pahit akan menjadi manis setalah kejayaan dicapai.

Anony,
satu pertanyaan untuk awak, mengapakan orng indon, bangla, myanmar, gurkha dsb itu berjaya mengumpul harta DI BUMI MALAYA kerana ada seseorang membantu mereka atau ada LAMBANG YANG MEREKA SOKONG?

semut said...

Cik Pah..hehe
segala bangla indon myanmar gurkha tidak menyokong lambang kerana mereka datang sini nak carik makan n bukan nak sokong lambang.tapi lambang akan menyokong mereka sekiranya mereka membuat sesuatu untuk lambang secara tersembunyi..bukan tuduhan tetapi pengalaman..amin..

DewA LavaU said...

apabila tetamu yakni rakan rakan saya datang bertandang ke rumah mereka gemar melayan ps2 terutamanya game winning eleven.dan saya pun turut melayan mereka dengan penuh meriah dan riang ria kerana ayahanda dan ibunda saya gemar rakan2 saya melepak di rumah daripada saya kuar melepak di luar tiap2 malam.tp sekarang ps2 saya sudahpun rosak dan saya bersedih :( oleh itu AJ jika anda ingin berbuat pahala dan masuk syurga maka hadiahkan saya brand new PS3 hehehehehehe :P

Pahbedah said...

Habis tu kalau kau papa kedana, janganlah menyalahkan lambang.
Maksud aku, kalau kau nak sokong sesiapa tak kira apa lambangnya dan kau dapat apa kau nak itu kau punya pasal tapi mengutuk orang lain, jika mereka sokong bukan lambang yang kau suka, maka itu satu kesalahan. Tak betulah begitu.

Sayuti said...

walaupon saya suka dengan komen pahbedah, tapi, teringin jugak nak bertanya;

kalau saya kutuk orang yang menyokong lambang yahudi yang saya tak suka, salahkah saya?

blackpurple said...

di 'sini' ada penimbang..
di 'sana' pun ada penimbang...
tapi penimbang di 'sana' yang kita perlu jaga....

amin..

aeyjay said...

saya termasuk dlm golongan yg akan lari masuk bilik bila tetamu dtg bertandang.tapi selepas 5 minit berlalu mesti mak teriak nama saya buatkan apa² yg patut utk dihidang pada tetamu.


so timbang belah kanan lah yg berat kan En AJ?? :)

Puan Ainon Mohd. said...

Tuan-tuan dan puan-puan,
Perbuatan mengutuk bukan sentiasa salah. Ada makhluk, tidak terlepas manusia, dan ada perbuatan-perbuatan, yang Tuhan dan malaikat kutuk, malah laknati, sebagaimana yang diterangkan dalam Kitab Suci sendiri. Malah, apabila kita melihat perkara-perkara mungkar, sedang hati kita tidak mengutuknya, maka kita berdosa... Tuhanlah yang maha mengetahui.

dr in the house said...

Dah lulus ke projek tu AJ?

PahBedah said...

Zionis(fahaman) anutan kebanyakan orang Yahudi(bangsa) ni takde orang yang suka. Macam komunis(fahaman)jugak. Aku tak pernah menyokong zionis(Yahudi) bila tengok kat tv mereka menembak orang Palestin(Islam/Kristian/dll) tapi ada ketikanya bila melihat orang Palestin ni lontar batu/ ludah. Inikah cara melawan yang betul?

Dan kita boleh agak apa balasan tentera bersenjata Yahudi.

1. Mereka tembak-yang mengakibatkan hilang nyawa/cacat-yang semakin derita untuk meneruskan hidup, malah menyusahkan orang lain pulak, mungkin.

2. Mengenakan sekatan ekonomi-bersekongkol dengan sekutu.

3. Mencipta teknologi baru yang lebih canggih untuk menakluki ekonomi,

Siapa suka tengok keganasan berleluasa? Semua benci. Diam bukan bermakna setuju. Kena kaji juga keupayaan dan strategi. Malah dalam peperangan pun ada strategi, bukan main lutu tak memasal, hilang nyawa weh! Bukan juga kita jenis demi nak hidup sanggup bercermin bangkai. Tidak.

Ada benda yang sahih kita nampak tak betul. Beralaslah. Berkiaslah, Berpantuntlah, Tulis suratlah. Bermusyawarah. Apa yang tidak dengan orang Melayu. Nak mencarut pun main pantun!

Fikir habis-habis, hal-hal dalam rumah tangga kau jaja pada orang luar tindakan yang betul ke? Kau tengok kat Iraq je sekarang tetiap ari ada yang kiok. Dulu masa askar mula masuk, ada gambor deme cium tangan askor tu. Karang kawan cakap lebih2 deme kata barualah, ampu bodek keris bersilang tu pulak. Tak layak langsung aku nak menasihati kamu yang bijak.

Anonymous said...

hahaha.
rasa-rasanya dah boleh agak dah sapa pahbedah ni. tengok gaya tulisan dah tau. tak syak lagi, dialah orangnya. suka betul melalak tak tentu pasal manusia yang sorang ni. dah sudahlah pahbedah oiii. atau nak ke aku hebahkan sapa sbnrnya ko ni?

PahBedah said...

Anony,

Kau aim aku yea? Takutlah aku nak pegi jamban malam karang!

PahBedah said...

Sorry Jones,

Anony,

nanti aku masuk blog kau, kau kata aku gila talak pulak. Tu aku maleh masuk sana. Kau pun dude, tak elok aku bertandang ke situ tetiap ari, macam kuali mencari telor!

sinaganaga said...

Jones,
Aku masih tak dapat cari lagu kutu pukul 3 pagi tu.
Ha ha.

sinaganaga said...

Date kita malam esok, insyaAllah.

Anonymous said...

salam,

Pak jones terima kasih atas ingatan, lebih moleh kalau Pak jones boleh code hadis nabi dan yang sewaktu dengannya.

P/S nak gelak le bila tengok bawah perkataan Abdullah Jones kepala blog ni..'Baik' kira bagitau sihat ke atau bagitau pak jones orang baik?

wasalam,
Akak

NBB said...

kalau toyol yang datang macam mana pulak? dia tak termasuk tetamu kan??

el-Maaniq said...

Dari zaman jahiliah sudah diajar menghormati tetamu.

Tapi kalau tetamu tak hormati tuan rumah?

tuan tanah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
tuan tanah said...

bercakap pasal tetamu.

malam tadi ada tetamu datang ke rumah saya.
pegawai pembanci.

arghhh....

6:20 AM

Sayuti said...

setelah aku baca surat khabar semalam, baru faham maksud tersirat tulisan kali ni. sesuatu berkaitan komen menteri pelancongan malaya yang mengatakan tetamu tidak perlu ikut pepatah yang ada kambing, lembu dan kandang2 itu.

ke tak ada maksud tersirat? ke aku yang pandai2 tafsir sendiri?

:p

semut said...

sayut,
aku rasa aku setuju juga dengan kamu. mungkin itu yang cuba disampaikan oleh ABDULLAHJONES baik. hehe.

anoni,
aku rasa, aku juga tahu siapa si pah bedah ini sebenarnya dan aku sudah lama mengesyaki beliau.dengan segala hujah-hujah yang diberi, juga gaya lenggok bahasa, aku rasa mungkin 'beliau' yang kau cuba maksudkan. THE LEGEND

Anonymous said...

作者已删除了此帖。您可以使用某些作者已删除了此帖。您可以使用某些选择身份

Sayuti said...

Komen dalam tulisan Cina di atas setelah diterjemah menggunakan google:

"The author has deleted Citie. You can use some authors have deleted Citie. You can choose to use certain identity"

Apa maksudnya? Citie?

Anonymous said...

aku tak suka parti pemerintah malaya sekarang ni.

adib

Bta said...

erm..kenapa komputerku menunjukkan kotak-kotak yang banyak pada komen anonimus itu?

petiais said...

tetamu..
dtg rumah..penjual kopok ..org thailand..aku layan cam biasa tanpa teragak2

esok..
BERITE: mak cik sebelah umah baru kene rompak..HURK!dgn penjual kopok itu..yer makcik itu mg dingin skit..

esis said...

tetamu tetami, aku suka

sinaganaga said...

Jones,
Kirim salam kepada Raftah.
Dan kau, jangan nakal2! Ha ha.

lyz said...

Tetamu masuk bilik tidur? Ishh apa ni?

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... kansas city accident lawyers istler 1773 radar detector Compare insurance mortgage quote uk