Friday, March 10, 2006

bernyanyi

ada hati yang di tinggalkan jauh
bersama tangan-tangan kecil
yang meminta kasih

tetapi dia lelaki,
dan dia mahu kekal begitu
biarpun sesekali ada air
yang jatuh dari pipi dan hapus.

Dia rindu tetapi dia babir.


Ada khabar angin yang mengatakan yang Jimadie Shah akan bernikah dalam masa dua tiga hari ini. Jika benar, saya mengucapkan selamat bernikah.

Seperti biasa, saya rasa perlu sesekali menulis sajak disini agar kamu semua tidak lupa yang selain dari sangat kacak, kaya raya dan boleh melukis, saya juga handal bersastera. Bukan seperti kamu semua, terencat.


iklan:

esastera sedang menganjurkan sayembara penulisan nonkreatif. Sila ke ruang berita di esastera untuk keterangan lanjut. Hadiahnya akan di sampaikan pada malam hari anugerah esastera nanti. Tidak payahlah kita sebut apa hadiahnya kerana bimbang ada persatuan lain yang terguris.

Saya kurang pasti samada sayembara menulis puisi petrol telah ditutup atau belum. Jika berminat, sila ke ruang penyair di esastera. Pemenangnya juga akan mendapat hadiah yang saya yakin lebih baik dari hadiah tahun lepas persatuan yang tidak boleh di sebut di sini itu. Bunyi nama persatuan yang tidak boleh di sebut itu seakan-akan ayat 'ronggeng zainal'.

Oh! saya terlupa, terima kasih Sayuti kerana menjemput saya ke majlis kamu. Malangnya saya memang tidak akan berada di Malaya untuk jangkamasa terdekat ini. Walau bagaimana sekali pun, saya berjanji akan ke majlis kamu jika kamu bernikah lagi satu nanti. Sumpah.

Mat Jan, hikhikhik. dan Abang D apa cerita?

28 comments:

mba said...

AJ;

KAli ini saya berjaya sebagai pengomen yang pertama. Ia suatu kejayaan peribadi saya kerana tuan AJ terlalu ramai sangat pengomennya.

Jika benar Jimadie nak kawin, saya juga ucap tahniah.

p.s Saya memang elergik dengan air laut, apatah lagi naik bot lama-lama gitu. Dengan ayam tidak geli sangat, dengan itik bagus juga, jika bot karam boleh tompang berenang sama itik.

abdullahjones said...

mba, bukan sahaja menjadi orang pertama, bahkan, sesaat selepas saya menulis, kamu terus ke mari! majik! hahahhahahaha.

Pegawai Khalwat said...

Saya jadi penulis ketiga!

(atau mungking kedua kalau komen sendiri MR. AJ tak dikira)

Kami mengaku kami ni terencat dan terlancap mindanya.

Tapi jika semua harta kami digabungsusunkan, nescaya kami akan lebih kaya.

(Saya bercakap bagi diri sendiri dan sesiapa yang masuk waktu jua)

abdullahjones said...

dan bayangkan jika rupa kamu juga di gabungsusunkan.

F00 said...

Comel dan sangat kayalah.
Abang AJ(seperti nama pemain bass bawahtanah hebat di sini), selain dari blog popular, sangat kaya, kacak dan hebat bersastera, pernah terlintas untuk membuat muzik?

Apa agaknya bentuk muzik Abang AJ?(maaf mungkin saya tidak layak mengabangkan saudara, saya berumur 20-an). sekadar curious.

tuan tanah said...

AJ, Jimadie memang akan bernikah. ini bukan khabar angin. tetapi seperti kamu, walaupun dijemput saya juga tidak dapat hadir ke majlis beliau kerana saya juga tidak berada di Malaya.

'ronggeng zainal'? Hahahahaha

p/s: khabarnya Collin Farrell akan membawakan watak sebgai Bob Dylan dalam filem autobigrafi penyanyi itu.

sinaganaga said...

Aku
ngak bisa
jadi bohemian
sampai mampus...

Aku butuh uang!
Uaaaaaaaa...

NAGA
Rep. of West Sentul
2006

obefiend said...

Mata Guli Sakti Syarmi

Mata guli oh Si Mata guli,
Coklat cair menarik hati,

Mata guli bulat sekali,
Seperti perut si Afdlin Shauki,

Mata guli teramat comel,
Perwatakan ayu tak banyak songel,

Mata guli tak berani kutegur,
Bila ku nampak tak boleh bertutur,

Mata guli ku teropong jauh,
Kalaupun dekat tak berani ku sentuh,

Mata guli penuh misteri,
Ku usha friendsternya setiap pagi,

Mata guli darilah Papar,
Sekali dimesej aku tergempar,

Mata guli oranglah Sabah,
Kalau menegur aku yg gelabah,

Mata guli orangnya kecil,
Kaku tubuhku seperi disihir,

Mata guli tersemat dihati,
Takkan ku dapat sampai ke mati,

saya juga bisa menulis pantun walaupun tidak se Clever AJ. at least i tried kan??

zizie ali said...

jones:

gambar itu menggangu emosimu?
itu tunangnya. dia akan menikah. kemudian honeymoon. lihat laut waktu subuh. bukan di seberang takir atau mersing. tapi, jauh nun di sanaaaa

Anonymous said...

Ronggeng Zainal?

Tak nak kawan dia.

-basri

gitartong said...

Terencat??

waa kakakaka.

bestlah engkau, boleh cakap apa saja.

kunci hilang said...

Jamadie Shah?
Saya tahu, Jamali Shadat.
Tinggal di Pulau Indah.

Ku Keng said...

Lelaki yang babir tu hanya kerja di pelantar minyak. Setiap dua minggu pulang. Dan bercuti pula untuk dua minggu. Jadi janganlah berhiba hati.

Jannah said...

Aku,
Menanti,
Tak sedar,
Hilang segala bingar,
Semua sudah pergi,
Tinggal ku sendiri.

Maknanya entry pasal pernikahan sebelum ini sebab AJ sedih Jamadie nak nikah ke? Baru jek nak bermanja-manja dengan famous blogger then pergi bernikah pulak si dia.

And by the way, marriage kalau sekadar hendak melepaskan nafsu, kemudian bila dah surut api asmara, cerai. Tak elok juga kan?

Rather not get married at all kalau takda cinta asmaradana.

Mahyudin said...

rongeng zainal, hmm macam biasa dengar aja, tapi di mana ya?

kahakahkah!!

Sayuti said...

takpe AJ, saya paham. saya ajak2 ayam saja.

bukan saya taknak ke esastera, tapi, karya2 di sana terlalu banyak untuk dinilai. mutu2 karya disana juga tinggi.

saya rasa sesuatu harus dilakukan dengan layout dan bunyi2an dalam forum berkenaan. kadang2 bunyi2an berkenaan mengganggu konsentrasi saya.

saya masih menjolok cempedak, maka saya rasa anda lebih layak memberitahu doktor mengenai hal ini.

skian.

Bta said...

Sayuti : Kenapa kamu suka menjolok cempedak? kenapa kamu tidak menjolok buah lain?

AJ : aku lebih suka karya dari naga. haha. kamu juga. harap-harap Aiman tak kesah.

Re(tar)dBeanBun said...

sorry, soalan terencat. tapi,
"babir" tu apa...?

airmas_sz said...

Sayuti ... hikhikhik Jangan ajak-ajak ayam .. hikhikhik AJ tak suka ayam ...hikhikhik dia suka ikan dengan kentang er...hikhikhik.er..hikhikhik fish n chips ...hikhikhik asam pedas pun dia tak makan dah ... hikhikhik London la katakan ...hikhikhik

amirMukhriz said...

ya, aj, saya pun dah belek kamus dewan untuk cari babir, tapi, tidak ketemu.

zizie ali said...

babir=degil=keras kepala

Sayuti said...

dulu lecturer physics saya namanya balbir singh. mati2 saya ingat dia.

bta: cempedak itu simbolik. sangat simbolik sebenarnya. saya bagi hint. bayangkan dua biji cempedak...

airmas_sz: kamu mabuk todi ke ape? haha

Ku Keng said...

Zizie, dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, ada terdapat perkataan BABIL. Maknanya: degil, tegar, keras kepala, kepala batu, pembantah, pelawan. Kesimpulannya "Keras Keng".

Ku Keng said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Ku Keng said...

Sori AJ,tupang ateng. Zizie, wah kamu tak tengok ke dedikasi Pak Malau untukmu dalam blognya?

amirMukhriz said...

ya, mungkin babir aj ialah babil di dalam kamus dewan. ah, pedulikan, aj tetap seorang penulis blog yang kacak.

Anonymous said...

laaa ingatkan singkatan "babi" ngan khinzi"r"

Jimadie Shah Othman said...

Aku menikah 10 Mac--hari entri ini ditulis. Terima kasih. Bila aku duduk di kerusi seminggu lepas tu, antara percaya atau tidak, aku fikir mahu baby tapi bila aku tengok keliling aku takut anak aku jadi cacing. Makanya aku menulis sajak ini:

rumi, aku tidak ingin kau menjadi cacing.