Friday, March 03, 2006

tong

Dulu, dalam tahun-tahun 70an, (mat jan dan rakan-rakan sila ambil perhatian, ada diantara kamu semua belum lahir semasa ini, jadi sila baca dengan penuh perhatian) apabila di sebut gangster, akan terbayanglah muka-muka pemuda Cina Tanah Malaya.

Yang paling saya ingat adalah lelaki-lelaki Cina yang menaiki motorsikal Yamaha dengan handlebar yang di kepitkan. Handle sejuk. Seluar baggy yang ber-kelepah-kelepek di tiup angin semasa menunggan motorsikal yang di depannya ada seekor helang getah yang ikut serta berterbangan. Baju biasanya melekap di badan. Sangat fashionable para gangster Cina pada masa itu.

Semasa ini, ramai lagi para pemudi dan nyonya Cina yang berkerja sebagai buruh binaan. Setiap pagi dan petang, mereka akan kelihatan menunggan basikal pergi dan pulang dari tapak binaan dengan topi dan 'muncung panjang' buat menutup panas. Sila rujuk komik Lat untuk gambaran jelas pakaian perempuan Cina buruh binaan ini.

ishhh, malas pulak rasanya menulis.

Sebenarnya saya ingin mengaitkan perkara ini dengan kebangkitan gangster India di Tanah Malaya, tapi malas pulak rasanya. nantilah, jika saya rajin akan saya sambung.

Lagipun, sayakan abdullahjones, saya boleh buat apa yang saya suka.

p/s: terima kasih siti katijah. sangat-sangat terima kasih.
naga, kirim salam pada Alin dari Cheras, katakan padanya, saya rela diapasajakan.

Kepada para anonymous, sekurang-kurangnya tinggalkan lah nama. Sangat kurang adap menulis dengan tidak berbuat demikian.

27 comments:

dr in the house said...

Memang drpd awal lagi nampak tak dak mood nulis, eja 'menunggan' 2 kali tanpa g!

Menopausal? Maybe!

Anonymous said...

kalau nak tulis, tulis la bagi abis cite tu...ok;) (ini komen membina, bukan komen menghentam, jangan nagis ya! hehe)

Ku Keng said...

Maaf AJ tajuk kamu lari. 'Tong bunyi pinggan jatuh ke lantai ping pang pun lelaki malang....' Pinggan jatuh bunyinya PANG. Ping Pang tu apa pula yang jatuh?

obefiend said...

walaupun awak AJ, tak boleh jugak buat sesuka hati... tak baik. nanti aku bilang bapak kao baru kao tahu...

sedutan komik BUJAL. apa jadi dengan bujal dan bujil.. ntah!

tuan tanah said...

Jones, jangan malas! nanti kau akan kehilangan peminat dan tidak popular lagi!

Puan Ainon Mohd. said...

Sdr Abdullahjones,

Maaf, bukan "adap" tetapi "adab" seperti dalam buku panduan ejaan DBP.

Sayuti said...

saya kurang bersetuju dengan tuan tanah.

selalunya, yang menaikkan nama seseorang itu apabila dia mula malas dan tidak membuat sesuatu dengan bersungguh.

nama buruk, maksud saya.

Mail Vespa said...

kau minat vespa Abdullah?

auntylela said...

Take a rest aj, you must be tired.
I'll still come to read your writings.

sinaganaga said...

Jones,
Pesan aku, kau jangan memaksa diri. Ha ha.

Pergilah dengar Dylan dulu. Hey! Mau pinjam CCR dari aku???

aliraja said...

En Jones..

Kisah gangster memang kesukaan saya..kalau berkaitan dengan Malaya lagi menarik.Err..tapi jangan lama-lama sangat simpan cerita nih..taip lah cepat-cepat!!!

alom ke? said...

kenape blog kau horang susah nak dipahami dengan mata kasar hek?

red said...

mr. jones...chill out...writer's block?

go out, take some pictures...
lama sangat aku tak gi negeri omputeh...
kekadang nak rasa sejuk nyer...still chilly out there?!

Jannah said...

Abang Dolah tertekan huh?

Banyak minum ayak masak.

And selalukan senaman.

20 minit, 3 hari seminggu.

Gamba AJ!!

zizie ali said...

pengalaman seorang penyanyi popular tahun 60-an:
tika mula-mula popular, dia begitu seronok melayan peminat. Bila popularnya bertambah-tambah, dia rasa terbeban melayan peminat dan kadang merasa bosan melayan peminat. Bila populariti mula menurun, dia takut kepada peminat. bila dia dah tak popular, dia merindui peminat.
Pengalaman yg normal!

sya said...

Astagha sedang syok membaca tetiba jadi malas le pulak... sabar ajerlah ngan En. AJ ni

Anonymous said...

Kalau En Aj malas2,nanti semua orang pun malas nak mai baca blog Encik.hehe.pertama kali saya tinggalkan komen.selama ni,seronok baca komen orang saja.tau tak kenapa orang bagi komen?sebab mereka sayang Encik.betul ke?

maaf kalau saya melalut.

-nAd_87-

Alin Dari Cheras said...

Saya rasa saya tahu kenapa AJ tak da mood...

Percayalah, Tuan AJ. Nama Tuan adalah antara nama yang saya senaraikan untuk ditemuramah... malangnya, depa ambik dua ja nama yang saya senaraikan. Huak.

Apa-apa pun, jangan lupa sama-sama membeli Ayah Kita Bos nanti, ya Tuan AJ, kerana saya ada menyumbang sesuatu dalam zine tersebut, heh.

(Abg Naga & Tok... promosi lagi!! hehehe)

kunci hilang said...

siapa lebih hebat di malaya?
gangster atau samseng?

b.pinky said...

baru je nak mula minat baca blog ni, si penulis lak bermalas-malasan.. camner ni???

Pegawai Khalwat said...

dah berapa lama Mr. AJ di sana?

nanti mat jan dan rakan-rakan akan merujuk kepada tuan untuk beri perhatian pula bila dia bercakap tentang zaman 2000an.

Adakah itu boleh berlaku?

d'arkampo said...

encik abdullah,

menulis blog samalah seperti orang yang berkahwin.

semasa baru, 'update' setiap 2 jam.

dipertengahan, 'update' seminggu sekali.

Bila dah lama, sebulan sekali dah kira okay dah tu!

bila dah lama sangat..tak payah 'update' lah. Dah putus, tak de orang nak baca dah!

tembakau jawa said...

aj...aku juga x suka dgn pos anonymous, takde kemaluan rasanya mereka tu semua,mcm jadi barua gangster cina plak diorang nie.

menanti sambungan tentang gengster india di malaya.

kerabat said...

AJ,

Sudah terbayang ide2 tuan untuk tulisan akan datang..

Taktik tuan agar kami datang lagi agaknya..prelude?

ron97 said...

takpa.
walaupun hanya sepatah perkataan.
org tetap akan komen.
kerana ia sesuatu yang seni

aku said...

ha ha

Bta said...

erm. apa terjadi kepada AJ? mengalah kerana takut akan gengster yang menunggan motosikal yamaha itu?