Friday, March 24, 2006

aku

' Pak Long, petang ni Umi suruh datang rumah. Dia buat mee goreng.' Kata suara anak saudara sepupu saya melalui telefon.

(Kalau anak saudara sepupu saya orang Terengganu, ayat Umi perlu di tukar kepada Mama dan wajip bagi sepupu saya, jika dia orang Terengganu, mempunyai anak lelaki bernama Danial atau Amar dan Aina jika beranak perempuan. Pelik sungguh saya dengan orang Terengganu, bekenan sungguh mereka dengan nama Danial. Agaknya semasa PAS memerintah Terengganu dulu, Haji Abdul Hadi mewajipkan nama-nama itu kepada anak-anak yang lahir semasa pemerintahannya. Macam orang Kelantan sibuk dengan Hannan.Tapi sepupu saya bukan orang Terengganu. Dia dari negeri lain, jadi anaknya bernama Afaf)

Sesiapa yang pernah tinggal di luar negara dan balik sekejap ke negara asal, wajip bagi mereka untuk perasan penting. Pantang ada orang jemput, mesti datang. Ini tidak dapat di elakan. Memang sudah di tentukan begitu sejak azali.

Maka saya pun serupalah, dan saya membatalkan segala rancangan untuk hari itu hanya kerana perasan penting. Pergilah saya kerumah mereka dengan perut yang sedikit lapar. Sepanjang perjalanan terbayang mee goreng yang di selang-seli oleh daging lembu yang di potong dadu bersama taugeh yang di goreng segar dan di tabur daun bawang.

Tiba di perkarangan rumah mereka, saya di sambut mersa oleh anak-anak saudara sepupu saya yang berjumlah 6 orang itu. Tangan saya di cium mereka ketika bersalam.

Saya terperasan ada sebuah kereta yang tidak saya kenali.

' Kereta sapa tu?' tanya saya.

' Kawan Abi ' jawab Aizad, anak ketiga sepupu saya.

Semasa masuk ke rumah, saya ternampak dua lelaki yang memakai kot hitam dan bertali leher.

'FBI ke?' saya bertanya kedua-dua lelaki itu.

Mereka senyum. Pelik sungguh. Tak panas gamaknya.

Saya nampak mee goreng di atas meja. Saya juga ternampak OHP dan layar. Saya juga ternampak beberapa kotak seakan-akan kotak ubat.

'Binawe' kata saya di dalam hati. 'kena lagi'.

Kamu pernah kena tipu pergi 'jamuan' geng jualan langsung?

Jika diadakah hadiah untuk lelaki yang paling banyak menjadi anggota syarikat jualan langsung, rasanya sayalah yang paling layak.

Setiap kali balik Malaya, mesti kena jadi ahli syarikat jualan langsung. Ambil hati kawan-kawan.

'Alah, kamu tak payah jual, jadi ahli je, lain semua kami buat. Bulan-bulan kamu ambil untung'. kata kawan-kawan berkempen. 'rm50 je, tak sampai 10 pound pon' kata mereka lagi. Hendak tak hendak, hulur. Dapat fail, Dapat ubat. Dapat katalog.

Ubat punya la banyak sampai Mak saya tanya, 'kamu nak bukak farmasi ke?' Katalog punyalah banyak, kalau tahu dek para pencinta alam mahu di hukum bunuh saya ni. Fail punyalah banyak, mahu rasanya jadi pemborong dan jualkan kepada Mydin.

Yang cerita ubat atau makanan mereka ada kuasa majik jangan cerita. Sekali makan boleh jadi macam Nabi Isa alaihissallam. Boleh jalan atas air. Boleh hidupkan orang mati. Yang kaki kontot boleh tumbuh balik, mata buta boleh tumbuh lagi tiga. Kacang. Petik jari. Pendek kata semua mujarab. Bila tanya kenapa tidak masuk suratkhabar tentang majik ubatan ini, katanya, 'ni ubat nak bagi Melayu je bang, sama-sama kita'. A ah, kamu je nak hidup. Orang lain biar mampus. Lagi satu bodohnya nak berniaga dengan Melayu sahaja. Tak belajar habis bab niaga.

Bila habis ubat majik keluar pulak alat jimat minyak. Alat jimat angin. Alat jimat asap.

Jika kamu masih tidak berminat, slowwww je dia keluarkan viagra. Made in China atau Made in Sentul. Tongkat Ali Bapu, Tongkat Abu Hassan Pencuri. Semua ada. Semua power.

Lain kali kalau jumpa mamat-mamat MLM ni, terus tanya, 'ubat kuat ada?' Jimat masa kamu, jimat masa dia.

Ini lah jenis perniagaan untuk kumpulan manusia pemalas. Jika tidak tak kan setiap minggu di adakah majlis motivasi untuk ahli. Selepas motivasi, pi kedai kopi. Duduk tujuh lapan jam. Bincang. Balik rumah awal pagi. Esok pi kerja letih. Itu yang kalau kerja berurusan dengan manusia jadi perengus. Marah kiri, marah kanan. Yang dia tidak marah adalah sesiapa yang mahu jadi ahli. Lain kali jika kamu pi TEN bayar bil, tanya kakak kaunter tu dia MLM atau tidak. Jika ya, katakan kamu mahu jadi ahli. Otomatik setiap bulan kamu tidak payah ambil nombor giliran untuk bayar bil.Kalau cikgu sekolah, bagi kerja pada murid, dia pi tidur dalam bilik guru. Siang malam bercerita tentang jualan langsung.

Jika dia penulis blog, setiap tiga patah perkataan yang di taip, dia akan masukkan jualan langsung. (haha)

Satu lagi kakak-kakak yang jual baju ramping. Kasi payudara menonjol. Macam-macam cap. Walhal semuanya di buat di kilang Phek Tuan. Macam Negro jual dompet kulit. Dia kata bawak dari Afrika, kulit gajah. Walhal nun beli di Jalan Petaling.

'Abang beli la satu, untuk Mem'. Kata mereka.

'Tak payah, k*pek Mem kamu dah cukup beso '. Jawab saya.

Phek Tuan kaya raya, kamu rumah tangga porak peranda. Semua mahu kaya segera. Tidak pernah cukup. Mahu ada yang kamu tidak perlu. Gaji seribu mahu makan tiga ribu. Bodoh.

'Awok jadi stokist la, awok duit banyok'. Kata mereka.

'A ah, ccadang ke awok'. Jawab saya.

p/s : Komen yang layak mendapat hadiah di entri lepas adalah komen tujuh86.
Mira, kirim salam abang saudara kamu yang berkerja DBP dan memandu teksi itu.

86 comments:

pelangi said...

tuan jones, sy masih menunggu.. permintaan sy melampau??

Anonymous said...

pasal jualan langsung ni,saya teringat pengalaman pertama dipujuk rayu oleh seorang kakak yang sangat la manis mulutnya.sampai saya yang pada mulanya langsung tak berniat nak membeli barang tu,terus setuju nak beli.yang ajaibnya,harga barang tu RM2000 lebih dan saya tak pernah terfikir pun nak beli barang semahal tu.saya bukannya kaya macam Tuan Aj.belajar lagi pulak tu..bayaran secara ansuran.memang kuat pengaruh salesman ni.mereka dah dilatih.mesti ramai orang2 yang innocent,jujur,baik hati dan lembut hati (= bodoh +lurus bendul)macam saya dah terpedaya.he he.

p/s-barang tu saya beli di book fair 2005,alat bantuan belajar bahasa Inggeris.carila.langsung saya tak pernah gunakan sebab ia tak sesuai untuk pelajar universiti.lepas tu,saya berusaha pulangkan barang tu.alhamdulillah,selepas 6 bulan lebih ,bergaduh,bertengkar,bertumbuk,tepon sana tepon sini,hantar faks,macam2 la..akhirnya dapat gak saya pulangkan.tapikan...huhu...duit pendahuluan 200 burn la...

p/s 2-Tuan AJ,harap saya dapat anugerah untuk komen kali ini.(atau Tuan AJ hanya pilih komen yang memuji2 sampai melambung tinngi sj?=) )

-nAd87-

Kopi Suam said...

Saya pun memang anti sikit dengan org2 MLM ni...sebab diorang ni memang dilatih untuk mahir pemujuk pelanggan tapi kalau kita tak jadi ahli mulalah dia kata kita ni tak sedar diri lah nak bagi senang pun tak nak, jangan menyesal kalau orang dah ke bulan. Suka hati kitalah kan tak nak jadi ahli MLM.

Prinsip saya senang, cepat kaya cepatlah kayap jawabnya...lebih baik simpan sikit2 duit gaji kita lama2 jadi bukit...

Pegawai Khalwat said...

Aku nak cakap besar ni.

Aku ni memang tak makan pujuk MLM. Konalah kot mana pun nanti aku akan jawab,"Takdak duit!"

Kalau dia kata,"Takkan tak ada langsung? RM50 saja"

Aku akan kata,"Ada, ni dalam kad reload aku @ tu dalam tank kereta aku"

Hah, apa kata cuba contohi aku.

Kuang kuang kuang....

Fakrul said...

Betul tu Tuan AJ. Semuanya berangan nak cepat kaya melalui MLM. Memang ada yang menjadi, tapi boleh kira dengan jari. Yang lain tu, "mengabihkan beraih aje!"

Saya pernah disuruh beli 'barang' baik tu, tapi saya jawab, "barang saya dah cukup baik, bang. Tak payah guna barang abang lagi."

Memang orang kita paling minat nak kaya cara 'short cut'...biasalah, mana nak dapat berkat?

Baik bela kambing ke, tanam cili ke, atau jual tin aluminium. InsyaAllah menjadi.

gitartong said...

aku cikgu! dan tak join satu pun jualan langsung dan tidak tidur di bilik guru!
terima kasih.

sinaganaga said...

Jones,
Kalau Ruhayat undang aku, “bang, saya memang makan pronoton ni bang, bagus bang, bagus untuk mencegah kanser prostat”, aku beli satu untuk muNG, “kalau abang makan itu pronoton, kencing abang akan jadi lawas bla bla bla” aku kirim sekali ke negeri di atas bayu nun, “tapi, ada kesan sampingan sikitlah, 'anu' akan selalu ketegangan”, aku timbang beratnya dulu, nanti aku beritahu kau total upahnya, “mao?”

bunga rampai said...

Hahahaha ...oopss, kurang sopan saya ini ketawa sebegini :(

Lantas ke laci kecil menghitung berapa banyak kad ahli MLM milik saya ... aah, ada dua sahaja, Kalah saya oleh pak dollahjones!

Menjaga hati orang lain ada batasannya saya kira, jangan sampai memudaratkan diri sendiri.

Salam.

aeyjay said...

aku cukup menyampah bila ada org sebut pasal direct selling aka jualan langsung!!

Sayuti said...

bini saya join MLM dari australia ketika di universiti dulu. sehinggalah sekarang dia masih belum give up.

saya tidak pernah bersetuju dengan MLM. dulu, alasannya nak dapatkan duit untuk kami dapat berkahwin dengan segera. saya pon tolonglah sekadar2 mampu. last2, kami kahwin juga akhirnya. tapi, saya pinjam duit abah saya jugak.

nasib baik ayah dan mak dia kaya. pandai melabur dalam asb dan hartanah. kalau nak harap MLM itu, memang lambatlah rasanya kami nak bernikah.

tapi, kesungguhan bini saya tu terbayar jugaklah sikit bila dia dapat tiket kapal terbang free ke sidney. dapatlah melancong. saya? dapatlah guna barang2 australia.

huhu.

AnakMalaya said...

aku pun pernah tertipu.. huhuhu..

Ku Keng said...

Kah. Kah. Ana pun terkena. Seorang budak Africa masuk ke ofis, entah macam mana dia boleh masuk ana pun tak tau. "Brother I am student UIA from Kenya. I got these original wallets, from elephant skin. See, cannot burn (dia pun cuba bakar dengan lighternya). Only RM50." Tawar menawar, tawar menawar, dapatlah RM35. Seronok ana, dapat wallet original berwarna hijau. Besoknya didepan masjid India, RM25 untuk 2, dijual di kaki lima. Kah, kah, kah.

b.pinky said...

sakit hati akak dengar pasal jualan langsung ni sebabnya terkena batang hidung sepet sendiri. tak tau la nak mengelak dari join jadi ahli, mungkin lepas ni cuba ikut nasihat pegawai khalwat.

masa dengar si tukang kempen, semangat membara, babi giler pun tak segiler itu semangatnya.. alih2 samada benda tu makan sendiri atau luput sebelum tarikh luputnya..

tolong selamatkan akak....huk..huk..huk..

zizie ali said...

muka geng MLM ni dah ditempek dengan kulit babi. dah hilang segala kemaluan mereka. kau katalah gajah rimau pung, mereka tak kisah. mereka dah dimotivasai hingga jadi manusia yang sedemian rupa. Aghhhhhh! (lepas geram kerana pernah melayang RM500 tak pasal-pasal)

obefiend said...

saya pernah disuruh pergi ke "belanja makan". tak sempat coke ais dan mee goreng datang kemeja dah keluar folder hijau berisi katalog MLM. aku tanya kawan aku

"ni kejadah ni Abdullah?"
"tengok tengoklah"
"aku lapa nak makan pasni aku nak balik wat keje"

dia try jugak. bila dah habis coke ais dan mee gorng aku pangil adik manis jaga bil dan cakap

"abang ni bayar ye"

sorry la abdullah.. kalau nak blanje cakap blanje. aku jenis cakap direct. tak suka selindung2 ni. hahaha. tak percaya tanya SAYUTI. dia kenal dengan saya punya mulut cabul ni. haha. maybe banyak sangat makan Marmite dan Fish n Chip Queensway. hilang adab saya,...

NBB said...

pun sama getik jugak!

Bta said...

Aper mendernyer MLM tuh? malam ker?
multi level man? multi level manager? multi level maniac? atau? Mampos lah Melayu..kalau bagi kat www.mentallydisturbed.blogspot.com, mati lah melayu katanya..haha..

aku jugak macam gitartong. bertugas dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab terhadap murid.

Tak guna rasanya makan duit haram.

haha.ubat untuk kasik panjang dan besar ader?

Erk..maksud aku pil vitamin untuk aku yang pendek dan kurus.korang pk aper?

zackyah fimiyun said...

ape2lah ..tapi aku tetap benci linguaphone yang sedut duit student dgn dasyatnya,bkn anak org kaya...anak org kg...makan maggi di tgh kotaraya.

obefiend said...

Linguaphone? ada orang pakaike benda tu? sebenarnya pakai TV dan baca buku dah memandai.. tapi kalau mak bapak asek layan drama mingu ni dan layan hot fm susah la kot??

Anonymous said...

buat kawan yg tersohor

Anonymous said...

dri:uipts

tuan tanah said...

'Sesiapa yang pernah tinggal di luar negara dan balik sekejap ke negara asal, wajip bagi mereka untuk perasan penting'

ya, ya... saya akan pulang sekejap ke malaya nanti. saya akan cuba untuk perasan penting.

mamat bangla said...

Saya juga sama. Balik kampong kalu, saya rasa banyak penting. Satu kampong ada mari jumpa sama saya, tunggu hadiah. Itu cakap ada betul juga. Nanti tuan Malaya balek kalu, kasi saya satu plastic beg Harrods. Suvenier jugalah.

kunci hilang said...

Org yg muka tebal sanggup saja buat aktiviti macam itu utk kaya segera.
Kaya segera?
Si Jonet yang dah lebih 2 thn menjadi ahli masih menunggu gaji di hujung bulan juga untuk membeli belah barang dapur.

esis said...

MLM? dah join 3. tp satu pun tak jalan. saja amik ati kawan. kesian kat kawan.

DewA LavaU said...

saya mempunyai seorang hardcore mlm yakni CNI yg aktif di kuching dan kini beliau dapat membeli sebuah nissan skyline gtr.oleh kerana itu ramai muda mudi telah terpengaruh dengan kemewahan ini. dan saya masih belum lagi terpengaruh.tak tahu lah kenapa.

petiais said...

dulu..
mak aku ahli juga...setiap meeting(malam)aku diheret kononnyer temankan..

di meeting..
ini ahli termuda nih!aku diperagakan yeah!(aku buat muker toye)tgh2 org kuat MLM tuh kasi ceramah..

KITA NAK MENJUAL TAK SUSAH SATU JER..
(mata dia pandang aku, pastu dia sengih)KITA CUMA PERLU SENYUMMMM JE

tak pasal2 aku kne mesti dia ingat aku ahli yg paling malas..argh lantak la

tujuh86 said...

Tuan Jones,

Ayat yang diatribusikan pada saya itu sebenarnya milik Maman Teacher's Pet.

Maaf atas kesulitan!

Anonymous said...

Ya....mereka suka sahaja kalau dapat ahli baru. Kemudian ditinggalkan begitu sahaja.....pesan wajib, "awak pun kena cari downline seramai mungkin."

Bonus tak seberapa pun, habis duit lebih banyak utk beli barang adalah......

-Naimisa-

Anonymous said...

Ya....mereka suka sahaja kalau dapat ahli baru. Kemudian ditinggalkan begitu sahaja.....pesan wajib, "awak pun kena cari downline seramai mungkin."

Bonus tak seberapa pun, habis duit lebih banyak utk beli barang adalah......

-Naimisa-

dr in the house said...

Aj,

Saya ingat zaman blog AJ ni, comments kurang dari 10. Sekarang dah berjuta-juta! hehe

Tok Rimau said...

Agen Jualan Langsung Buku Ayah Kita Bos diperlukan.

Peluang kerjaya RM500 satu hari.*

*Komisen RM1 per buku. Mesti jual 500 buku dalam 1 hari.

Mahyudin said...

komen untuk entry terbaru dan yang second terbaru:

Pak AJ nampaknya mempunyai raut wajah seolah2 berbakat besar untuk berniaga MLM dan terdesak mencari isteri... har har har!

gitartong said...

semua komen, rata2nya benci dan tak join MLM. penipu beso ape?

gitartong said...

Ayah Kita Bos.. best! dah beli satu! satu je..

semut said...

tok ghimau pon ahli mlm jugak kan? ahli melayu lebih malas.opsssy...

Anonymous said...

Salam semua,

jualan langsung di malaya ada 4 jenis;

1- rumah ke rumah (salesman)
2- party / host
3- piramid
4- MLM

yg tuan AJ cakap tu mungkin sykt yg menggabungkan jenis 2 & 3.

di malaya khabarnya ada 400 sykat direct sale.

kalau nak join pilihlah yang dah register dalam persatuan direct sale. DSAM - http://www.dsam.org.my/

saya pun orang MLM. patutlah bila saya bukak cerita perniagaan saya, orang maki, cerca dan hina saya.

rupa2 banyak orang lain terlebih dahulu menconteng arang ke muka MLM. hingga saya yg jujur ini pun terima padahnya.

mlm yg saya masuk sejak 10 tahun lalu (dan tak masuk mana2 direct sale ) -http://shuanghor.com.my

kalau meniaga kenalah akur rukunnya, ada barang, ada jual ada beli, ada akad.

berniaga tu sunah nabi, tapi penipu tu sunah babi.

- basri
basri.mygj.net

semut said...

ha.kan dah terasa dah orang mlm.sabo ek bas sri.

sya said...

Tak pernah masuk mana2 MLM hinggalah satu ni, dan tak pernah nak paksa-paksa orang masuk ahli atau membeli sebab utk kegunaan sendiri. Nak beli tanya .. tak nak beli sudah.. tak miskin atau tak kaya pun dgn duit MLM.

Tak pernah juga pi meeting tiap minggu dan tak pernah juga lepak 7-8 jam kat kedai kopi macam tak der rumah dan keluarga. Tak pernah juga nak belanja orang makan sebab nak suruh beli.

Dalam blog sebut sekali 2 tapi tak der pun promote suruh beli even dlm blog khas utk produk pun hanya citer pengalaman mengguna tapi tak le memaksa....

Memang benarlah kerana secalit lumpur maka kotor lembu sekandang.

Bagaimana agaknya rasa kalau dikatakan pemalas? Hanya kerana 10-20% org yg pemalas maka semua orang dikata pemalas?? Wallahualam.. bercakap memang sesedap rasa.

blackpurple said...

MLM - Meniaga Larut malam...

Teringat kata2 seorang kawan, "kalau nampak baju, kot dan tali leher bergantung dalam kereta, 80% kebarangkaliannya adalah orang MLM.."

Anonymous said...

Saya tak suka MLM ni.. sebab saya tak suka di paksa beli.

Kalau saya nak barangan tu saya akan cari dan jadi ahli, tapi sekiranya tak puashati saya tak akan bagi orang beli walau saya akan dapat untung.

Yeop-Harley said...

Pak Long ada tak jual kopi cengkudu. Saya dengar banyak khasiat dan kalau boleh saya nak jadi downlinernya

Bukunota said...

che lah,

saya nak jual ubat mujarab. secara mlm. ubat boleh bagi kurus dan boleh bagi gemuk. ubat boleh ubat penyakit kanser prostat, barah payudara, sawan babi, bodoh alang dan selsema burung. adapun penyakit JE, belum dipastikan. nak cuba boleh saja. ubat ni juga boleh cerdaskan pemikiran dan membantu orang yang susah tidur. juga ubat ini boleh hilangkan gatal2 kulit, jerawat batu, bisul dan sopak. ada pesakit yg dakwa makan ubat ni tiga kali saja, terus bini dia confirm mengandung dan lima bulan kemudian, lahir anak cukup bulan. tapi buka anak dia macam tukang kebun yg selalu datang seminggu sekali. side effect kata orang puteh.

cepat2lah jadi agen di bawah sistem kuboid saya. ubat ni makin mujarab sekiranya che lah dapat cari ahli seberapa banyak.

ubat ini saya namakan Ubat Putar Alam.

semut said...

haha.book.cantik cara kau promote.haha.

Anonymous said...

masih lagi MLM dia sibuk barangkali... sy yg nakal -nilay

selendangbiru said...

sy dipaksa masuk macam2 jenis mlm. rasa mcm nk lempang je kalau ada dtg ckp pasai mlm nih. sy pun macm anon tu jugak. tk suka dipaksa beli, kalau nk sy carik. bukan murah yg diorang jual tu semua, beratus2. berbotol2, bermcm2 jenis ubat tak bersentuh. shaklee ada, sureco ada, cni ada, uptrend, herbslink, luxor, alken dan lain2. habih duit lagu tu je la. ada tu dtg terus letak je beg ubat dia. kawan, kawan jugak. geram sungguh la..

Anonymous said...

selendang,

law malaya menetapkan tempoh bertenang 10 hari untuk pembelian barang bernilai lebih rm300. dalam tempoh tu kau boleh pulangkan barang dan claim balik duit kau.



-basri

Jannah said...

Cannot relate to this post. Yang ku tahu, mummy ada join CNI, tapi beli barang keperluan harian melalui CNI seperti ubat gigi, sabun mandi, shampoo rambut, kopi tongkat ali, kopi ginseng (ni kalau campur milo sure boleh gila tahan nak menyiapkan assignment, benar, telah kucuba!) dan sebagainya.

Kalau produk2 yang ditawarkan baik kualitinya, why not kan?

esis said...

pak long. mee goreng umi tu sedap tak?

auntylela said...

assalamualaikum aj,
Ini komenta NO. 50, tahniah.
Dohlu2 bila tak de orang kenal aj, saya masih ingat lagi, kotak komen ini paling ramai pun 5 orang saja.
Hari ini sudah masuk 50!
Lagi sebulan target 70!
Saya akan rebut peluang menjadi komenta No. 70.

d'arkampo said...

kalau aku komen...sapa nak jaga down line aku?

kalau capai target..dapat kereta bang!

kepala hotak ko kereta!

dia bayar down payment aje! instalments ko kena bayar sendiri!

Salsabila Cyber said...

Tuan AJ,
Ayat paling bisa: 'Binawe' kata saya di dalam hati. 'kena lagi'.

Ayat paling cool: Ambil hati kawan-kawan

kesimpulannya: mulut laser, hati mulia

Anonymous said...

aj, aku ada singgah tempat loppiess
http://www.danchan.com/weblog/loppiess/152514

uipts

Sayuti said...

nak hidup...

anakanda said...

Pak Long, kalaulah Pak Long dengar nasihat Umi dulu dan menjadi downliner yang aktif, ha Pak Long dah dapat menjual produk kepada 54 orang yang datang menziarahi blog Pak Long ni. Pasti Pak Long akan dapat Mercedes mata kacang. Tapi Pak Long ada lesen memandu ke?

Anonymous said...

Jannah,

tak melayu kalau tak join CNI hehehehe

- basri.mygj.net

Anonymous said...

para blogger semua
MLM amat baik sekali jika kita jadikan ia sebagai asas untuk menceburi dunia perniagaan. MLM menyediakan prasarana ilmu pengetahuan dlm selok belok perniagaan. Ia membuka minda tentang perniagaan, kelebihan berniaga, bagaimana menjual produk, bagaimana buat presentation, cari pelanggan, motivasikan diri, goal setting, planning dan segala macam ilmu lagi. Ianya percuma tanpa membayar beratus ringgit spt yang anda lakukan di hotel untuk satu siri motivasi Azizi ali contohnya. Anda juga mendapat banyak pengalaman seperti bagaimana menangani bantahan pelanggan, menyusun strategi, membuat follow up yg berkesan. Pedulikanlah produk, selalunya kaki MLM akan melompat dari satu ke satu syaarikat kerana syarikat2 mereka mudah runtuh. Dan akhirnya mereka ketemu satu perniagaan yg mungkin bukan MLM dan hasil pengalaman yg lama mereka akhirnya berjaya.
Saya sangat positif kepada MLM, tuan puan perlukan satu anjakkan paradigma dalam menafsir MLM.

melayu baru.

zizie ali said...

anoni:
betui...
kita akan dilatih bagaimana hendak mempastikan seseorang tetap membeli walaupun mereka sebenarnya tidak perlu membeli. dan mereka berdaftar sebagai ahli walaupun pada hakikatnya mereka tak perlu berdaftar...
dan kita ambil kesempatan ke atas mereka yang sedang sakit. tika itu fizikal dan emosi mereka tidak stabil. mereka tidak dapat membuat pertimbangan yang wajar.
hebatnya kita!

dith said...

Dollah,

Awok tengoh buak experimen ke? Nok nnengok boleh ke komen cecoh 100, hehe.

Kalau nnengok pada kileh di air, kawe rase ler, mau gamoknya cecah 100 dalam mase seminggu lagi. Awok nnunggu jek la Dollah. Tok soh susoh-susoh ler awok nok
mengumpan lagi. Umpan hok se ni cukop doh nok tampong sampai seminggu lagi!!

Relax ler brader! :p

Anonymous said...

60 ...airmas_sz

shazy said...

Senang cerita macam nilah..

Kalau tak suka MLM jgn masuk campur. Kalau suka daftarlah masuk. Orang2 MLM pun kalau orang dah kata tak suka atau tak nak janganlah paksa2 walaupun kawan sendiri. Sekarang ni bukan macam zaman dahulu "Diam tanda setuju".

Saya pun pernah terkena dengan saudara mara sendiri. Konon datang nak buat presentation MLM. Datanglah satu rombongan. Bila rombongan balik, dengan handphone saya turut lesap.

selendangbiru said...

basri,
tempoh bertenang tu mcm mana? sy beli ubat habis beribu2, ubat dok lagu tu la jugak. tak bukak2 pn lg penutup botol tu. tp kalau dh kwn sendiri yg 'jual', nk pulngkn balik tu, haruslahhh..lagi satu, selalunya mmg kita sungguh2 tak mau dah. kalau dgn org tk kenai kalau mai boleh la kita tolak, bila sedara mara, kawan2... payah laaa..

jannah,
sy setuju kalau..'produk' yang baik apa salahnya..

Anonymous said...

63 comment..
Lagi dan lagi dan lagi..
From: ZulK

Anonymous said...

AJ :

Kalau semua orang MLM pemalas AJ tu rajin bebenor ke. Mengata dulang paku serpih. Mengata orang dia yang lebih. Memang sedap mengata orang, tapi sebelum mengata cermin diri sendiri. Kalau terlalu baik sangat takkan jadi manusi hipokrit. Konon-konon membeli kerana kawan-kawan tapi di belakang kawan mengata yang bukan-bukan. Elok ke pekerti AJ jika bersikap seperti itu, mulut kawan disumbat pisang tapi bontot kawan di cucuk duri. Manusia kalau jadi hipokrit begitulah perangainya, terasa diri bagus melangit, tapi tak sedar mulut berbau bangkai.


Dari :

Ann

Anonymous said...

MLM ni orang atasan jer yg kaya, org bawahan jadi kayap.

tuan tanah said...

eh?

betulkah AJ ni bekas suami Maria Arshad? Biar benar???

Bta said...

Ann.
kamu komen dengan nafsu dan bukan dengan akal.haha.

saya pasti kamu juga seorang hali "malam" itu.

Anonymous said...

dalam bisnes konvensional, penjual menunggu pelanggan, dan pembeli datang membeli. Tapi dalam MLM penjual tidak perlu kedai (dalam sesetengah sistem), dan pergi kepada pembeli.

pada pandangan saya MLM itu bagus. ada tiga sebab mengapa MLM itu dipandang sinis oleh sesetengah masyarakat;

1. reputasi syarikat
2. sistem yg diamalkan (pure MLM, sistem stokis, piramid, dll..)
3. PRODUK

di malaya ada persatuan direct sale (DSAM), periksa di sana dsam http://dsam.org.my/

kebanyakan company dalam persatuan tu mantap dari segi reputasi, sistem dan produk.

sebagai peniaga MLM hati kena tetap, satu satu cukuplah. kalau harung semua nak join alamat macam orang berbini 8 lah jawabnya. macam mana nak fokus bisnes.

pengguna pun macam tu jugak, kalau ada 400 kawan dari 400 syarikat direct sale datang jual barang, takkan nak beli semua. nanti boleh bukak pasaraya.

- basri.mygj.net

embun said...

mak bapa saya pernah kena tipu dengan MLM. Sebabnya bapa saya diabtes, mak saya darah tinggi. lepas beli produk depa dan jadi ahli, depa hilang tanpa khabar berita. lesap entah ke mana. tiap kali tipon tak pernah dapat.
yg fobia, saya. fobia bila emak tipon kata ada org dtg jual ubat or ajak join mlm lagi. Mak, ayah, cukuplah duit beratus2 dah keluar utk beli ubat macam2. diabetes ayah tak baik juga, malah la nie kena cucuk perut pulak (insulin). :(

Karl Hiunzm said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Khairul Nizam Zainon said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website jana wang automatik. Peluang jana wang automatik di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang jana wang automatik di sini.

Jeego said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, saya suka membaca blog untuk menambah ilmu dan maklumat. Setiap hari sekurang-kurangnya saya lawat 20 blog. Blog anda adalah antara yang paling menarik untuk hari ni. Keep up the good work!

Terlanjur saya di sini, tahukah anda apa yang BOLEH MENJADIKAN ANDA KAYA. Sistem Menjana Wang Secara Automatik. Pendaftaran Percuma. Peluang jana wang automatik di sini.

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website peluang perniagaan di rumah. Peluang peluang perniagaan di rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Karl Hiunzm said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kaya dengan cepat. Peluang kaya dengan cepat di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Jeego said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website cara mudah buat wang. Peluang cara mudah buat wang di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Anda mempunyai blog yang hebat! Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Rockerz said...

Hai, Di antara banyak blog yang saya lawati hari ini, blog anda antara yang hebat. Saya akan bookmark blog anda!

Saya ada website kerja dari rumah. Peluang kerja dari rumah di sini.

Lawatilah website saya bila ada masa lapang :-)

Anonymous said...

You have an outstanding good and well structured site. I enjoyed browsing through it Volvo 240 relay location Certification strategic management Free online keno sites Rosacea and acne rosacea Cost levitra low skinny milf movie

Anonymous said...

plxvxefvf
http://www.woolrichitalystore.com/ woolrich bologna
http://www.mywoolrich.com/ woolrich italia
http://www.woolrichsitaly.com/ woolrich spaccio
http://www.woolrichsalecheap.com/ outlet woolrich
http://www.woolrichitalyshop.com/ woolrich giubbotto
woolrich uomo
woolrich
woolrich rosso
woolrich modelli
woolrich sito ufficia
[url=http://www.woolrichitalystore.com/]woolrich bologna[/url]
[url=http://www.mywoolrich.com/]woolrich negozi[/url]
[url=http://www.woolrichsitaly.com/]woolrich spaccio[/url]
[url=http://www.woolrichsalecheap.com/]woolrich parka[/url]
[url=http://www.woolrichitalyshop.com/]woolrich bologna[/url]