Tuesday, March 07, 2006

tang

Amboi! amboi! macam-macam you all kata kat i. Menopausal la, pemalas la, 60an la, hensem la, cute la. Tak sayang mulut sungguh you all ni.

You all memang, sikit-sikit marah, sikit-sikit piket. Harga minyak naik 30sen pun marah. Piket. Bukannya naik rm30. Lagi pun you all pakai Iswara je. 1.3 pulak tu. Bising-bising. Tengok YB-YB tu, semua kereta besar. Semua kereta import. You all ingat kereta dia orang pakai air ke? Mana ada dia orang bising-bising. Mana ada piket-piket. Tak reti syukur langsung you all ni. Kalau minyak naik, tak mampu pakai kereta, pakai la basikal, tak pakai minyak pun, hikhikhik...

You mesti faham, you all ingat kerajaan sengaja naikkan? You all ingat kerajaan saja suka-suka naikkan? You all mana tau, ini semua untuk kebaikkan you all jugak. Macam bapa you all, bila you all buat salah, mesti bapa you all marah and then bapa you all mesti rotan you all. Bukanlah maknanya bapa you all tak sayang you all, sayang, tapi demi untuk mengajar supaya you all jadi anak yang baik, bapa you all terpaksa pukul you all. Kadang-kadang you all rasa yang you all tak buat salah pun, tapi bapa you all pukul jugak. Itu maknanya bapa you all tau yang you all akan buat salah, jadi dia rotan you all in advance. Bapa you all kan sibuk.

Apa? You all tak ada bapa? Alah, itu pun nak bagi tau i. Tukar aje la ayat bapa kat atas tu jadi mak. hikhikhik...

Kadang-kadang i tengok you all ni macam bebudak PAS. Sikit-sikit piket. Sikit-sikit piket. Kalah pilihanraya aje, terus kata ada hantu. Bila menang tak pulak you all kata di tolong dek jin Islam. hikhikhik..

Bila Mat Labu buat ceramah, you all sewa bas pi dengar. Bila Ustad Nik buat ceramah agama, you all buat dono aje. Apa la you all ni. Sikit-sikit takbir. Sikit-sikit takbir. Sembahyang lambat jugak.

Anak meninggal kat sekolah asrama terus desak suruh tutup sekolah. Apalah you all ni. Orang nak bagi anak you all pandai, you all sibuk suruh tutup sekolah. You all ingat senang ke kerja cikgu. Mana masa nak masuk kelas, mana masa nak semak buku, mana masa nak jual Cosway, mana masa nak jual muruku. You ingat cikgu-cikgu duduk saje? Sibuk you tau. You all nampak je macam cikgu kerja sekerat hari. You all tak tau. kalau you all nak tau, jadi la cikgu. hikhikhik...

Mandi air bau najis sikit, terus komplen. Habis tokei babi tu nak buang mana air lendir tu? Kalau dia buang kat rumah you all, you all mesti marah. Jadi dia buang la kat sungai tu. Alah, air sungai kan mengalir, suci. You all ingat tokei babi tak tau hukum Islam ke? Apa la you all ni. You all tak tau, Pejabat Agama selalu pi check ladang babi tu bagi memastikan kesuciannya. You all main tudow-tudow (macam Izi Yahya i ni. hikhikhik...) tak baik tau. Tuhan tak suka.

You all ingat senang i nak tulis cerita gangster tu? I kena buat kajian. I kena baca urtv,hai, mangga, media hiburan yang i langgan tetiap minggu. Habis kalau i sibuk tulis blog, bila masa i nak baca artikel-artikel kat semua majalah tu? Sia-sia i bayar sampai 3 tahun sekali gus.

Kalau you all nak tau sangat cerita gangster tu, pi la tanya Rosyam Nor. hikhikhik...

Itu la you all, marah i lagi, kan i dah bebel.

I tak suka la you all marah-marah. Sedih tauuu.

p/s: ccr? bad moon rising!

41 comments:

auni said...

urk.....you all?i?apakah??urk....(speechless)

zizie ali said...

haiya, incik jones. lu bikin wa punya ati manyak gili ooo. wa mau ketawa ahh.macam itu joker ayappan punya ketawa...hik..hik..hik..atau macam itu aktor crook mamut jun punya ketawa..hoo..hoo..hoo

ayobkelubi said...

mak tak koser dengar ko bebel macam nie lah noks!.hahaha

loppiess said...

kau dah banyak berubah jones..sob sob sob, sedih. Dulu selipar kau juga yang putus di kejar FRU..tapi kini bila dah populer..aahh.

sinaganaga said...

>>>ccr? bad moon rising!

nope! proudmary ler dude! or have you ever seen the rain. :)

Pegawai Khalwat said...

Wahh.... makan dalam ni Mr. AJ!

Serampang dua mata,
kill two birds with one stone!

Cuma nak tanya pasal hik hik hik tu.

Tu gelak masa mabuk ke atau masa jadi menyamar jadi pondan?

Lain je bunyi gelaknye.

sya said...

Jangan le majuk AJ......

AnakMalaya said...

itulah you all.. kan AJ dah membebel..

p/s: you ni gomen ke AJ?

Kak Lady said...

Hmmm...tu lah kan AJ dah membebel...dah sah dah dia nak menopaus....

d'arkampo said...

Anjing yang menyalak tak mampu meruntuhkan bukit.

Pepatah Tibet ada mengatakan : Menjadi pondan tak akan menyelamatkan apa jua keadaan apabila dikejar pihak berkuasa tempatan.

Pepatah Denmark pula menyatakan : Denmark tak ada pepatah, mereka hanya suka melihat orang lain melatah.

Jiwa Rasa said...

Dolah,

tolonglah berhenti pakai `you all'.

Dah biasa Dolah panggil `kamu' tiba-tiba `you all'. Eeeee....rasa geli geleman pulak.

I geli youuu...

tipahvogue said...

auwwwww....i tak kuasa you bila tengok dolah jones nih bebel...pedih gittewww...isk!!!

obefiend said...

as usual.. mr AJ suprise me with his writing. where the hell did he get all this witty and sarcastic ideas from! haha.. best best

"jin islam" hahaha.. "tauke babi tau hukum islam" hahah.. and best of all "kereta VIP"

VIP minyak sponsor.. isik jek.. petronas kan kaya. minyak naik 30 sen. naik la bonus bapak aku tahun ni. bolehla beli basikal!

BP said...

Ni dah kene sampuk Ella ke nih? " Ya'll smue okey kee? hik..hik.."

kerabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kerabat said...

eeii..cutelah AJ..cakap cham ni. I all suker ler...sengehh ajer..

Anonymous said...

jual babi sangat untung woo.. satu kali beranak, itu 'sow' aaa.. boleh dapat sampai 16 ekor anak, kalau 2 ekor mati, 2 ekor kasi jadi gilt replacer, boleh jual 10-14 ekor porker lagi maa.. satu ekor lima ratus ringgit, 10 ekor 5000 ringgit. tak payah kasi vaksin, kasi makan tahi babi lain, itu porcine parvovirus sama itu porcine enterovirus boleh tahan imun seumur hidup. lagi satu..dia boleh dua kali beranak dalam satu tahun. mahu jadi pig farmer? boleh..boleh.. kena ada satu ekor bapak duroc, sekumpulan breed landrace(merah) dan sekumpulan breed large white(putih). kacuk babi putih sama babi merah, itu anak betina(merah+putih) kasi kacuk dengan duroc jantan(babi hitam). mana-mana anak kacuk duroc+landrace+large white akan jadi besar, panjang dan muscular, itu panggil hybrid vigor. satu ekor babi yang baru lahir, kasi gemukkan, lepas tu jual la. 4-6 bulan sudah boleh untung. kasi makan dedak, pellet.
-tokey babi

Frances said...

lain sungguh tulisan en aj kali ni.

kelas...mak suke! ;)

tgazfa said...

"Tang" "tong" "Bunyi" "Pinggan" "Jatuh" "ke" "Lantai" "Ping" "Pang" "Pun"

Nice!

dr in the house said...

Separuh jalan baca entry ni baru saya sedar yag awak mengajuk Dr Fazillah Kamsah. Betul tak?

Mahyudin said...

Aku skong dollah, Hidup dollah Jones! Hidup Paklah! Naikkan la harga minyak lagi! kami semua orang kaya!!!!

b.pinky said...

sayaaaannnggg adik akak... bebel banyak2 lagi ok..

Unsunghero said...

...aku tetap 'membaca' AJ sebagai 'AJ' walau dalam apa bentuk sekalipun 'penulisannya'...

pak_daen said...

Terima kasih Tuan Abdullah Jones kerana memberi kesedaran kepada kita semua.( tapi saya faham tulisan Tuan he-he-he)

terima kasih Gomen Malaysia, kami semua akan tetap menyokong Gomen pimpinan Paklah walaupon minyak naik sampai RM10 seliter kerana ianya relatif rendah jika dibandingkan dengan harga minyak di planet marikh:)

kita semua harus sedar bahawa kerajaan tida pilihan selain menaikan harga minyak kerana kerajaan tidak lagi sanggup untuk menampung kos subsidi yg meningkat seiring dengan peningkatan harga minyak, dan penjimatan itu akan digunakan untuk membina kemudahan kepada rakyat seperti Golf 80 lubang (yang terbesar didunia) dan Jambatan retak demi manafaat semua rakyat negara bertuah ni.

Memang tulisan Tuan menyentuh perasaan,

Org dok jauh pon nampak, nikan pula rakyat malaya

Teruskan penulisan tuan demi manafaat bersama

Anonymous said...

walaupon dok jauh nun dinegeri penjajah, masih bisa ulas apa yg berlaku kat tanah air yer tuan

semua ulasan menarik untuk diteliti

pak_daen

Sayuti said...

(geli)

bunga rampai said...

Pak DollahJones ...

(geleng-geleng kepala)

Hmm, kalah leteran nenek saya.

Namun leteran bapak itu saya kira penuh bermakna.

tuan tanah said...

euwwww....!!!!

hikhikhik

Confessions Of A Female Cryptic Mind said...

Assalamualaikum

Geli hati nie... saket saket... wahahhahahaha.... Funny tol.

kunci hilang said...

cikgu saya tak jual Cosway, rasanya.

Sayuti said...

(setelah mengatasi kegelian)

analogi bapa dan rotan saya rasa kurang sesuai.

tapi, yang lain2 tu saya terima seadanya.

skian

lifecuppa said...

hik hik hik..

azayat said...

kelako2...suka baca bebelan AJ..bebel ada makna tu..teruslah membebel.........bessssttt!!

Jannah said...

Hanya 20 minit, 3 kali seminggu.

I suggest pagi Jumaat sebelum solat Jumaat, malam Ahad sebab you ni pun bukan pergi clubbing pun and hari Rabu sebab pertengahan minggu, jadi senaman tu balance.

Love you bebeh!

RedBeanBun said...

Dua orang makcik saya adalah cikgu. Dorang jual Nutrimetics. Duluuuuuu.

Kalau mak aku bebel mcm Tuan AJ ni, tiap-tiap ari aku sanggup kena bebel. pfffpffpfffpff *gelak-gelak tutup mulut bahu terangkat-angkat*

luth said...

ya betul tu. kerajaan naikkan harga minyak sebab terpaksa. untuk kebaikan rakyat juga, kan kita punya minyak masih murah dibandingkan dengan negara jiran. apalah diaorang ni, naik tiga puluh pun sibuk. kita ni kan kaya...30 sen,,,kereta aku 1.6. alah naik tiga puluh, full tank baru seratus dua puluh. apalah sangat seratus dua puluh...lepas ni kena suruh paklah naik lagi. kan banyak masalah la ni, air ada ammonia, jambatan retak..tua semua kena maintanance....orang malaysia kaya kompromi, apa takut....takut dkt fru dah la.

Edward Ott said...

like your blog and i love your pink ployd quote.

Salam

tembakau jawa said...

memang satu kelainan dari En.AJ, suker siri penulisan AJ. yg mana terasa tu ambil iktibar arr...jgn doq iya iya saya saya je...

Anonymous said...

pergghhhh.. semua isu dalam satu.

-basri

kemat said...

dalam jenaka ada sindiran..
nampak bersahaja tapi penuh pengertiaan...nice artikel..nukilan yg benar2 dari hati...

Anonymous said...

What a great site film editing schools