Saturday, February 26, 2011

buat-buat hALIM

Antara syarat yang saya berikan kepada diri saya semasa mahu mula menulis dulu adalah,saya tidak akan menulis mengenai orang agama. Pada saya,siapa sahaja yang mahu beragama (islam) wajip dihormati. Lalu saya merasakan yang saya telah mematuhi syarat yang saya tetapkan itu.

Namun apa yang berlaku hari ini membuatkan saya mahu keluar dari syarat itu dan menulis tentang ini.

Banyak orang agama di Malaya ini mungkin tidak tahu betapa besarnya sorga yang tuhan jadikan untuk mereka-mereka yang mahu berusaha kearah itu. Lalu mereka pun berebut-lah. Seolahnya tempat disana adalah terhad kapasitinya.

Maka timbul-lah perang sesama pengamal agama.

Dituduhnya si-anu kurang islamik dari si-inu.Dan hanya si-inu yang layak kepada sorga yang pada sesetengah adalah harta waris bapa mereka.

Bergaduh-lah mereka,wahabi mengaku salafi,sunni mengaku duduk ditempat paling tinggi serta syiah memukul-mukul dada mengaku paling utama dan bertepuk tangan-lah setan.

Saya berpendapat,selama mana seseorang itu tidak menolak tuhan serta nabi yang mulia maka selama itu-lah seseorang itu wajip dihormati. Amalan dia biar tuhan yang adil-kan.

Mahu bertahlil-kah dia,mahu ber-qunut-kah dia,hortmati dia.

Satu soalan kepada teman-teman yang anti amalan diatas,datuknenek serta ibubapa kamu dahulu,yang telah mati sebelum kamu mendapat 'hidayah' dan mengamalkan bidaah itu apakah akan dihumbamkan keneraka?

Jika dalam mengingati tuhan serta nabi kecintaan saya serta membina tugu teko sebagai pengantara,mahu dibunuh,kuasa bukan ditangan kita,maka jauhi-lah ia.

*penyanyi paling comot di malaya ini juga menulis pasal tuhan. pergi sini dan baca.

Thursday, February 24, 2011

ironis bangsamu

Buka segala kitab kuno di China sana,nescaya tidak akan kamu temui hatta satu patah perkataan yang menceritakan perihal pahlawan agung bangsamu,Hang Tuah.

Kemudian berperahulah kamu ke Tanah Jawa dan cari semua catatan atau jika kamu memang jenis manusia yang rajin,tanya semua 300juta penduduknya tentang pendekar mereka yang kamu gelar Taming Sari,nescaya kamu akan kecewa tentang tiadanya bukti akan ujud dia.

Melayu memang begitu.Suka mereka-reka dan menjaja cerita lalu kemudiannya mereka akan katakan ia adalah fakta yang harus dipertahankan walau dibunuh mati.

Saturday, February 19, 2011

entri yang di bayar oleh Restoran Kak Bedah Ting-ting

-kawan-kawan kita, kalau tak mati sebab dadah mesti jadi tok imam- kata kawan lama semasa kami bertemu tempohari.Kami ketawa.

Ada benarnya kata-kata dia. Sebahagian besar rakan-rakan kami mati kerana dadah dan yang tinggal kebanyakannya menjadi orang masjid-masjid.

Tadi saya agak terkejut bila masuk saf dimasjid yang jarang-jarang saya pergi dan melihat imannya adalah kawan lama saya.Dua rakan kami (setakat yang saya tahu) termasuk yang tadi menjadi imam masjid dan yang kedua itu pula jika kamu kenal dari jaman mudanya kamu pasti tidak mahu berimamkan dia.hahaha.

Saya melawak. Kawan saya yang kedua itu,ketika remajanya memang hanyut sehanyut-hanyutnya. Tetapi sebelum melangkah keusia yang lebih dewasa,beliau telah merelakan dirinya belajar agama dengan serius. Bertahun-tahun beliau kemerata tempat belajar agama dan hari ini yang ada cuma cemburu kami melihat kesungguhan beliau dalam mengamalkan agama.

Oh! dia paling suka lagu six bladed knife oleh kumpulan dire straits. Jangan pandang rendah imam masjid kamu! Entah-kan lebih hip-hop dari kamu!

Lalu jika saya beritahu kamu seorang penceramah yang terkenal masa kini dulunya adalah anggota kumpulan musik blues bernama The Bastard Blues Band,kamu wajip terkejut.

-bastard pun bastard-lah,jaman jahiliyah, nok wat guane-kata beliau.

Rasanya,begitu-lah putaran hidup. Tidak selamanya kita mahu horey-horey. Wajip ada tempat berhentinya,atau sekurang-kurangnya memperlahankan kerja yang kita rasa penting lalu memberi lebih tumpuan kepada kehidupan yang satu lagi.

Yang kita risau adalah jika dahulunya kita geng masjid-masjid,hari ini kita menjadi penyembah matahari.Kehulu-kehilir mencari sunrise dan sunset untuk difoto misalnya.ahaks.

Apa pun yang kita juangkan,mati kita tiada siapa pun yang boleh tolong selain kita sendiri. Apa guna mahu dikenang sesudah mati?

Untung juga sebenarnya jika kita sempat keluar dari angan-angan mahu menjadi agung.

-berapa tin-kah selama hidup kamu wahai bedah ting-ting,kamu telah membuka tin tamato puri? akak rasa tuhan tak tanya soalan tu jones bila akak mati. takut jugak akak bila fikir-fikir- kata Kak Bedah Ting-ting,tokey restoran makanan barat yang lazat itu kepada saya bila kami berbual tentang hidup yang satu lagi.

Saturday, February 12, 2011

runtun dan lain-lain

Kerana simpati akan kedhaifan kamu,miskin kamu,sengsara kamu bilaman tidak dapat meiliki karya agung Rajawali,kami dengan ini mempersembahkan,T-SHIRT STUDIO RAJAWALI yang pertama!


Murah,bahkan tersangat murah jika kamu bandingkan dengan harga minyak dinegara-negara lain selain Malaya. Kami yang meletakkan harga merasakan seperti memberi percuma jika dikira tenaga,kreativiti dan juga masa yang kami terpaksa luangkan dalam proses pembikinan T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini.


Dan tentunya ianya sangat cantik. padan dipakai oleh semua golongan dalam semua keadaan. Jadi gila agaknya jika kamu tidak memilikinya.

Untuk memilikinya,kamu perlu bayar RM25 kedalam akaun bendahari kami iaitu Nur Najihah Lee Abdullah di MAYBANK 1645 8400 2943 dan maklumkan kepada kami dengan menalifon mana-mana nombor yang tertera di www.rajawaliartgallery.blogspot.com (kami pilih beliau sebagai bendahari kerana beliau adalah cina dan kita tahu bagaimana akrabnya cina dengan duit).


Kami tidak peduli samada kamu datang sendiri atau menyuruh kami menge-pos-kan T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini,Kami tetap dengan harga RM25.

Kami juga tidak mahu memeningkan kepala kamu dengan masalah,jadi kami dengan penuh ikhlas telah memilih warna untuk T-SHIRT STUDIO RAJAWALI iaitu warna kelabu seperti contoh diatas. Mana kamu mahu cari satu kumpulan yang masih hidup dan menjadi lagenda lalu sanggup pula bersusah payah memilih warna yang sesuai untuk kamu?


T-SHIRT STUDIO RAJAWALI yang pertama ini bakal menjadi collector's item dan tidak salah jika kamu beli dan bingkaikan. Jika kamu mahu semua ahli kumpulan hebat ini menandatangani T-SHIRT STUDIO RAJAWALI ini,dengan penuh rasa menolong sesama insan kami akan melakukannya.


Ayuh! jangan berlengah lagi,entah esok lusa sudah kiamat. Bertaubat-lah dan beli T-SHIRT STUDIO RAJAWALI dengan segera!



1.Berulang-ulang menteri paling tinggi jawatannya di Malaya ini mengulangi betapa apa yang berlaku di Tunis dan Mesir tidak akan berlaku di sini dan beliau adalah benar.

Kita semua sedia maklum betapa rakyat negara kecil dan kaya-raya ini tergolong dalam kelompok manusia yang dikenali seluruh dunia sebagai satu bangsa yang teramat santun,mudah tersenyum,rela dan redho serta paling selesa dengan apa yang sedang mereka alami,baik sedang senang mahupun tercekik untuk hidup.

Realiti hidup hamba-rakyat Malaya menjadi agenda utama politikus yang pegang kuasa. Lalu seperti yang digembar-gembur,kita rakyat negara serba-serbi disapu bawah permaidani ini adalah bahagia tidak terhingga tanpa perlu takut apa jua.

Walau selangkah keluar dari rumah adalah belanja,kita tetap akur dan terima ini sebagai harga yang perlu dibayar untuk hidup aman.

jurugambar profesional Fauzi Oslaini bersama Najihah Lee. kami berjanji akan menghadiahkan sebuah lukisan besar yang muat kereta dihari pernikahan beliau nanti. beliau adalah jurugambar yang paling kami sayang.

Lalu selayaknya-lah menteri paling atas itu sepatutnya tidak perlu menggunakan semua saluran media untuk memberitahu betapa negara seribu pilihanraya kecil ini tidak mungkin tumbang dek suara rakyat. Atau jika suka,jadi saja seperti Temasik yang lebih selesa kunci mulut rakyat.

Mengenai pilihanraya kecil, rakyat Malaya mengundi partai,bukan individu. jadi sepatutnya bila mati atau pincang mana-mana wakil rakyat,maka partai yang dipilih hanya perlu menukar wakil tersebut dengan wakil yang masih hidup atau tidak pincang. Boleh sahaja kamu tafsirkan makna masih hidup dan tidak pincang itu mengikut suka hati kamu. Dengan yang demikian berjuta-juta ringgit yang dibazirkan untuk pilihanraya kecil itu boleh disalurkan kepada pembangunan rakyat. Kaki bazir dan kaki suap juga tentu gembira dengan segala macam projek hasil dari penjimatan pilahanraya itu.

Itu pun nak kena ajar.Bodoh.
tamu dari kolej IKIP

2.Runtun menjadi satu pameran yang agak mencabar bilamana karya hanya siap digantung 30minit sebelum tetamu pertama sampai. Kami tipu sebenarnya. Karya masih dalam proses pengantung sedangkan tamu sudah ramai.

Kami ralitkan tetamu yang datang dengan jamuan dan seperti semua sedia maklum,jamuan kami tidak pernah mengecewakan.

Seperti selalu,khalayak yang hadir seperti kerasukkan apabila menyaksikan karya-karya hebat Najihah Lee dan juga Acai.


Presiden SENIKA yang pertama kalinya datang kepameran kami tepat pada masanya bersama Cikgu Tajuddin yang cool dan handsome.

Banyak kali kami dinasihatkan untuk mengambil sedikit keuntungan dari pameran-pameran yang kami adakan dan banyak kali juga kami hampir terpengaruh untuk melakukannya.

Namun bila difikirkan,kami jadi malu kerana,biar-lah kami berterus terang bagaimana kami melakukan pameran.

Biasanya,apabila sudah ditetapkan tarikh,kami akan bermesyuarat. Dan agenda utama mesyuarat kami adalah jamuan dan khemah serta sedikit bahan bercetak.

Khemah selalunya ditanggung oleh kami,iaitu siapa diantara kami yang menjual karya pada masa itu misalnya akan menanggung kosnya. Mengenai jamuan,ada ketikanya kami memasak sendiri dan ada masanya kami membayar upah kepada orang lain untuk menyediakannya.

Kos jamuan juga seperti khemah adalah dari sesiapa yang sudi diantara kami.
saudara Ujang dan Pian dari kolej IKIP

Kecuali pameran foto ALAM dimana segala kos ditanggung oleh jurufoto-jurufoto yang terlibat,perbelanjaan kami untuk berpameran adalah sangat minimal.Maka mencari untung dari kerja orang lain adalah sesuatu yang agak merisaukan kami. Kami hanya mahu memeriahkan suasana seni sekitar bandar ini dan mungkin dengan menganjurkan acara sebegini,orangramai akan sedikit faham dan mula menghargai apa itu kerja yang dipanggil pelukis.

Untuk jangkamasa panjangnya,pelukis yang dihadapan akan mendapat untungnya. Kami ini umpama lilin yang membakar diri..eh! itu cikgu. Maaf,silap perumpamaan. Sebenarnya,kami buat sebab kami suka buat,itu sahaja dan jika kamu banyak wang dan mahu samaserta dengan kami,kami ada pogram setiap bulan sehingga Januari 2012. Datang,bawa wang banyak-banyak dan tanggung perbelanjaan pameran kami.
3.Bulan hadapan adalah pameran karya Nazri Chot,iaitu pelukis yang terkenal dengan siri ayam seramanya. Beliau juga adalah pelukis kulit novel keluaran Creative Enterprise. Bersama beliau adalah Zakaria Adam,pelukis yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kami berharap kamu akan setia memberi sokongan kepada dua pelukis ini seperti mana sokongan yang kamu berikan kepada apa juga pameran yang kami anjurkan.

Sunday, February 06, 2011

dua yang meruntun-jiwa

baca apa kata kurator RUNTUN disini.




Ini Abdullah Hamdan atau lebih dikenali sebagai Acai.

Agak rasis bunyinya memanggil seorang lelaki melayu yang berkulit gelap dengan panggilan nama yang biasanya dikhaskan kepada kaum cina. Namun,kita kini duduk dalam negara yang meng-hero-kan penghapusan bangsa-bangsa asal dan diganti dengan satu bangsa yang direka demi sevival politik,maka panggil apa sahaja kepada sesiapa pun,akan dimaafkan.

Atau dibawah tulisan ini akan diletakkan glosari bagi menjaga hati. Penghinaan kepada karya,jika kamu tanya saya,namun,politik begitu-lah,hulur apa yang dimahukan oleh pemilih dan kamu akan kekal berkuasa.

Acai adalah lelaki yang mensia-siakan kehidupan seninya dengan memberi terlalu lebih tumpu kepada agenda hatinya atau kamu boleh baca sebagai -Acai terlalu asyik mencari cinta- dan juga membuang masa memasak dan menunggu pujian hasil dari airtangannya itu. Ya,benar masakannya mendapat pujian hingga ke Muar sana namun Acai lupa yang pujian tidak membolehkan talifonnya di-topap.

Saya mengenali Acai sewaktu beliau bertugas dengan Balai Seni Lesu Negeri Pahang. Ketika itu beliau adalah Penolong Kurator dan juga tukang sapu,tukang potong rumput,penyambut tetamu,penghapus anai-anai,tukang halau monyet,tukang bercakap dengan jin,tukang jawab talifon dan juga tukang kena marah. Semua tugas itu dilakukan dengan penuh ikhlas atau jika kamu suka, boleh saja kamu katakan yang beliau kadang-kadang dibayar gaji dan banyak kadangnya beliau langsung tidak dibayar gaji.

Nasib yang sama juga sedang dialami oleh petugas di Balai Seni Lesu Negeri Pahang ini, dibawah pimpinan Dato Maznah Mazlan,Timbalan Menteri Sumber manusia yang sangat dihormati itu. Khabarnya sudah 9 bulan belum dibayar gaji.

-pasir cicah kicap sedap jugok jones,kata petugas itu kepada saya kali terakhir kami bertemu.

Jika kamu kenal atau terbertemu dengan Dato diatas,beritahu beliau STUDIO RAJAWALI kirim salam dengan ucapan, kalau ada projek,pas-pas-lah kepada kami.

Acai kemudiannya dengan rela menganggotai Studio Rajawali.Bayangkan! STUDIO RAJAWALI menyambar pekerja BALAI SENI LESU NEGERI PAHANG.Kami memang terrer.

Beliau antara pelukis hasil didikan pelukis terkenal dan juga presiden SENIKA iaitu Persatuan Seni Lukis Dan Seni Reka MELAYU Pahang, En.Shaimy Hashim.

Dan kami di Studio Rajawali mengakui yang jika Acai tidak sibuk melayan jiwa dan memasak sedap-sedap,beliau adalah pelukis yang sangat hebat. Kami sangat berharap Acai akan lebih menumpukan kepada seni lukis lebih dari menumpukan kepada kerja sia-sia itu tadi.


Jika The Beatles ada Yoko Ono dan Nirvana ada Courtney Love,Studio Rajawali ada Nur Najihah Lee Abdullah, pengamal kitar semula tegar.

Sebelum menjadi guru dan pelukis,beliau boleh dilihat dilorong-lorong belakang pasaraya-pasaraya,mengutip kotak kertas untuk dijual. Dan beliau juga pernah merakam suara kepiring hitam. Jika kamu terdengar jeritan-mai jiu bao zhi- dari lori surat khabar lama dikawasan kamu,besar kemungkinan suara dari pita itu adalah suara beliau.

Dimasa lapang beliau gemar memanjat pokok.

Dibawah adalah antara karya beliau yang amat birah dan gatal yang akan dipamerkan dalam pameran RUNTUN yang akan diadakan di STUDIO RAJAWALI bermula jam 2:30 petang pada 12/02/11 bersama Abdullah Hamdan.

Acai tidak membenarkan kami merakamkan karya terbaru beliau. Nak bagi suprise,kata beliau. Rahsia sebenar adalah kerana beliau belum siap melukis.Sibuk melayan kekasihnya yang banyak itu barangkali. Jika kamu adalah kekasih beliau ketika ini,sayugia diingatkan yang kamu bukan satu-satunya kekasih beliau.


kami dengan rendah hati ingin menjemput semua untuk hadir pada hari tersebut. Tidak ada maki-makian jika kamu tidak datang cuma kami akan mengambil kedatangan pada hari tersebut.

Ianya sebagai panduan kepada kami untuk menilai siapa kawan dan siapa sahabat dan juga sebagai ingatan kepada kamu siapakah yang akan kami beri untung kelak bila kami telah terlalu kaya.

Kumpulan jurugambar yang biasanya banyak memberi sokongan kepada kami juga dijemput hadir. Kami sayang kamu.ahaks.