Friday, April 01, 2011

risalah mempromosi daerah kelahiran dan studio tempat cari makan atau how to kill many birds with one stone only


Jika kamu belum tahu,Gebeng di Kuantan adalah satu kawasan industri yang penuh dengan bahan kimia. Bermacam jenis kompeni yang tidak diterima dikebanyakan negara kini berkampung di Gebeng. Ini adalah satu kawasan yang paling tidak subur di Kuantan .

Ada fitnah yang mengatakan kompeni yang mengakibatkan bencana di Bophal dulu juga kini beroperasi di Gebeng.

Kuantan memang murah hati. Dalam masa yang sama Kuantan juga berniat mulia. Jika kamu ada kompeni yang bahaya dan tiada langsung sesiapa yang mahu menempatkan kompeni kamu ditempat mereka,maka jemput datang ke Gebeng,Kuantan. Kami sedia menerima siapa sahaja. Kami tahu dengan datangnya kamu kepada kami,maka negeri yang hampir bangkrup ini akan dapat menjana pendapatan dan rakyat negeri besar dengan hasil berbagai ini akan dapat menikmati kehidupan yang lebih mewah.

Sebelum sesuatu yang diluar jangkaan berlaku,dan seluruh penduduk Kuantan jadi keripot akibat radiasi,maka sayugia-lah kami di Studio Rajawali mencadangkan kamu semua agar dapat memiliki karya-karya agung kami. Dapat-kah kamu bayangkan keuntungan yang bakal kamu perolehi hasil dari pembunuhan keatas satu kumpulan pelukis yang sedang mengegarkan seni tampak seluruh Malaya dan satu-satunya kumpulan pelukis sepertinya di wilayah pantai timur ini?

Kami sudah dapat membayangkan tajuk akhbar hari esok selepas meletupnya Kuantan: KUANTAN LENYAP DARI PETA DUNIA.KARYA SENI KUMPULAN RAJAWALI JADI REBUTAN.


Jadi jangan tunggu lagi. Miliki segera hasil karya Abu Yusof,orang agama yang memilih untuk melukis. Atau Acai,pelukis yang memilih hidup sebagai kasanova yang bila dikutuk kaw-kaw akan membuka rahsia perniagaan Studio Rajawali kepada orang luar. Karya saya,kamu yang kedekut hari ini pun tidak mampu apalagi bila saya mati dibunuh radiasi jadi tak payah-lah saya sebutkan disini.

Orang atas akan buat apa yang mereka mahu buat. Protes hingga mak kamu mati pun mereka tidak akan peduli. Jadi baik kita go with the flow. Sebelum dibunuh,baik kita hadapi hidup ini dengan ria.

Sebulan dari sekarang sekumpulan profesor akan menerbitkan satu kajian tentang pro dan kontranya untuk Malaya memiliki logi nuklear.

Kamu harus baca hasil kajian itu sebagai satu pemberitahuan yang kerajaan akan tetap meneruskan rancangan mereka untuk membina logi tersebut dan bukan untuk meminta pandangan kamu yang langsung tidak ada nilai selepas pemilihan partai empat tahun sekali itu.

Pilih wakil rakyat kata kamu. Pilih wakil kerajaan kata saya.

Kamu adalah rakyat yang ada hak dalam negara yang berdaulat! kata kamu.
Kote kamu,kata saya.

.

2 comments:

Anonymous said...

klako la bg jones ni...

xde butang share fesbuk ke...

kta nak meng'kote'kn kwn2 kite kat sane gak ha haha

wanoridz said...

kote kamu