Saturday, April 02, 2011

sah! memang dia buncit


Pertama kali bertemu beliau dan diperkenal-kan dia sebagai kurator Balai Seni Lesu/Semak Negeri Pahang, hati saya berdetik; gemuk gini jadi kurator? mampus seni pahang.

Tidak nampak ketokohan beliau sebagai orang yang akan membina seni tampak negeri pahang untuk menaik. Dan juga ketika itu beliau menambah yang beliau juga berkarya. Saya hanya indah tidah indah bila beliau berkata demikian.

Sepanjang yang saya tahu,hampir tidak ada pelukis yang bertubuh seperti beliau. Jika bertemu dijalan saya lebih yakin mengatakan yang beliau adalah anggota polis yang kuat makan rasuah.

Kadang manusia sehebat saya juga ada berbuat silap.Selang beberapa lama,saya berkesempatan melihat karya-karya beliau dan dengan rendah hati saya mengakui yang beliau adalah seorang pengkarya yang hebat.

Setiap kali melihat karya beliau saya menjadi terikut,lalu saya jarang-jarang ke studio beliau. Tambahan pula beliau gemar bertelanjang dada ketika berkarya. Tidak seksi langsung biarpun payu dara beliau agak mekar.

Diawal penubuhan Studio Rajawali,belaiu adalah antara sahabat yang rajin datang. Memberi tunjuk ajar dan yang lebih penting adalah memberi semangat untuk kami tegas dalam menjadikan seni tampak sebagai kerja.

Beliau sendiri sentiasa merungut,dengki,kata beliau bila melihat kami yang saban hari hanya berkarya. Beliau sendiri ,kata beliau, mahu jadi seperti kami. Walau kami tahu itu cuma kata-kata pemikat namun kami ambil kata itu sebagai setujunya beliau dengan kerja kami.


Setelah bertugas beberapa lama dengan Balai Seni Lesu/Semak Negeri Pahang dan tidak berapa mendapat gaji bulanan akibat politik yang melanda balai tersebut,beliau berpindah ke Kolej Shahputra Kuantan. Sebuah kolej yang banyak melahirkan jururawat yang bergetah.

Dalam masa yang sama beliau masih terus berkarya.

Hari ini kami mendapar berita sedih yang beliau akan meninggalkan kami di Kuantan bandar Sri Kimia ini untuk ke Kuala Lumpur. Tewas juga beliau dengan lambaiyan neon kota.

Kolej Shahputra bakal kehilangan seorang pekerja yang dedikasi,Haji Hisham Abdul Rahman sila adakan jamuan perpisahan besar-besaran untuk beliau, dan kami bakal kehilangan seorang sahabat yang sering datang tanpa prajudis kepada kami.

Dengarnya beliau akan ke ASWARA,bertuah benar mereka kerana bakal memiliki seorang tenaga yang bersungguh bila berkerja. Bertuah benar Ismadi Sallehuddin kerana mendapat gaji yang lebih tinggi.

Kepada Ismadi sallehuddin kami di Studio Rajawali mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas persahabatan dan segala tunjuk-ajar. Jasa aok tuhan balas.

Selamat bertugas ditempat baru.

Tulisan ini diselang-seli dengan foto studio beliau yang saya ambil semasa ketiadaan beliau tadi siang.Ini adalah karya-karya terbaru beliau.

Untuk pengetahuan beliau,bukan foto sahaja yang saya ambil. ahaks.

4 comments:

Breakeven said...

~ percayalah ...buncit itu cute..~ ahahahahahaha

Anonymous said...

sayonara en ismadi...akan bertemu dgn dr.najib dawa...sampaikan salam kepada beliau...dari bekas student beliau di USM

Taf Teh said...

Ya saya pun macam AJ, beranggapan orang seni selalunya kurus... lemah sungguh imaginasi kita...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.