Monday, March 07, 2011
dan rimba pong bersalam-lah
Dibawah ini adalah wajah Nazri 'chot' Sood. Lelaki yang menyelit sebelah kiri dalam foto ini adalah Dahrie Zakaria,lelaki yang kalau kita mahu percaya gosip-gosip liar adalah seorang mata-mata gelap (kerajaan). Dua lukisan dibelakang mereka pula adalah hasil karya Radzuan Mat Diah,pelukis kebanggaan Sekolah Menengah Sri Mahkota,Kuantan. Tapi kita bukan mahu bercakap mengenai Dahrie atau Radzuan kerana ini adalah cerita mengenai pameran Chot dan Zakaria Adam.
Saya lupa bila saya mula kenal dengan Chot. Lama dulu barangkali. Beliau mula sebagai pelukis potret dan walau pun masih me-motret,beliau kini mula melangkah kearah membina nama sebagai salah seorang pelukis realis yang menampakkan daya maju dan tidak takut untuk bersaing.
Malah boleh saya katakan yang beliau kini antara pelukis realis yang amat berjaya dan sangat sombong jika kamu melihat gaya beliau memegang puntung rokok.
Karya-karya beliau banyak menghiasi kulit novel keluaran Creative Enterprise dan selayaknya-lah beliau memilih ayam serama sebagai subjek jika kita mahu melihat siapa guru beliau. Tidak lain dan tidak bukan,pelukis 'hutan'terkenal Malaya iaitu pelukis Jaafar Taib. Atau jika mahu boleh sahaja kerana beliau sendiri pun memang serama,kecil-molek walau pun kini 'balungnya'semakin menjarangkan diri.
Keputusan untuk berkarya sepenuh masa lebih kurang tiga tahun sudah adalah satu keputusan yang paling benar yang pernah diambil oleh beliau.Tambahan pula beliau memang seorang artis yang prolifik. Begitu-lah hendaknya bila kamu sudah membuat apa-apa keputusan.
Menjadi pelukis atau apa sahaja. Ambil keputusan dan lakukan kerja itu dengan tekun. Hasilkan karya dan berdoa agar tuhan memberi ruang yang teramat besar. Jangan jadi seperti sesetengah yang mengaku pelukis namun bila diminta lihat mana karya maka dijawabnya semua habis dijual.Walhal,mereka pemalas.Lebih meluangkan masa kepada kerja yang tidak mendatangkan manafaat untuk kehidupan duniawi apatah lagi ukhrawi. Fulamak,ayat macam ustad-ustad.
Saya sebenarnya perlu meletakkan juga foto Zakaria Adam,namun ianya tidak ada dalam simpanan saya. Jadi kamu baca saja-lah mengenai beliau dan gunakan imaginasi,biar bergerak sedikit otak karat kamu itu.
Beliau lebih menjurus kepada penghasilan karya batek,walau bagaimana-pun,untuk pameran kali ini beliau akan mempamerkan karya cat arkrilik atas kanvas.
Zakaria Adam adalah pesara guru yang menjadikan periuk kera (tumbuhan-timbuhan itu,bukan periuk yang kera gunakan untuk memasak)disamping menjadikan alam sebagai sumber inspirasinya.
-salam, saya memilih perkataan itu kerana ianya membawa seribu maksud. Pengenalan,mengikat kasih yang sedia bertaup misalnya. salam adalah kata-kata yang membawa bahgia,islam juga datang dari kata-kata salam- kata beliau menerangkan apabila ditanya mengapa memilih salam dari rimba sebagai tajuk pameran beliau dan Nazri.
Kami dengan rendah hati menjemput semua untuk hadir kepameran ini.Ini adalah kali ke-tiga pelukis bukan dari kalangan anggota studio kami berpameran ditempat kami.
Jadi,jika kamu benci dan dengki kerana kami sangat berjaya ini sekali-pun,datang-lah memberi sokongan kepada dua pelukis ini.
ps: semua lukisan yang dipamerkan disini adalah karya Nazri 'chot'. Kami akan mempamerkan karya Zakaria Adam bila karya beliau sampai ketangan kami.
poster pameran kali ini adalah karya meor khairol nizam,pem-poster terbaik yang pernah kami kenali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tahniah!
cis mata gelap! hahahaaa. nanti kita serbu rajawali skali
Post a Comment