Thursday, January 27, 2011

ajar cikgu ghani

-cikgu sekolah stylo lah! kata weed something out yang saya rasa juga seorang cikgu yang stylo.

Sebenarnya,Cikgu Ghani (gambar bawah) memang stylo. Waktu persekolahan,rambut afronya tampak amat kemas.Bila beliau datang untuk aktiviti sukan, afro-nya menjadi sangat ranggi kerana segala jenis sepit rambut yang dipasang waktu persekolah akan dilepaskan. Rambutnya akan mengurai sampai kepinggang.

Kami panggil beliau Mat London kerana semasa mula-mula masuk ke kelas kami,beliau meminta semua memperkenalkan diri. Beliau belum lagi mengenalkan diri beliau waktu itu.

Bila sampat giliran Ahmad Faris,satu-satunya pelajar dalam sejarah Malaya yang membawa pistol (bapanya) kesekolah bagi mengugut guru yang memarahi beliau, Cikgu Ghani pun berkata; ooooo Mat Paris,hah! saya Mat London dan kekal-lah nama itu sehingga kami habis sekolah.

Beliau mengajar seni lukis dan amat garang. Waktu disekolah,kami tidak suka beliau. Saya sendiri pernah dihempat dengan buku rekod beliau dikepala semasa berbaris masuk kelas hanya kerana saya mengatakan;pagi selamat cikgu semasa saya bertemu beliau diluar sekolah!

Itu pun nak marah sedangkan beliau guru lukisan bukannya guru bahasa!

Dan cuba kamu bayangkan, pernah sekali ketika bertekak,beliau telah mencabar kami. Kata beliau; kalau tak puas hati,kita jumpa luar. Kamu bawak geng kamu.saya bawak geng saya.Kita lawan.

Jika hari ini ada cikgu yang berani berkata demikian,wajip jadi berita utama semua media tetapi kami sebagai murid jaman itu dan seperti semua tahu,murid jaman itu mempunyai jatidiri yang amat kental lalu kami pun menyahut seruan Mat London itu.

Setelah dikenalpasti waktu dan tempat,kami pun bersiap-sedia. Kami waktu itu semuanya pendekar jadi senjata bukan pilihan. Kami lebih berbangga dengan tulang empat kerat anugerah tuhan.

Lalu berkobar-kobar-lah kami menunggu harinya bila kami akan membelasah Mat London.Harus diingat,kami sebelum ini belum pernah memukul guru maka keluh kesah semestinya. Ada yang mahu menarik diri tetapi setelah dipujuk (diugut sebenarnya) kembali masuk dalam perancangan.

Kami sudah berbincang dengan geng kami dari luar dan mereka semua setuju untuk turut serta. Geng luar kami adalah lepasan sekolah yang tidak lepas sekolah.

Tiba harinya,kami pun berangkat ketempat yang dijanjikan. Kami sudah bersedia untuk lebam-lebam. Juga kami telah merancang jika berlaku patah anggota,bomoh mana yang akan kami tuju untuk usaha baik pulih.Membunuh beliau tidak pernah ada dalam perancangan kami. kami sekadar mahu ajar Cikgu Ghani.

Tiba ditempat yang dituju,kami tergamam. Rupanya,geng kami adalah juga geng Mat London! Pundek sungguh. Kami kansel acara bergasak dan menukarnya kepada acara minum-minum. Setelah itu kami semua ke panggung wayang gambar REX untuk menonton cheap matinee. Cikgu Ghani ikut serta. Beliau juga yang membayar harga tikit untuk kami semua.

Lama selepas sekolah,saya berhenti sembahyang di satu masjid di Maran,Pahang dan disitu saya terjumpa dengan Cikgu Ghani. Beliau masih kenal saya. Kami berbual agak lama. Beliau masih afro sedangkan saya err..tidak.

Beliau kini mempunyai beberapa ekar ladang getah dan masih melukis. Beliau juga kadang-kala mengambil upah membuat papan tanda.

Itu baru kisah Cikgu Ghani,belum lagi kisah Puan Zainab Bee Ismail yang selalu digigit tebuan bila datang kesekolah pada hari Jumaat. Dengarnya Puan Zainab Bee kini bergelar Dato dan mengajar disebuah sekolah di Kuala Lumpur. Rindu benar saya kepada beliau. Kamu kenal dia?

-ini pula interlok versi jaman saya.saya tulis tahun 2007.
-sinaga-naga juga sedang bernostalgia- cuba kesana dan baca.

Gajah dalam tulisan lama saya itu meninggal dunia pada tahun 2009 akibat kanser darah.

Tuesday, January 25, 2011

kawan sebenar adalah lawan sebenar.sabar sebenarnya susah.ahaks.



-my best friend is abdullahjones-tulis Timothy Kumar dibuku nota peribadinya dan ditunjukan kepada saya semasa kami disekolah rendah beberapa tahun lepas (uhuks).

Selepas dari itu,saya tidak pernah mendengar siapa pun mengatakan yang saya ini kawan baik sesiapapun. Rindu benar ingin mendengarnya.(baca dengan nada sayupilu)

Saya faham,bukan senang untuk berkawan dengan saya yang banyak kelebihan ini.Namun jika kamu sanggup memikirkan yang semua,apa sahaja yang ada,adalah ujian kepada kehidupan kita semua, maka kamu akan redha dengan kejadian saya dan akan seperti selalu ,sentiasa tersenyum. Seperti kata pepatah,tidak-kan lari gunung dikejar,tidak dapat panjat hari ini,selagi belum kiamat dan kerajaan belum sangat tamak,gunung itu insya ALLAH akan ada disitu

Dan,cuba fikirkan gunung-gunung yang telah kamu panjat sebagai hiburan kepada hati yang meradang itu. Pandang saya dengan kasih dan kasihan. Insya Allah kamu dan saya masuk sorga.

Hari itu,selepas zohor, saya terserempak dengan Kasween,kawan sekolah. Timothy dah meninggal,beritahu dia kepada saya. Meninggal di Johor,sakit jantung. tambah Kasween .Timothy meninggal pada 30Dis.2010. Saya mendapat berita dua minggu selepas itu.

Sedih hati saya bila mendengarnya. kawan yang berpuluh tahun tidak berjumpa,alih-alih hanya mendapat khabar telah tiada.

Mungkin kerana itu, kebetulan kerja di luar kawasan,saya menghubungi Yan Aswad,junior kami semasa disekolah dan menyarankan agar kami berjumpa dan minum-minum. Yan menghubungi beberapa kawan dan bertemulah kami . Kami rapat semasa disekolah dan menjadi sibuk taktentupasal selepas itu. Tahu dimana semua ada,tapi masa dan malas tidak menemukan kami sehingga-lah malam semalam.


khairol kucing.yan aswad.joe fendi.nobi.azmi toyol.shahreeza


Timothy baik orangnya. Tidak bercakap banyak,seperti saya juga (waktu itu) yakni sebelum saya tahu yang saya ini sangat handal orangnya. Beliau berdiri dibarisan tengah no 5 dari kanan dalam foto kelas kami diatas sana. Waktu itu kami ditingkatan 3.

may God have mercy on your soul my dear Timothy.

Tuesday, January 18, 2011

tunjuk hebat

Sebenarnya banyak yang mahu saya tulis tetapi saya malas. Jadi,saya turunkan sebuah puisi lama. Satu dari banyak siri puisi untuk min. Saya tidak akan marah jika kamu memuji-muji tulisan saya ini.

Dan kamu jadi penyibuk bertanya,siapa min?siapa min?

harap

harapnya diwaktu ini
ada sebuah lagi
planet bumi
yang serupa ini

yang berpusing keliling matahari

harapnya disana
ada aku ada engkau

yang satu lagi
dan disana kita saling cinta

menyintai

sunday/12april/2009

Thursday, January 13, 2011

iklan perkhidmatan

Betul, saya memandang hina para jurugambar dan yang paling hina diantara mereka adalah jurugambar pernikahan.

Tetapi,setelah melihat market mengambil gambar pasangan yang dilamun cinta, gambar majlis pertunangan,pernikahan,mengandung dan gambar kelahiran anak pertama,saya menjadi sedikit insaf. Saya tahu mereka berkerja keras untuk merakamkan saat-saat manis pasangan yang harapnya bahagia sehingga mati dan kerja suci mereka ini amat harus diberi penghargaan yang paling tinggi.

Namun saya merasa banyak jurugambar-jurugambar ini lupa satu saat yang paling penting yang amat perlu dirakamkan.

Untuk itu, saya dengan ini mengistiharkan diri saya sebagai jurugambar persetubuhan halal pasangan yang baru bernikah. Kamu semua tahu betapa handalnya saya dalam mengfoto dan jesteru,saya yakin kamu semua tidak akan kecewa.

Saya juga akan menyediakan khidmat memaparkan gambar-gambar berkenaan di facebook saya. Ya,saya akan ber-facebook kembali sejurus mendapat pelanggan pertama. Apakah lagi kebanggaan selain dari meletakkan gambar-gambar paling intim untuk dipertontonkan kepada umum?

Saya juga berjanji untuk hanya menumpukan kepada khidmat ini demi menjaga kualiti kerja saya dan harga yang saya sediakan insya allah akan sentiasa lebih rendah dari pesaing.

Kepada pasangan pengantin lama,yang bernikah pada era SFB (sebelum facebook) dan terkilan kerana tidak dapat mengabadikan gambar intim mereka,saya juga sedia melakukannya walau pun terpaksa muntah hijau melihat aksi mereka. Ini sumbangan ikhlas saya dalam menghubungkan insan sesama insan agar hidup manusia sejagat lebih bererti.

Untuk menempah khidmat saya,sila hubungi rakanniaga saya; Tinta Creative di nombor 019-930-9995 dan minta bercakap dengan si abang lawa Saudara Wanoridz,dia pakar dalam bab aksi-mengaksi.

Jadi-lah pelanggan pertama abdullahjones dan dapatkan diskaun istimewa!

Monday, January 10, 2011

lapuran pameran foto berjudul ALAM

Jika kamu belum tahu, Rajawali Art Group, kumpulan pelukis paling sombong didunia dan berpengkalan dibandar paling koman di Malaya ini saban bulan mengadakan pameran.

Kami melakukan pameran hanya dengan niat untuk memberitahu seluruh alam betapa kami ini sangat handal.Dengan bujet yang teramat sedikit dan kerjasama yang teramat banyak,lalu kami pun mengabdikan diri kepada seni,kununnya.

Geng Maskara tahu apa yang kami rasa.

Mereka-mereka yang terlibat dalam menerbitkan majalah seni nombor satu Malaya,SENTaP mungkin boleh faham situasi kami. Jika kamu belum mendapatkan majalah SENTaP yang terkini dan terlibat atau tidak dalam dunia seni,kote kamu 2inci.

Sila ke http://sendawamalaysia.blogspot.com/ untuk beli.

Kami bukan sahaja mengadakan pameran untuk ahli,bahkan kami mengundang siapa sahaja yang mahu berkerjasama untuk datang berseni bersama kami. Malang sedikit kerana jika kamu belum meminta tarikh untuk berpameran,kamu perlu menunggu sehingga Januari tahun 2012 untuk mempamerkan karya kamu distudio kami.

Baru-baru ini kami telah mengadakan pameran foto yang pertama. Walaupun memandang rendah terhadap semua jurufoto (kera cacat akal jika diberika kamera sekalipun akan boleh mengambil gambar,kata sesetengah orang. Kebanyakan pengfoto adalah seperti kera yang cacat akal,kata kami)
abdullah hamdan sedang memarahi abu yusof tanpa sebab


Pameran foto berjudul ALAM ini disertai oleh jurufoto-jurufoto dari seluruh Malaya.Awalnya,jurufoto diminta menghantar gambar untuk pemilihan. Kami menerima terlalu banyak penyertaan namun setelah diasingkan kera cacat akal dan tidak,kami memilih 30 gambar foto untuk dipamerkan. Kerja-kerja pemilihan dilakukan oleh DR.Jamal Rahman,penunggang basikal rekreasi profesional sepenuh masa yang diwaktu senggangnya pergi mengajar di Universiti Islam Angtarabangsa cawangan Kuantan dan juga dR.Ali,jantan alpha dalam hiraki kumpulan kera cacat akal.
tetamu yang datang dari kuala lumpur



Setelah pemilihan, Abdullah Hamdan,lelaki paling moody didunia yang sering dilanda angin lintang tidak tentu masa dan kadang-kadang melukis telah sekali lagi dipertanggungjawabkan untuk mengantung karya-karya (saya kata karya,tapi,foto?karya? seperti memanggil batu sebagai intan rasanya) tersebut.

Seperti biasa,walaupun melakukan kerja dengan perbagai alasan yang mungkin akan membuatkan kamu seperti ingin menggigit telur beliau walau pun kamu tidak gay dan tidak ok,kami merasakan beliau memang selayaknya diiktiraf sebagai tukang pamer karya yang paling baik yang pernah kami temui.
liew WK turut hadir
DR.Jamal Rahman (kopiah putih) memberi penerangan.kepala jarang Shahreen ditengah foto


Pameran foto berjudul ALAM boleh dikatakan sebagai antara pameran yang paling berjaya setakat ini distudio kami. Dengan tetamu yang datang dari seluruh Malaya dan juga ada satu rombongan kecil dari Singarura yang diketuai oleh Puan ELLA ANDY (terima kasih kerana sudi datang dari jauh puan,terima kasih teramat banyak).Tambahan pula dengan kehadiran pelajar-pelajar madrasah hafiz yang berhampiran,kesombongan kami seperti terpijak. Kami harap boleh bangun dan sombong kembali dalam masa terdekat.
pelukis terkenal,stephen menon hadir di pameran ALAM. bertudung yuna dan berbeg sandang serta kelihatan amat garang itu adalah Raudzah,si ibu tinggal.


Harus diingat yang Rajawali Art Group bukanlah satu perkumpulan yang berteraskan keuntungan. Biasanya,kami tidak mengenakan sebarang bayaran kepada sesiapa yang ingin berpameran ditempat kami dan juga kami tidak juga mengambil sebarang peratusan dari hasil jualan.Apa yang kami mahu adalah komitmen dalam berpameran.Jika kamu berpameran ditempat kami,cuba tunjukkan kesungguhan. Kami sediakan tempat dan sedikit promosi yang termampu. Kamu bertanggungjawab untuk membawa siapa yang kamu fikirkan patut. Tergantung kepada niat kamu berpameran.Jika kamu mahu karya kamu terjual,maka cari pembeli. Kerana kami tidak memikirkan keuntungan apabila berpameran,maka kami tidak mahu dipertanggungjawab dalam memasarkan karya kamu.

Pameran foto berjudul ALAM menjadi pameran yang berjaya jika jumlah karya yang terjual diambil sebagai tandaras. Rekod jumlah wang yang dikumpul dalam satu pameran masih dipegang oleh Abu Yusof.
antara karya yang dipamerkan


Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada semua yang terlibat dalam pameran ini.Dan kepada tetamu yang hadir memberi sokongan,kami dengan rendah hati berterima kasih atas kesudian tuan-puan kemajlis kami.

Untuk pengetahuan sekali lagi,kami mengadakan acara sebegini setiap bulan dengan RUNTUN,pameran lukisan karya Abdullah 'Acai' Hamdan,lelaki paling moody didunia yang hanya tahu apa yang dia rasa tanpa peduli perasaan orang lain dan Ahsoo Nur Najihah Lee Abdullah,cina gila yang paling susah dikawal pada 5Febuari 2011 akan datang.

Kami beranggapan RUNTUN adalah pameran yang paling ditunggu-tunggu dek kerana dua pelukis ini adalah antara pelukis yang paling hebat pernah dikeluarkan oleh studio kami.Sila pastikan kamu hadir dipameran mereka.

antara taliban yang hadir. ketua kera cacat akal berkemeja tee dan berkopiah.

ps: sila cari kami di facebook untuk mengetahui tentang aktiviti kami. cari rajawali art group.


Tuesday, January 04, 2011

keluhan dan luahan hati seorang jejaka paling romantis abad ini


1.Betul,saya kaya,sombong,kacak dan pendek namun setelah membuat muasabah diri,saya dapati saya tidak pernah seumur hidup menggunakan perkataan ini sebagai maki-maki kepada sesiapa atau apa-apa-pun.

Bila difikir balik,saya memang tidak pernah memaki sesiapa sebenarnya. Baik juga orangnya saya ini rupanya.Betuah Mok saya dan beruntung mentua saya.

Dan jika Mok saya tahu saya menggunakan perkataan ini,dia akan cili mulut saya.Kamu wajip tahu yang saya anak kesayangan (atas sebab-sebab yang tidak ada pada kamu semua) dan tentunya saya tidak pernah dijentik oleh Mok hatta sekalipun.Pernah satu ketika semasa saya berusia 17tahun,seekor nyamuk telah mengigit saya dan ia dilihat oleh Mok. Seperti kerasukan Mok menangkap nyamuk berkenaan. Disiat-siatnya serangga yang berdosa itu dan dibekukan didalam peti sejuk (pertama dikampung saya) dan disimpanya berhari-hari. Saban hari Mok akan membuka peti sejuk dan mengeluarkan nyamuk berkenaan lalu dimarahnya seperti baru semalam nyamuk berkenaan menggigit saya.Namun maki-maki terutama perkataan ini adalah biadap yang tidak akan dimaafkan oleh Mok saya.

Ini perkataan jahat Melayu. Perkataan paling hina. Akan jatuh kelembah melarat paling bawah bangsa melayu jika di-maki menggunakan perkataan ini.

Lalu apabila dR.Ali memberi tahu saya yang -esok harga minyak naik lagi- sepontan terkeluar dari mulut saya:

BABI!
BABI!
BABI!

Tiga kali saya mengucapkan perkataan itu. Dan dada saya terasa sangat lapang. Lalu saya ingatkan diri saya untuk sentiasa memaki-maki. Terapi barangkali. Padan-lah ahli parlimen Malaya gemarkan maki-hamun.

Setelah itu,saya ke stesyen minyak untuk mengisi petrol,kebetulan memang minyak kereta saya hampir habis.


2.Pada hari sabtu ini,bersamaan dengan 08/01/11,bermula jam 2.30petang,Studio Rajawali akan mengadakan pembukaan pameran foto berjudul ALAM.

Kami dengan ini menjemput semua datang untuk memeriahkan pameran ini. Ianya diambilbahagian oleh jurufoto-jurufoto terhandal masa kini dan Nurhasanah Mazalan.dR.Ali dan DR.Jamal Abdul Rahman adalah bertanggungjawab atas pemilihan gambar foto yang bakal dipamerkan.

Saya tidak diminta menghantar foto hatta untuk dipertimbangkan oleh dR.Ali.Saya rasa dR.Ali tidak suka saya.Saya rasa saya tidak berdosa apa-apa-pun dengan beliau.Saya sangat sedih.