Monday, September 13, 2010
semoga aman
Dulu, tukang tuam bengkak dan benjol akibat bertumbuk adalah Makcik Ha. Saya jika kerumah Makcik Ha,wajip akan bertumbuk dengan Ra-e,sepupu saya dan makcik Ha akan mengambil abu dapur kayu,dibungkusnya dengan kain dan dituam ke lebam ditubuh saya. Ra-e dan saya kekal menjadi sepupu rapat sehingga hari ini. Bila difikirkan balik, kami sepupu-sepupu seperti adik beradik,amat rapat.
Untuk mendapatkan wang kocek yang lebih dari biasa,saya akan ke rumah Mak Teh,anak cina yang diangkat menjadi keluarga dan bernikah dengan Ateh,abang kepada Mok. Dalam keluarga kami ada dua anak cina yang dijadikan anak angkat.
Mok tidak akan berikan wang lebih dari yang saya perlukan jadi Mak Teh adalah tabung kecemasan yang langsung tidak ada kata tolak bila diminta.
Mok rajin menyediakan minum petang dengan bermacam jenis kuih-muih dan Mok memang sangat handal dalam hal masak memasak.Mak Cik Yee juga begitu. Keluarga kami memang terkenal sebagai satu keluarga yang handal dalam masakan. Aicik,suami Mak Cik Yee dan Anjang,abang Aicik adalah jurumasak terkenal dizaman mereka.Datok saya juga seorang jurumasak. Jadi saya mendakwa yang saya mempunyai hak untuk bercakap perhal makanan.
Salah satu kepandaian Mok adalah dalam menyediakan kuih bangkit. Rangup dan cair didalam mulut,namun Mak Cik Yee mempunyai satu senjata sulit dalam menyediakan kuih bangkit. Kuih bangkit Mak Cik Yee ditambah daun limau purut dan secara rahsia,saya lebih gemarkan kuih bangkit Mak Cik Yee.
Selain kuih bangkit,tomyam adalah rakan baik daun limau purut.Kari,asam pedas,kuih keria atau sagun atau apa sahaja makanan yang ditambah daun limau purut dalah kerja manusia sakit jiwa. daun limau purut juga amat baik dijadikan syampu rambut.
Entah kerana apa,selama Mok membuat kuih bangkit,tidak pernah sekali pun kuih bangkit Mok ditambah limau purut. Agak saya adalah ini lerana adanya 'mutual understanding' antara mereka. Mok Dan Mak Cik Yee memang rapat. Mak Cik Yee adalah kakak ipar Mok.
Saya merasa bertuah kerana mempunyai ramai emak. Semua ibu saudara saya adalah seperti ibu saya sendiri. Dan seperti yang saya katakan tadi,kami sepupu-sepupu adalah seperti adik beradik.
Mak Cik Ha sudah lama meninggalkan kami. Dia kakak Mok yang paling sulong. Mak Teh Masih ada. Kadang-kadang sihat,kadang-kadang tidak.
Mak Cik Yee diserang angin merah beberapa tahun dahulu. Saya ada menulis satu sajak mengenai peristiwa itu,namun setelah cuba,saya tidak dapat mengesan sajak berkenaan didunia siber ini. Judulnya saya lupa,yang saya ingat ada perkataan alias dan khairiah didalam judulnya itu.
Mak Cik Yee sangat cantik orangnya. Ratu kebaya tahun 1960. Menikah awal remaja kerana sangat menjadi rebutan. Pernah menjadi guru kelas dewasa seperti Mok.
Dari semua sepupu,saya paling rapat dengan anak-anak beliau. Semua anak-anak beliau pangkat adik dengan saya lalu sehingga hari ini semua anak-anak beliau memanggil saya dengan panggilan 'abang',satu panggilan yang hanya berlaku kepada adik-adik saya dan anak-anak beliau. Sepupu lain memanggil saya dengan gelaran JFK (uhuk!).
Setelah diserang angin merah,Mak Cik Yee agak terbatas pergerakannya. Hati menjadi hiba melihat satu susuk yang dulunya gagah perlu dibantu dalam banyak hal.
Petang hariraya pertama baru-baru ini, saya pergi menziarahi beliau. dari Cantik,anak perempuan beliau,saya diberitahu yang beliau tidak mahu makan dan bercakap sudah beberapa hari.Cuma minum. Beliau sihat seperti selalu.lenguh berbaring,beliau bangun.Puas duduk beliau baring. Sempat saya duduk bersama beliau untuk beberapa lama dan setelah itu,saya pulang.
Hari raya kedua,saya mendapat panggilan talifon dari adik saya mengatakan mak Cik Yee masuk hopital. Saya batalkan acara ziarah dan bersiap untuk kehospital.
Sebelum sempat saya sampai kehospital,adik saya menalifon lagi. Kali ini untuk memberitahu yang makcik saya sudah pulang kepada tuhan.
Jika kamu bukan dari keluarga saya, kamu memang tidak kenal akan makcik saya ini dan saya pula bukan seorang yang suka meminta-minta namun untuk kali ini saya memohon agar kamu sama mendoakan agar makcik saya ini dipermudahkan oleh tuhan segala jalan beliau untuk menuju kehidupan abadi.
Selamat jalan Makcik.
(Mak Cik Yee paling kanan dalam gambar diatas dan budak lelaki berkepala besar tidak muat songkok itu adalah saya. kepala besar itu menunjukkan yang saya memang dilahirkan cerdik)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
al-fatihah utk mak cik yee dan yg telah pergi...
al-Fatihah
alfatihah... semoga ditempatkan di kalangan solihin..
Al-Fatihah, semoga dicucuri rahmat keatas ruhnya...
alfateha, semoga dipermudahkan perjalanannya, insyaAllah.
sangat sedih.
-raft-
al-fatihah...
yang pergi tetap pergi, insyaAllah kita akan menurutinya.
(teringat aku arwah mok teh aku)
sekian.
emak..
berbasikal awal pagi
bertungkus lumus memasak sahor
buat ratusan anak menteri
yang berkumpul disekolah negeri
tinggalkan anak sendiri
berpelok dingin pagi
makan sahor yang hampir basi
semua ini kerana ditinggal suami.
alias..
tiap kali datang ramadhan
anak sulong ibu tunggal menangis
terkenangkan abang kepada ibunya
yang sangat cintakan kurma
tempat anak mengadu kasih
kini genap 5 tahun anak kehilangan bapa
buat kali kedua..
khairiah..
isteri kepada abang ibu tunggal
wajah yg dulu manis
kini diragut angin ahmar
ibu kedua anak sulung ibu tunggal
hampir meninggalkan kenangan..
Hasil Nukilan: osmanTikus
dimasukkan pada 21 Disember, 1999 jam 13:49:55
http://www.mesra.net/forum/lofiversion/index.php/t12425-150.html
thanks pak cik.
kenangan yang lalu itu ada pahit dan ada manisnya. Kekalkanlah ia untuk jadi kenang-kenangan.
Amin!
Al-Fatihah ..
Post a Comment