Friday, September 03, 2010

krusus mengfoto gaya saya.



Satu gambar seribu makna,kata pepatah cina. Pepatah biasanya asal sudah lama. Zaman dahulu. Apa yang kamu belajar dari pepatah cina ini? Tentunya adalah betapa bangsa cina ada mempunyai pepatah mengenai kamera. Sudah maju benar mereka zaman dahulu.

Bandingkan pula dengan pepatah bangsa melayu yang semuanya berbunyi sangat kuno.Bagai aur dengan tebing misalnya. Tidakkah kamu merasa malu menyebutnya ditengah khalayak hari ini bagi menyatakan betapa kamu saling bantu membantu?
Melayu memang bangsa yang agak bodoh.

Apa pula yang kamu belajar dari sekeping gambar diatas? Tentunya dihari sukan sekolah, melayu akan menjadi athlitnya,apabila atau bagi mengelakkan melayu sakit,cina akan menjadi pemberi ubat dan india akan jadi pengipas menghilang panas atau menambah sejuk,pilih mana yang kamu suka.

Foto-foto begini jika menyertai apa-apa pertandingan ajuran kerajaan akan mendapat tempat pertama dengan beberapa hadiah sampingan yang amat tinggi nilainya dek kerana teramat bermaknanya gambar ini dalam mengambarkan kepelbagaian kaum di Malaya ini.

Untuk menjadi jurufoto yang baik,kamu wajip menjadi seperti saya.

Tidak ada bayaran yang saya kenakan untuk siri pertama dalam krusus bagaimana meng-foto manusia untuk kali ini. Dimasa-masa akan datang,mungkin akan saya kenakan bayaran,

Terima kasih dan jika saya tidak menulis sehingga hari raya, Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Ampun maaf dipinta adatas segala dosa. saya mahu masuk sorga.

3 comments:

mae said...

dari kepale gangster samapai la penyanyi kumpulan nasyid kontemprori..semua nak masuk sorga..tak terkecuali jugak hambe..

Unknown said...

Thanks for the tips AJ. Koi pun nak masuk sorga. Nanti akan cuba praktikkan apa yang udoh AJ tulih kat sini ek....maaf zahir batin jugok (walaupun terlambat sedikit tapi better late than naik lori kata pepatah German yang saya terjumpa online baru2 nih) ♥

Omarasma said...

wei dolah
mu sero mu paling berseni ko guano?