Saturday, May 01, 2010

melayu binawe

Kecuali ada kematian,jarang kita dapati orang-orang cina atau india mahupun kaum sikh di Malaya ini mendirikan khemah dihadapan rumah mereka.

Melayu? Kenduri potong kulit lebih anak lelaki,kenduri dapat kad kredit,kenduri cukur bulu kote yang pertama ,kenduri laga lubang kencing anak dan menantu, pendek kata,apa sahaja yang boleh dikendurikan, Melayu akan sewa khemah.

Dan yang paling binawenya adalah, mereka dengan suka hati membina khemah jamuan ditengah-tengah laluan orangramai. Kemudian dengan perasaan yang sangat mulia,mereka akan menutup jalan berkenaan. Kamu akan dengan perasaan sangat marah terpaksa menggunakan jalan lain yang mungkin lebih jauh dari jalan biasa.

Ini menyumbangkan kepada banyak pembaziran. Masa dan harta kamu akan susut bilamana kamu terpaksa melakukan sesuatu luar dari kebiasaan.

Lebih menyejukkan mata memandang adalah tiada sebarang notis meminta ampun dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Tiada permohonan minta dihalalkan kesalahan. Yang ada hanya tanda dilarang masuk.

Datuk kamu dari sebelah mana yang mengajar kamu melakukan ini semua?

Hilangnya kasih sayang antara insan sebenarnya ditanam dengan sebab-sebab yang kecil begini. Maka tidak hairan apabila berlaku salahfaham sesama tetangga akibat dari hati dan perasaan mereka digesel dengan beribu jenis kebiadapan yang hari ini dianggap budaya.Tidak perlu tunggu sehingga budak 15tahun ditembak untuk membina keluh kesah dalam masyarakat.

Menaikkan hadapan rumah hanya kerana kita mampu tanpa mengira kesan kepada tetangga misalnya.Hanya kerana kamu ada lebih wang atau ada saluran untuk berhutang,tidak bermakna kamu ada hak untuk membina tiang seri seperti rumah putih dan menganggu serta mencacatkan pemandangan tetangga kamu.

Semua taman perumahan ada balai orang ramai atau setidak-tidaknya padang permainan,gunakan jika tidak mampu atau ke hotel sana sahaja jika kamu mampu atau pun jika kamu ahli masjid,buat di masjid bagi meraikan apa jua pesta kehidupan kamu. Jangan ganggu kehidupan orang keliling.

Kamu boleh bagi seribu alasan mengapa kamu perlu membina khemah ditengah-tengah jalan orangramai,namun jika kamu mahu mengambilkira keselesaan masyarakat,pasti kamu akan setuju yang perbuatan kamu itu adalah salah.

Tidak perlu merajuk kerana tanggungjawab kamu adalah memelihara hubungraya kehidupan. Rosak hubungan ini,maka binasa habis keamanan sejagat.

Sebut pasal merajuk, tidak pernah terjadi dimana-mana pun polis sesebuah negara merajuk hanya kerana dituduh salah melakukan tugas. Polis dibayar gaji sama seperti banyak orang. Apakah seorang guru akan merajuk dan berhenti mengajar hanya kerana dituduh jahat? Tanggungjawab semua orang adalah menjalankan tugas yang diamanahkan. Bukan beri ugutan bilamana ada hal yang tidak dapat dipastikan. Jadilah dewasa wahai semua yang menerima wang sebagai upah melakukan apa sahaja tugas.

12 comments:

benludin said...

keh harap ada babi merajuk sbb selalu kena panggil babi

Luca DK said...

gua pun selalu mencarut atas benda yang sama.

tapi carutan gua tak didengari oleh masyarakat malaysia.

ke mana harus gua salurkan rasa gua ini?

Anonymous said...

betul, betul, betul..melayu memang binawe. sibuk nak jadi YB je.

Hashim Zabidi said...

Cari jalan mudah
asalkan boleh mencelah.

Memasang kemah
untuk berhemah.

Kalau tak marah-marah
nampak tak berapa megah.

Polis memang suka ugut
sejak dari jaman tok janggut.

Anonymous said...

Awat hang baru tau ka melayu dualah lebih binawi. aku tau lama dah malah lebih dari tu, nasib baik aku bukan melayu, mamak

Ahmad Belia said...

lor, kasi tahu jiran leee...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

babi tu sama ke dengan kinzir

thoyol said...

pak jones,

Melayu mudah lupa. Biarpun kita melatah seribu patah perkataan pun, esok tetap ada yang mendirikan khemah ibarat jalan itu bertanda jalankan nama bapa dia.

Aku dah ingatkan ibu bapa aku yang aku ingin sesuatu yang mudah dan senang untuk majlis perkahwinan. Harap-harap aku tidak menjadi sebahagian mereka yang membazir dalam upacara yang sepatutnya menyenangkan.

Amin..

Pet Shop Boys said...

haha ye betul...melayu kalau pasang khemah pikir dia je yg nak kenduri.

Hasrul Halid said...

Tak ada duit tapi nak tunjuk macam ada duit! Itu aja!

Kalau betul ada duit, pegi buat kat hotel la!

Jones, lu patut kencing aja di 4 penjuru khemah sebagai tanda protes!

Anonymous said...

bila pasang khemah,niat nk jamu jemputan dgn makanan yg ada..bukankah itu niat murni yg dpt pahala..aku x rasa org melayu psg khemah time kenduri nk menunjuk2..tkkn jiran tetangga nk terasa,xleh nk fhm,xleh nk tolak ansur,org nk buat kenduri hidang makanan..pahala tu kan?..."Hilangnya kasih sayang antara insan sebenarnya ditanam dengan sebab-sebab yang kecil begini. Maka tidak hairan apabila berlaku salahfaham sesama tetangga akibat dari hati dan perasaan mereka digesel dengan beribu jenis kebiadapan yang hari ini dianggap budaya"...biadapkah tu psg khemah jamu org makan? atau penulis blog ni yg biadap? muka aku tgk berjanggut bersongkok tp lg binawe dt yg diluar sana..hati busuk...

Abu Samah said...

Saya sokong ape yang tuan punye boleh ini tulis.

Artikel mengenai melayu harus diperbanyakan lagi penulisannya ibarat bak kata pepatah "mata pena lebih tajam daripada mata pedang".


salam ziarah,

http://www.gadismelayuboleh.com