Sunday, April 25, 2010
pertunjukan maskara
RS Murthi,satu nama yang selalu saya percaya bila membaca review
musik diakhbar lama dahulu. Jika ada rekod yang beliau katakan baik, maka saya akan berusaha mencari. Malang sedikit saya tinggal di Kuantan dan waktu itu tidak banyak kedai rekod yang hip. Yang ada cuma Kedai International,sebuah kedai menjual peralatan eletrik berserta sedikit kaset dan rekod. Kemudian,ada Laser Disk,kedai milik orang kampung saya,Faruk dan yang sedikit lebih hip adalah Exeed Music di Kompleks Teruntum,dengan Jah sebagai jurujual paling terkenal waktu itu.
Lalu kali pertama saya melihat RS Murthi secara langsung adalah pada malam pembukaan pameran Seniman Abdul Samad Said di Balai Seni Lukis Negara tempuh hari dan jatuh cinta. Dia bermain gitar dan mandolin (agak saya) mengiringi Meor.
Sinaga-naga bertanya bagaimana mahu membawa RS Murthi ke MASKARA dan saya mencadangkan beliau bertanyakan siMeor kerana sebelum ini,Meor selalu bercerita mengenai beliau dan selanjutnya adalah sejarah.
RS Murthi di MASKARA! Kamu memang buasir jika kamu tidak dapat datang.
Cuma jika boleh,saya mahu melihat Meor mengiringi RS Murthi,bukan sebaliknya.
Oh! sebelum terlupa, Airmas SZ, penyanyi rock yang terlepas zaman dan peminat setia Rhoma Irama dan Inul juga akan tampil menyanyikan lagu-lagu puisi. Jika Airmas SZ datang untuk menyanyikan lagu dari puisi beliau sendiri,maka sudah tentu saya akan menyarankan pihak MASKARA meletak beliau menyanyi diwaktu rehat pertunjukan tetapi kerana beliau akan menyanyikan lagu-lagu dari album terbaru beliau iaitu,Sebelah Hitam yakni lagu-lagu dari puisi saya sendiri,maka sayugia saya cadangkan agar kamu mendengar bait-bait puitis maha hebat itu.
Kamu boleh sahaja jika mahu menangis secara terbuka dan mencium tangan saya setelah menghayati kata-kata mulus dari hati paling ikhlas seorang seniman besar yang sangat humble yang sering disebut sebagai genius,yakni,saya sendiri.
Dan satu lagi, penyanyi rock seluruh dunia dari seluruh zaman tidak akan memaafkan AIRMAS SZ kerana menggunakan nama AIRMAS SZ sebagai nama glamer seorang penyanyi rock. Gold Water,lucah benar bunyinya.
Maaf kerana saya tidak mengenali jemputan lain di pertunjukan MASKARA. Mungkin mereka tidak cukup penting untuk masuk dalam buku kehidupan saya.
Oh! Oh! terlupa sungguh saya. Ilmu makrifat melihat jauh kedalam buana mimpi fursilat man ana saya memberitau yang Ayah Pin sebenarnya ahli sorga. Yang masuk neraka cuma pengikut-pengikut dia sahaja. Dalilnya, Ayah Pin itu,GILA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
rs murthi dan meor mmg superb!
*Jah dah kena terjah ke
Keh rasa Airmas tengah buasir ni (sebelum tiba masa dia nak perform kat Maskara nanti tu).
Ya betul, kalau mau masuk syurga, kena jadi orang gila. Dalil: orang yang sembahyang tonggang tonggek belum tentu masuk syurga.
kamu tak pernah pergi ziarah negara langit?haha..
aiseh..nasha aziz tak mahu pakai maskara rupanya :)
Post a Comment