Untuk menjadi seorang jurufoto yang bagus,setiap foto yang diambil wajip bercerita. Tidak hairan-lah apabila perpatah cina mengatakan "sekeping gambar merakam seribu makna" ,malangnya,ini tidak berlaku dalam semua foto yang diambil oleh dr.ali.
Didalam dunia pengfoto,gambar-gambar yang diambil oleh dr.ali dikenali sebagai fotoamnu. Sesuatu foto yang tidak cantik,lalu ditopengkan,yakni ditutupnya semua kesalahan dengan warna-warna yang ditampal kemudian. Yang dilekap bagi menutup segala macam keburukkan yang ada. Contohnya gambar pertama, foto bandar Kuantan yang diambil dari menara Masjid Besar Kuantan.
Semua orang tahu yang Kuantan adalah sebuah bandar yang tersangat hodoh pembuatannya,saya kata pembuatan kerana jika bandar Kuantan yang dahulu dikekalkan,maka ianya adalah sebuah bandar yang amat cantik. Kebodohan yang bersahabat rapat dengan ketamakkan disamping mahu mengumpul kayubakardiri dineraka nanti membuatkan mereka-mereka yang bertanggungjawab memilih untuk memusnahkan.
Maka,itulah yang dilakukan oleh dr.ali dalam mengfoto. Beliau meng-amnu-kan segala fotonya dengan warna yang kepada beliau yakin akan 'dibeli' oleh rakyat banyak.Orang Felda dan orang Kuala Lipis mungkin tertipu, yang lain mungkin tidak.
Kita cuba mencari dimana baiknya fotoamnu dr.ali dan kita lalu bersetuju yang jika kita ini jenis yang gemar dengan pesta-pesta,maka gambar-gambar yang penuh warna-warni,penuh tipudaya ini adalah sesuatu yang terlalu ajaib dan kita dengan segera menyukainya.
Gambar kedua adalah bukti kukuh dimana suatu pemandangan yang teramat biasa dibius dan pengsan lalu diwarnakan mengikut sesukahati. Ini adalah kedurjanaan dalam kehidupan.Ini kejahatan peringkat atasan. Ini juga adalah gambaran sebenar pemikiran rakyat malaya.
Malangnya terlalu ramai jurugambar yang ada hari ini tergolong didalam katagori pengfoto-pengfoto fotoamnu.Mereka yang tahu menfoto tanpa mahu memberikan lebih. Mereka tidak menyumbangkan apa-apa kerhadap pembangunan insan.
Apabila kamu atau anak-anak kamu berusia 12tahun,maka kamu atau anak-anak kamu diwajipkan oleh pemerintah untuk memohon kad pengenalan diri sebagai bukti yang kamu adalah warganegara. Untuk itu,kamu akan difoto dan foto itu akan dilekapkan dikad pengenalan diri itu.
Hal ini tidak berlaku kepada siput babi atau apajua serangga yang difotomakro. Gambar diatas adalah "gambar pasport" untuk siput babi berkenaan. Gambar ini adalah satu gambar yang langsung tidak mempunyai apa-apa cerita. Hanya satu gambar pengenalan. Lalu untuk apa gambar ini? Bagi saya,ini adalah sebuah foto yang gagal.
Kebanyakkan fotomakro yang diambil oleh banyak jurufoto adalah "gambar pasport" dan sempena foto diatas,saya menamakan sebarang fotomakro tanpa sebarang cerita sebagai "fotosbabi"
Sebagai perbandingan,cuba lihat gambar yang diambil oleh saya diatas ini. Saya mencabar kamu supaya mengatakan yang sambil melihat gambar ini,airmata kamu tidak mengalir lesu. Dari kelopak turun kepipi dan akhirnya melekat didagu sekiranya kamu tidak berjenggut
Foto diatas mempunyai seribu macam cerita. Didalamnya tergambar kerosakkan akhlak remaja masakini. Dipandang dari segi lain,ianya adalah satu keindahan yang tidak tertulis. Jika kamu gemar menikah dengan kanak-kanak,gambar ini semestinya menaikkan ghairah kamu samaada kamu tabligh atau tidak.Dan jika kamu rajin mencari lebih jauh,kamu akan terpaku dan hampir pengsan apabila melihat,mendengar dan merasai apa yang ada didalam sekeping foto ini.
Konklusinya,dr.ali adalah sama seperti pengfoto majlis pernikahan,mereka adalah pariah dalam dunia foto-mengfoto.
Luarbiasa? Saya rasa tidak.
ps:seperti ahli-ahli neraka yang lain,dr.ali adalah seorang pemain futsal tegar,penyokong pasukan Manchester United dan ketua penyokong pasukan bolasepak Pahang.kesini untuk tutorial foto dari beliau.
15 comments:
Nasihat keh kepada Dr Ali - usahlah aok touch up gambo tu melebih-lebih sangat - buat lenguh pergelangan tangan je pegang mouse lelame. HA HA.
Hehehe. Kena maroh lagi dek dR Ali ni kang.
...'fotosbabi' hahahahaha
wa bukan dari kalangan orang lepih yang lu dungukan itu...sebab wa tak terlibat mengsengsarakan diri meraikan PM sabtu ini di sini,sepekara lagi photo yg wa photokan semua punya cerita tanpa makeup,termasuk photo lu yg berpeluh dahi..menolak kereta..ahak..ahak..
hahahaha.. LUARBIASA...
sambal tempoyak tanpa cabai melaka mane sedap boohhhh...teruskan usaha Dr ali...hidup Dr ali.!!!
wa negok oklah gambar dr Ali tu, ada stail dia sendiri, at less dia kreatif dari tangkap dan muat aje. Biarlah orang Melayu kreatif sikit, jangan biarkan luncai terjun dengan labu-labunya.
wahai manusia,
jika kepandaian kamu tidak sampai ke tahap video dibawah, janganlah kamu mencerca orang lain.
http://www.youtube.com/watch?v=6hlyKxGJ9Ls
hahaha.
Sorak sorai orang Kuala Lipis tidak akan tewas selama tiga hari tiga malam dlm pesta penuh warna warni yang akan bermula dua hari lagi.
Seantero jurufoto akan mengadakan pamerannya di sini, selain dari dr.ali barangkali, dan merakamkan lenggang dan lenggok suku sakat dan orang-orang keturunan Mat Jenin dan Lebai Malang, makan gula-gula.
dan kamu, jangan cuba-cuba kerling tangan ke belakang, jika belum ada sebiji batu ditangan.
Jika kamu gemar menikah dengan kanak-kanak,gambar ini semestinya menaikkan ghairah kamu samaada kamu tabligh atau tidak.
HAHA! ONE TIME!
kawan berjaya, tanpa pitam
mmg sangat luarrbiasaaa hahaha
Tak semua orang ada kehebatan fotografi..
SOKONG KEMPEN INI:
KEMPEN:Wanita Melayu Islam Jangan Pakai LEGGING Di Tempat Awam
setiap org ada persepsi sendiri.. mungkin bagi encik abdullahjones foto tersebut tanpa makna, tapi bagi org lain mungkin ada maksud tersembunyi..
jangan merendah-rendahkan org lain dan terlalu mengangkat diri..
Post a Comment