Friday, March 12, 2010

pengalaman saya ditahan polis kerana menfoto

Lori itu hanya ada cermin dan bingkai yang melekap kebadannya. Ekzosnya berdiri megah atau mungkin juga kesepian. Sendirian jauh dari kepala lori itu. Ini bukan lori hantu atau juga lori separuh siap yang sering kamu lihat dan ketawa apabila ia melintas.

Lori itu pernah siap dan telah lama berkhidmat. Mengangkut balak saya rasa jika mengikut bentuk asalnya.Kini ia cuma rangka yang mungkin dalam perjalanan ke bengkel baiki atau juga mungkin juga dalam perjalanan akhirnya. Apapun,lori ini tidak sepatutnya berada diatas jalanraya.

Saya percaya jika saya letakkan gambar lori itu disini,kamu akan ketawa. Alas, ianya tidak diharuskan terjadi.

Kerana apa? tanya kamu. Ianya dipadamkan oleh pak polisi yang ternampak saya mengambil gambar lori tersebut. Ketika itu,mereka sedang menahan lori tersebut. Dalam tiga keping gambar lori itu yang saya ambil, ada satu keping yang merakamkan pak polisi kita.

Ketika mengambil gambar, saya berdiri diseberang longkang yang memisahkan jalanraya dan saya. Dari jauh pak polisi bertanya mengapa saya mengambil gambar. Saya menjawab kerana lori itu terlalu kelakar. Dan saya pun berlalu dengan senyuman kerana percaya gambar lori itu nanti akan membawa senyuman kepada banyak orang. Yang melihat akan lupa sebentar apa jua masalah. Walau hanya untuk 2 saat, saya gembira mengembirakan.

Dari ekor mata saya melihat pak polisi kita kelam kabut masuk kedalam keretanya dan mengundur dengan laju. Lagaknya seperti ternampak pembunuh Shalini atau mungkin terlihat kelibat pe-nukul yang menghentak kanak-kanak tadika tempohari.

Meleset, kerana yang dikejarnya adalah saya. Tidak mengejar sebenarnya kerana saya masih belum mengerakkan motokar. Mereka berhenti disebelah dan meminta lesen memandu saya. Ini saya kurang suka kerana lesen telah lebih enam bulan meninggal dunia. Terasa seperti ketua kumpulan kongsi gelap apabila diperlakukan begitu. Saya suka perasaan itu dan berikrar untuk segera menubuhkan kumpulan samseng secepat mungkin.


Pak polisi bertanya sekali lagi mengapa saya menfoto. Saya jawab seperti tadi dan mereka tidak puas hati.Mereka meminta kamera saya dan saya berikan. Rakannya yang memeriksa lesen saya leka menulis entah apa.

Mereka bertanyaa kerja dan saya katakan yang ini melukis. Dia memandang saya dan memandang motokar saya. Dia bertanya melukis dimana dan saya bertanya apa salah saya sambil berdoa yang rakannya dikelabukan matanya dari melihat tarikh maut lesen memandu saya.

Kata dia yang saya mengfoto mereka sewaktu mereka bertugas. Saya katakan yang saya menfoto lori itu. Lalu saya tunjukkan gambar yang diambil. Seperti saya katakan tadi,ada tiga keping gambar dengan satu foto mereka. Saya mensyorkan dia memadam gambar mereka dan dia setuju. Dan meminta saya memadamkan dua lagi foto berkenaan.

Saya memprotes tetapi dia tetap pendirian.Mengenangkan lesen ditangan mereka, saya mengalah.

Nah,doa agar mata mereka dikelabukan dari melihat tarikh tamat tempoh lesen memandu saya dimakbulkan namun impian saya untuk mengembirakan kamu pula tidak.

ps: sila gabung dengan fesbuk ini dan tuliskan doa kamu. katanya ianya adalah satu jalan untuk pelukis amir zainorin menuju pameran solonya di Galeri Seni RA hujung tahun ini.oh! cuba juga jangan terlalu serius.

13 comments:

inaidejari said...

ahhaah....buek apo hang ambik gambar diaorg tengah pau dreber lori tuh...kakaka
soalan 1..
agak2 nya ler bape RM diaorg dpt ngan pak dreber tuh?

endiem said...

rugilah tak dapat lihat gambar te.. gambar boleh menceritakan apa saja.

Waqheh said...

hahaaha..saya juga pernah alami nasib yang sama..ditahan pak pilisi negara jiran di thailand..menfoto sorang mamat siam yang cukup kelakar...

mamai said...

ohh adakah memadamkan gambar itu merupakan satu magic yang merabunkan mata pak polisi.....

Hashim Zabidi said...

Jelas kamu menyekat rezeki orang utk mengembirakan orang lain. Lekas-lekaslah lesen itu diberi nyawa semula, supaya rezeki kamu tidak tertutup.

kelompen said...

jones..
gua tabik luu
menceritakan kelat dalam pekat..
yang amat sarat
kerja buat..

benludin said...

lukih je gambo lori tu...

ubilepih said...

Mau jadi Samseng sertai lah kumpulan jalur tiga...pasti polisi kelabumata...walaupun kamu lukih gambor kotak mancis yg di ulurkan derebar lori balak bapak polisi itu..
orang cakap harga kotak macis mahal..maklumlah balak dah kurang..

jebatsari said...

memadam kegembiraan orang adalah dosa yang sungguh-sungguh jahat.

mengabui mata pak polisi dari memandang tarikh ajal lesen dengan memadam kegembiraan orang, juga tidak kurang jahatnya.

kekkeke

Bukan Sepet said...

Apa susah daa...

Sekarang ada banyak perisian recovery.

Apa kata cuba satu? Recover balik memory card tu.

Hek eleh, sedangakan kahwin leh cerai, tunagng leh putus, apa lagi takat padam gambor lori...

Recover jer balik.

:)

Ikman said...

saya pernah tengok lori tu!
masa tengah jalan nak gi kolumpo.
rugi tak ambil gambar. sebab kamera dalam bonet.
togel benar lorinya.

Anonymous said...

1. keluarkan kad memori
2. downlod recovery tools
3. run recovery
4. UNTUNG???

Komik Pedih said...

SLR susah nak sorok dalam poket kan..

SOKONG KEMPEN INI:
KEMPEN:Wanita Melayu Islam Jangan Pakai LEGGING Di Tempat Awam