Wednesday, March 24, 2010
membiak ignoran
Gagal atau/dan tidak mahu memahami budaya sesuatu kaum atau bangsa tidak wajip menjadi alasan kepada sesiapapun untuk menunding jari mengatakan amalan sesuatu kaum atau bangsa itu adalah salah. Keterbukaan dan sifat mahu belajar sambil menghormati sesama manusia biasanya akan membuahkan keterangan.
Heboh satu Malaya bagaimana anak gadis mereka dibawa lari. Kita gagal atau tidak mahu memahami budaya yang pada kita adalah satu amalan asing.
Di Lombok,itu adalah kehidupan mereka. Bilamana kamu dengan sengaja tanpa melarikan anak gadis yang mahu kamu isterikan,maka kamu telah membawa malu kepada seluruh keturunan kamu. Sama seperti di Malaya ini bilamana kamu tidak membenarkan anak gadis kamu keluar malam sesuka-hati dan kamu dicop sebagai terkebelakang dalam arus.
Bayangkan tekanan yang kamu hadapi bilamana anak gadis kamu masih gagal membonceng motosikal siapa sahaja sedangkan anak jiran-jiran kamu siang malam berpeluk pinggang didepan khalayak. Malu ini bukan sahaja ditanggung kamu,bahkan semua anggota kampung ditimpa satu keaiban yang tidak terperi. Walau belum pernah dimasukkan dalam agenda mesyuarat JK Surau,tetapi ianya pasti telah menjadi bualan ahli jemaah masjid kamu.
Malu yang kamu hadapi ini adalah sama dengan apa yang ditanggung oleh ahli keluarga lelaki Lombok yang datang meminang tanpa melarikan. Ini adat mereka.
Setelah dibawa lari,keluarga perempuan akan mengadu hal ini kepada kepala desa. Kepala desa akan memutuskan yang keluarga lelaki wajip membawa denda kerana perbuatan itu. Ini hanya lakonan rentetan kepada sesuatu majlis perkahwinan. DiMalaya,ini mungkin dipanggil majlis pertunangan.
Setelah denda ituini,kedua pasangan itu pun dinikahkan, Selesai.
Untuk menyedapkan hati kamu, cuba periksa,dari ramai gadis yang dilarikkan itu, berapa ramai dari mereka yang dicabul,diperkosa tanpa kerelaan. Saya pasti tidak ada kerana apa yang mereka lakukan adalah kerana suka. Rela dan sebagainya tidak menjadi kesalahan dalam undang-undang sivil.
Jangan butakan mata kamu dengan mengatakan yang anak gadis kamu dibomohkan. Ramai anak gadis kamu yang masih belum dilarikan asyik melahirkan anak haram di negara ini.
Kemudian dari itu, adalah bodoh apabila kita menghina kehidupan sesuatu bangsa atau kaum tanpa ilmu yang cukup."sejengkal kebun sayur,sekangkang sawah padi" adalah perbuatan yang paling tidak adil. Ini adalah kehidupan mereka. Dengan juta-juta manusia di Indonesia sana, , belum pernah didengar ada rakyatnya yang mati kebulur. Mereka yang kemari datang kerana mahu lebih. Bukan kerana papa-kedana.
Kamu juga tidak lebih kaya dari mereka.
Kamu yang lebih senang duduk dicelak ketiak bonda, yang jika lapar dan kekurangan wang, segera meminta-minta wajip hormat kepada siapa sahaja yang mahu berusaha.
Seniman wajip menjadi pengantara damai. Bukan menjadi kuli yang dibayar. Berkarya mengikut perut.Menjadi talibarut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
seronok duduk di lombok sbb takde rosmoh
kita pemasyhur adat orang,
biar anak dara kita terkangkang tersiat dan sesat, melarat.
Siapa yang salah memahami adat siapa,
ini tanahair kita, kita yang punya.
belajarlah menjadi kurang ajar
di tanah kita sendiri
...sbb takde rosmoh. hehehe!!! aku setuju yang amat sangat.
gua suka bubur lambok
sekurang- kurangnya apabila dia lari ke lombok akan jadi halal perkara.
dari lari ke lampu merah yg bersepah di kuala lumpur.bukan saja lombok ...cina keling bengali iban melayu dan apa saja bangsa boleh pakai.
mesej yg aku nak sampaikan ialah...JGN DENGAR CAKAP SARIZAT.
sebab dia bukan berasal dari lombok.
"Seniman wajip menjadi pengantara damai. Bukan menjadi kuli yang dibayar. Berkarya mengikut perut.Menjadi talibarut."
woo... terbaik!
Salam,
Maaf saudara tuan blog, saya bersetuju dengan Hashim Zabidi. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Adat melarikan anak gadis orang, tak apa, tapi minta jangan diamalkan di sini kerana kita juga punya adat yang perlu dihormati. Perlukah menunduk hormat adat orang lain, sedang adat sendiri diludah dikencing orang yang bertandang? Mudahnya Melayu melupakan prinsip, sekadar kerana menghormati orang yang biadap pada mereka.
Post a Comment