Friday, February 19, 2010

cintaku jatuh di stesen minyak milik separuh kerajaan di hentian rehat simpang pulai

Biasanya, saya jarang bercerita peribadi. Pendapatnya,peribadi itu sendiri. Jika diceritakan,maka tiada lagi peribadinya. Kerana itu juga saya amat menghormati apa juga yang kamu lakukan. Amal baik mahupun amal sebalik. Jika amal sebalik yang kamu lakukan, maka ampunannya kamu sendiri yang perlu uruskan. Dengan manusia atau tuhan.Amal baik,maka bahagialah kamu dihari kemudian.

Kamu dengan urusan kamu dan biarkan saya dengan urusan saya.

Tapi hari ini lain. Hari ini saya wajip menceritakan betapa saya telah jatuh cinta.Namun seperti kebanyakkan kisah cinta yang agung, ianya berakhir dengan kekecewaan. Semua angkara masyarakat yang tidak dapat menerima penyatuan kami.

Bukan kerana darjat, tetapi kerana masyarakat disini belum boleh menerima.Ditempat lain,ianya walau jarang berlaku,ada sekali-sekala menjadi tajuk berita.Sungguh, jika tidak kerana halangan ini, saya pasti menikahi dia, hari itu juga.

Mari saya ceritakan.

Saya biasa melihat dia. Namun kami tidak pernah bertegur-sapa.Bukan kerana tidak cinta,cuma saya merasakan dia terlalu lebih pendedahan. Saya sukakan yang biasa-biasa.Dan apa yang dia lakukan,perempuan lain juga boleh. Tidak lebih baik mungkin,tapi boleh.

Hari itu di stesen minyak milik separuh kerajaan dihentian rehat Simpang Pulai,saya bertemu dia secara tidak sengaja. Mungkin dia telah lama disana saya tidak tahu kerana ini kali pertama singgah di stesen minyak tersebut.

Waktu itu dia bersama lelaki lain. Tidak ada cemburu dihati semasa melihat dia melayan lelaki tersebut.Terus saja saya kekaunter bayaran setelah mengambil setin minuman. Walaupun terasa perlu merokok dan seperti yang diketahui umum, merokok distesen minyak adalah berbahaya, saya yang letih memandu mengambil keputusan untuk duduk dimeja berhampiran dia dan minum melepas lelah.

Sumpah, saya langsung tidak menjeling pada dia yang masih sibuk dengan lelaki lain. Saya bersandar dikerusi dan minum. Keinginan merokok memuncak, namun keletihan mengatasi. Walau pun tidak percaya ianya boleh berlaku,yakni,letih menguasai rokok,ianya berlaku juga walau tanpa rela.

Benar kata bijaksana. Semua yang berlaku ada sebabnya.Sedikit pengorbanan bakal membuahkan hasil yang tidak terduga.

Lelaki yang tadinya nampak begitu selesa dengan dia beralih dan keluar meninggalkan dia. Saya teragak-agak. Mahu terus kepada dia atau kekereta,memandu jauh sedikit dan nyalakan rokok.

Letih masih teramat kuat setelah lebih 5jam memandu. Saya beranikan diri menuju dia. Dia cuma pegun disitu. Oh! stesen itu perlu perhatikan masalah lalat didalam kawasan rehat yang disedikan untuk pelanggan. Terlalu banyak pada pendapat saya. Terlalu menggangu.

Tanpa sepatah kata, saya terus duduk diriba dia. Dia diam. Saya belai pehanya.Tanpa sepatah kata, dia memicit lembut belakang saya. Dan seterusnya dia membelai seluruh tubuh saya hingga kebelakang tulang kering.Kami seperti sejoli yang memang ditakdirkan untuk bersama.Sesekali terdengar dia ber-purrr.Tubuh dia bergegar. Terasa letih keluar perlahan-lahan. Nikmat peringkat atas.Yang kurang cuma tiadanya musik romantis sebagai latar belakang. Terdengar cuma jerit gadis kaunter memberitahu pelanggan jumlah harga. Menganggu suasana.

Orang yang keluar masuk langsung tidak saya peduli. Hilang malu. Airliur saya meleleh. Hampir sorga saya dibuatnya.

Hampir 30minit saya bermesra dengan dia. Gadis-gadis dikaunter mula berbisik sesama mereka. Cemburu.Saya bangun dengan berat hati. Dia diam tidak lagi bergegar.Perjalanan saya masih jauh. Perlu saya teruskan. Saya berjanji untuk singgah lagi dalam perjalanan pulang. Jika dia tiada dijalan bertentangan, akan saya ulang pusing kestesen ini juga walau terpaksa memanjangkan perjalanan.

Seperti yang saya jelaskan awal tadi, saya sanggup menikahi dia disitu juga.Sungguh! Tetapi bimbang dan amat benci publisiti memyebabkan niat itu saya batalkan. Tidak sanggup rasanya membaca berita 'lelaki menikahi kerusi urut'.

Mungkin baik untuk melariskan akhbar dan menjana ekonomi negara namun ianya pasti akan membunuh karier melukis saya.Tidak sanggup rasanya menafikan kamu semua dari meniklmati karya seni mahahebat.

20 comments:

Hann Haidar said...

nice one!

binjidan said...

gampang kerusi urutt sehhhh

pye:rudz said...

chiss, gampang. thrilling habis.

lyza said...

jakun

the artist and i said...

syabas

thoyol said...

dah tua kot pak jones..

haha..

DiksiChick said...

aku mahu stalking rajawali.
tjantek.
dan KAMU.

kita jumpa bulan depan jones, abdullah jones,
dengan izin tuhan.

MJ said...

Singgah Simpang Pulai tak call pun!

jawa peranakan said...

walaupun endingnya kerusi urut, gua tetap horny..

inaidejari said...

walaupun doh lama tok maki..arini terpaksa kuar gak...
gampang sungguh story ini...
dah nok klimaks dohh tadi baca

Anonymous said...

penulisan entry ini amat baik.
hahahahaha..

Pegawai Khalwat said...

setelah lama tak terkena akhirnya aku terkena jugak!

dugongsenyum said...

top up aaa lagi setengah jam, haha

Hashim Zabidi said...

Punyalah jauh jalan ceritanya, alahai! di kerusi urut akhir klaimeks nya.
Setua aku ni bagai nak pitam geli gelemangnya.

sinaganaga said...

perempuan muda memang suka kat lelaki tua sebab lelaki tua rajin top up!

mardhiah said...

Bagusla ko tak moh tuleh pasal diri sendiri, kang ke stalk, jadi obsessi pempuan, memalukan orang pempuan gak. Org lelaki tak malu.

kasut-gombak said...

hahahaha.

lonelyroseblack said...

nice! :)

tuan tanah said...

:)

Lily Lola said...

Kelakar