Monday, February 22, 2010

busuk perut



Diatas adalah gambar masjid lama Kuantan. Masjid yang amat cantik. Dibina dengan makmum sebagai agenda utamanya. Masjid ini tiada tiang didalamnya. Safnya tidak putus sehingga kehujung. Diluarnya ada ruang rehat. Mahu tidur siang mimpikan bidadari atau termenung memikirkan mahu masok sorga dari pintu mana.

Disekeliling masjid ini ada taman. Tempat riadah para pencen. Berbual atau termenung. Ia menjadi tempat aman kebanyakkan orang. Kamu yang tidak pernah kemari waktu itu pasti tidak dapat mengambarkan betapa masjid ini memberi ruang kepada banyak orang.

Verandah masjid ini pada malamnya adalah ruang tidur para musafir. Saya tahu kerana waktu itu,saya dalam sekolah menengah, ada masanya saya akan bermalam disana hanya kerana saya mahu.

Disana saya temui pakcik-pakcik yang siangnya menjual ubat dibawah pohon tembusu yang terkenal itu. Mereka tumpang bermalam dimasjid ini. Ada juga kutu rayau yang mencari teduh. Itu sifat masjid. Menerima siapa sahaja tanpa memandang kedudukkan.Yang kacak (saya) atau yang huduh (kamu semua).Yang kaya (saya) atau miskin hina (kamu semua).

Masjid ini adalah satu dari dua. Iaitu, ada satu lagi masjid yang serupa tetapi saya lupa dinegara mana. Bentuknya unik. Cantik pada pandangan saya.

Malangnya masjid ini telah lama dirobohkan. Memang,semasa akhir-akhir hayatnya,masjid ini sering menghadapi masalah bocor. Dibaiki berkali,masih juga bocor.

Apa,tidak mungkinkah dengan segala macam maju,tidak dapat dicari satu cara untuk menutup bocor itu selain dari merobohkannya. Dan diganti dengan sebuah masjid yang tidak mesra makmum. Masjid baru bandar Kuantan terlalu ketat dan sempit. Sempit akal pembinanya dan ketat aturan didalam dan luarnya. Tiada ruang untuk musafir bermalam. Harus diingat,musafir tidak memerlukan ruang sembahyang untuk tidur,cukup sekadar verandah. Masjid baru Kuantan tiada verandah. Ruang sembahyang utama berkongsi dengan ruang tidak utama dan makmum tidak tahu dimana wajip berhenti saf pertama dan mula saf kedua. Jadi-lah safnya (kecuali Jumaat) saf yang kelam kabut.

Namun apa yang mahu dihairankan. Kata pandai agama, saf mengambarkan apa yang berlaku dalam masyarakat.

Itu bukan sebab sebenarnya tulisan ini. Apa yang mahu saya sampaikan adalah kehebatan kita memusnahkan apa juga yang boleh kita jadikan ikon. Masjid lama Kuantan,jika masih ada hari ini,usianya mungkin hampir 100 tahun. Banyak manafaat yang akan kita dapati dengan adanya bangunan setua itu dibandar bodoh ini. Tamak menguasai lalu kita robohkan hanya kerana untung yang kita anggap besar hari ini.

Kedai-kedai lama dibandar Kuantan juga menghadapi nasib yang sama. Satu demi satu mula ditinggalkan dan jika empunya bangunan mampu, dirobohkan lalu dibina satu bangunan yang sangat menyakitkan mata dan hati. Bangunan Merdeka Square misalnya.Bangunan paling bodoh dalam sejarah bandar Kuantan (selepas Putrajaya) jika tidak didunia.

Orang tidak datang untuk melihat benda baru. Melaka tidak baru. Pulau Pinang tidak baru. Lihat betapa ramainya pelawat kesana. Lihat pula apa jadi kepada pantai Cherating setelah dimodenkan. Jahanam. Yang datang cuma pasangan yang mahu beromen dan kadang-kadang drali,mengusung kamera.Mencari pasangan beromen gamaknya.



Kelmarin kita dapati keretapi ke Bukit Bendera pula mahu dimusnahkan dan diganti dengan yang baru. Sedih hati berulang-ulang apabila apa juga yang tua dimusnahkan. Dari tumbuhan ke bangunan.Gunung dan bukit.Mujur masih ada yang cerdik di Perak sana apabila pohon-pohon di Taman Tasek masih dikekalkan.

Saya bukan pencinta alam, tetapi memusnahkan apa juga hanya kerana mahukan keuntungan adalah benci utama saya. Projek itu ini hanya kerana mahu lebih wang. Hanya kerana mahu apa yang kamu tidak ada. Jika kamu terlibat dengan kerja memusnahkan apa juga hanya kerana tamak, maka saya doakan kote kamu dan keturunan tidak tegang tujuh genarasi mendatang.

ps; gambar Masjid lama Kuantan itu diambil dari sebuah buku. Digunting . Lelaki yang menggunting gambar dari buku itu juga pemusnah. Jika tidak memikirkan yang dia seorang kawan, mahu saja saya doakan agar dia sembelit seumur hidup.

20 comments:

jawa peranakan said...

kalau kote sudah tidak mahu tegang, mana mungkin akan ada 7 keturunan mendatang..

lullaby said...

shit. sometimes i hate developments. but they said we dont need stupid tradition. bullshit!

kingbinjai said...

ha ha marah sokmo ni ha ha

Admin said...

teringat bas mini kat kolompo. apa-pun masjid ni hati pada kampung. cakap pasal masjid memang tak habis. apa pun tahniah kepada masjid lama kuantan kerana pernah jadi masjid yang hidup 24 jam.

Hashim Zabidi said...

Saya adalah diantara penyembahyang jumaat disitu (1975-1990). Akhir kematiannya masjid bulat itu melimpah ruah dengan makmum (saiznya telah menjadi kecil).

azie said...

oh..ini adalah salah satu sisi kuantan yang saya tak pernah tahu*lahir tahun 86*. sayu tengok masjid itu dan sedih masjid sekarang dah tak boleh jadi tempat para musafir lagi.
memang tak dapat dinafikan, pelancong datang ke penang dan melaka kerana nak tengok bangunan2 lama tu sebenarnya*saya mix penang dan melaka haha*

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

kerumah urut la kita semua
dengar kabo di sana di sambut mesra
betul ke
nak nak cuba hujung minggu ni

Kemilau Gemilang said...

ai.... jaga kroni nampak?

the artist and i said...

pudu jail pun dengaq kata nak roboh eh?

Anonymous said...

Karut blog ni, banyak sangat mengarut...
En Jones sila penuhkan blog ni dengan bahan ilmiah lain kali...
Btw, nak mengkritik sapa2 pun kita kena kritik secara constructive dan berhemah, bukannya dengan mengkritik membuta tuli sahaja...

Anonymous said...

-Ahmad ( pemberi komen di atas )

zarch said...

Assalam, rugi rasanya, masjid yang seunik tu, seakan khemah besar tanpa tiang dirobohkan, sepatutnya dibaiki. Tambahan keunikan hasil- cipta sesuatu yang lama atau antik wajar sahaja menjadi inspirasi generasi terkemudian, hatta dikebanyakkan negara-negara diEropa, bangunan lama dijaga, hanya diperbaiki. Kecualilah kalau tak ada jalan lain nak memperbaikinya.

Rasmi Mamat said...

kalau dah rosak kenalah tukar.. mcm kereta atau bini juga. Tapi pastikan tukar ke lebih baik. Macam mana lebih baik tu? lu fikirla sendiri...

R@duan said...

naya kote kena sumpah

hai said...

masjid lama Pekan,berdekatan makam diraja tu pun ditinggalkan begitu saja...dan di bina pula sebuah masjid baru yg jaraknya dekat je...apa la salahnya kalau masjid lama tu digunakan untuk kelas fardhu ain ke...

JHaZKiTaRo said...

salam dari bumi Dublin, Ireland.. blog hopping.. rajin2, jemput singgah ke blog hamba.. :)

b.tan said...

salam bro,
aku pernah tidor dengan member-member kat masjid tu lepas ambil spm, kononnya nak cari kerja sebelum keluar result. tapi proses merobohkannya aku tak tahu langsung. tahu-tahu balik dari lawas, masjid tu dah bertukar bentuk. aku tak tahulah sape punya idea tu.

Lily Lola said...

Kampung Baru KL pun dah nak dirobohkan...eh...majukan.

Unknown said...

..aku tak pernah ke masjid pekan. aku duduk jauh. SIK. Aku bangga masjid sik masih lagi kekal..ditokok tambah sana sini utk selesanya jemaah. Tapi pekan SIK sudah tiada! - sudah ROBOH!- dibinanya pekan baru kat seberang sungai...KEMAJUAN...memakan KORBAN. SIK sudah maju..sudah ada TRAFFIC LIGHT....:)

Anonymous said...

sebelum masjid ini, masjid besar Kuantan ada kat belakang Pusat Dialisis MUIP sekarang ni...awok tau ke?