Wednesday, March 03, 2010

apa itu saham amanah islam

Melabur dalam Saham Amanah Islam adalah terbuka untuk semua,samaada yang beragama Islam atau tidak. Walau bagaimanapun, Tujuan melabur untuk dua golongan ini mempunyai niat yang berbeza.

Kepada yang beragama Islam ianya adalah satu alat untuk mentaati perintah agama disamping pelaburan yang sedikit dengan risiko yang rendah.

Manakala kepada yang bukan Islam, Saham Amanah Islam boleh mejadi suatu jenis pelaburan yang khas untuk mengecapi keuntungan yang tinggi dari biasa dengan melabur di dalam tabung dana yang etikal.

Pelaburan dalam Saham Amanah Islam berpaksi keseluruhannya pada nilai-nilai agama manakala pelaburan konvensinol pula adalah berdasarkan kesan social dan nilai kemanusiaan.

Saham Amanah Islam adalah dibenarkan untuk melabur didalam bursa yang berdaftar, dalam dan luar negara, dagangan hadapan selama mana ianya diluluskan oleh Komiti syariah atau SC’s SAC.

Pelaburan dalam Saham Amanah amat sesuai bagi mereka yang mencari satu alat pelaburan jangka panjang dengan pulangan yang stabil. Oleh yang demikian,pelabur harus faham yang terdapat risiko-risiko didalam pelaburan sedemikian.Tambahan pula harta yang dicagar seumpama saham,bon,tunai,hartanah dan alat deratif,maka leuntungan mutlak adalah tidak dijamin.

Terdapat kekangan dalam pemilihan tapak pelaburan dimana hanya syarikat yang dipilih wajip menepati semua kehendak Islam. Sebagai bandingan, tidak terdapat sebarang halangan pelaburan dalam memilih tapak pelaburan dalam skim konvensional. Pengurusan bagi kedua-dua tabung adalah sama.

Metod pengkelasan: kuantitatif dan kualitatif

Pengkelasan tapak pelaburan dalam Saham Amanah Islam dibahagi dua,kualitatif dan kuantitatif. Pusingan pertama pengkelasan melibatkan aspek kualitatif. Jika syarikat-syarikat yang aktiviti utamanya seperti yang dibawah,maka ianya disifatkan sebagai TIDAK SYARII.

a. Syarikat kewangan yang berpaksikan riba.
b. Pertaruhan dan perjudian.
c. Pembuat atau penjual bahan tidak halal.
d. Insuran konvensional.
e. Altiviti hiburan yang diharamkan oleh syarii.
f. Pembuat atau penjual bahan berasaskan tembakau.
g. Bursa saham yang tidak mengikut kehendak syarii.
h. Apa juga aktiviti yang tidak menepati syarii.

Katasas bagi pusingan pertama pengkelasan ini adalah AKTIVITI UTAMA.Syarikat dengan aktiviti utama melibatkan aspek kualitatif seperti diatas adalah dilarang samasekali dari terlibat dalam Saham Amanah Islam.

Ianya tidak berakhir disitu. Pengkelasan kualitatif sebenarnya adalah telus dimana syarikat yang dibenarkan dan tidak. Dalam kehidupan seharian,kebanyakkan aktiviti utamanya adalah dibenarkan seperti sector pembuatan dan penjualan alatan eletrik dan makanan sebagai contoh. Walaubagaimanapun, ketidaksucian mungkin akan meresap ketika dalam perjalanan syarikat.

Dengan itu syarii menetapkan peratusan kesucian yang dibenarkan dalam perjalanan syarikat bagi memudahkan masyarakat untuk melabur.

Sebarang syarikat-syarikat yang mencampuradukkan aktiviti (dibenar dan tidak dibenarkan oleh syarii),dua perkara yang wajip diambilkira. Pertama, pandangan masyarakat kepada syarikat berkenaan wajip mulia. Keduanya, aktiviti utama syarikat berkenaan adalah pentin dan dikira sebagai maslahah (‘memberi untung’ ) kepada umat Islam dan juga negara. Peratusan aktivi tidak suci wajip kecil dan melibatkan perkara seperti umum balwa (tidak dapat dielak),uruf (budaya) dan juga hak bukan islam yang diterima oleh Islam.

Had yang dibenarkan adalah seperti berikut

a. Had lima-peratus

Had ini digunakan untuk menilai aktiviti yang sememangnya dilarang seperti riba,perjudian,arak dan daging babi. Islam melarang keras riba dalam semua bentuk. Oleh kerana dunia pasaran moden sekarang adalah kompleks dan mengelak sepenuhnya riba hampir mustahil, maka elemen riba yang teramat kecil adalah dibenarkan.

b. Had sepuluh-persen

Had ini diguna pakai bagi aktivi perniagaan yang disifatkan sebagai umum balwa. Contoh perniagaan sedekian adalah riba dari simpanan tetap dan juga perniagaan yang berkait dengan tembakau.

Diharapkan encik Ahmad terhibur.

*tulisan diatas adalah sebahagian terjemahan kepada satu artikel yang akan diterbitkan dalam majalah kewangan personel keluaran hadapan.mahu tahu lebih,sila beli.

6 comments:

benludin said...

ada org sorong bantal sedap gak nih

mydairy said...
This comment has been removed by the author.
mydairy said...
This comment has been removed by the author.
2121studio said...

sungguh ilmiah...

neni said...

terkejut baca entry ini..:)

Razif Azlan Shah bin M Ridwan said...

"...Oleh kerana dunia pasaran moden sekarang adalah kompleks dan mengelak sepenuhnya riba hampir mustahil, maka elemen riba yang teramat kecil adalah dibenarkan..."

Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun... zaman skrg org senang2 menghalalkan yg haram...

sememangnya hampir mustahil untuk mengelak riba, namun ia bukan mustahil bg yg mencari Allah...

cntoh sgt senang...kalau tiba-tiba smpai 1 masa hampir mustahil untuk mengelak drpd memakan daging babi,alasan yg xkukuh kalau ckp "...maka elemen babi yang teramat kecil adalah dibenarkan..."

xkan smpai dah xde bnda lain nak dimakan...

perkara yg sama dgn riba,xkan dh xde inisiatif lain utk m'cari rezeki tanpa riba...

Klau x xkan smpai diisytiharkan perang oleh Allah yg Maha Mengetahui Lagi Maha Arif akan org2 yg mkn riba wlaupun sebiji sawi..

sy xslhkan siapa2, mmg slh sy lmbt b'tindak...

istighfar wahai saudara-saudari sekelian ;(