Wednesday, December 09, 2009

lagenda


Osman Limat,satu nama yang sepatutnya tidak perlu diperkenalkan jika kamu benar-benar mengambil tahu mengenai dunia seni lukis Malaya. Beliau telah lebih 30 tahun pengalaman dalam dunia seni.

Tidak lama dulu,saya telah meminta beliau menceritakan jalan menuju kepada bagaimana beliau menjadi pelukis. Malang sedikit,saya dan dia tidak mempunyai masa untuk menghabiskan kisah ini. Nanti jika ada kesempatan akan saya sambung sejarah perjalan hidup beliau.

Berikut adalah cerita dari mulut beliau sendiri;

Semasa dalam sekolah rendah,darjah enam,tahun 1963, aku masuk pertandingan melukis,aku kalah. Semasa dalam tingkatan tiga, aku mengambil krusus senilukis di Nanyang Art Acedemy,Singapore. Aku terpaksa berulang-alik dari Segamat ke Singapore setiap hujung minggu dan cuti sekolah.

Semasa di Singapore, aku menumpang di rumah saudara aku, Haji Abdul Hamid Bin Abdul Samad di Changi Road.

Aku juga berkerja sambilan membasuh pinggan di restoran Kak Aisyah di Changi Road semasa berada di Singapore dengan upah sebanyak 50 ringgit. Dengan duit upah itu aku dapat tampung belanja beli barang seni lukis.

Pak Man menunjukkan jari-jemarinya yang 'haus' sebagai bukti lamanya beliau melukis


Banyak juga aku jumpa bintang filem bila aku melawat studio Chatay Kris. Aku ke sana melawat tempat membuat poster wayang. Sempat jumpa Mat Sentol!

Aku jumpa Isa Ahmad, pelukis set dan poster wayang.

Aku sempat belajar melukis di Nanyang cuma dua bulan. Tak mampu nak bayar yuran. Aku tanya Nanyang boleh belajar secara pos atau tidak? Mereka kata boleh. Jadi aku pun belajar secara pos. Aku ingat lagi nombor ahli pelukis gaya pos di Nanyang,2335. Tak percaya engkau pi tanya Nanyang.

Jari-jemari Pak Man yang 'haus'


Krusus gaya pos aku ikut sampai tamat. Tiga tahun. Dapat lah sijil dari Nanyang. Jadi kiranya aku ni samalah satu sekolah dengan M.Nasir,Amin Sahab. Kira aku senior dia orang la.

Dua kali aku menang pertandingan melukis sesama ahli gaya pos Nanyang.


Aku sekolah sampai form three. Aku fail LCE.


ps: pergi ke sini untuk membaca mengenai sumbangan kerajaan Pahang terhadap perkembangan seni.

10 comments:

ayobkelubi said...

tabik kepada ismail limat!.

mamai said...

sungguh haus jari belia tapi beliau memang berbakat

the artist and i said...

salute.

MKriza said...

Kisahnya patut dibukukan. buat semangat bagi mereka yang tiada semangat.
tabik!

wook said...

tabik jugok.jangan lupa 2010 nanti di bukit purba pertarungan kita bermula ogos weiii..

anon jiran sebelah said...

Nanyang dah tak se'glemer' (popular) dulu dan ramai budak2 lelaki yang ambil kursus arts ni "lembut-lembut"(perwatakan) belaka...dari pemerhatian saya.

Obefiend Weiland said...

respek. aku pun tak reti nak melukis sebaik dia

fuh!

Hashim Zabidi said...

Saya masih lagi berdendam dengan Pak Osman Limat nie. Tak tahu bila nak selesai.

Khabarkan pada Pak Osman, selagi harimau dan seladang tak berkarat (berjuang)selagi itulah kami akan bersilat...

Rahimin Idris said...

Galeri Pak Osman ada kat Temerloh Pak Hashim. Dekat bangunan kedai buku Sagumpas tu. Pergi la bersilat hehehe.

cia said...

semoga Allah memberkati dan merahmati kamu Osman limat dan keluarga kamu...dan kamu AJ dan keluarga kamu....aminnnnnn