Tuesday, December 08, 2009

penjual api

dimulut para menteri
ada api menghambur
membakar hangus
rentung
garing

dirumah kami
pilinya kecil
airnya sekadar
cukup buat minum

negeri ini semakin
lama semakin hangus
gersang
kontang

kami menjadi anak
kecil dirumah kebajikan
yang hanya diraikan
bila hampir
hariraya

kemudian kembali
dilupakan

para menteri kekal
menjual api

9 comments:

Obefiend Weiland said...

api kecil membakar jiwa
dari parlimen ke manara istana
biar hangus mereka semua
kita makan popcorn ketawa

MKriza said...

Kami anak kecil
tidak mahu api
kami mahu nasi
untuk mulut ini
untuk jiwa ini

2121studio said...

rakyat didahulukan...
rakyat didahulukan...
rakyat didahulukan...
rakyat didahulukan...
hua hua hua...

cia said...

pencapaian diutamakan...
pencapaian diutamakan...
pencapaian diutamakan...
pencapaian diutamakan...
pencapaian diutamakan...
bullsit...bullsit.....

Rahimin Idris said...

bravo!

Hashim Zabidi said...

marah bagai api
baik bagai salji.

cakap luar pagar, menyinga
cakap dalam pagar, menikus.

Guten Tag said...

terbaik.

dugongsenyum said...

aik? dah edit lain dah. tapi tetap terbaek!

Drain Cleaning Bensonhurst said...

Thank you for writiing this