Friday, December 11, 2009

selamat hari jadi kak ros



Saya amat amat malas untuk mengemaskini blog sebenarnya. Bimbang terlebih popular. Tapi adakalanya saya merasa amat perlu dan hari ini saya merasa begitu yakni amat perlu.

Klik imej diatas dan cuba lihat apa kesilapannya. Iklan ini rasanya memerlukan belanja tinggi. Satu muka diakhbar perdana. Banyak tenaga yang diperlukan untuk menrealisasikannya. Namun hasilnya sangat minima.Tambahan pula dirosakkan oleh kegagalan penulis iklan ini untuk teliti.

Saya bukan ahli bahasa,namun WIRA WATI? Alangkah bodohnya penulis iklan dan pembaca peruf tulisan ini. WIRA WATI sepatutnya di eja sebagai WIRAWATI! SPRM, eh! maksud saya DEWAN BAHASA patut menyiasat perkara ini. Ini amat memalukan!

Kita tidak mahu peristiwa bersejarah ini (mengucapkan selamat ulang tahun kepada wanita pertama Malaya dengan membeli iklan suratkhabar) ditahikan oleh kesilapan sebegini.

Dan jika berkesempatan, saya akan merasa bangga untuk mengulas sajak hebat yang dipaparkan itu. Penulis sajak berkenaan yang pastinya mendapat bayaran sepatutnya banyak sembahyang taubat dan memohon Tuhan mendatangkan rasa rendahdiri kepadanya kerana menghasilkan sebuah karya yang megahebat.

Oh! SELAMAT HARI ULANG TAHUN WANITA BESIWAJA WIRAWATI NEGARA,DATIN SERI ROSMAH. NAMA SAYA ABDULLAHJONES.Ingat,ABDULLAHJONES.




ps:baca betapa moleknya arena senilukis Pahang disini.

7 comments:

el said...

iklan untuk kak ros memang perlukan ruang yang besar boh... tidak tak muat lo...

jawa peranakan said...

YAB bermaksud Yang Amat Berbahagia.. maka tidak perlu la BHG lagi.. dah jadi Yang Amat Berbahagia Berbahagia.. kebahagiaan berganda..

el said...

kalau baca tulisan tu... tetiba rasa nak montah... bodek gila bab nih... memang jilat sampai ke simen dah ni...

Bard said...

haha......semuga panjang umor..

cia said...

nie ...melampau ni , cukur dan jilat ni......boleh buat anakanda marahhhhh......kalau tak mencarut kat pompuan ni rasa berdosa pulak......

hanimomo said...

Nama saya Jones. Abdullah Jones.
HAHAHA Haram!

Anonymous said...

1. haha... saya juga selalu dpt job gomen... selalu jugak buat typo error nih...
2. kerana si pembodek/kontraktor bumi/ pelobi tersangat la nak cepat disebabkan beberapa faktor.
3. menyingkap beberapa lagi rahsia poster ini... pertama tujuannya... benar skali ada unsur bodek tetapi fokus nya bukan itu...
4.fokus nya projek!!! kerana nombor daftar syarikat trunk itu!!! sekitar tahun 2009... hahaha perlu projek utk hidup....
5. trunk dibantu oleh kroni nya lagi satu untuk membodek... kerana daftar syarikat yg lagi satu sekitar awal 90an....
6. bermakna syarikat itu punya track record yg baik....
7. poster itu sekadar mengaburi mata pihak lawan....
8. hahaha