Friday, March 27, 2009

kampong melayu sungei lembing

oleh: abdullahjones
http://www.abdullahjones.blogspot.com (hahaha)

Jika ditakdirkan, malam ini tsunami melanda dan tempat yang paling selamat adalah masjid-masjid,maka esok pagi akan bergelimpanganlah mayat-mayat melayu islam Malaya.

Betapa tidak,sebaik selesai sembahyang isya,maka bergegaslah petugas mengunci masjid. Di buka balik sekonyang-konyang sembahyang subuh. Itu pun jika ada jemaah. Lalu sebelum sempat isyark atau duha masjid dikunci kembali.

Namun apa mahu dihairankan,kebanyakkan masjid adalah milik peribadi ajk nya.Bukan hanya pintu masjid yang dikunci,tandas masjid juga. Jangankan mahu beriktikaf,mahu berak juga adalah masalah.

Banyak juta agaknya harta yang tersimpan didalam masjid milik melayu islam Malaya ini.

Maka sayugia saya mensyorkan agar kamu berdoa jika sekiranya tsunami melanda Malaya ini,mohon agar yang kuasa menyelamatkan juga kuil dan tokong.Kuil sikh misalnya,bukan hanya terbuka,bahkan ada makanan percuma tanpa mengira ramadhan sudah sampai kah atau belum.Syaratnya kamu cuma perlu menutup kepala apabila berada didalamnya.

Bukan seperti kamu yang berebut bubur lambuk sekali setahun kemudian bangga mengaku pengikut agama suci.

Bodoh.

20 comments:

Lily Abdullah said...

Oke,Encik sangat pandai.Saya suka orang lelaki yang pandai.Saya benci orang lelaki yang bodoh :)

azie said...

owh..pak cik AJ, ada baca tentang sebuah keluarga islam miskin yang ingin convert pada kristian kerana hidup tertekan dengan sikap jiran2dan orang2 masjid?

sempat baca dalam sinar harian beberapa hari lepas. kejadian di pahang kalau tak salah.

sadis.

Anonymous said...

1. masjid ditutup malam pasal takut pencuri. juga tak mahu orang gunakan sebagai tempat tidor (kotorkan ruang sembahyang).

2. kenapa mesti masjid utk edar makanan. tempat lain tak boleh ke?

Anonymous said...

Encik Anon,

Alasan no satu saya terima. Tapi agaknya kenapa dulu dulu masjid terbuka sahaja. Para musafir tidak perlu risau tentang tempat tinggal. Kalau takut pencuri jagalah peralatan, masukkan benda berharga di dalam bilik berkunci ketika malam. Tapi kalau dah nama pencuri, kunci macam mana pun dia curi juga.

Tapi alasan no 2 saya bangkang. Inilah sebenarnya satu cara memeriahkan masjid. Biar orang jangan segan datang ke masjid.

thoyol said...

dulu zaman rasulullah pun masjid adalah pusat komuniti.

Kalau semua orang tau adab di masjid dan tau mengimarahkan masjid, surely takkan ada masalah kotorkan/tak hormat masjid.

Masalahnya ramai yang tahu ke masjid cuma seminggu sekali.

Haih..

Anonymous said...

padat!

Hashim Zabidi said...

Orang melayu Islam ni kedana,
harta masjid pula sikit,
Kalu tak jaga yg sikit,
gimana nak jaga yg banyak,yang mahal cuma masjid,
Pencuripun melayu Islam kedana, belumm pergi sekolah mencuri,
curi sikit sikit,
kena tangkapun tak lama sgt kena jel,
keluar masuk jel, ekonomi selamat sikit.

Orang bkn Islam konsep ketuhanan- nya tak sama dgn melayu islam.

hai said...

Ada sesetengah masjid yang mempunyai kutipan tabung puluhan ribu ringgit,sayangnya tidak pandai menyusun aktiviti untuk masyarakat setempat.Sepatutnya lebih banyak aktiviti disediakan untuk remaja dan kanak2.Wujudkan kutub khanah,dengan buku2 yang pelbagai.Sediakan 'indoor games' yang sesuai,agar mereka minat untuk datang ke masjid.Cukup masa,ajak mereka ni bersolat...jadikan masjid tempat mereka melepak....

Anonymous said...

3. Mari salahkan semua orang. Salahkan pencuri yg dah 5 hari tak makan. Salahkan ahli masjid yg tutup pintu masjid pasal tanggungjawab dia kena jaga harta masjid. Salahkan orang yg hanya ke masjid seminggu sekali. Bagus betul. Hebat betul Islam orang2 yg bagi comment disini...

hamka said...

: )

Snakebite said...

saya ada dengar cerita, betul ke tidak saya tak tahu.

katanya masjid di amerika syarikat ada perpustakaan, ada gelanggang bola keranjang, juga ada kitchen untuk makanan bagi orang-orang homeless. ada kaitan ke dengan islam menjadi fastest growing religion di america sebelum sept 11?

kristian di sebar ke serata dunia oleh orang putih dahulu melalui sekolah, hospital, rumah anak yatim dan rumah kebajikan lain. contoh sekolah dan hospital assunta, convent dll.

Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. orang islam juga perlu ada kasih sayang sesama manusia.

jangan jadikan ugama itu satu kelab ekslusif untuk orang2 yang konon nya lebih bagus dari orang lain, maka jadilah seperti yahudi yang konon nya chosen people, children of God.

saya sokong sebarang usaha untuk menjadikan masjid itu people friendly.

Snakebite said...

sori, tambah sikit lagi.

saya tengok kat oasis astro masjid di eropah amat mengalu-ngalukan org bukan islam yg melawat masjid.

di mesia kebanyakan masjid tak bagi org bukan islam masuk.

munkin beza nya dari segi ilmu. di eropah org masjid bole explain kalau org bukan islam tanya. di mesia bole ke to imam tok bilal dgn tok siak jawab kalau org bukan islam tanya?

di eropah, amerika dan australia kata nya hari hari ada orang masuk islam. di mesia ramai yg nak murtad. munkin kah satu hari nanti, eropah amerika dan australia jadi negara orang islam dan mesia sebaliknya?

Sesungguhnya Maha Bijaksana Tuhan yang Satu.

Pa'chik said...

kalau tak dikunci... tetiap minggu la mesjid tu kena beli mikropon, speaker, tongkat khatib tu...

tah-tah karpet pun kena beli baru...

errr... tabung... hari-hari kena beli baru kot...

Shaira Amira said...

Pak Jones, betul lah. Saya kena tegur dah dua kali.

hehe.

Ahmad Belia said...

ala, bila lagi nak makan bubur lambuk kalau bukan bulan puasa.
berebut tu biasa laa. sekali sekala.

dikuncinya pintu masjid tu sebab pencuri banyak sangat sekarang nie. betul kata pakcik. kalau tak dikunci hari2 kena beli mikrofon.

cuba kau jadi ajk masjid dollah. aku nak tgk kau cerdik ke bodoh...

abdfahem@hotmail.com said...

kita kene pikio kenapa masjid kene kunci

kalau di masjid tiap-tiap malam ada orang kiamulai

semuanya selamat

idak begitu ?

itu hanya pendapat teman saja.

ubilepih said...

saya sekufu dengan dollahjones ia itu lelaki yang Pandai..ha..ha..ha lain kali pilih AJK masjid dari kalangan orang yang pandai...:)

QUDS REALCLOCKWISE said...

KAWAS PEN HERAN JUGEG MAT NYE KALA BERKUNCI PENCURI TAK MENCURI KE? BODO AMET AJK MESEJID NI YEHHH.
KALA BERKUNCI ORG BAIK TAK MASUK TAPI ITU MEMBUATKAN PENCURI DAPAT PELUANG MENCURI .

Weirdo said...

askum, sy rasa encik dollah ni hanya nak provoke semata-mata. tak perlu menulis kalau hanya mahu provoke. saya setuju dengan ajk masjid yang mengunci masjid untuk menjaga keselamatan harta masjid kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka. sy kira encik dollah pun setiap kali keluar rumah akan mengunci pintu kan? adakah dengan mengatakan org bodoh akan memperlihatkan encik dollah ini sebagai seorang yang bijak pandai? adakah islam itu sendiri menggalakkan umatnya memanggil org lain bodoh? kalau benar kuil2 dan tokong2 lain membuka pintunya pada waktu malam, apa buktinya? setahu saya tiada pula terdengar kuil2 dan tokong2 ini mebuat rumah terbuka sepanjang masa. adapun makan yang disediakan hanya untuk persembahan jin2 yang ada di dalamnya. encik dollah pernah bersantap di dalam sanakah?

Anonymous said...

iye lah abdullah jones..orang melayu islam sume bodoh...yang pandai nya orang kafir lain yang tak kisah lah bangsa apa pun.