Tuesday, March 24, 2009

Hari ini aku berbahasa Melayu

oleh: hani momo
http://hanimomo.tumblr.com/

Aku rasa semenjak lima tahun yang lepas, aku kerap berbahasa Inggeris dalam penulisan dan perbualan aku. Ok, aku tak mempraktikkan bahasa Inggeris dalam keseluruhan perbualan aku, tapi when it comes to conveying my message, or when I am in the middle of presenting my thoughts or ideas, I usually use English as my main language.
Seperti apa yang aku tulis di atas, itulah maksud aku.

Dan aku baru sahaja perasan yang aku sudah hampir lupa segala nahu, tatabahasa dan aku turut menghadapi kesukaran dalam ejaan aku. Nak eja keseluruhan pun terpaksa diperbetulkan beberapa kali. Perkara ini sedikit sebanyak merungsingkan aku, sebab masa SPM dulu aku dapat satu dalam Bahasa Melayu.

Kenapa tiba-tiba tergerak hati aku nak menulis dalam Bahasa Melayu?

Sebab utama, aku rasa aku hendak cuba melatih diri menjadi multilinguist. Aku terbaca tulisan Datuk Johan Jaafar berbunyi, bahasa dan pemikiran seseorang itu haruslah selari, barulah segala idea dapat direalisasi.

Mengambil contoh, orang Jepun berfikir menggunakan bahasa dan budaya mereka, maka mereka mencari idea untuk memperbaiki kehidupan mereka, tanpa dipengaruhi orang lain.

Lebih kurang macam tulah. Dan beliau turut menulis beberapa rangkap ulasan beliau dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bunyinya sama, maknanya berbeza.

Jadi aku rasa aku ingin mencuba berfikir dan menulis dalam bahasa Melayu dan dalam pada masa yang sama aku akan meneruskan usaha aku untuk memperbaiki, menulis dan berfikir didalam bahasa Inggeris.

Sebab kedua, aku cuma nak membuktikan diri aku bahawa aku bukan orang yang lupa diri dengan bangsa dan bahasa aku sendiri.

Dari dulu lagi, aku dituduh oleh beberapa kenalan yang aku berpotensi menjadi pengkhianat bangsa, pertama, sebab keluarga nenek aku berasal dari Singapura dan disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam terhadap Jepun dan budayanya, serta sikap keterujaan aku terhadap sub-budaya British dan fesyen serta karya-karya mereka.

Kesimpulan kenalan aku, aku takkan sayang bangsa dan negara aku sendiri seperti mana mereka mampu.

Aku sebenarnya malas nak beritahu mereka supaya Fuck Off and Die sebab aku tau manusia suka menilai daripada apa yang mereka lihat. Bukan daripada apa yang mereka tahu.

Aku rasa tidak perlu bagi aku mendengar lagu-lagu patriotik, berdiri dan melaung-laungkan sajak, berdemonstrasi untuk melaungkan betapa Melayunya aku kalau dalam hati sendiri aku tidak tau erti maksud menjadi Melayu itu sendiri.

Dan aku rasa tak semestinya aku kena berbuat semua itu untuk membuktikan keMelayuan aku.

Dan aku sebenarnya malas nak jadi trying too hard untuk beritahu semua orang yang aku tau siapa aku, dan apa yang sedang aku lakukan.

Sebabnya, sejauh mana aku sayang dan hargai bangsa dan negara aku sendiri, (walaupun mungkin bangsa dan negara aku tak akan sayang kepada aku) biarlah aku seorang yang tahu.




ps: yop, emailkan tulisan kamu kepada saya-jones

13 comments:

Anonymous said...

nahu, tatabahasa

bukankah sama? cuma perkataan 'nahu' diambil dari bahasa arab

orangjahat said...

sungguh patriotik bangsat ayat2 celaan hasil penulisan sahabat anda ini jones. tapi apa bila di amati,
aku tetap berbangga untuk menjadi seorang yg memBULLSHITTINGkan para melayu-layuan. bg kambing2 seperti kamu2, memang layak kamu berbangga dgn tanah hasil curian orang melayu dari hak orang asli. lagi bagus jika diperkatakan dgn menggunakan tgn, iaitu dgn menegakkan jari hantu sedangkan jari2 yg lain terkelepet tenang di sebali penumbuk.

jagoan said...

alangkah bagusnya membaca entri ini sambil minum neslo ais. mmmm...

Anonymous said...

"Dari dulu lagi, aku dituduh oleh beberapa kenalan yang aku berpotensi menjadi pengkhianat bangsa, pertama, sebab keluarga nenek aku berasal dari Singapura dan disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam terhadap Jepun dan budayanya, serta sikap keterujaan aku terhadap sub-budaya British dan fesyen serta karya-karya mereka"

Hani Momo


Kenalan yang kata aku pemecah belah ummat, penghalang jalan agama dan budak benci agama. Aku fikir, mungkin pertama, sebab keluarga mak aku pernah menetap di Singapura dan disebabkan aku mempunyai minat yang mendalam terhadap kelainan cara Komunisme dan Kapitalism menjawab persoalan scarcity in Economics, serta sikap keterujaan aku terhadap Zionism, sub-budaya British dan fesyen serta karya-karya mereka.

Mardhiah Yusoff

Mula-mula kena tuduh memang aku rasa ya Allah teruk sangat.Lama-lama lepas aku nampak yang menuduh itu tu pun bukannya maksum sangat pooong dan aku anggap labelan itu sebagai ayat-ayat alter ego mereka.

Walau bagaimana pun aku idakla complesant. Ko doala eh aku lepas ni aku lulus baik dapat balik ke Putrajaya ka, KL ka jadi boleh buat evening Class kat UKM. Aku nak improvekan juga bahasa Melayu aku.

Nak terus apply UKM takut berat sangatlah pula sebab dah lama berenti belajarkan. Aku cuba panaskan enjin buat diploma full time kat MMU dulu. Bila enjin dah panas bulelah kerja sambil belajar.

Unknown said...

belajar lebih dari satu bahasa adalah essential.

jangan salahkan sesiapa. kerana di malaysia ini pun masih ada bangsa cina dan india yang tidak tahu langsung berbahasa melayu. kalau hendak diperjuangkan penggunaan bahasa melayu dan meningkatkan mutu taraf bahasa melayu. Adakan saja satu sekolah sahaja. maksudnya disini, jangan adakan sekolah jenis kebangsaan. sebagai contoh, kita ambil apa yang berlaku di indonesia.

my 2 cents.

Anonymous said...

sayang bangsa..
sayang bahasa..
sayang negara..

tapi paling penting SAYANG ALLAH & RASUL..

jangan lupa tu..

ayobkelubi said...

errr,bang dolah, apa emailnya?. :D

Snakebite said...

svasti śrī śakavaŕşātīta 605 ekādaśī śu
klapakşa vulan vaiśākha d apunta hiya nāyik di
sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
vulan jyeşţha dapunta hiya maŕlapas dari minānga
tāmvan mamāva yam vala dualakşa dangan ko-
duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
tlurātus sapulu dua vañakña dātam di mata jap
sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula
laghu mudita dātam marvuat vanua
śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa

jangan tak tahu, ini adalah bahasa melayu. mari kita pertahan kan. tak percaya tengok di bawah ni.

Selamat bahagia
pada tahun saka 605 hari kesebelas
dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik perahu mencari
rezeki
pada hari ketujuh bulan terang
bulan jyesta dapunta baginda berlepas
dari muara Kampar
membawa askar dua laksa
dua ratus orang di perahu
yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya
datang di matada dengan suka cita
pada hari kelima bulan terang bulan asada
dengan lega datang
membuat negeri ... Srivijaya
yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

- batu bersurat kedukan bukit. rekod bahasa melayu terawal di dunia, tahun saka 605 bersamaan 1312 masehi

Snakebite said...

ma'af saya tersilap. tarikh 605 tahun saka adalah bersamaan tahun 683 masehi dan bukan 1312 masehi,

i m sori..........

Snakebite said...

srivijaya, berpusat di palembang. dari palembang ke singapura dan ke melaka.

bandingkanlah batu bersurat itu yang mencatatkan asal usul srivijaya dengan kisah dalam sejarah melayu.

nila pahlawan, nila utama dan krishna pendita, kenapa tiga? sebab brahma, vishnu dan siva adalah tiga. kenapa muntah lembu? sebab lembu binatang suci. kenapa siguntang mahameru? sebab mahameru(himalaya) ialah pusat cakrawala tempat tinggal para dewa. kenapa warna kuning? itukan warna ugama hindu.

mari pertahankan! kita mesti kembali ke asal usul!

bukankah bahasa itu sentiasa berevolusi? latin dah jadi itali sepanyol dll? germanic dah jadi inggeris jerman dll? sanskrit dah jadi urdu punjabi hindustan thai kemboja cham melayu dll?
aramaic dah jadi hebrew dan arab?

(the universe is always expanding-Al Quran)

jangan perdulikan! kita mesti menyongsang arus zaman! kekalkan bahasa melayu asal!

hidup srivijaya!

Snakebite said...

oops lupa, kedukan bukit terletak di kaki bukit seguntang, palembang

Anonymous said...

terima kasih! :)

Anonymous said...

Saya sokong kamu.
Perlu beri buka mata mereka2 yang 'conservative' ini.

=)