Wednesday, February 25, 2009

simpang dato abu samah

Dalam menangani kelembaban ekonomi dunia hari ini, penjimatan kos adalah satu langkah yang mana boleh menyelamatkan syarikat-syarikat yang bermodal besar. Oleh itu syarikat-syarikat automobil sila ambil perhatian.

Saya baru kembali dari terengganu dan mendapati syarikat-syarikat pengeluar automobil boleh menjimatkan kos pengeluaran mereka sekiranya semua kereta yang akan dipasarkan ke terengganu tidak dibekalkan dengan lampu isyarat membelok.

Dari pemerhatian, saya dapati 90 peratus penguna kenderaan bermotor di terengganu tidak gemar memberi isyarat ketika mahu membelok. Mungkin memberi isyarat untuk membelok adalah perbuatan kodi atau jika ada yang berani memberi isyarat ketika mahu membelok dianggap perbuatan komang spana dan bengong,maka mereka yakni penguna kenderaan bermotor di terengganu akan membelok bila-bila masa sahaja tanpa peduli.Atau mungkin ada kajian yang dilakukan di sana yang menyatakan jika diberi isyarat membelok akan menakibatkan lebih ramai rakyat terengganu menderitai penyakit buasir. Kita tidak tahu dan mungkin tidak akan tahu. 10 peratus yang memberi isyarat membelok pula adalah orang luar.

Jika kos sebatang gear untuk isyarat membelok adalah rm1 dan terdapat sejuta kenderaan diseluruh terengganu,maka syarikat automobil akan menjimatkan sejuta ringgit. Itu belum dikira lampu dan mentol yang tidak diperlukan.

Namun saya bimbang kos mentiadakan isyarat membelok akan dilenyapkan pula oleh kos mengadakan sistem 'auto cruise' disemua kenderaan di terengganu kerana selain tidak gemar memberi isyarat membelok, rakyat terengganu amat gemar memandu leka. Dengan sebelah tayar di lorong kecemasan dan sebelah lagi dikiri lebuhraya, mereka akan memandu dari dungung ke rhu muda lalu terus ke bandar kuala terengganu seolah sedang mencari saudara yang hilang.Dengan itu sistem 'auto cruise'adalah keperluan bagi semua kenderaan bermotor di terengganu.

Setelah terengganu, pulau pinang pula adalah destinasi zoom malaya saya. Ada pemandu pelancong pulau pinang yang sudi?

ps; yop, saya tidak jadi ke melaka,jika tidak nescaya kamu saya hubungi kerana tidak seperti orang terengganu,kamu nampaknya bersungguh-sungguh mahu menghargai sahabat.

17 comments:

benludin said...

aku mmg cukup anti org yg malas memberi signal! Apalah susah sangat nak guna 1 jari pun....haihhhh

lyza said...

pada pengamatan saya yang gemar juga zoom ke daerah-daerah di malaya, serasanya bukan di terengganu aje...di kawasan-kawasan lain di malaya juga begitu.. sebilangan besar jumlahnya..takde courtesy.

Snakebite said...

koi sengih je :)

Anonymous said...

Orang Terengganu juga ramah dan pandai bersahabat..

Unsunghero said...

Salam AJ...sindrom ini juga berlaku di Kuala Lumpur terutama mereka yang memandu kereta mewah. barangkali majoriti mereka ini tak bersunat atau kalau bersunat pun kulup mereka tak cukup dipotong...

Anonymous said...

atau mungkin di jajahan itu, silibus belajar memandu tidak memasukkan pelajaran 'memberi signal ketika hendak membelok' dan 'memandu lah di lorong sebenar, bukan di antara dua laluan' untuk penjimatan kos yang lebih. Kita tidak tahu dan mungkin tidak akan tahu. Maklumlah, nak belajar memandu memang mahal sejak sedekad ini. Mungkin Tuan AJ boleh memberi peratusan peringkat umur yang tidak menggunakan signal-light ini?

kasut-gombak said...

aku orang terengganu, dan aku memang tidak menggunakan lampu signal.

wajarkah aku memegang lampu suluh tiap kali aku mahu menggunakan jalan raya di terengganu walaupun aku sekadar pejalan kaki?

haha.

Anonymous said...

orang Ganu sila angkat tangan, aku orang Kuala Pilah..hahaha

Pegawai Khalwat said...

Hubungi aku bila sampai ke Pulau Pinang bro. Di sini, lampu kuning pada lampu isyarat maksudnya pecut.

komrad said...

terengganu....

negeri cantik
budaya menarik...

komrad said...

ooppsss.. lupa..
saya remaja dan saya ingin tuan siarkan tulisan saya di blog tuan

tajuk entri aiskrim colek dan satay katok.. tak menarik mane pun...

kalau sudi terima kasih, kalau tak, saya tak kecil hati pun...

Pa'chik said...

dak dok orang layang ke jong gi ganung? gi temasek la... ade peminak nuh deknu... :P

Ahmad Belia said...

AJ,

i orang lipis but bini i orang terengganu. biasanya yang tak bagi isyarat tu mesti pakcik2 yang pakai kopiah dan berserban kan?

10% orang luar tu i la..

ps: datang terengganu tak cari i, nape?

ayobkelubi said...

aiseh bang dolah..lain kali barangkali..ok?

Artozy said...

pak aj, aku sedang bersedih.

Anonymous said...

bila nak cerita pasal harga tol naik pula?

Anonymous said...

tuan AJ..
sebenarnya memang ada persatuan untuk pemandu yang enggan menggunakan lampu isyarat ketika membelok..dan persatuan tersebut ada cawangannya di seluruh negara..
keahliannya sentiasa terbuka..tidak perlu yuran kemasukan dan yuran bulanan untuk menyertainya..