Saturday, February 21, 2009

selamat jalan ib

-ib meninggal,orang kaya bertambah kaya,orang biasa tak tahu apa-apa- kata pesanan ringkas dari Abu.

Jika kamu lihat lukisan awal Abu, kamu akan dapati pengaruh yang kuat dari karya-karya Ibrahim Hoesin dan rasanya saya lebih mengenali karya Ibrahim Hosein melalui Abu. Dan berita kematian beliau menjadi hari yang muram bagi kami. Lama kami merancang mahu ke Langkawi, ke galeri Ibrahim Hoesin,namun kerana jauhnya dan masa yang amat terbatas,kami masih belum berpeluang kesana.

-kena gi langkawi jugok kita,kata sms Abu lagi.

-apa pendapat encik abdullah mengenai cadangan membawa lukisan Mona Lisa untuk tatapan penduduk Malaya yang tidak berpeluang ke Paris? tanya wartawan itu kepada saya entah tiga empat minggu yang sudah.

Begitulah kita, berapa kerat dari kamu yang pernah menatap 13 may,ayahku dan angkasawan atau politikus sakit? Mendengar judulnya sahaja mungkin baru hari ini. Lalu kamu berusaha keras untuk membawa karya luar kemari.

Berhentilah memikirkan cara untuk mengaut untung atas nama membina seni negara.

Seni apa juga di Malaya ini tidak penting sehinggalah pengiatnya mampos.

-kawan tunggu dan paksa dia tandatangan, semua! kata Hatta Ismail sambil menunjukkan sejumlah salinan lukisan yang dibelinya dari galeri Ibrahim Hoesin lama dulu. Tidak salah saya lebih dari duabelas keping salinan itu ada dalam simpanan beliau.

-kaya la aok bila dia mati esok,kata saya .

ib, terima kasih atas segala dan semoga engkau tenang disana. al-fatehah.

13 comments:

Obefiend said...

kalau bawa monalisa sekalipun ada ke yang nak tengok

galeri petronas yang karyanya menarik pun boleh dikira pengunjungnya. balai seni lukis negara lagi sedih. pengunjung utamanya debu dan merpati

ah!

biarkan

alfatihah....... jangan selepas ni Jaafar Taib. aku tak sempat kutik autograf beliau lagi!

Water Lily said...

Saya cuma berkesempatan melihat lukisan kat CM aja.

Al Fatihah untuk allahyarham.

Saya doakan encik Jones kaya dunia akhirat.Ameen!

Bunga Binti Nordin said...
This comment has been removed by the author.
Bunga Binti Nordin said...
This comment has been removed by the author.
Bunga Binti Nordin said...

kehilangan besar.
Al Fatihah utk arwah.

Atan said...

al fatiha.. semoga rohnya di cucuri rahmat allah..amin

Bunga Rampai said...

Al-Fatihah.

landaklaut said...

al-fatihah..

Maryam Abu Ahmad said...

Allahummaghfirlahu...

ya allah, ampunkan beliau..

dugongsenyum said...

Takziah. Al-Fatihah.

Snakebite said...

semasa saya masih belajar, saya pernah melawat pameran karya karya arwah, termasuk yang di sebutkan di atas, di galeri dah tak ingat nama, yg terletak di hadapan stesen keretapi kl, sekarang dah jadi pusat maklumat pelancong rasanya. kebetulan masa itu ada rombongan pelajar fine arts dari itm, arwah di jemput memberi ceramah kpd student2. saya ambil kesempatan untuk mendengar sama. kesimpulan saya buat masa itu, arwah is a brilliant artist, tapi as a teacher, tak tau la. he refused to talk or answer questions about his paintings, he just want to talk about himself. a student asked what does a particular painting means, he said, oh it means nothing.i remember him saying that he was just bumming around most of his life until his brother abdullah husin told him to do something with his life and he began painting.

-langkahbaru- said...

takziah..Al-Fatihah

Pyanhabib said...

hidup abu!