-orang yang duduk rumah bersambung bumbung rumah dia dengan bumbung masjid pon belom tentu datang semayang. datang masjid ni hidayah bai, hadiah dari tuhan. tanda dia sayang kita,kata kawan saya yang tabligh. Gigi beliau lebih mancung dari hidung saya.
Di masjid tempat saya sembahyang isya dan kadang-kadang jumaat(saya sembahyang dibanyak masjid supaya senang masuk sorga),bilalnya datang untuk azan kemudian berdiri di saf dan iqamah kemudian balik ke rumah tidak berjemaah.
Setelah lebih dua bulan dan setelah ditanya beliau memberi alasan sakit kaki.
Selang beberapa lama, datang pula seorang lelaki yang juga sakit kaki. Dia berjalan menggunakan tongkat di ketiak dan sembahyang diatas kerusi. Bilal pujaan kita ini seperti juga kebanyakkan kamu masih tidak nampak betapa tuhan menghantar alasan supaya dia turut serta dalam jemaah yang di panggil.
Dia kekal azan,iqamah dan pulang kerumah sehingga semalam.
Demikian selingkar kisah dari dalam masjid untuk hiburan ringan kamu. Sengaja saya ceritakan sebagai laporan kerana saya tahu kamu terlalu sibuk. Mana mahu marahkan sultan, mana mahu marahkan yahudi.Belum lagi dicampur masa mengauli isteri.
Banyak para isteri gemar suaminya sentiasa dirumah kerana dengan yang demikian dia sumpah pasti suaminya hanya milik dia abadi.Gila apa galakkan suami ke masjid. Orang masjid biasanya sibuk tambah isteri. Buatnya dia terpengaruh.
Gila apa kongsi kote.
ps:
floy,tulisan kamu yang itu rasanya sudah dibaca banyak orang. jadi hantarkan satu tulisan yang belum disiarkan kepada saya.
saya lupa siapa yang minta alamat email saya untuk bertanya tentang lukisan. walaupun terluka kerana kamu tidak tahu alamat email seorang yang amat hebat seperti saya,saya berikankan juga disini; jonesabdullah yahoo co uk.
sebenarnya saya mencari rakan duet untuk menulis disini,berminat sila email saya.
lukisan abu yusof,radzuan dan saya sedang di pamerkan bersama pelukis lain di balai senilukis negara. Pergi beli jika mampu atau jika tidak,pergi tengok-tengok. jangan duduk kekal bodoh seni.
saya cuti sehingga minggu depan. siapa di melaka dan terengganu angkat tangan.
Sunday, February 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
21 comments:
tak nak aku kongsi kote... gila hapa... kena taim tu kote tu ngan member sorang lagi... payah nak kencing wehhh...
cerita tok bilal hanya datang untuk azan, pas tu terus balik... dah lamaaa dahhhhhh!! sob!sob!sruupppp!!!
azan tu pun pasal dah termasuk lam diskripsi tugas, tidak kalu haram amek gaji, tapi tak buat kerja...
laki juga untung...takyah nak kongsi..kalu bini 4,dpt 4 perasa yg berlainan!
haha
bro,
kasi turun terengganu kasi helo sama saya ok.
kote lu dolah!
kote lu dolah!
kote lu dolah!
seperti perkara2 lain,perkara ini juga berkait rapat dengan soal IKHLAS..
pernah juga berlaku seorang imam yang tinggal di kuaters masjid (sebelah masjid) tidak datang solat berjemaah di masjid..bila ditanya kenapa dia tidak berjemaah, jawapannya DIA TIDAK BERTUGAS PADA HARI TERSEBUT..
mana yang betul? MENJADI IMAM UNTUK MENGAMBIL GAJI atau MENGAMBIL GAJI KERANA MENJADI IMAM?
Peh..3 kote Pyan kasi..
"jadi imam untuk mengambil gaji".. untuk kisah ini..
>> gila apa kongsi kote.
kote rajin kut..wakaka
p.s. jauh wei nak gi tengok-tengok.
acik dolah..
dtg melaka,jgn lupa kontek.leh lepak2 tepi tg bidara sambil tgk matahari tenggelam di depan umah rahim tamby chik.
celcom618enamsembilananamanam
(angkat tangan)
ada juga bilal sebegini ye?
haha. ortodoks sungguh. rajin pergi surau = rajin cari peluang tambah bini = suka kopi janggut atau seangkatan.
tahniah le, lukisang mung dok gi ke balai seni lukis negare - gaza ek? wow!
Biar betul, Mr Jones. Eja sembahyang (solat)pun tak jelas. Buat macam saya, kemanapun saya pergi saya tak tinggalkan sembahyang, ketandaspun saya bawa.
'Kote' memang ditakdirkan untuk dikongsi!
ha..ha..kamu terluka bro,pembetulan di sini bukannya wa tak tahu alamat email tokoh sehebat lu,tetapi wa minta izin utk megemail lu...org2 hebat ini biasanya kadangkala mereka tidak senang nak layan semut halus macam wa..wa tak berani nak terjah2 tak tentu pasal silap hari bulan wa yg trluka..kih..kih..kih.
Pernah ada kejadian Bilai terBANG di dalam masjid.Wink
huh...
naper la bilal cenggitu~
tuan hashim zabidi..
KE TANDAS PUN BAWA SOLAT?
tinggi ilmu tuan..tolong perjelaskan kepada umum..
Tuan AJ,
Bukan masalah kongsi kote...its the principle of the kote. Is it principled enough to tell the truth or does it just belong to a callous dick?
Makes sense tak Tuan AJ?
hahaha.. pakcik jones.. sudah beberapa ketika saya tidak ke mari.. dan pakcik masih dengan tulisan-tulisan yang "hebat".
memang perempuan taknak kongsi kote, tp kote-kote biasanya suka dikongsi.
salam-sejahtera.blogspot.com
heh heh,
hanya di sini dapat ku temu, bilal imam dan kote, di satu paparan.
heh heh
Post a Comment