Friday, January 09, 2009

jabor

Jika kamu berusia 23 tahun dan keatas dan di takdirkan memiliki kereta buatan Malaya, yang jika di perhatikan betul-betul,seakan-akan muka beruk,(bahkan jika kamu dalam lingkungan usia tersebut dan memiliki sebarang kereta) maka tidak perlulah kamu meletak pelbagai pelekat yang menyatakan kamu ini milik kelab kereta itu-ini.

Kamu juga tidak perlu menukar warna lampu tingi dan rendah kepada warna yang menyilaukan mereka yang datang dari hadapan.Juga, jangan menukar warna lampu isyarat belok dari jingga kepada putih atau menghitamkan terus warna merah pada mana-mana lampu. Jangan melekatkan pita hitam pada mana-mana bahagian cermin kereta kamu itu.

Patung-patung kapas yang comel juga kotak kertas tisu berwarna-warni juga wajip kamu hindari dan apa juga warna lampu dasar kereta samada biru,samar atau pun kelabu janganlah kamu jadikan hiasan.

Kerana, walaupun kamu berkemeja sendat di pinggang dengan rambut terpacak berminyak. Walau kaca-mata penghadang cahaya matahari kamu berbingkai putih dan sepatu kulit berkilat memancar. Hatta jika jam tangang kamu sebesar penumbuk sekalipun dan kereta kamu di lengkapi sistem bunyi yang paling canggih yang pernah di lihat manusia, kamu akan tetap tidak akan sebergaya saya dan yang paling penting adalah kamu tidak akan dapat menyembunyikan hakikat betapa bodohnya kamu.

Oh! Kebodohan kamu akan lebih terserlah jika kamu calitkan mana-mana bahagian kereta kamu dengan tiga warna.

Terlanjur bercakap mengenai kereta, 'AWAS KAWASAN KEMALANGAN' adalah kata pada papantanda yang tidak sepatutnya ujud. Jika di ketahui jalan berkenaan bahaya, perbetulkan. Jangan tunggu anak menteri mati di kawasan berkenaan baru mahu di perbaiki kerana anak-anak kami juga ada perasaan.

34 comments:

Weed and Bandages said...

kemas!

benludin said...

bravo brader brolahjones..:)

lepih byk beno tanah runtuh..bila nak baiki tak tau la..tunggu anak menteri mati juga kot...tapi lepih ni ada ke anak menteri?

ah tok said...

Story line di susun cantek.

Punch line sangat mantoppp!


"AWAS ADA CIPAN MELINTAS"


:D

thoyol said...

Jones,

Cantik. Ramai sangat yang bodoh..

Water Lily said...

Nasib baik saya tidak mampu lagi memiliki kereta. Jika ada rezeki Tuhan, insyaallah - tidaklah saya akan termask dalam golongan yang Encik Jones lebelkan itu.

Terima kasih kerana memberikan sedikit panduan :)

pipiyapong said...

Nasib baik satu kriteria pun tak kena dengan keta gua..

Hotak~Kappa~City~Rendah said...

ralat: jam tangang. haha!

penuh isinya. syabas encik dollah.

Anonymous said...

huih kete ko kan ada monyet kat depan tu, bukan yang penumpang yang pemandu tu,


bukan airmas yang samseng tu

Mak Su said...

hoh, bila jamannya kalau tunggu depa ya?

Antipuakberlagak said...

Bro...suka hatilah apa yang orang nak buat dgn krete deme...duit deme...bkn mintak duit bro pun...
Spesis berlagak ni...suruh orang ikut stail kita pulak...ouch....
Bab yang bwh tu ok la...mmg tepat. Anak Najib mati sok baru deme repair...

yakub said...

haha..bagus..

ShiRah said...

erghhhh...apa yang Tuan Jones cuba katakan ini tiadalah dapat saya mengerti kerana saya ini budak baru belajar...hehehe...ala kotak tisu jer per sangat la Tuan Jones...buat mengelap peluh kata org...Udah penat2 mak saya jahit bantal2 tu takkan la saya tak letak kat belakang kot...kalo jalan jauh leh buat alas kepala...ha satu lagi, penting aper tinted, karang kalo tak pasang panas Tuan Jones...kecian..abis kalo company suh lekat sticker kena lekat Tuan Jones, kang pak guard tak kasi masuk...susah ma..

hehehe

Anonymous said...

mudah terasa hati, sensitip, cepat terluka, hati macam kaca..

tak yah la masuk blog dolah nih... hahah... nanti kamu duk caci maki dia je... ekekekke... meletakkan kamu pun macam dia gak... suka ngata orang.. dan rasa bagus... hahaha...

wann said...

nada jeles nampak..

nak perhatian ramai aper, stail mesti 'outlandish' la..

jones ada gaya ke? mcm nak tergelak..

Ku Keng said...

Itu kereta keling ke? Ada tak anak gajah di atas dashboard? Atau mungkin tuan kereta itu anak gajah!

ammosham said...

kereta kancil jadi mira daihatsu. sawan giler!

asalbayu said...

GAZA TERUS DIGEMPUR: APA SUMBANGAN KITA?

Sejak 1967 zionis Yahudi @ Israel memperkasakan pembunuhan dan kemudian merobohkan premis dengan melaksanakan peperangan yang tidak pernah diharamkan oleh PBB. Sekutu rapatnya yang menaja dana ialah Amerika. Cuba bayangkan, masyarakat zionis tu bukannya ada kerja selain berperang. Kita warga Malaysia juga turut hulurkan dana dengan melanggan produk keluaran sekutu zionis antaranya Nestle, Johnson & Johnson, Kraft, Coca Cola, Pepsi Cola, Colgate dan banyak lagi terutamanya pewangi serta kosmetik. Produk yang paling banyak ialah rokok/tembakau. Andainya sebatang rokok menyumbang 10 sen ke dalam tabung perang zionis, hitunglah berapa jumlah yang disumbangkan?

Pada 3 Januari 2009 lalu semasa menghadiri kenduri di rumah seorang kawan di Alor Setar saya sempat berbual singkat dengan Ed Lazim dan membayangkan dengan hal tersebut.

Ed Lazim adalah warga istimewa yang hanya sebelah mata sahaja berfungsi sekitar 50% sahaja. Manakala sebelah mata lagi menurut katanya, langsung tidak berfungsi.

Saya mengkagumi anak muda ini kerana keupayaannya bermain muzik (gitar) sambil menyampaikan lagu terutamanya lagu puisi dengan baik. Beliau berupaya menggubah lagu dengan pantas; jika diberikan puisi pada waktu pagi, pada sebelah petang beliau sudah boleh menyampaikannya dengan begitu baik.

Berbalik kepada butir-butir perbualan di rumah kenduri berkenaan. Saya meluahkan pandangan begini:

Jika diperhatikan bukan sedikit puisi/sajak dicipta lalu disiarkan oleh pelbagai media melahirkan luahan kemarahan terhadap zionis Yahudi yang membantai warga Palestin yang kini telah menjangkau lebih 500 jiwa.

Warga dunia begitu geram dengan keangkuhan Amerika mengeluarkan kenyataan yang menuding jari menyalahkan Hammas lalu mengatakan bertanggungjawab atas apa yang berlaku!

Saya menyampaikan pendapat mengatakan puisi-puisi yang ditulis akan hanya tinggal kaku dalam buku atau berlonggok di esastera. Persoalannya ialah mengapa tiada mana-mana pihak yang mahu merakamkan lagu-lagu atau deklamasi dalam bentuk CD atau kaset kemudian dipasarkan. Sebahgian kutipan jualannya bolehlah disumbangkan kepada tabung bantuan rakyat Palestin.

Barangkali ia boleh dilaksanakan oleh NGO.

Setakat ini dilihat seperti tiada mana-mana pihak tertarik dengan isu yang saya kemukakan sejak 5.1.2009 kepada banyak pihak. Saya juga mengajak ia dibincangkan di komuniti penyair esastera.com tetapi nampaknya ia tidak menarik untuk dibincangkan.

Perkara yang mendapat perhatian di esastera.com setakat ini ialah berkaitan peluang untuk merebut hadiah! Setakat ini fahamlah saya bahawa golongan seniman yang juga peka (seperti saranan Azizi Hj Abdullah semasa berlangsung Bengkel Penulisan Kreatif Inspen Alor Setar pada 28.11.2008) itu lebih mementingkan perjuangan untuk 'mengisi tembolok atau kantung' semata-mata. Apa kena mengena dengan penderitaan warga Palestin. Biarlah mereka bertelagah, kita peduli apa. Mereka berperang sejak dahulu jika diambilkira fakta sejarah adalah kerana zionis bermusuh dengan orang Arab disebabkan nasab keturunan. Zionis dari Sarah dan Arab dari Hajar, kedua-duanya adalah isteri Nabi Allah Ibrahim a.s.

Jika mereka hendak berbunuhan, biarlah. Posisinya jauh dari rumah kita. Kita masih boleh tidur nyenyak.

Andai begitulah sikap kita, jelaslah bahawa stigma kasihkan dunia atau hubbudunia masih tebal meskipun kita sudah hampir sedekad berada di alaf baru yang kejam dan tidak cakna!

Salam.

ABDUL HALIM YAACOB

http://asalbayu-kutipan.blogspot.com
http://www.esastera.com

bokbon said...

spoiler kapal terbang, ejos lubang biawak. mau je gua karate-karate

Anonymous said...

bokbon, kena pulak geng wiralution ngan wajalution tuh.... hahah...

dugongsenyum said...

Ada tak ada pun tampal stiker lesen JPJ, stiker apartment dengan stiker GJ. Tisu kena adalah sebab kerap selesema pagi2 hehe

Tak perasan pulak, zaman sekarang ni ada lagi ke signboard simbol tengkorak? Kalau salah tafsir - AWAS JALAN BERHANTU SILA PANDU LAJU2

ayobkelubi said...

right on dolah!.

budak-budak zaman sekarang, ghairah sangat.

kalau tampal sticker tu leh jimatkan minyak ker, leh kurangkan bayaran ansuran ker,kira ngam lah gak kan?.

Pok Leh said...

Kahkahkahkah!

Kebodohan memang teserlah.
Kebodohan lagi terselah.
Kebodohan betul-betul menyerlah.
Kebodohan si 3 calit.

Kahkahkahkah!

rena said...

hmm.. saya adalah seorang yang 23 tahun ke atas dan ditakdirkan memiliki sebiji kereta (yang gerannya masih lagi dengan pihak bank)

baiklah, saya akan ingat nasihat kamu ini *wink

wann said...
This comment has been removed by the author.
wann said...
This comment has been removed by the author.
benludin said...

wow...cantek cat baru,,

Johnny Ong said...

blog post yg bagus

dugongsenyum said...

link gua dah kena padam. oh tidakkkkk

ariapertama said...

surf www.reverbnation.com/ariapertama

adzani adnan said...

hye..
umur a'd mmg 23tahun . berjaya memiliki kereta sendiri pada tahun lepas...
kereta xde la qempak giler.. biasa jer kelisa warna gold. cuma ada aksesori tambahan sport rim cantik tu pun time beli ( second hand ) mmg dh ada. dalam kereta bersih xde pape pun. kotak tisu pun..
sbb rasa menyemak. stiker rasanya ,mcd ada kot tu pun kena buang nanti..(israel product) huhuh..
bravo la bro.. ayat mmg superb.. chayook... ;p

cindir-rela said...

wah..suke3...sempoi tapi pedas..

Dosz said...

bergaya bro. susunan kata yang kemas dan bernas namun pedas.

Obefiend said...

lama tak melawat

ah! now i remember why i like your writing so much

SARKAStiknya amat tajam.. runcing!!

haha.. best best.. lama tak lepak.. akan bakal ku RSS feedkan blog ini

revrie said...

Aku gile setuju dengan paragraph last kao. Bile ada anak menteri mati baru kecoh2. Bile bukit antarabangsa runtuh, juta2 derma dan luas liputan siap dapat pampasan. Tapi yang tsunami pampasan brape la sangat.
Teruk btol fenomena ini.

aku link kao. baru je tadi.