Friday, January 23, 2009

hutan setali

Kerana masih bergenjat maka saya ulang siar tulisan lama ini. Agak panjang kerana saya menyiarkan empat tulisan sekaligus.

Friday, December 02, 2005
sayang

' bang, Jah ingat nak buat kenduri kesyukuran sikit la ujung minggu ni '. kata Kak Jah pada Abang Man semasa siaran iklan takala mereka menonton rancangan kegemaran mereka, al-Kuliyyah. Perbincangan al-Kuliyyah hari ini bertajuk ' Betapa Pentingnya Sumbangan Besar Proton Wira Terbaru Didalam Pembebasan Masjid al-Aqsa '. Bersemangat sungguh ustad janggut oren memberi hujah membenarkan tajuk itu tadi.

' kenduri kesyukuran? anak kita yang mana lulus perisa? ' tanya Abang Man. Ada rasa terkilan di hatinya kerana tidak di beritahu tentang kejayaan anaknya di peperiksaan.

' ishh abang ni, abang ingat kene nanti anak lulus periksa je baru boleh buat kenduri? Kita ni orang Islam bang, mesti sentiasa bersyukur. Banyak nikmat-nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. ' Kata Kak Jah. Abang Man terharu. Memang tepat pilihannya dulu walau di tentang hebat oleh ibunya sendiri. Inilah dia isteri mithali, katanya di dalam hati.

' Habis tu nikmat yang mana kita nak bersyukur hujung minggu ni? ' tanya Abang Man.

' alah, kan kad kredit abang yang baru dah di luluskan, lagi pun kan Kak Cik dah ada boifren, kene la kita buat majlis sikit, bersyukur. ' jawab Kak Jah.

' boifren? sapa? ' tanya Abang Man sedikit terkejut dalam gembira.

' tu yang datang hari raya dulu tu, ' terang Kak Jah.

' yang bawak kereta makan tanah tu? ' tanya Abang Man minta kepastian.

' bukan makan tanah la bang, lo-werd la, looo-werd. ada ke makan tanah, apa la abang ni ' jawab Kak Jah. Tersenyum-senyum dia melihatkan kebodohan suaminya itu. ' makan tanah, ishh, hubby aku ni, jahil merokap ' katanya di dalam hati. Geli hati benar dia.



Demikian tadi FAJAR DI BUMI PERMATA (suara Nuri Angkasa) ...eh silap. Demikian tadi gema Jumaat untuk kali ini. Majlis menjemput kumpulan KEMPUNAN* untuk menyampaikan senamrobik.


* Kumpulan Para Datin Yang Suami Mereka Kalah Pilihanraya (kecil atau umum).

Friday, December 09, 2005
kasih

-bunyi talipon bimbit dengan nada dering lagu Rabbani-

Kak Jah: Assalamualaikom, Kak Jah bercakap, siapa disana tu?
Kak Cik: Mak, orang ni.
Kak Jah: Tau, mak saja je gurau,hehehe... (Kak Jah memang begitu, suka bergurau)
Kak Cik: Mak, orang tak balik malam ni.
Kak Jah: Kenapa?
Kak Cik: Ada JPJ buat road-block, kawan orang takut nak hantar. Kereta dia cermin gelap.
Kak Jah: Habis tu kamu nak tidur dimana?
Kak Cik: Bilik kawan orang la.
Kak Jah: ishhh kamu ni. Kamu mana ada bawak berus gigi. Malu kat orang gigi tak gosok.
Kak Cik: alaa mak ni, nanti orang beli la. Orang memang nak pi seven-e pun, nak beli barang sikit.
Kak Jah: ia la, ia la, duduk elok-elok rumah orang tu. Esok pagi jangan tak suboh pulak.
Kak Cik: Orang tau la. Ok mak, esok petang orang balik.
Kak Jah: Ok, assalamualaikom.
Kak Cik: (yahoo!)

Friday, December 16, 2005
lagi

i

seperti yang di jangka, Kak Cik mengandung tanpa nikah.

Kak Jah di tikar sembahyang dan memakai telekung yang di beli di Indonesia. Dia baru sudah sembahyang Maghrib (yang semalam tertinggal sebab sibuk ke pasar malam)

Kak Jah: Mengapa ya Allah? Mengapa Engkau uji hambaMu ini dengan begitu berat ya Allah? Tidak tertanggung rasanya ya Allah akan ujian ini. Mengapa Ya Allah, mengapa Engkau izinkan Kak Cik mengandung? Mengapa ya Allah.

Kak Jah bangun sambil mengesat air mata dan air hidung menuju ruang depan. Kelihatan Abang Man dan Kak Cik sedang asyik menonton tv siri Kisah Benar.

Kak Jah membuka telekung, dan teresak-esak.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa buat macamni? Kak Cik tak sedih ke tengok mak sedih?
kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa? (sambil mengoyang-goyangkan tubuh Kak Cik)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa Kak Cik tak suruh dia pakai kondom? Kenapa Kak Cik?

ii.

Kak Cik : Memang selalu dia pakai pun, tapi ada sekali tu, bocor. Kak Cik dah suruh dia berenti, tapi dia tanak. Kak Cik biarkan aje la. Kak Cik takut dia marah. Kak Cik sayang dia.

iii.

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? Kenapa? kenapa Kak Cik? Kenapa? (memegang kedua-dua bahu Kak Cik dan mengoyang-goyangkannya)

Kak Jah: Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? kenapa? Kenapa Kak Cik? Kenapa kak Cik tak suruh dia pakai kondom mahal? Kenapa Kak Cik? Kenapa?

Abang Man bangun perlahan-lahan sambil mendengus lalu keluar dari rumah. Dia memang begitu, tidak suka rumahnya bising-bising. Dia orang seni, sukakan kedamaian.

Kesian benar saya melihatkan Kak Jah, menangis dia tak henti-henti. Menarik-narik rambut dan memukul dadanya sendiri. Sedih benar saya melihat Kak Jah. Saya yang menulis kisah ini pun hampir menangis.


Demikian tadi gema Jumaat untuk minggu ini. disebabkan minggu ini kita semua sedih dengan malang yang menimpa Kak Jah, maka majlis tidak menjemput sebarang selebriti. Mari lah kita sama-sama membaca al-Fatihah buat di hadiahkan kepada ibu-bapa, anak-anak,adik-beradik,saudara-mara, jiran tetangga dan seluruh umat Islam yang telah meninggal dunia. al-Fatihah.

Friday, December 23, 2005
malang

Kak Jah duduk di almari solek. Dari jauh kedengaran suara dari radio..,'kau kunciiiiii (lip.lap.lip.lap) cintakuuuuu (lip.lap.lip.lap.) didalammm hatimuuuu..'(lip.lap.lip.lap) .Dia mencalit sedikit gincu kebibirnya. Sedikit bedak ke pipinya. 'Untuk suami' katanya didalam hati.

Kak Jah bingkas bangun sesudah bersolek dan keluar dari bilik. Di ruang tengah Kak Cik sedang menunggu. 'Lama sangat la mak ni bersolek, letih orang tunggu'. Kak Jah cuma diam. Dia tahu Kak Cik masih belum faham bagaimana untuk mengembirakan suami.

Mereka berjalan keluar dari rumah.

Jiran : Eh! Kak Jah, nak kemana lawa-lawa nih?
Kak Jah: Nak pi Balai Polis sat.
Jiran : Balai? Nak buat apa? ic hilang ke?
Kak Jah: Dak. (sambil berjalan merapati jiran dan berbisik kepada Jiran) Kak Cik kena rogol. Dah empat bulan mengandung.
Jiran : (terkejut) Hah! Sapa buat?
Kak Jah : Kamu ingat budak yang bawak kereta kuning yang selalu datang ambil Kak Cik tu? Dia la. Tak sangka ye, baik je muka dia.
Jiran : a ah.
Kak Jah: Kamu jangan bising-bising, malu Kak Jah.
Jiran : a ah. ( tidak semena-mena muka Makcik Gemok hujung jalan melintas di fikirannya).

Jiran : Habis tu Kak Jah tak pi la undi kutu tengahari nanti?
Kak Jah : Tengok la, kalau sempat Kak Jah datang la, kalau tak sempat kamu tolong la cabut undi Kak Jah.
Jiran: ok.

Kak Jah dan Kak Cik meneruskan perjalanan.

tamat.

Drama itu tadi di bintangi oleh:

Asmahani Husain sabagai Kak Jah
Kiera Knightley sebagai Kak Cik
Azizah Mahzan sebagai Jiran
Musthapa Kamal sebagai Abang Man
Afdlin Shauki (tanpa solekan) sebagai Makcik Gemok

21 comments:

Raison D'etre said...

Makasih AJ.

Lama dah sangat tak dengar Drama Melayu di Radio.

Bila baca kuat sikit dari biasa, serupa juga macam dulu2.

Selamat kembali.

ubilepih said...

Kah..kah..kahh..kah..TQ DJ krana mpsembahkan KOMIDI GELAP MELAYU,10 bintang sama lu

Anonymous said...

ISH..SEMAKIN DIBACA SEMAKIN HORNY PULAK..

PS-afdlin shauki (tanpa solekan) sebagai mak cik gemok..HAHAHAHA!!

apa pun lu memang world bro.. sinis dalam kelucuan..

perkara ini amat berleluasa di dalam masyarakat..inilah contoh ibu bapa yang menderhaka kepada anak2 sebelum anak2 menderhaka kepada mereka..

benludin said...

kahkahkah...

lawak...

tak sangka afdlin shauki berlakon drama radio plak ye...

jagoan said...

Bro,

Bakat ni perlu diperkembangkan bro. Try arr. Aha.



.

thoyol said...

Jones,

Lama sangat ko hilang. Sudah2lah gencatan tue.

Hehe.. Kak Jah yang bahalol

Anonymous said...

adui...lawak betul la

Anonymous said...

adui...lawak betul la

the artist and i said...

ni mesti kak cik selalu on top nih! ish ish ish..


AJ - hang memang bijak bab2 nih!

Ahmad Belia said...

bro,
kena ada lagu latar KITARO. tu yang buat haru sangat tu.

background SUARA AYAM kena ada untuk menunjukkan suasana kampung.

suara kereta dan motor kena ada jugak menunjukkan orang duduk kat kedai kopi.

sawan-sawan drama radio(koi selalu dengar sambil terkebil2 biji mata..huhuh)

norzailina said...

AJ,

Came here, needed a good laugh & got it (especially bab barisan pelakon tuu..). Thanks for such an enlightening drama...!!

admin said...

makcik gemok...errr

Unknown said...

hmmm....

an interessting entry.

lots of sarcasm (as usual)

but, the message is quite obvious.

dugongsenyum said...

Makcik gemok yang tak tahan tu... gelak guling2

Anonymous said...

Classic! Teringat zaman2 dulu masa saya masih muda dan baca blog yang muda juga umurnya.hahahah.

John Leh said...

Gerek ah KakJah.
Mesti KakJah pakai rantai emas berat berkati-kati, gelang emas berselirat kat lengan nak gi buat report.

Emas : Zhulian.

Cik Lee said...

Sinis tapi mendalam. Kadang-kadang terfikir ia seperti dibuat-buat tetapi realitinya itulah hakikat yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam hari ini. Nauzubillah min zalik.

Mak Su said...

errr, errrrr, errrr, aaa, errrr

(terketaq-ketaq plaks nak ulas)

TAKZIAH

azie said...

patut hantar ke radio malaysia pahang ni..pasti saya ternanti2 pada setiap hujung minggu hehe. cukup siaran selama sebulan kalau sekali seminggu.

kreatif sungguh pak cik jones

Anonymous said...

bukan kreatif,
tapi GILA!

pencinta sastera setiap bangsa said...

serious best...ahahaha...lmao...


afdlin shauki sebagai mak cik gemok? ahahahahah