Jika kamu rasa tulisan kamu bagus (macam tulisan saya) dan mahu ianya disiarkan disini, hantar kepada saya. Dibawah ini saya siarkan tulisan Drirwan yang saya petik dari blog beliau. Link ke blog beliau ada dalam senarai sebelah kanan sana.
Rabu, 28 Januari 2009
2006.7 Pengetahuan Am
Aku ialah salah seorang pensyarah yang dikehendaki mengajarkan isu-isu semasa kepada pelajar Jabatanku. Maka aku sangat kecewa pada minggu lepas apabila menemu duga pelajar yang mahu dihantar ke Korea untuk program pertukaran pelajar kerana aku dapati pengetahuan am pelajar amatlah sedikit.
Dalam konteks temu duga yang tersebut, pengetahuan am yang ditanya berkisar sekitar negara Malaysia dan UM, serta sedikit tentang negara Korea.
Lupakan tentang Korea.
Merujuk kepada pengetahuan am pelajar (Tahun 3), amatlah tidak munasabah kedangkalannya.
Ada pelajar yang tidak dapat menyebutkan nama Perdana Menteri Malaysia, apa lagi Meneri Pendidikan Tinggi! Ramai yang tidak tahu siapa Menteri Besar (atau Ketua Menteri) negeri asalnya. Ada yang tak boleh sebutkan walau satu pun nama Menteri Besar (atau Ketua Menteri) di Malaysia.
Ada yang kata, penduduk Malaysia masa kini ialah 200,000. Apabila diberitahu penduduk KL sahaja sudah 4 juta, mereka terperanjat!
Tanya siapa Naib Canselor UM, pun tak tahu. Nama Dekan Fakultinya sendiri pun tak tahu. Jangan kata nak tanya Timbalan NC atau Timbalan Dekan!
Apabila budak-budak universiti tak tahu semua hal ini, siapakah yang salah, mereka sendiri (kerana tak mahu ambil tahu hal sekeliling) atau personaliti-personaliti yang berkenaan (kerana gagal menonjolkan diri masing-masing)?
Dalam kekecewaan aku semasa temu duga itu, ada juga jawapan yang aku anggap menyeronokkan:
Kenapa orang bukan Melayu tak boleh jadi PM Malaysia? Boleh, untuk 22 tahun, PM Malaysia adalah dari kaum India!
Siapa yang mentadbir Malaysia? Datin Seri Rosmah!
Hahaha...
Friday, January 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
Pengetahuan am mereka kebanyakan yang ada dalam metro atau hai atau urtv mungkin?
Aku juga pening ada adik yang masih buat tatau dengan benda-benda am.
Salah seorang adik, kau tanya lah bab-bab gossip artis seantaro malaysia semua dia tau, (dan kau boleh agak dia macam mana), tapi aku salute dengan dia sebab pengetahuan am bab2 kementerian, nama-nama menteri semua dia tau.
Berbanding dengan seorang lagi adik, ada degree tapi blur sampaikan aku boleh buat kesimpulan, satu benda apapun tak menarik dalam otak dia kecuali berfashion.
Kalau tanya Bik Mama tu sapa mesti dia tatau! :D
pulak....
ish..baca entri ni insap plak...
=)
owh ya, saya link blog ni
Mua ha ha ha...
Apa yang depa belajar selama berbelas tahun di sekolah agaknya?
Ishhh...
bro..
itu belum kita tanya doa qunut..
saya rasa mereka terlalu tumpukan pada pelajaran sampai langsung tak peduli dunia luar.
bagi mereka yang penting pointer dan apa yang masuk periksa.
mungkin itu lah kot yg dikatakan "belajar tak ingat dunia".
masalah lebih-kurang begini jugalah yg syarikat saya hadapi dalam mencari pekerja baru...
dalam resume, apa yang kami perlukan ada dicatat oleh mereka, malah ada yang meletakkan berapa tahun pengalaman mereka dalam bidang tersebut...
tapi bila datang temuduga, sebelum bersemuka dengan penemuduga perlu menjawab ujian asas utk subjek/bidang yg mereka ceburi...
keputusannya, amatlah mengecewakan, padahal soalan adalah yg paling asas. Namun masih ada yg tak boleh jawab, ada yg bagi alasan mereka tak belajar tu semua masa diuniversiti, sedangkan dalam resume ada tercatat, subjek itu ada mereka ambil...
apakah salah graduan atau salah pendidik atau salah sistem pendidikan atau salah sukatan pelajaran???
saya tak ada jawapannya...
perlu kah tahu siapa chancellor UM?
wajib kah?
kalau wajib saya juga hendak tahu kamu tahu ke siapa naib chancellor Lim KOk Wing, MMU,UTP atau UNITEN
apa apa saja UM? top 10 asia pun tidak bisa
HAHAHA
Jawapan yang betul tidak penting.
jawapan yang meyakinkan penemuduga adalah LEBIH PENTING.
Hehehehe.
.
Kalau ditanya siapa artis yg menjuarai AF 1 - 6 mesti mereka leh jawab.
Rasanya kalau naik TPM menjadi PM maka jawapan terakhir ada amat betul
hahaha. saya sedikit terasa terkena dengan entri dr. irwan. sorry for being ignorant, malaysia.
oh ya. saya bukan kamu dan saya link blog kamu. jadi saya bagitau kerana kamu mahu tahu. =)
sapa yang mentadbir mesia? bik mama!
yang tu mungkin gua akan cakap
"ye kot!"
heh.
saya pon ada masalah yang sama..tak boleh sebut sekurangnya 5 orang nama menteri...
seperti tidak berminat untuk menghafal kerana terasa bosan dengan pergolakan politik..
entahlah..saya juga tidak tahu..
mungkin salah saya juga...entah lah..
mungkin tiada kecenderungan untuk tahu..
saya belajar subjek seperti teknokrat, tisas dan sebagainya tetapi terus terang pensyarah mengajar pon seperti tidak berminat, terus terang buku2nya seperti ubat tidur kami, terus terang classmate yang berminat dalam kelas adalah paling susah nak jumpa...
entahlah...
"aku bukan nak jadi ahli politik," getus kawan aku dgn berang selepas balik dari sesi interviu gomen dan ditanya soalan bab2 menteri dan tanah air.
dunia skrg penuh pop.
kecintaan diri
aku pening
diam dalam tercari2
salah kah aku?
betulkah aku?
terasa..
diam
terfikir ada kebenaran
tapi terbelah dalam realiti
ade luar ada dalam
ada siang ada malam
ada muka ada hati
ada satu ada 2 ada 3
masih
ia mengajar, memahamkan, mengeliru, menyedar
masih
aku cuba jadi yang terboleh.. terdapat..
yang ada pada diri aku
wow...datin seri rosmah pemerintah malaysia.haha
budak tu memang GENIUS sebab jawapan terakhirnya itu 100% betul..
pentadbir malaysia memang rosmah mansur..
bro,
letak la entri aku yg power tu.setaraf hang per...
p/s:err..layak duk bakul sampah je kot..kahkahkah
betul itu. Pengetahuan am memang amat kurang. Tapi nak salah satu sebab die ialah sistem pendidikan kite yang terlalu berasaskan pendidikan ini. Stuju tidak?
Nak tumpang iklan ek
www.reveriemalaya.blogspot.com
komen penggunaan bahasa melayu aku / idea aku. thx. =)
huish, terasa rendah sungguh diri ini, bila ditimbang-timbang, cuma 5 kaki tinggi jer :(
saya ni, nama ketua kampung pun tak tahu, malah, saya tak pasti samada kampung saya ada ketua ker ada tok lembaga ker depa panggil penghulu ker... tak per ler. saya undur diri dululah
[B]NZBsRus.com[/B]
Dont Bother With Slow Downloads With NZB Downloads You Can Quickly Find High Quality Movies, Games, MP3 Singles, Software and Download Them @ Dashing Speeds
[URL=http://www.nzbsrus.com][B]Usenet[/B][/URL]
It isn't hard at all to start making money online in the underground world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]seo blackhat forum[/URL], You are far from alone if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses not-so-popular or little-understood methods to build an income online.
[url=http://www.23planet.com]online casino[/url], also known as agreed casinos or Internet casinos, are online versions of prominent ("buddy and mortar") casinos. Online casinos approve gamblers to extemporize and wager on casino games tailback the Internet.
Online casinos most often plonk down aside on the bazaar odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos aver on higher payback percentages for m‚range gismo games, and some change known payout behalf audits on their websites. Assuming that the online casino is using an correctly programmed unsystematic innumerable generator, provide games like blackjack suffer with an established congress edge. The payout participation after these games are established erstwhile the rules of the game.
Innumerable online casinos lease or produce their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Worldwide Regatta Technology and CryptoLogic Inc.
Post a Comment