Friday, November 14, 2008

jalan lebai ali


-hari anak saya ambik periksa upsr, saya dan isteri saya ambik cuti. kami gi sekolah. masa anak kami tengah buat periksa, kami duduk di kantin sekolah dan membaca surah yassin sampai la dia habis jawab soalan. kami buat macam tu selama dia periksa,so, alhamdulillah dia dapat 5a.Kata rahimi hassan kepada saya,sambil dianggukkan oleh isterinya, paridah husain yang masih bergenang airmata gembira-

Kalau dulu surah yasin di bacakan kepada air dan air itu kemudiannya diberi minum kepada banyak orang jika berlaku kecurian. Besarlah harapan pembaca surah yassin itu agar sipencuri akan meminum air tersebut dan kemudian akan buncitlah perut si pencuri.Boleh jadi pencuri zaman itu sama bodohnya dengan mat-mat batu delima dan akar kayu lilit di lengan gamaknya.

Namun zaman berubah. Amalan itu tidak lagi dilakukan. Ianya di tukarkan kepada amalan khas malam jumaat, sebagai pembuka acara setubuh apabila malam sedikit larut.

Dengan penambahan iman kebanyakkan umat islam malaya hari ini, maka amalan membaca surah yassin juga kini bertambah masa.Ianya dijadikan senjata untuk melawan kebodohan anak-anak mereka menjawab soalan-soalan periksa.

Selain memaksa seluruh kampung meminum air yassin bagi mengesan pencuri,sembahyang hajat juga di gunakan untuk tujuan sama suatu masa dahulu. Amalan ini juga telah di-highjack- oleh genrasi iman bertambah masakini.

Penuh masjid seluruh negara menjelang apa-apa peperiksaan sekolah. Boleh jadi saya terlepas hadis atau ayat quran yang mengatakan -barang siapa yang mempunyai anak,lelaki atau perempuan, dan anak itu tidak mendapat 5a dalam peperiksaan, nescaya ibubapanya tidak akan mencium bau sorga sehingga bila-bila-.Maafkan ke alpaan saya.

Habis periksa, sama ada anak-anak mereka lulus atau tidak, menjeritlah bilal masjid sehingga pecah anak tekak sekalipun, mereka akan telentang di depan telivisyen menunggu kalau-kalau memey tertanggal baju dalam secara tidak sengaja.

Aiseyman, malas pula hendak menulis tentang bodohnya amalan islam orang melayu. Tambahan pula bimbang juga di yassin dan sembahyangkan hajatkan oleh mereka. Maklomlah, yassin dan sembahyang hajat mereka semua berkesan, lihat sahaja betapa berjayanya anak-anak mereka sekarang ini.

Oh! hampir saja ku telupa...cheyyy.. ada macam gaya rosam nor dalam kala malam bulan mengambang?

Sebelum saya lupa, ingin saya katakan kepada pemarah-pemarah di dalam tulisan yang lepas; Dengan kedua tangan di letakkan di celah kelangkang. Dengan kepala menunduk.Dengan dagu mencecah dada. Dengan suara yang sehabis perlahan dan dalam telo kuala lipis, kerana orang kuala lipis sangat -in- sekarang ini, saya melafazkan; palat aok.

Kepada akira pula, gambar itu tidak di-edit. memang kanak-kanak itu dua orang. anak-anak kepada UDA,separuh dari dua jurugambar yang sangat handal.




kemaskini; saya terpaksa menambah perkataan 'kata' sebelum 'rahimi hassan' kerana ada yang membaca perenggan diatas sebagai pengistiharaan bahawa anak saya mendapat 5a. Itu adalah satu fitnah yang amat besar.

26 comments:

Perempuan cerdas said...

oya,
air yasin dan kismis doa
yang dikilangkan oleh mungkin
Ah Chong dan rakan rakan.

M

Unknown said...

ha ha ha ha

Sya said...

Anak kak sya peksa gak.. mak nya masih keja tak dak cuti dah nak amik. Cuma masak je utk bekal takut depa kelaparan sambil tunggu sesi petang.

Sampai opis.. sume lupa even terhdp anak yg amik peksa... mana dan baca surah yassin.. emm agaknya tu sebab anak2 pompuan tu takde yg dpt 5A..

Maryam said...

wah! anak encik AJ dapat 5A. tahniah. encik bagi hadiah apa ek? :D

er kenapa mesti surah yasin, tak surah luqman? kan luqman tu orang bijak pandai? hoho. dalam quran ada 114 surah, surah yasin jugak orang melayu baca. takpun tiga qul.

ceri masam said...

they tried dan sy RASA, Tuhan memandang usaha mereka, bukannya kuasa air Yassin tu...

Melayu Islam... cuba buang label Melayu tu... tinggalkan hanya Islam.

macam mana kita nak explain keislaman kita sebagai Islam bila kita terus terusan menggunakan Melayu sbgai contoh?

muliakah mereka2 yang bukan Melayu tetapi beragama Islam kerana mereka punya approach yang berbeza?

tinggalkan kekangan bangsa tu... teruskan dengan nama agama! adakah dengan menjadi sinis dan terus sinis buat kita jadi lebih baik daripada mereka?

saya jarang2 membaca Yassin... bukan kerana saya melayu islam, tetapi kerana saya tau Tuhan itu lebih tahu..

gud article!
anda blogger kedua dalam dunia yang buat jari2 saya kebas dan sejuk spt mau marah tapi sebenarnya teruja dengan kebijaksanaan anda. saya serius, bukan sinis :)

Anonymous said...

jones, aku tidak mahu mengatakan apa2 kepada tulisan kau yang buruk di atas tetapi sekadar mahu mengulas tentang gambar tiga orang budak lelaki Melayu yang hensem, gambar itu berseni.

Anonymous said...

yassin adalah roh alquran..
tujuan membaca yassin adalah untuk mendapatkan keredhaan dan kerahmatan Allah..

maka amatlah malang jika ada orang yang baca yassin dengan sebarang tujuan selain itu..

Anonymous said...

sekarang ni ramai mak bapak yang berdoa agar anak2 dapat 5A..10A..20A..

tapi agak2nya ramai tak mak bapak yang berdoa agar anak2nya celik Alquran & hadis? agar anak2nya taat mengerjakan suruhan Allah & meninggalkan laranganNya setelah mukallaf? agar anak2nya sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapanya sama ada di dunia dan juga di akhirat?

biasanya sebelum anak2 itu derhaka terhadap ibu bapanya, ibu bapanya telah terlebih dahulu derhaka terhadap anak2 tersebut..

Anonymous said...

apakah OBAMA akan meneruskan tradisi memburu OSAMA?

Sayuti said...

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. (Surah al-Baqarah ayat 45)

...

patut la familiar. gambar anak kak uda rupanya...

Kama At-Tarawis said...

AJ, saya selalu visit your site sebab some of the things that you posted make interesting reading. malangnya setiap kali saya nak link this site with mine, saya fikir dua kali sebab AJ kuat mencarut dan saya kurang selesa dengan bahasa yang sebegitu kasar. Maaf. Tetapi saya tetap datang jenguk.

the2the said...

kawan aku mat rempit, minum arak tiap mlm, kalau penulis blog ni jmp dia musti dia cakap dah terpesong dri jln yg lurus, yg aku raspek kwn aku ni dia tak pernah ckp lucah2, batu pelir kote ke apa ke tak pernah aku dgr dri mulut dia, baru ni dia xsiden...mati, kepala tgh hi plak tu...tp itulah takdir dia tetap mati dijalan yg lurus..apalah kita utk mengkelaskan manusia...
mmg betul bila aku tgk tmpt kejadia mmg betul dia mati dijalan yg lurus..lebuh raya kuala kedah,km6.0, mmg lurus jln tu..

Bijen M. said...

ho ho ho..
masih di tahap pemikiran melayu kuno..
mungkin di waktu zaman p. ramlee..

thoyol said...

lol.. jones, pening pale aku baca komen kat earlier post..

tapi in order to be a popular blogger, u got to be opinionated. so tahniah.. lol...

serious, gambar budak tue mmg berseni. Byk interpretation.

Ahmad Belia said...

gua rasa tak salah baca yassin dan sembahyang hajat mintak kat tuhan. lepas berusaha pergi kelas hari-hari apa salahnya mintak dengan tuhan agak berjaya di dunia dan akhirat. Tuhan nak kasi ke tidak itu bukan urusan kita.

orang lipis tak cakap " palat aok" selalu. tapi kalau gaduh kami selalu cakap...

" aok nak pelempang? "

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

palat aok laa wei.. hahaha.

Anonymous said...

Bro, sentuhan intelek awok sungguh tinggi untuk difahami oleh orang kebanyakan yang membaca sekadar baris demi baris. Ia ibarat menegur orang yang membedak sejuk dan mencerminkan kambing yang nak disembelih aqiqah pada tahun 1970 dulu.

uipts
u5

Anonymous said...

Bro, mungkin contoh ini lebih tepat dari yang diatas, kalau aku katakan ia seperti restoran mamak, india yang menggantung pelbagai frame ayat-ayat suci dengan pekerjanya yang baru sampai dari Delhi dipaksa memakai kepiah putih.

uipts

the artist and i said...

haha.

itu belum lagi ber 'tawakal'.

tak siap assignment ada suara "tawakal sajalah depan lecturer nanti"

heh, konsep Islam melayu memang banyak lari!

tawakal je lah.. hahaha

ubilepih said...

Asyik baca Yassin utk anok peksa,smpai lupa Fardhu Sholat...ha..ha..wa Yassin apal di mulut jerrrr..tak caye sudah...

akira said...

owh. comel budak-budak tu. dan, iya gamba-gamba dalam blog ni berseni. bermesej.

lusa balik mesia. yeayy

:)

zuraima said...

semua orang nak mudah. teringat pula sejarah kewujudan berhala - kononnya batu yang berada dekat kaabah tu adalah suci, boleh disembah; lalu manusia pun melalut-lalut dengan bijaknya.

Pegawai Khalwat said...

Tu tak termasuk pi mintak air azimat dari wali hidup lagi tu!

A said...

doa senjata adalah umat islam.. :)

fishies said...

sangat setuju dengan ahmad azrin aziz. doa itu adlh senjata umat islam. lebih-lebih lagi dari seorang ibu dan bapa untuk anaknya=)

Anonymous said...

kalaulah mereka-mereka yang membaca yassin tu memahami apa yang mereka baca dan mengambil pelajaran dan melaksanakan apa yang diperintahkan dan dilarang dalam yassin tu..

kalaulah...