Saturday, October 18, 2008

restoran zaman

Jika kamu berniat mahu menubuhkan kumpulan musik, maka bersedialah untuk menamakan kumpulan kamu dengan nama-nama Inggeris atau kamu akan menanggung risiko tidak popular.

Hal ini tidak terikat kepada satu genre musik. Semua pun terlibat. Gabungan artis nasyid seMalaya atau rengkasnya GAY juga demikian.

Bukanlah kerana saya ini seorang pencinta bahasa melayu atau kerana sangat sastera, cuma gunakanlah ayat yang betul dalam apa bahasa sekali pun.Saya melihat banyak kesilapan yang dilakukan dalam menamakan kumpulan nyanyi khususnya kumpulan nasyid. Oleh yang demikian, di bawah ini saya nukilkan kesilapan dan saranan saya kepada kumpulan nasyid berkenaan.

Mari kita mula dengan permilihan nama kumpulan nasyid.

'NOW SEE HEART'. Ayat berkenaan adalah ayat selepas sesuatu ayat, tetapi mereka memilih untuk menyuruh kita terus 'SEE HEART'. Apakah yang kita lihat atau buat sebelum 'SEE HEART' tidak dinyatakan? Ini menjadikan nama itu amat mengelirukan.

Lalu saya mencadangkan agar kumpulan ini menukar nama kepada 'YOU'VE SEEN MY COCK, NOW SEE (MY) HEART. Ianya bukan sahaja lebih jelas dan sanggat Inggeris,bahkan ianya seakan sama dengan nama-nama kumpulan musik Inggeris generasi baru dan amat terkini. Seangkatan dengan 'MEET UNCLE HUSAIN'.Jelas dan tepat.

Ianya juga menjadi menjadi satu saranan yang amat baik di mana setelah mengetahui saiz anu,tengok pula hati pemunya anu kerana hati adalah lebih penting dari anu.

Atau jika mereka mahu, boleh sahaja di tukarkan nama mereka kepada NASIHAT jika tidak NAK SEHAT. NAK SEHAT amat sesuai untuk nama kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu berunsur mendidik kerana kita semua sedia maklum betapa ramainya manusia seluruh alam menjadi amat insaf setelah mendengar lagu-lagu nasyid terutama yang di usahakan oleh kumpulan KRU yang sungguh up-beat itu.

Satu lagi, 'IN TEAM'. In wot freaking team? Kenapa mesti menggunakan perkataan Inggeris jika INTIM yang dimaksudkan? Atau untuk lebih semasa,kenapa tidak dinamakan 'PERHUBUNGAN INTIM'? Ianya bukan sahaja indah dan harmoni bahkan amat akrab bunyinya. Tambahan pula jika kumpulan itu dianggotai oleh pemuda dan pemudi.

Dan akhir sekali kumpulan nasyid 'Bar2Play'. Apa? Tak ada kumpulan nasyid dengan nama itu? hmmm... patutnya ada.

41 comments:

marhaen vintaj said...

tapi restoran zaman tak perlu guna nama English juga boleh popular.
hurm...

*fikir.

the artist and i said...

hahaha.

in team tu kumpulan yang nyanyi lagu ada lirik ijabkabul tu kan?

hahaha.. macam macam!

pelik pelik!

Anonymous said...

ha ha ha tuan punya blog pun pakai nama inggeris..

kumpulan nasyid.. err..raihan..world gitew..

Fiziy said...

haha betul jugak tu. tp HUJAN pun cukup famous jugak. KRU (kumpulan rusak ugama, eh kumpulan remaja unik...) pun famous jugak.

Anonymous said...

hurm..
sokong wan...
empunya blog pun pakai nama Inggeris...

sidra kamar aisa said...

cock = kumbang kabai
ha ha ha

azharjaafar said...

Cuba try "Big Spender".

admin said...

restoran zaman bukak sekerat hari pun dah untung..takyah sampai ke tengah malam. pagi2 sure penuh...

admin said...

pendek kata yang tubuhkan kumpulan2 nasyid ni bodoh dan hipokrit...faktor perniagaan semata2. cuba kalau di buat solo, disuruh buang ketayap tu...akan diikutkan juge oleh budak2 konon nasyid pejuang agama ni...lepas tu tulis huruf "s" kat badan bukak baju atas pentas

admin said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

wann, tuannye blog tak pakai nama inggeris.... ekeke... nama dia.. abdullah jo nes... korang je baca jadik jones... ekekeke....

nate mano la nok buh namo batuple...


tapi dulu ada budak bawah tanah buh nama "KplaKothyr" ekekeke...

Anonymous said...

tapi nasyid paling berjaya RAIHAN dan RABBANI... arab tu...

Anonymous said...

pa'chik, abdullah jo nes ke abdullah jo ngos..hua hua hua

Anonymous said...

Setuju dengan dollah jones!

Anonymous said...

hwa..hwa..hwa..lucu dong..

bang..bukan sahaja letak nama kumpulan nyanyi je yang salah.. nyanyi tu sendiri dah salah..

Anonymous said...

bar2play?

ha ha ha

kalau rock ada meet ucle hussain..pakata kalau letak nama BasDatang KuNaik.

amacam bro?

Mak Su said...

saya berlatih menyebut nama kumpulan nasid bar2play tadi...maka saya nampak dah intipatinya..

har har har :)

joe_oo7 said...

kumpulan Keranda ke Kubur. baru betol2 insap.

ubilepih said...

Nama Inggeris pelik,tapi lagu leleh-leleh...mcm gua penah merunggut dulu...patut lah leleh rupanye..baru sekarang wa tau...sebab bodo mcm BAR2PLAY.

benludin said...

awek-awekz musti suka kumpulan bar2play yang bersaiz besar..!

hahahaha!

Anonymous said...

hahahahaaaaaa....

kawe nak tubuh jugok, nama dia 'co-pack'

zizie ali said...

sokong jones.

Pegawai Khalwat said...

jom kita buat kumpulan nasyid meet abdullah jones!

IEYNA said...

xtau nk tulis katne..tulis katcni jelah ek.. :)

thankz view my blog....

bnyk nye blog awak..mana yg aktif ni..

hehhehehee.........

Sayuti said...

hahaha. sungguh betul.

Anonymous said...

MEET UNCLE HUSAIN..jangan seronok sangat..kat hujung nanti kita akan MEET MALAIKAT MAUT..

ceri masam said...

excited nak tubuh kumpulan muzik, makanya bila time brainstorming nak carik nama group tu, mulalah kreativiti melampau keluar...

heheheh...

buruk pada kita, tapi elok pada deme...

tak salah, cuma sakit telinga dan mata, kan?

heheehe

Artozy said...

bar2play sesuai utk kumpulan irama dangdut bang

Unknown said...

aku suka makan kuaci sambil dengar lagu....heh

gasak diorangler nak letak name ape2... heh

janji boleh nyanyi, stakat name best-best tak leh nyanyi dok jer kat rumah macam aku ... heh

Unknown said...

cam kenal jer....restoran zaman nih...mcm yg top di kuantan tuh...aper kaitan ngan...artikel ekk

GAFARO a.k.a. agentno9 said...

salam bro jo nes

artikel ni boleh buat lu kena ISA tau menyinggung masyarakat

tapi style gak nama bar2play tu ye

sebagai contoh:

`lu budak mana?'
`gua budak bar2play!'
lu punya ketua?!
dollah jones!

Anonymous said...

jones, restoran zaman ni ada jual jeruk maman?

Anonymous said...

bro..singgah blog hishamudin rais di http://tukartiub.blogspot.com..

LUCU DONG AHH..

blackpurple @ jowopinter said...

Aku suka nama Al-Jawaher

sinaganaga said...

Kumpulan Nasyid Ajaran Sesat - AL-KOHOL.

Anonymous said...

Khamis Oktober 23, 2008
Samad Lefthanded meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas gitaris kumpulan Lefthanded, Abdul Samad Mian 45,yang lebih dikenali sebagai Samad meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 1:30 petang tadi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat orang anak.

Jenazah akan dibawa ke beliau di Ulu Kelang, Selangor untuk dimandi dan dikafankan.

Menurut bekas vokalis lefthanded, Nash, Allahyarham dipercayai meninggal dunia selepas terjatuh dirumahnya.

"Saya tak dapat pastikan punca sebenar kematian beliau. Saya cuma diberitahu Allayarham terjatuh,"katanya.

Nash ketika ini dalam perjalanan menuju ke hospital untuk menziarahi jenazah Allahyarham Samad.

Al-Fatihah

dugongsenyum said...

WALK WALK EAT AIR.

mantap gak nama grup ni! haha

Anonymous said...

jones..email aku sajak kamu membenarkan kebodohan..boleh?aku mau bikin projek baru..meorpestajiwa

A said...

nama nak gempak, tapi perfomance hamprak

cabriolet said...

AJ...bar2play...emm..ok tu
ni lagi satu 'keymark'..

Farhana Aziz said...

salam~
org melsyu tidak berkata lucah