Tuesday, August 05, 2008

aziz cafe

Saya bercita-cita untuk menjadi seperti A. Samad Said. Bukan, bukan menjadi sasterawan negara dan kemudian buku-bukunya dipinggirkan. Saya mahu menjadi seperti beliau yang rajin menggunakan pengangkutan awam.

Malangnya saya mencari makan di bandar yang bukan bandaraya tetapi 97% penduduknya adalah jutawan. Selebihnya pula adalah ahli politik, eh silap! selebihnya pula adalah bilionwan.

Jualan kereta Mercedes Benz dan BMW, mengikut kajian antarabangsa, adalah paling banyak terjual di bandar ini. Kereta-kereta buatan Malaya biasanya hanya digunakan oleh anak-anak sekolah untuk melanggar cikgu.

Kerana itu,kamu akan mati dan mati kemudian mati lagi jika kamu sampai hati mahu menggunakan bas awam jika kamu di Kuantan.Tandas awam banyak kerana orang Kuantan kaki berak.

Orang Kuantan juga telah sekian lama berdisplin dan tidak berebut-rebut ketika menaiki bas. Bas tarak! berebut ke babi mende!

Boleh jadi, mungkin, agaknya ini adalah disengajakan kerana kita tahu pendapatan paling besar bagi kerajaan tempatan disini adalah sewa dan saman letak kereta. Jika disediakan bas awam, maka, umat akan kurang mengunakan kereta sendiri. Jika umat kurang mengunakan kereta sendiri, maka sewa dan saman letak kereta akan berkurangan. Jika ini berlaku, Pahang akan bangkrup dan bangunan Wisma Persekutuan akan disita.

Itu satu lagi bodohnya. Bangunan kerajan mahu disita.Jual saja bangunan tersebut sepertimana yang terjadi kepada segala mercutanda dan tanah ditenggah-tengah bandar Kuantan atau jadikan tapak tetap pesta hebohheboh.

Bangang, kawasan begitu besar dipinggir bandar, dibawanya pesta bodoh tersebut ketenggah-tengah bandar. Jika tidak menyusahkan hidup orang tidak sah hidup mereka.

Kuantan adalah bandar paling bodoh dalam dunia. Pegawai pemerintahnya cerdik, cuma bandarnya yang bodoh.

Kepada Tok Nan, bila aok doh tok bizi maki hamun kawan tu kawan ni, cuma tengok sikit bas taun. Kalu ada bas taun, senang sikit orang jengke ke, orang jabor ke nok gi pesta hebohheboh yang menjane ekonomi kuantan ni (kawan dengo kerajan negeri untung 18 trilion juta ringgit asil pesta tu). aok jugok yang untung. esok orang undi aok lagi.

36 comments:

Anonymous said...

Saya pernah pergi Cherating.

Sebelah klabmed. Kata klabmed boleh nampak orang tak pakai baju.

Kuantan tak pernah pergi.

Diorang kata tak best.

Anonymous said...

orang kuantan kaki berak? ...lol..baru saya tau..

Uptown frog

benludin said...

u made my day..entri paling lawak ...sian org kontan...

Anonymous said...

marah sapa sebenarnya ni?

Kay said...

SAPA NIH KUTUK ORG KUANTAN????

Anonymous said...

>>>kuantan adalah bandar paling bodoh dalam dunia...pertama kali saya baca 'statement' begini..

pengangkutan awam bukan masalah baru, kan?

dari pemerhatian dan konklusi...tandas awam banyak mungkin sebab orang kuantan suka mandi/berak di tandas awam daripada di rumah..

jagoan said...

Perppektif ini ada betulnya. Barangkali.




Dari sudut yang berbeza. :D


Cuba teliti.
Nak teliti kena turun padang beb!

thoyol said...

jones,

bangang bedooh..
Haha.. Kuat sangat tengok taik masa berak sbb tue jadi bodoh..

Cao..

Anonymous said...

keluarga saya jati kuantan, bukan jutawan, bukan org politik jauh sekali billionwan. suka berak dirumah. jarang2 naik kenderaan awam. bukan semua tak indah di kuantan, ada cantiknya. gali lah lagi.

Lily Abdullah said...

En Jones

Tengok ada orang orang Kuantan sudah marah sama enche.

Kalau Tok Nan marah,nanti blog enche kena gam saya akan menagis tau hahaha...(saya ketawa ke?)

Anonymous said...

kawan pun baru tau orang kuantan kaki berak. ..

sinaganaga said...

aok, aok.

the artist and i said...

hahaha.

tudiaa..mengamuk dalam sinis tu.. sabaq..sabaq..

azie said...

sangat setuju dgn yang ini, "Bangang, kawasan begitu besar dipinggir bandar, dibawanya pesta bodoh tersebut ketenggah-tengah bandar. Jika tidak menyusahkan hidup orang tidak sah hidup mereka"


sementara menetap di universiti of gambang ni, sudah seribu rahmat jika bas rahmat alam sesekali datang menjemput saya n kawan2 ke bandar paling ...., mana lagi kalau bukan kuantan.

saya pun ada cita2 yang sama jgk, bila saya dah besar n jadi kaya nanti, saya tetap akn gunakan kenderaan awam..tapi ada logikakah kat Msia ni? mungkin saya patut migrate hehe

SATIRA + KACAU said...

Loh. Kat mana-mana jerubu dah. Kat sini apa la lagi.

Satira + Kacau

Ku Keng said...

Bro.,

Mungkin data penjualan Mercedes yang meningkat tu termasuk penjualan bas-bas MB untuk kenderaan awam. Jadi selesalah yang berkenderaan awam. Tapi seandainya anda VVIP maka boleh menggunakan kereta VVIP sekiranya ke KT

Anonymous said...

Aj,
Kau berwenang je cakap bukan bukan pasal Kuantan. Nanti Tok Nan tunggu kau kat bas stand ajak bertumbok..hahh.

Mak Su said...

orang perempuan tak leh simpan cita-cita nak jadi macam Sasterawan A Samad Said sebab orang perempuan tak de janggut kecuali depa pakai janggut palsu. sori Pak AJ, saya menyampuk

- milah

dugongsenyum said...

Nice to meet you. Haha

Sayuti said...
This comment has been removed by the author.
Sayuti said...

kuantan ada bas 'sihat'. ok la tu.

Sayuti said...
This comment has been removed by the author.
Sayuti said...
This comment has been removed by the author.
Sayuti said...
This comment has been removed by the author.
Sayuti said...
This comment has been removed by the author.
Sayuti said...

kuantan ada bas 'sihat'. ok la tu.

Sayuti said...

kuantan ada bas 'sihat'. ok la tu.

Sayuti said...

kuantan ada bas 'sihat'. ok la tu.

Anonymous said...

yang tak mahu ada kenderaan sendiri seperti saya akan diketawakan oleh orang kampung dan orang kota dan lebih malang, akan susah untuk jadi menantu sesiapa.

33 tahun pengalaman hari2 menaiki kenderaan awam cukup untuk saya melafazkan kata haram jadah pada pengangkutan awam di negara kita.

pun, saya tetap. naik bas, lrt dan teksi walaupun semuanya adalah spesies babi.

Anonymous said...

kaki berak? hehehe keh nok kehseberg...cian pokok di Gali tumbang.bawok minom tea pak aj.tea sekole gude2 turun la temperature aok tuh!

Anonymous said...

abdullah jones (or whatever your name is), my friend is crazy, like falling head over heels fo u, and for ur info, she is ur reader. so, may i know, r u single or taken? homo or straight? how old r u?

ah, belasah. tolong kawan.
walaupun x dilayan.

Anonymous said...

Lah, tula orang suruh pindah kat Melaka tak moh, Melaka tempat orang miskin, minah kilang, pelukis, penulis, peminta sedekah jalanan semua ada.

Kalu ko pi kat bandar, lagi rame orang miskin, pake kain sikit-sikit jah ha ha ha

Anonymous said...

sebagai org Temeloh koi tak terasa sgt tp bila tgk ic dah alamat kontan, terasa mat weh... papaleh aok jones... koi nok cari aok kat bustand pasor ter..

ubilepih said...

Bab ngikut Pak Samad penguna pblik transpot no satu bole land ni gua suda kira menang la...ha..ha

Anonymous said...

maroh betul aok (awok)
Kawan pun maroh

uipts

Anonymous said...

saya berani katakan yang ramai diantara korang ni masih buta dalam kehidupan..walaupun aku bukan org kuantan, tapi aku nk nyatakan disina bahawa kat kuantan tu byk kelebihannye,,jgn la ko tengok yg x cantik je..yg cntik2, elok2, n baik2 ko x pndang plak..x sebut plak..ape pnye org la ko ni..nk buat blog pn biarla b'pada2..ni r org ckp jenayah IT..bleh pengaruh org ke arah yg x baik..ape salahnye ko carik yg elok kat kuantan tu, then sebarkan kat org lain..kalo org la lain dpt faedahnye, ko pn dapat pahala..ni je la nasihat akudari seorang hamba Allah yg nk kaum kat bumi-Nya ni sntiasa aman.skian, trima kasih.