Friday, August 01, 2008

wall street

Memang kita marah bila barangan yang dibekalkan kepada sheriff-sheriff kita adalah barangan kelas kedua. Kita sayang sheriff. Sheriff kita wibawa. Cepat dan betul.

Tetapi, apalah yang di harapkan sangat kepada kumpulan manusia yang membuat lapurkan kepada sheriff lain apabila mendapat bahagian suap yang kurang dari rakan mereka.

Main bola pun makan suap inikan pula kontrak seratus juta.
Almari buruk lagikan mereka jual inikan pula kontrak seratus juta.
Perempuan ketuk ketampi pun dijual videonya inikan pula kontrak seratus juta.
and the list goes on and on and on and on..

10 comments:

norzailina said...

Salam Jumaat yg penuh berkat, AJ. Hilang rindu saya pada Kuantan bila membaca tajuk entries AJ yg lepas2. Terima kasih tak terhingga kerana saya terdorong sama untuk mengembalikan nostalgia Transit Quarters dan Bukit Setongkol serta Bukit Sekilau. Hehe.

Anonymous said...

Saudara Dollah tidak takutkah menerima nasib seperti Raja Petra.

Kemat said...

lagi banyak angka kosong kat cek tu lagi kosong hati...

Ku Keng said...

Bro.,

Penggunaan barangan yang tidak tahan lama itu menjanakan ekonomi negara. Pada zaman Jepun dan British dulu perlatan terlalu berkualiti hingga menyebabkan Sheriff kekal dengan perlatan model lama; kini mereka terkini dalam kelengkapan kerana kekerapan penggantian.

Saya mendapat tahu terakhir mereka menggunakan C4. Entah apa itu C4, saya sendiri tak pasti.

ubilepih said...

Nasib baik penyangak-penyangak Gelak Khas tidak mahir menembak tepat...kalau tidak rabak-rabak,sebab baju tak kalis peluru mahu pun paku...

Anonymous said...

kalau spare part motor/kereta yang ditahan kat balai pun leh dijual... hahah..
kalau barang rampasan yang dah dibayar denda pun leh dijual...
kalau dah diri sendiri pun dijual...

benludin said...

C4 tu sebenarnya ialah brg yg tidak berkualiti...
kalau ia berkualiti...semuanya akan mati dibom termasuk si- pengebom...

Anonymous said...

saya hanya ada "hati" untuk digoreng, nak??

a w a n said...

Tak nak, beritahu awal, kena simpan balik dalam peti sejuk untuk dibekukan.

Pegawai Khalwat said...

Bro, aku tau satu tempat di mana penghawa dinginnya masih berfungsi sampai hari ni sejak zaman british.

Tu terlebih berkualiti kot.