Wednesday, August 13, 2008

kampong tuan

Hari ini kita baca dua buah sajak tulisan rakan rapat saya, abu yusof. Seperti saya, abu juga seorang yang hebat,seni dan kayaraya.Malang sedikit dia tidak sombong . Ia lah,bukan semua orang bernasib baik seperti saya.

Oh! Saya juga hanya bersahabat dengan manusia-manusia yang hebat,seni dan kayaraya sahaja. Gila apa mahu bersahabat sama kamu semua yang seperti sakai mendapat kereta. Gantung segala macam patung didalamnya. Tampal segala macam pelekat dicermin dan dindingnya. Sekotak kertas tisu diapit oleh dua bantal kecil comel dilantai cermin belakangnya.

Kertas tisu dan bantal kecil didalam kereta? Main dalam kereta?


bukan di sini

di sini hanya ada kepanasan
di sini hanya ada kelajuan
di sini hanya ada ketangkasan
di sini hanya ada kebijaksanaan
di sini hanya perlukan pembaziran
di sini hanya perlukan keangkuhan
di sini hanya mencari kematian
di sini hanya mencari kegilaan
di sini kau bertemu seteru
di sini kau tiada masa
di sini apa yang kau cari
tak mungkin akan kau jumpa

di sini tiada santun
tiada budi di kenang

di sini di jalanraya
di semenanjung
tanah melayu

01:45 150308


apa yang di bayar

nasi lemak daun pisang
teh tarik halia gelas besar
roti telor bawang
nescafe ais
char kueh teow
kopi o ais
mee goreng mamak
tongkat ali tambah susu

apa yang di bayar?
kelaparan
atau
kematian

00:18 130308

15 comments:

Pegawai Khalwat said...

Tisu berguna cuma kalau berjaya sampai ke kemuncaknya.

Kalau tak sampai?

Air apa yang dilapnya?

Pa'chik said...

air liur yang berjejer kot khal... ekekeke...

Anonymous said...

car decore..seni jugak..kannn..

benludin said...

yg suka hias kete ni org2 yg tak lawa/ensem...

gua ensem...so gua tak perlu hias kete gua...hahaha..

thoyol said...

yup..

aku tak cuci kereta pun, x mekap kereta pun..

tetap kekal hensem..

BuRuuj said...

erkk....

salam ziarah...=)

blackpurple @ jowopinter said...

Apa barang kereta sukan letak tisu dan bantal kecil... Ha ha ha!

dugongsenyum said...

Pada pendapat aku car astray suatu yang ironi.

Anonymous said...

Jones,
Perkataan 'main' terlalu subjektif. Main mungkin bermaksud main guli tapi apa relatifnya guli dengan tisu dan bantal?.
aku cuba meyimpang sebenarnya.

Sir Mute Key Chicks said...

jones,
bantal untuk tidur.
tisu nak lap air liur basi.
memang takde hajat nak main ngan bantal.adehdehdeh

AL-BIMA SAKTI said...

jangan dibuang tisu-tisu itu...!

(jika ia masih belum dipakai)

Anonymous said...

aku main game henpon dalam kereta jikalau dan hanya jika aku tidak memandu.


wah, ada nampak link dr ali -studio2121 kat sini.

Mak Su said...

tisu boleh direcycle, eloklah disimpan

Anonymous said...

oh! saya suka komen pegawai khalwat-ironi dan bersulam erotik.. :)

teruja mak...heh heh..

dan, pa'chik- betul la, lap air liur yang meleleh- pasal KEMPUNAN!..huhuuu...

*Tuan AJ, saya antara peminat setia Tuan.Teruskan menulis, jangan malas, saya suka!

-BlACK-

norzailina said...

AJ, brilliant article, as usual. Saya singgah memalam begini untuk cari bahan 'ketawa dlm menangis'... Enjoyed the sajak, thanks for sharing. Stay macho, k?