Friday, July 04, 2008

taman kerang

Tertengok rancangan majalah di tv3 sabtu lepas dan seperti selalunya, saya akan merasa hiba apabila terapa-apa tentang Mokhtar Dahari.

Saya berhenti mengikuti perkembangan bolasepak Malaya selepas kumpulan Azizul Abu Hanipah tertangkap makan suap. Kamu harus faham yang makan suap dalam bola sepak telah lama berlaku cuma agak malang bagi bolasepak Malaya, ketika kita mempunyai satu pasukkan yang agak baik selepas kumpulan Mokhtar Dahari, ada yang merasa perlu mengeluarkan berita dan perlu menunjuk contoh teladan. Saya mahu mengatakan kumpulan Azizul Abu Hanipah adalah mangsa, tetapi mereka mungkin makan suap jadi apapun selayaknyalah mereka di buang.

Terbaru dengarnya pasukkan para sheriff kita di dakwa makan suap. Apalah mahu jadi dengan para Sheriff kita. Disuruh jaga itu, dimakansuapnya.Disuruh jaga ini, dimakansuapnya. Disuruh main bola juga dimakansuapnya! Tanya sikit,Tuan Sheriff Besar, diPELEPOL ada modul latihan makansuap ke?

Kepada yang tidak tahu kehebatan Mokhtar Dahari, saya katakan kamu telah rugi satu kegembiraan. Pada saya, beliau adalah pemain bolasepak yang sempurna. Baik dari permainannya atau pun susuk tubuhnya.Kesungguhannya dalam permainan adalah legenda. Bermain untuk pasukkan negara adalah tanggunjawab bagi Mokhtar Dahari dan rakan-rakan. Saya rindukan sebuah pasukan bosasepak sedemikian di Malaya.

Saya tidak pandai menulis memuji beliau, tetapi saya ulangi sekali lagi, seingat saya, Mokhtar Dahari adalah pemain bolasepak terbaik yang pernah saya lihat.Dan saya bukanlah peminat sukan bolasepak!

Terima Kasih SuperMokh. Semoga rohmu baik dalam pelukan tuhan atas kegembiraan yang kamu berikan kepada kami. Al-fatehah untuk kamu.



ps: "memang sini bebas ganja,rileks undang-undangnya. kerajaan suka rakyat lupa. mereka angkat bolasepak dan rilekskan undang-undang ganja supaya rakyat lupa masalah dalam negara"- Shamil (bekas pemain bolasepak Maghrib).

Saya mencuba pendekatan kerajaan Maghrib yakni kala sibuk orang itu-ini membuat surat akuan berkanun,kita hiburkan diri dengan bolasepak dan maafkan saya sementara saya keluar mencari dapur lama.Hubungi saya jika kamu ada menjual ganja.

12 comments:

Butaseni@Wan Raja said...

salam tuan,
berita terbaru jugak saya terima dari seorang bookie,bola sepak malasia sekarang ni di 'counter attack' rasuah.ramai juga yang terlibat.
apa tragedi 1994 akan berulang?
:D

mf said...

teman-teman. mari kempen untuk kebebasan berkarya.

Faris Musa said...

Hubungan dan Konspirasi Anwar-Najib -Malaysiakini
http://www.keadilantruth.blogspot.com/

Nampaknya sejak laporan kes liwat Anwar Ibrahim dibuat 28 Jun lalu, bukan sahaja Anwar yang bersusah payah mempertahankan dirinya malah juga kini Najib dan Rosmah pula yang semakin tidak nyenyak tidur.
Pertembungan diantara Anwar-Najib untuk menjadi Perdana Menteri semakin hebat. Daripada maklumat yang diperolehi, pembantu kepada Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari telah ditangkap oleh polis dan dipaksa untuk membuat laporan polis terhadap Anwar di atas tuduhan liwat.
Krisis telah bermula. Najib yang semakin tersepit di atas pengakuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra Kamarudin terpaksa menggunakan taktik kotor sebegini untuk menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim.
Melihat kepada senario ini, ada pemerhati politik berpandangan bahawa isu liwat ini sebenarnya mempunyai serampang dua mata iaitu untuk menjatuhkan Anwar-Pembangkang dan Najib. Jika ramalan dan telahan ini betul bermakna ada pihak ketiga yang bermusuhan dengan kedua-dua mereka iaitu Anwar dan Najib yang mencari kesempatan untuk memburuk-burukkan pemimpin ini.
Logiknya ada apabila Anwar semakin hampir untuk merampas Putrajaya dan Najib dikatakan mungkin akan bertanding jawatan Presiden Umno. Maka dari teori ini anda mungkin boleh berfikir siapa di belakang isu ini ..........(untuk menambahkan koleksi orang-orang yang mungkin terlibat di belakang Saiful - sebelum ini orang tuduh Najib sekarang tambah seorang atau dua lagi )...SIAPAKAH ORANG ITU?
Penasihat PKR pernah mendakwa bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan beberapa kali bertemu Rosmah Mansor, selain rapat dengan Datuk Seri Najib Razak dan pegawai khasnya Khairil Anas Yusof.
"Saiful Bukhari mempunyai hubungan yang rapat dengan Khairil Anas dan Najib. Beliau bertemu berulang kali dengan Khairil Anas dan Rosmah," katanya. "Beliau bukan pegawai peribadi saya. Beliau mempunyai hubungan yang kuat dengan Najib."
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau akan mendedahkan bukti dakwaannya dalam masa terdekat.
Kesimpulan pada kenyataan Anwar telah membayangkan betapa beliau cemburu dengan pasangan gaynya Saiful Bukhari dan berkemungkinan berlakunya pertengkaran dan ugutan diantara mereka berdua hingga memaksa Saiful membongkar hubungan seks liwat mereka.
Perkara yang sama juga pernah terjadi di pejabat TPM di mana berlakunya pertengkaran diantara Khairil Anas dan Wan Shihab oleh kerana terlalu cemburu kepada Najib yang sering memihak kepada Kharil Anas.… Dahulunya mereka berdua ini dikatakan begitu intim dan rapat sebelum mereka berpecah kepada dua jabatan yang lain.
Di mana Khairil Anas kini menjaga Najib dan Wan Shihab pula menjaga Datin Rosmah.
Khairil Anas, Wan Shihab dan Saiful Bukhari adalah tergolong diantara anak-anak ikan Najib. Mereka mempunyai hubungan seperti pasangan kekasih. Bezanya mereka ini lelaki dan sukar untuk kita ramalkan.
Bukan Anwar sahaja yang begitu rakus dengan kaum lelaki, tetapi tidak kurang dengan Najib. Bezanya, Najib begitu pandai menyembunyikannya dan begitu berhati-hati menyembunyikan status sebenarnya.
Amat memalukan apabila Najib sanggup mengambil anak-anak ikannya bekerja di pejabat TPM. Khairil Anas yang berkhidmat di Uia sekarang bertugas sebagai penulis ucapan Najib pada bahagian dasar dan penyelidikan.
Anwar-Najib rupanya sama miskipun orang yang berlainan. Moral kedua mereka amat hancur. Selayaknya digelar pemimpin al-juburi. Mereka hanya tahu menggunakan keadaan untuk meneruskan hayat mereka samada dari segi kehidupan ataupun berpolitik. Sungguh hina dan tidak bermaruah.
Perkumpulan kesemua anak ikan yang ditempatkan sepejabat sebenarnya memudahkan Najib menyelia segala tindakan mereka. Jika mereka cuba untuk curang, maka senanglah Najib mengambil tindakan tatatertib sepertimana ‘tindakan wajib’ yang dilakukan oleh Anwar terhadap Saiful hinggakan Saiful sudah tidak tahan lagi diperlakukan.
Disebabkan itu jugalah Khairil Anas dan Wan Shahab tidak boleh ke mana-mana selain melekat bersama Najib. Dan Rosmah pula terpaksa mendiamkan diri kerana dia juga telah lama memasang angan-angan untuk menjadi “First Lady”.
Apa sudah jadi dengan Malaysia ini. Kenapa? Sudah tiada lagikah anak-anak muda yang ikhlas bekerja untuk membantu Najib mentadbir negara? Kenapa Najib sanggup mengambil mereka yang kurang akhlak bekerja dipejabat TPM semata-mata untuk memuaskan nafsunya.
Ramai lagi anak-anak muda yang mempunyai potensi besar yang boleh membantu Najib mentadbir negara ini. Sikap Najib memang begitu jijik sekali. Beliau tidak layak digelar pemimpin nombor dua negara apatah lagi hendak menerajui negara ini pada masa akan datang.
Majoriti ulama iaitu Malik, Abu Yusuf dan Muhammad (dua orang murid Abu Hanifah), Syaf`ie dan Ahmad mengatakan hukuman liwat ialah bunuh dan ia termasuk jenayah hudud (Dr. Ahmad Fathi Bahnasi, Madkhal al-Fiqh al-Jina'I al-Islami, m.s: 60).
Pertama, liwat sama hukumnya dengan berzina. Tetapi, dosa liwat lebih besar daripada dosa berzina. Malah Rasulullah s.a.w melaknat golongan yang meliwat isteri melalui dubur.Menurut Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:"Sesiapa yang mendatangi wanita atau isteri melalui dubur (liwat) atau menemui tukang tilik lalu membenarkan apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kafir (tidak mengimani) risalah yang telah diturunkan kepada Muhammad s.a.w." – Hadis riwayat al-Darimi.Kedua, sesiapa yang melakukan maksiat berterusan digelar sebagai ahli fasiq sama ada dosa besar atau dosa kecil. Hakikatnya, tidak sah ahli fasiq mewalikan anak perempuannya. Namun, jika dia telah bertaubat pasti ALLAH menerima taubatnya kecuali syirik. Jika syirik, dia wajib melafazkan kembali
Kalimah syahadah kerana telah murtad.Firman ALLAH S.W.T:"Sesungguhnya ALLAH tidak mengampunkan sesiapa yang mensyirikkan_NYA tetapi mengampuni dosa selain daripada itu." – Surah al-Nisa'': 116.Ketiga, hukuman bagi perbuatan liwat sama ada peliwat atau mangsa liwat secara rela ada sedikit perbezaan dengan hukuman zina. Penzina

ayobkelubi said...

yup,tabik dengan SUPERMOKH.Memang takde pengganti dah..

Sir Mute Key Chicks said...

hoh.
boleh di ganti dengan ketum tak?

Bunga Rampai said...

Al-Fatihah.
Semoga rohnya senang dan tenang di Sana.
________________

Oh, rupa-rupanya Pak AJ tak minat bola sepak!

Salam :)

Anonymous said...

Piala Malaysia 1986, Selangor kalahkan Johor 6-1. Wa jadik penonton sebab dapat tiket free walaupun baru darjah 3. Mungkin ada orang yang makansuap pasal tiket itu. Tapi gua dapat tengok Supermokh main bolasepak depan mata. Dan juga Khan Hung Meng. ahak ahak.

blackpurple @ jowopinter said...

Rahsia tendangan 'super kencang' Supermokh - berlatih menendang dengan tiub basikal yang diikat di kaki dan tiang saja. Hebat!

Pegawai Khalwat said...

makan suap dalam dam aji saja yang sah.

Pipiyapong Abdillah Hamzah said...

nak berapa bata ganja ni..??

Anonymous said...

saya juga cukup mengkagumi supermokh walau dia unggul diwaktu saya tidak kenal apa itu bola sepak. Orang yang unggul memang selalunya Allah pinjamkan sekejap sahaja...supaya manusia tahu menghargai, tapi malang manusia memang makhluk yang mudah lupa.

alfatihah..

SATIRA + KACAU said...

Dolah: Kau memang hebatla bab bercerita.

Satira + Kacau